Hari ini pertembungan budaya bukan antara Timur dengan Barat tetapi pertembungan budaya adalah dimana bertemunya perbezaan-perbezaan ciri-ciri sesuatu budaya diatas nilai-nilai yang didukung mahupun unsur-unsur yang dibawa serta dipertengahkan dan pertembungan budaya ini berlaku dimana-mana hatta didalam suatu kelompok masyarakat yang sama.
Masing-masing mengadili akan kebenaran budaya hidupnya diatas dasar keadaan seperti suasana atau persekitaran yang mempengaruhi, keadaan dalam memenuhi keperluan hidup, keadaan dari tekanan-tekanan hidup, akal mahupun nafsu yang berperanan melahirkan hajat atau keinginan akan sesuatu cara hidup, adat atau tradisi dari jalur keturunan, agama yang dianuti, pengetahuan atau pengalaman yang dimiliki, taraf kehidupan dan seterusnya.
Biarpun perbezaan ciri-ciri sesuatu budaya dengan budaya yang lain sebenarnya adalah bergantung kepada nilai-nilai yang ada pada sesuatu budaya, namun pada asasnya, nilai-nilai diatas fitrah insan dimana sahaja adalah sama, hanya-sanya segalanya berubah dalam ruang dan waktu akan kewujudan insan mengikut apa yang dialaminya, apa yang mengolah jiwa dirinya, fikirannya serta kehendak nafsu diri dalam mana perkara -perkara ini mampu mempengaruhi akan keadaan individu atau mahupun suatu kelompok masyarakat samaada kecil atau besar jumlahnya.
Lazimnya masyarakat dunia membahagikan pertembungan budaya kepada zon seperti zon Timur dengan zon Barat sedangkan hakikatnya, terutama dizaman penjajahan bentuk kuno telah berakhir dan bermulanya zaman globalisasi, fakta akan pertembungan budaya antara Timur dan Barat tidak lagi begitu releven. Mungkin dominan akan sesuatu kekuatan seperti ketenteraan dan ekonomi dari sesuatu zon, maka penamaan diberi seperti zon Timur atau Barat, namun hakikatnya, budaya hidup yang ada disesuatu zon adalah tidak jauh berubahnya dengan zon lain terutama bila dimana-mana wujudnya multi-kultur atau percampuran kepelbagaian bentuk budaya.
Seperti bila memperkatakan budaya Amerika Syarikat dan benua Eropa yang berada dalam zon Barat, dalam mana hakikatnya hari ini, budaya hidup diAmerika Syarikat benua Eropa adalah tidak jauh bezanya dengan budaya-budaya yang hidup ditempat lain, malah contohnya kebudayaan Islam hari ini adalah juga merupakan sebahagian dari multi-kultur diAmerika Syarikat dan benua Eropa, yang mana ramainya jumlah penduduk Islam disitu hidup dengan cara kebudayaan Islam. Mahupun dunia zon Timur, apa yang dikatakan budaya pihak barat, lazimnya hari ini merupakan sebahagian dari corak budaya hidup disitu, contohnya kebudayaan Kristian yang hari ini telah tersebar luas dalam kehidupan seharian samaada disedari atau tidak, serta malah ramainya jumlah penduduk yang menganut agama Kristian seperti dinegara Filipine dan tempat lain-lain.
Pertembungan budaya dunia hari ini adalah lebih wajar dinamakan diatas pembahagian seperti antara negara maju, membangun atau mundur, kepada kuatnya pegangan nilai-nilai kemanusian atau tidak, kepada kuatnya pegangan moral mahupun tata-susila kehidupan sesuatu masyarakat atau tidak, peranan dari segala bentuk produk aktiviti insan samada membawa kebaikan atau tidak, antara yang mempunyai kekuatan pengaruh atau sebaliknya dan seterusnya. Terutamanya budaya hidup dalam bentuk globalisasi samada datangnya dari sudut ideologi, pandangan hidup, pengetahuan dari pusat-pusat pengajian, maklumat-maklumat dari mass media atau internet, tekanan-tekanan hidup, cara berpakaian, musik-musik hiburan, filem-filem yang tersebar luas dan seterusnya, adalah kenyataannya tiada jauh berbeza dimana sahaja disudut dunia hari ini.
Contohnya pertembungan budaya yang berlaku disesuatu tempat atau dalam kelompok masyarakat yang sama adalah seperti kaum Cina diMalaysia yang hanya terikat pada undang-undang sivil lalu bebas meminum arak, berjudi mahupun perlakuan zina, bertembung dengan budaya kehidupan kaum Melayu yang mana perkara-perkara tersebut adalah merupakan perkara terlarang (tabu) sesejak dahulu, dalam mana juga kaum Melayu terikat bukan sahaja dengan undang-undang sivil tetapi juga dengan undang-undang syariat. (tidak dinafikan kaum Cina juga mempunyai budaya kehidupan berunsur kebaikan-kebaikan yang lain serta ramai kaum Cina menghindari budaya hidup bebas ini, sebagaimana ramai juga kalangan kaum Melayu yang terbabit dalam gejala social, namun yang diperkatakan disini adalah akan pertembungan budaya hidup yang ketara disamping kewujudan undang-undang yang berbeza diatas pertembungan budaya disesuatu tempat)
Pergelisihan dari pertembungan budaya yang memperkatakan antara hak dengan yang batil (yang membawa unsur-unsur kebaikan dengan sebaliknya) sentiasa berlaku setiap zaman serta tempat dan sejarah telah menyaksikan bahawa pihak-pihak yang mendokong hak atau kebenaran akan sentiasa berada dipihak yang menang biarpun kekadang ia mengambil tempoh masa yang lama dan pengorbanan yang tinggi untuk usaha itu. Ini adalah diatas dasar setiap insan, fitrahnya ingin menuju kearah kebenaran, mencari kebenaran dan menyedari apa itu kebenaran biarpun pada awalnya, dikaburi kebatilan atas sesuatu sebab dalam keadaan atau masa yang dilalui.
Justeru itu, persoalannya apakah pihak yang berada dipihak budaya yang benar sentiasa berlanjutan memperjuangkan kebenaran dan mempertahankan kebenaran atau ia menyerah kalah lalu mengasimilasikan diri kedalam budaya pihak yang penuh kebatilan? Sebegitu juga, apakah pihak yang berada dipihak budaya yang benar bersedia memperbaiki kelemahan mahupun kesilapan atau tetap berkeras dalam mana kelemahan mahupun kesilapan, disertai sikap ekstrem, memudahkan pihak batil menghancurkannya?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment