Eugenik
adalah kelahiran yang baik dimana sesuatu ras atau keupayaan
dilahirkan dan dalam evolusi teori Darwin, ianya adalah ungkapan
kepada proses kelahiran insan buat tahap-tahap tertinggi, seperti
kecerdikan dimana evolusi insan tahap tinggi melahirkan bayi-bayi yang dikatakan
memiliki kecerdikan tertinggi. Ini semua adalah salah satu dari
pemikiran lapuk penjajahan dimana untuk menyatakan bahawa bangsa
penjajah ketika itu, iaitu diabad-abad yang lepas adalah kalangan
bangsa-bangsa yang eugenik mereka tinggi seperti dari kecerdikannya
dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain didunia ini.
Awal
abad ke20, ianya memang menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan
dan terdapat sesetengah negara seperti Britain dan Amerika Syarikat,
memulakan program-program kearah itu namun bila-mana, Hitler yang
mengambil ideologi tentang eugenik ini untuk memancing bangsa Jerman menyokongnya dengan menyatakan bangsa Jerman adalah bangsa termulia manakala bangsa Yahudi cuba dihapuskan maka topik eugenik
ini tidak lagi hangat diperkatakan. Hitler samada sengaja
untuk menggunakan isu ini buat menarik sokongan lantaran hegemoni
bangsa Yahudi keatas bangsa Jerman ketika itu yang membuat ramai kalanagan orang Jerman menaruh kemarahan pada bangsa Yahudi atau atas dendamnya Hitler pada
bangsa Yahudi kerana didapati diri Hitler sendiri berdarah Yahudi
hasil dari hubungan gelap neneknya dengan majikan Yahudinya dimana
selepas mengandung, neneknya ditinggalkan bersendirian mengharungi hidup yang susah sebelum berkahwin dengan seorang lelaki Jerman.
Eugenik
dan seterusnya kepada pengangkuhan keatas nama sesuatu bangsa ini
sebenarnya telah lama wujud terutamanya melalui sejarah bertulis dan
berfakta dalam banyak sejarah-sejarah kewujudan sesuatu bangsa
seperti contohnya bangsa Yahudi yang sentiasa menganggap merekalah
bangsa yang termulia dan tertinggi kecerdikannya. Hari ini, untuk
mengalih perhatian diatas tindakan kejamnya mereka keatas Palestin,
mereka sentiasa memainkan kisah-kisah Holocoust sedangkan mereka
sendiri bertindak kejam keatas bangsa Palestin serta
tindakan-tindakan lainnya buat hegemoni mereka keatas dunia.
Dari
dunia komunis diRussia (yang mana Karl Marx merupakan seorang Yahudi dan
revolusi menjatuhkan Tsar adalah didalangi oleh Yahudi sehinggakan
ramai kalangan pihak atasan komunis Russia adalah berbangsa Yahudi),
dunia kapitalis (yang mana penguasaan keatas ekonomi dan seterusnya
lobi-lobi untuk pihak pemerintah seperti diEropa sebelum perang duania kedua atau Amerika sehingga kehari ini, sehinggakan
begitu tinggi peratus bangsa Yahudi yang menduduki parlimen
biarpun bangsa Yahudi begitu kecil jumlah peratusnya) sehinggalah kepada
dunia sains, media massa serta hiburan, semuanya kelihatan banyak
berada dibawah hegemoni bangsa Yahudi. Apakah ini kerana bangsa
Yahudi adalah eugenik dari proses evolusi atau dari darah keturunan
dari ramainya anbiya-anbiya lalu atau kerana faktor-faktor tertentu
seperti mengambil berat sesama bangsanya serta langkah-langkah jangka
panjang untuk bangsanya?
Eugenik
sebenarnya bukanlah sebagaimana teori evolusi yang didakwa oleh penganut Social Darwinis iaitu terlahir sekian-sekian bangsa temulia dan tercerdik
dari keputusan proses evolusi. Eugenik juga bukanlah lantaran berdarah
sesuatu bangsa tetapi eugenik itu boleh dikatakan suatu putaran atau
peraturan alam yang berkaitan dengan alam persekitaran yang diduduki
disesuatu zaman atau keadaan, dimana juga kebergantungannya kepada
takdir yang menentukan bagaimana dan dimana seseorang tersebut
dilahirkan.
Sepasang
suami-isteri yang masing-masing memiliki ketinggian pengetahuan dalam
berbagai bidang terutamanya bidang kesihatan tidak mustahil
melahirkan zuriat yang sihat serta cerdik mahupun zuriat yang
terencat anggota serta akal sebagaimana sepasang suami-isteri yang
tidak tahu menahu akan hal-hal luar dari hutan yang dipenghunikan
sekian lama melahirkan zuriat yang sihat serta cerdik atau zuriat
yang terencat angota serta akal. Ini adalah takdir.
Sebagaimana
bayi-bayi yang lahir samada dalam keluarga yang kaya-raya atau
miskin, dalam masyarakat yang maju atau mundur, dikota atau
dipendalaman, sebagai seorang muslim atau sebaliknya, sihat atau
berpenyakit, dibawah pemerintah yang zalim atau adil, berjantina
lelaki atau perempuan dan seterusnya, semuanya adalah takdir, bukan
proses evolusi atau eugenik.
Selebih dari
itu, melahirkan baka-baka yang sihat serta cerdik boleh dikatakan dari bahagian bagaimana individu, berpasangan dan
seterusnya masyarakat berusaha menyediakan pelantar buat kehidupan
generasi seterusnya. Contohnya, sekiranya diusahakan faktor-faktor
yang membawa kebaikan seperti pendidikan, moral yang baik
dan keutamaan buat jalan-jalan mencapai kepercayaan yang benar,
suasana-suasana yang mengajak kearah makruf dan mencegah mungkar,
tentulah menghasilkan generasi yang baik atau eugenik iaitu kelahiran
yang baik bak menanam benih dengan menyediakan segala yang diperlukan
untuk pertumbuhan serta suasana buat kesegaran, tentunya membuahkan
hasil yang baik (dalam mana, takdir juga adalah penentu segalanya).
Dalam mana juga wajarnya kewaspadaan pada agenda-agenda eugenik yang berunsur negatif seperti melahirkan insan-insan cyborgtik dalam bentuk fizikal atau yang bersifat pemikiran iaitu insan yang sebahagian dirinya dirobotkan untuk keuntungan sesuatu pihak atau bayi-bayi yang diklonkan atau gen-manipulasi untuk menghasilkan eugenik sedangkan itu semua bercanggah dengan prinsip fitrah insaniah. Mahupun juga kewaspadaan pada agenda sesuatu pihak yang menggunakan slogan eugenik ini untuk merampas hak-hak pribadi individu mahupun hak-hak orang ramai sebagaimana yang dilakukan oleh Mao Zedong (Mao Tze Tung; 1893-1976) sehingga menyebabkan kematian lebih dari 60 juta jiwa diChina.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment