Realitinya,
dunia pengajian berbentuk umum cuba memadamkan sejarah akan dunia
Islam yang memainkan peranan utama dalam arus adaptasi kearah dunia
berbentuk modern hari ini seperti dengan segala teknologi,
pembentukan kota-kota urban dan seterusnya. Lazimnya, sesejak dikelas
primari hingga kepusat pengajian tinggi, rata-rata diperkenalkan
hanya dunia luar Islam yang menjadi tunjak akan segala pengetahuan
dunia hari ini manakala zaman keemasan Islam iaitu diabad-abad dimana
dunia Islam memulai segala penerokaannya, dilabelkan sebagai zaman
gelap.
Dari
kurikulum persekolahan, kehakiman sehinggalah kepada ideologi
pemerintah, rata-rata digubah mengikut secara mutlak acuan-acuan
bukan dunia Islam dan dibangga-banggakan bahawa hanya itulah kejayaan
sebenar dimana ia kini seakan menjadi suatu hukum kewajipan buat
setiap insan untuk menganutinya. Sedangkan itu semua adalah lanjutan
dari sistem lapuk penjajahan. Penjajahan yang berlanjutan, bukan lagi
dari bentuk fizikal tetapi lebih kepada bentuk penjajahan pemikiran.
Hari
ini, sekiranya para-para profesional luar dari dunia Islam
memperkatakan akan sesuatu, seperti segala yang diluar dari
pencapaian insan umum contohnya lubang hitam (black hole) diangkasa
menelan segala yang menghampirinya, sekelian dunia mempercayai
bulat-bulat biarpun kenyataan-kenyataan tersebut hanyalah berbentuk
teori. Sedangkan, Stephen Hawking yang mempertahankan kenyataan dari
pengiraannya, akhirnya setelah 30 tahun mengakui bahawa
tanggapannya salah tentang lubang hitam menelan ghaib segala yang
menghampirinya.
Dan
didapati bukan sahaja satu lubang hitam diangkasa tetapi beribu-ribu
jumlahnya. Lalu hari ini, muncul telahan baru bahawa lubang hitam itu
adalah terowong buat dunia paralel yang lain dimana segala yang
memasukinya, akan melalui perjalanan teleportasi, iaitu
partikal-partikelnya akan dijelmakan kembali sebagaimana akan sesuatu
tersebut sebelum ia memasuki lubang hitam, dan sekali lagi, ramai
yang mempercayainya. Dan semuanya mempercayai seperti takjubnya
seseorang akan penjelasan dukun-dukun akan dunia ghaib sedangkan
dukun-dukun tersebut hanyalah menduga-duga.
Sebegitu
juga dalam memahami kecerdikan seseorang, maka diadakan sekian-sekian
ujian untuk apa yang dikatakan taraf I.Q seseorang dan dari itu, maka
difahami akan tahap-tahap kecerdikan seseorang dimana ujian-ujian
tersebut yang telah dilakukan 100 tahun yang silam, dilakukan lagi
dalam bentuk yang sama dihari ini sedangkan dalam tempoh 100 tahun,
keadaan dunia telah mengubah hampir 100 % akan keadaan pengetahuan insan
dengan segala keupayaan dunia maklumat, komunikasi, data-data pengetahuan yang hampir semua taraf mampu mengeksesnya dan mahupun
lain-lain puncanya.
Malah
hari ini, sering terjadi, mereka-mereka yang diuji akan ketinggian
I.Q mereka, mengalami kegagalan dalam kehidupan seharian seperti dari
kaitan kekeluargaannya, moral dan lain-lain. Lalu dicipta penjelasan
yang baru iaitu E.Q, kecerdikan emosi, maka sekali lagi, dunia
keseluruhannya mempercayai bulat-bulat apa yang diungkapkan dan malah
digali segala puncanya hanya melalui cara pemikiran yang luar dari
dunia Islam lalu ditampilkan jawapan-jawapan yang hanya selari dengan
mereka.
Seperti
sekiranya dikatakan bahawa kreativiti adalah sebahagian dari proses
kecerdikan insan, maka difahami hanya kreativiti dari bentuk dunia
bukan Islam contohnya melukis, maka difahami dan diikuti cara-cara
dunia bukan Islam melahirkan seni lukisan mereka biarpun ianya
bertentangan dengan ajaran Islam seperti melukis gambaran aurat-aurat
insan yang terbuka yang jelas membawa kearah kebodohan tingkah-laku insan
lantaran nafsunya.
Hari
ini, kelihatannya dunia Islam melahirkan generasi-generasi yang tidak tajam
pemikiran mereka seperti zaman-zaman kegemilangan dunia Islam lantaran
fikiran umatnya kini telah dibekukan mengikut acuan pemikiran dunia
bukan Islam. Dan seterusnya memperdalami akan tahap kebodohan umum
umatnya dengan menyalahkan akan ajaran Islam yang menyebabkan
kebekuan intelek atau dunia ilmiah. Gelagat ini sama seperti
seorang pesakit yang bukan menyalahkan perkara yang menyebabkan
penyakitnya tetapi menyalahkan ubat buat penawar penyakitnya.
Dunia
Islam tidak menolak akan pengetahuan dari dunia bukan Islam tetapi
mengambil pengetahuan tersebut dengan berhati-hati dan berfikiran kritis. Contohnya, dunia Yunani dihormati
kerana daya pemikiran mereka yang tinggi dibandingkan dengan
zaman-zaman terdahulu namun dunia Islam diwaktu itu tidak menelan
mentah-mentah segala maklumat yang dipelajari mereka. Dunia Yunani
bukan semata-mata berkaitan dengan falsafah tetapi merangkumi banyak
pengetahuan dari sudut bahasa mahupun alamiah, tidak ditelan
mentah-mentah tetapi cuba diselidiki dan dibaiki. Sehinggakan dunia Yunani itu
sendiri diperkenalkan kepada benua Eropa oleh para sarjana dunia
Islam sedangkan sebelumnya, dunia pengetahuan Yunani sebenarnya
tersinggir dari dunia Eropa lantaran pengaruh hegemoni Rom diwaktu
itu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment