Thursday, April 05, 2012

Cerdik, bodoh dan antaranya - 3


Kecerdikan adalah berkaitan dengan perasaan, pemikiran serta tindakan. Dan atas dari itu semua, ianya bergantung besar kepada keadaan kerohanian dimana terjadinya sesuatu tersebut adalah atas ketetapan mahupun jelas adanya peranan kuasa yang maha hebat yang menentukan segalanya.

Element dari kerohanian ini adalah seperti berkaitan dengan keikhlasan, iaitu biarpun secerdik mana atau bertimbun sarjana yang diusung, tanpa niat yang ikhlas, apa yang disangka dari kecerdikan dan menghasikan kesan positif berpanjangan sebaliknya merupakan suatu kebodohan yang menghasilkan kesan buruk berpanjangan bukan sahaja pada sesuatu individu atau kelompok tetapi mungkin keperingkat seluruh alam.

Contoh yang nyata atas ini adalah zaman bermulanya secara drastik era teknologi dalam 2-3 abad yang lepas sehingga kehari ini yang mana begitu pesatnya ilmu duniawi dikembangkan atas nama industrial atau penguasaan materi dimana jelas, lazimnya niat utama masing-masing adalah semata-mata hanya untuk menyatakan kehebatan serta keuntungan pribadi lalu lihatlah kesan buruknya yang menukar alam kesuatu ruang dimensi yang menjurus kehidupan dalam keadaan tertekan buat majoriti mahluk dialam ini.

Lihatkan sahaja statistik angka populasi dunia hari ini yang kini mencapai keangka 7 billion dan angka ini terus meningkat sejak revolusi perindustrian dan ini adalah kesan ketidak-ikhlasan insan dalam apa yang dikatakan pencapaian buat kecerdikannya. Juga bagaimana tingginya korban-korban dari peperangan dalam abad-abad ini terutama abad ke-20, dimana masing-masing mahu menggunakan kecerdikannya untuk menjadi berkuasa atau meneruskan kekuasaan penjajah kejamnya sehingga berlaku perang dunia pertama dan kedua serta menghampiri perang dunia ketiga dengan segala peralatan perang yang jauh lebih mampu membunuh serta melakukan kerosakan alam dengan skala yang lebih besar. Itu belum lagi dikatakan tentang kesan akan menular atas segala pengaruh moral buruk keatas seluruh alam.

Apa yang dilakukan hari ini untuk mengawal dari lebih banyak keburukan berlaku adalah misalnya seorang penagih dadah jenis berat yang cuba menbuang sifat ketagihan dadahnya yang telah menjejaskan kesihatan mahupun lingkungan kekeluargaannya. Dalam mana, disamping masaalah dalaman diri, terdapat pengaruh luar yang harus didepani serta pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kampen-kampen mencegah ketagihannya.

Sebegitulah, insan hari ini cuba menyelesaikan permasaalahan yang ditimbulkan kesan atas nama kecerdikannya dimana dalam pada itu juga terdapatnya pihak-pihak yang menaguk diair keruh seperti contohnya, setiap tahun hebuh tentang penjanjian kyoto iaitu untuk mencegah bertambahnya karbon-dioksid diudara, tetapi negara yang menyumbangkan sebahagian besar pencemaran ini, tidak melakukannya lantaran keuntungan yang diperolehinya. Maka terkebil-kebillah anak-anak dimeja sekolah yang diajar akan keutamaan menjaga alam tetapi disamping itu, dipersiapkan untuk diekplotasikan buat tenaga-tenaga industri kapitalis yang hanya bertemakan keuntungan.

Malah ada yang melakukan kempen mencegah pencemaran ini mempunyai niat tersendiri dalam usaha mengaut keuntungan sehinggakan mereka yang benar-benar ikhlas memperkatakan akan pencegahan buat pencemaran, suaranya pun diragui. Seperti juga akan hebuhnya usaha buat kedamaian diseluruh dunia, namun jelas terdapat niat ketidak-ikhlasan sesuatu pihak dan pihak-pihak ini ternyata kalangan mereka yang mengaut keuntungannya begitu besar dari sudut penghasilan senjata-senjata perang. Inilah yang dikatakan kebodohan ilmiah namun tidak disedari oleh sebahagian besar insan termasuk mereka-mereka yang bergelar golongan cerdik-pandai. Bukan hanya pada tahap kebodohan ilmiah tetapi lebih teruk dari itu, ia adalah jenayah ilmiah.

Sedangkan, sekiranya diperhatikan secara mendalam, diabad-abad zaman keemasan Islam dengan segala penerokaannya kedalam dunia ilmiah, kecerdikan iaitu sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran serta tindakan ditakrifkan juga dengan kesan kebaikannya yang berpanjangan atau dalam kata lain, "panjang akal". Iaitu kewajaran buat unsur-unsur kecerdikan rohaniah memilih dan menilai sesuatu yang membawa kebaikan. Dan hari ini, adanya istilah baru iaitu SQ (Spiritual intelligence) dari dunia luar Islam, dan sekali lagi dunia teruja dengan penemuan ini, sedangkan dalam dunia Islam, kecerdikan rohaniah ini telah lama menjadi sebahagian dari element buat apa yang ditakrifkan sebagai suatu kecerdikan.


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga