Mangkuk salad (salad bowl) atau mosaik budaya (Cultural mosaic) adalah suatu konsep dimana integrasi berbagai-bagai jenis budaya dalam masyarakat multi-kultur. Ia adalah amat berbeza dengan konsep mencampurkan segala budaya menjadi satu (melting pot).
Mosaik budaya adalah dimana masing-masing mengekalkan identiti budaya masing-masing namun dapat hidup bersama antara berbagai-bagai budaya dalam keadaan bertoleransi antara satu sama lain disamping menerima akan kewujudan budaya lain.
Biarpun adanya unsur-unsur plurarlisme dalam mozaik budaya iaitu suatu struktur yang wujudnya interaksi antara berbagai budaya yang menunjukkan rasa saling menghormati dan toleransi serta tidak menghasilkan konflik asimilasi antara satu sama lain namun untuk penganut Islam, terdapat perbezaan akan erti pluralisme yang mana setiap agama tidak dianggap sama atau kata lain, tiada pluralisme untuk agama.
Sebagaimana agama Islam bersikap toleransi terhadap agama-agama selain Islam, namun dalam pada itu, agama Islam tidak menganggap semua agama adalah sama. Mengikut pandangan agama Islam, jelas wujudnya perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama yang lain, iaitu agama Islam tidak menganggap Tuhan yang disembah oleh penganut agama Islam adalah Tuhan yang sama disembah oleh penganut agama-agama lain (lakum diinukum wa liya diin - untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku).
Prinsip mosaik budaya ini telah melahirkan kejayaan dalam proses multi-kultur dimana berbagai-bagai budaya dapat hidup bersama dengan suasana yang aman. Dimana juga, nilai-nilai yang baik atau positif dari kewujudan berbagai budaya dapat diharmonikan dibawah kelompok-kelompok masyarakat yang hidup bersama dalam bentuk kepelbagaian budaya.
Kelompok-kelompok berbagai masyarakat yang tinggal diKanada atau Malaysia dalam keadaan lebih aman dibandingkan ditempat-tempat lain yang kerap berlaku permusuhan atau pergeseran antara masyarakatnya, adalah contoh proses mozaik budaya yang mana adanya permuafakatan atau kesefahaman untuk hidup bersama dalam suatu keadaan wujudnya berbagai-bagai kebudayaan.
Dalam pada itu, untuk mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian budaya terutama didaerah wujudnya masyarakat asal yang telah mempunyai kekerajaan yang berdaulat, maka lazim adanya kontrakt social (Social contract) iaitu suatu perjanjian kesefahaman akan hak-hak penduduk asal serta juga hak-hak penduduk yang datang berhijrah kesitu, samada dalam bentuk bertulis atau tidak.
Kontrakt social ini bukan menafikan atau menolak kehadiran budaya mereka yang berhijrah kesitu, tetapi melindungi agar budaya penduduk asal tidak tergugat contohnya bahasa asal disesuatu tempat serta juga kenyataan akan kedatangan penduduk yang berhijrah kesitu bukan dalam bentuk penjajahan atau sebagai bangsa yang ingin mendominan budaya dan kuasa tetapi kedatangan adalah dari faktor-faktor seperti untuk mencari rezeki, untuk mencari penempatan baru, untuk mencari perlindungan (contohnya pelarian-pelarian politik atau ekonomi) dan seterusnya dalam keadaan aman dibawah naugan negara baru yang dimukimi.
Keruntuhan budaya (Culture collapse) pula adalah bilamana tiadanya ciri-ciri yang positif atau yang mendukung kearah kebenaran didalam budaya sesuatu masyarakat. Mahupun didalam sesuatu budaya yang ciri-ciri positifnya bercampur dengan banyaknya ciri-ciri negatif. Ianya berkaitan juga dengan kerendahan moral (moral decline) iaitu semakin berkurangnya nilai-nilai yang baik dalam sesuatu kebudayaan dan tersebarnya perilaku penampilan masyarakat yang melanggar tata-susila kehidupan atau melanggar kesopanan.
Contohnya, suatu negara yang begitu pesat dengan segala kemodernan serta kemakmuran hidup rakyatnya, namun majoriti rakyatnya mempunyai moral yang rendah dengan banyaknya maksiat, perjudian, rasuah dan lain-lain, maka negara itu sebenarnya mengalami keruntuhan budaya biarpun penduduk negara tersebut menganggap sebaliknya. Dalam mana, akan menjadi begitu tingginya kes-kes jenayah, kes buli, kes ragut dan lain-lain mahupun sehingga kepada kes-kes bunuh diri.
Keruntuhan budaya membawa kepada keruntuhan masyarakat (Social collapse) dan seterusnya membawa kepada kebinasaan atas segala yang dibina sebagaimana lazimnya sebagai punca akan kehancuran atau kejatuhan tamadun-tamadun yang silam.
Bersambung...
Monday, November 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
6 comments:
setuju,
ciri-ciri negatif biasanya menjadi asbab kejatuhan sesuatu tamadun
Ya Z76, ciri-ciri negatif atau mungkar serta usaha menyebarkannya adalah sebagai asbab mengundang bala-petaka dalam berbagai bentuk, diatas kemurkaan Allah Taala.
Manakala usaha membawa ciri-ciri positif atau makruf, usaha mendakwahkan kebenaran, meninggikan syair agama Islam adalah usaha menarik rahmat Allah Taala.
Semoga kita dimasukkan kedalam mereka-mereka yang sentiasa dibawah kerahmatan dan pemgampunan-Nya.
Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)
Salam APS, masya-Allah, baru balik tashkil...doa-doa untuk saya juga..
Salam Silaturahim. Seni dan budaya telah membuka pintu perdebatan. Apabila terbuka mata hati yang menghubungkan jiwa seni kepada satu "alam" segala kekusutan dan perdebatan akan terlerai dengan mudah dan jelas. Hanya yang terpilih oleh-Nya atas kesabaran yang dapat menyingkap tabir dan mengusir kegelapan. Hingga kini aku sendiri tidak sanggup bersabar kerana ada sesuatu yang aku belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentangnya.Malah Musa alaihis salam juga gagal mendapatkannya daripada Nabi Khidhir. Semuanya disebabkan tidak sanggup bersabar. Dikatakan oleh Nabi Khidhir, "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu" -Surah Al-Kahfi:65-71. Isya-Allah berdoa kita semoga mendapat "kesabaran" yang dimaksudkan.
Salam silaturahim kembali kepada sdr M.Noor Othman, terima-kasih atas kunjungan keblog ini dan komen sdr. Doakan untuk saya yang juga masih belajar-belajar erti kesabaran dan kefahaman.
Post a Comment