Saturday, April 28, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 6


Kecerdikan sewajarnya dinilai dengan taraf pemahaman lantaran dunia kehidupan ini memiliki berjuta-juta rahsia, rasa, bidang, kemahiran dan lain-lain dimana semakin mendalamnya kefahaman akan apa sebenarnya kehidupan itu sendiri, semakin tinggi kebijaksanaan seseorang. Dalam kata, memahami hakikat sebenarnya kehidupan diri dan segala yang wujud dialam ini.

Katakan seseorang tersebut begitu hebat dalam ilmu kira-kira dan diukur memiliki I.Q yang tinggi dimana dirinya diletak kalangan cerdik-pandai tetapi tidak memahami banyak perkara lain terutamanya tidak memahami akan kehidupan ini sebenarnya hanyalah singkat didunia ini, dirinya bukanlah memiliki kebijaksanaan yang sebenar, tetapi hanya kecerdikan dalam sesuatu bidang yang difahami.

Sedari dunia purba terdahulu sehinggalah kehari ini, bangsa-bangsa yang maju adalah kalangan yang memiliki atau cuba memiliki kecelekan mahupun kefahaman yang mendalam serta meluas akan dunia yang diduduki. Ini dapat dilihat dari pembinaan sesuatu tamadun sehinggalah kebudayaan yang dihidupkan manakala keruntuhan sesuatu bangsa atau tamadun adalah bilamana penduduknya menuju kearah membutakan diri atas kefahaman yang selari dengan hakikat kehidupan yang sebenar dengan melakukan berbagai maksiat seperti perzinaan, penipuan, tamak haloba dan lain-lain kemungkaran serta sehinggalah kepada pertumpahan darah yang tiada henti-henti tanpa hak.

Namun dari itu juga, tentulah persoalan yang muncul adalah apa yang dimaksudkan dengan pemahaman kerana setiap individu mahupun masyarakat wajar sahaja memiliki kefahaman masing-masing bergantung kepada kehidupan yang dilalui. Seperti contohnya, ada kalangan yang digelar cerdik-pandai hari ini memiliki kefahaman kedatangan British adalah diatas keikhlasan dan kemurahan hati mereka untuk memajukan bangsa yang dijajah seperti bangsa Melayu dimana dijajahnya Tanah Melayu dan didirikan segala pusat pengajian disamping disediakan suatu sistem pemerintah iaitu sistem demokrasi untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara maju.

Mereka ini amat berbangga dan mempertahankan bahawa segala yang dikecapi hari ini adalah diatas kecerdikan British. Tanpa British, tiadalah sekolah, hospital, bandar-bandar dan seterusnya. Sedangkan yang nyata, mereka yang terpahat dikepalanya sebegitu adalah jelas mereka yang tidak tahu sejarah yang sebenar, tidak memahami apanya makna ikhlas serta ketipisan jati-diri.

British atau bangsa penjajah lazimnya tiada niat untuk semuanya itu, tanyakan sahaja pada mereka yang hidup dibawah zaman penjajahan atau dalamikan sahaja sejarah bagaimana payahnya untuk bangsa-bangsa yang dijajah memajukan diri mereka. Hanya kalangan yang menjadi hamba, bekerja dibawah pihak penjajah atau yang pihak yang dilihat dapat menguntungkan mereka, dibantu lantaran niat pertamanya hanyalah untuk mengaut keuntungan didaerah yang dijajah manakala pihak-pihak yang membantu mereka kearah itu, dapatlah sedikit mengaut hasilnya.

Sebegitulah juga dengan proses sistem demokrasi serta lain-lain revolusi pembaharuan yang dikenali hari ini, bukanlah atas niat ikhlas pihak penjajah untuk membawa segala sistem ini kedaerah yang dijajah, tetapi ia adalah kesan dari pergolakan dalaman dibenua Eropa sendiri diabad-abad yang lepas, yang mana rakyat jelatanya yang sekian lama dibawah kuasa pihak-pihak elit, bertindak menukar keadaan mereka.

Sedang sistem demokrasi itu sendiri juga memiliki banyak kepincangannya yang mana banyaknya pihak-pihak tertentu dapat memperkudakan kalangan rakyat jelata untuk meletakkan suara mereka diatas sedangkan mereka mewakili suara sumbang seperti golongan yang mahukan kebebasan yang tidak masuk akal dan bercanggah dengan fitrah insaniah iaitu golongan homoseksual, lesbian dan lain-lain. Atau pihak yang menggunakan sesuatu sentimen seperti peperangan, sengaja mempergunakan isu-isu agama, sengaja menggunakan isu bangsa atau keturunan tanpa mengira hak yang sebenar, acara-acara demonstrasi biarpun diatas alasan-alasan yang sengaja dicipta atau tidak kukuh dan lain-lain untuk meraih sokongan dari rakyat jelata buat meletakkan diri mereka dipuncak kekuasaan, sedangkan apa yang dilakukan adalah suatu usaha kotor dimana ini seterusnya mampu membawa kearah kehancuran buat kehidupan yang dibina.

Lantas, dari sudut atau konsep apakah sewajarnya diukur akan suatu kefahaman dalam ruang kecerdikan serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang sebenar? Pertamanya terdapat perbezaan antara kecerdikan dalam kata “tahu sesuatu“ dengan kebijaksanaan yang sebenar dimana kecerdikan dalam kata “tahu sesuatu“ itu hanya bermakna celek atau mahir buat sesuatu perkara mahupun bidang, sedang kecerdikan serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang sebenar adalah kefahaman yang mendalam buat kehidupan ini disamping hikmah yang dimiliki dimana taraf ini lebih tinggi dari taraf hanya cerdik menguasai sesuatu bidang. Pemahaman sebenar yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata hanya berlandaskan diatas perasaan dan pemikiran insan tetapi pemahaman yang asasnya berlandaskan kepada wahyu serta akal.

Luqman Al-hakim yang merupakan seorang yang berkulit hitam, tidak begitu kacak penampilannya, bukan dari golongan kaya dan bukan kalangan anbiya tetapi dirinya adalah begitu dimuliakan lantaran kebijaksanaanya sehingga terdapat surah bernama Luqman didalam Al-Quran sebagai rujukan akan sifat insan yang memiliki kebijaksanaan yang sebenar, iaitu kefahaman yang mendalam disamping hikmah yang dimiliki. Ini juga adalah contoh sebenar apa itu kecerdikan emosi (E.Q) dan kecerdikan rohaniah (S.Q).




Bersambung...



No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga