Leonardo da Pisa atau Leonardo Pisano (1170 - 1250), yang dikenali sebagai Fibonacci, adalah seorang ahli hisab dari Itali yang dikenali dengan bilangan Fibonaccinya. Ayah Fibonacci adalah merupakan pedagang yang menetap diBugia, Algeria dan diwaktu zaman remajanya, ketika menetap diAlgeria bersama ayahnya, dia mula belajar akan sistem bilangan Arab. Dia kemudiannya dikenali dengan peranannya dalam memperkenalkan sistem penulisan dan sistem kiraan Arab, iaitu algorisma kebenua Eropa.
Algorisma adalah sistem bilangan Arab yang yang asal pengiraannya dari benua India, kemudian didalami oleh ahli matematik Islam dari Uzbikistan, al-Khawarizmi diawal abad ke-9, dimana adanya penggunaan sifir atau kosong dalam kiraan, membuatkan setiap pengiraan adalah lebih tepat dan lebih pratik berbandingkan sistem kiraan Romawi diwaktu itu.
Pada tahun 1202, Fibonacci telah menuliskan sebuah buku bernama Liber Abaci atau Buku Perhitungan, yang secara ringkas, buku ini menunjukkan bagaimana pratiknya sistem bilangan Arab ini sekiranya digunakan dalam urusan seharian seperti catitan perniagaan, pengiraan ukuran dan berat, pertukaran wang dan seterusnya. Buku ini disambut dengan baiknya dibenua Eropa dan disebarkan dengan secara meluas kemudiannya, tambahan kerana Raja Frederick, iaitu penguasa Itali diwaktu itu, tertarik dengannya.
Fibonacci juga terkenal dengan bilangan Fibonaccinya, iaitu suatu kiraan yang angka ada dicampur dengan angka sebelumnya, maka terhasil angka untuk kemudiannya, seperti 1+1 = 2, 2+1 = 3, 3+2 = 5, 5+3 = 8, 8+5 = 13, 13+8 = 21....dan seterusnya, yang mana angka ini merupakan suatu keajaiban kerana ia adalah angka kiraan yang terdapat didalam berbagai-bagai kejadian alam ini.
Penjelasan kiraan Fibonacci ini adalah dimulai dari 0 dan 1, kemudian angka berikutnya didapat dengan cara menambahkan kedua bilangan yang berurutan sebelumnya. Dengan aturan ini, maka barisan kiraan Fibonaccci adalah:
- 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181, 6765, 10946...
No comments:
Post a Comment