Tekanan budaya bermaksud budaya kehidupan yang menghasilkan tekanan dan dari situ timbulnya impak positif atau negatif, contohnya impak negatif adalah seperti "anorexia nervosa" iaitu menahan lapar atau hilang selera atas beberapa sebab seperti salah satu darinya, keterlaluan menjaga kelansingan tubuh-badan untuk kelihatan menarik kerana dari tekanan budaya persekitarannya yang menghendaki penampilan bertubuh langsing.
Mahupun sesuatu yang menyebabkan timbulnya gejala-gejala social diatas kesulitan-kesulitan yang timbul dari tekanan sesuatu budaya contohnya perhubungan seks sebelum nikah kerana adat-adat setempat yang menyebabkan kesulitan untuk bernikah sedangkan kehidupan dipersekitaran adalah terlalu bebas bercampurnya antara lelaki dan wanita bukan muhrim, disamping unsur-unsur yang membawa kepada ransangan untuk seks seperti dari media-media atau internet adalah berleluasan.
Sebegitu juga dengan kepercayaan karut serta khurafat yang telah menjadi umum kerana tekanan budaya dari sesuatu kepercayaan, atau rasuah-rasuah yang diperas oleh pihak tertentu mahupun peniaga-peniaga yang melakukan penipuan dalam perniagaan mereka adalah dari tekanan budaya hidup yang mengejar kebendaan.
Disamping itu, tekanan budaya bermaksud juga dimana atas sebab sesuatu tekanan, maka terwujudnya suatu budaya kehidupan yang baru atau menyebabkan sesuatu budaya tersebut berlanjutan dihidupkan dalam rangka-rangkanya tersendiri contohnya sub-budaya yang wujud disamping budaya induk. Dalam mana, dari tekanan kerana faktor-faktor tertentu keatas sesuatu budaya hidup, ia juga memungkinkan kehadiran sesuatu tindak-balas yang positif atau yang membawa kebaikan.
Tidak dinafikan, banyaknya kehadiran budaya-budaya yang wujud dipersekitaran dunia hari ini adalah berkaitan dengan tindak-balas dari tekanan keatas budaya hidup yang dilalui. Contohnya seperti revolusi keatas sesuatu kehidupan yang menekan, mewujudkan berbagai bentuk budaya baru yang lebih merdeka bentuknya diseluruh dunia, atau kebangkitan-kebangkitan perjuangan untuk mempertahankan budaya hidup setempat dari dipengaruhi oleh budaya sipenjajah dalam mana sekaligus, proses ini lazimnya adalah juga proses memperbaharui budaya hidup setempat untuk bersaing dengan budaya-budaya penjajah atau bekas penjajah yang bersifat negatif.
Sebegitu juga dengan kewujudan beribu jenis sub-kultur diseluruh dunia, terutamanya jenis sub-kultur yang dikategorikan sebagai budaya tandingan kepada budaya induk disesuatu tempat adalah lazimnya berkaitan dengan tekanan-tekanan keatas budaya hidup yang dimiliki lalu samada dirancang mahupun tidak, ditampilkan secara terbuka atau bergerak dalam senyap, ia membawa impak kepada berbagai-bagai bentuk penampilan samada dari cara berpakaian, bertutur-kata, berfikir, tulisan-tulisan, bunyi-bunyian, penghasilan bahan artifak dan seterusnya.
Kewujudan sub-kultur dalam budaya induk setempat kebiasaanya adalah kerana perbezaan usia, jantina, bangsa atau kaum, kelas social, perbezaan agama, perbezaan ideologi, perbezaan minat atau hajat dan seterusnya, manakala sub-kultur yang dikategorikan sebagai budaya tandingan kepada budaya induk adalah dimana suatu pihak seperti pihak budaya induk tidak dapat memberikan apa yang dihajati untuk dijadikan sebagai suatu cara hidup, lalu atas perbezaan pandangan ini, maka wujudnya sub-kultur atau suatu budaya yang menawarkan cara hidup yang lebih baik, mahupun juga sebagai cara hidup yang dihajati.
Contohnya, sesuatu masyarakat yang budaya induknya terlalu mengejar kebendaan sehingga wujudnya tekanan kerja yang stress setiap hari, institusi keluarga yang runtuh dengan meningkatnya jumlah perceraian, ramainya remaja yang rosak moral kerana orang tuanya sibuk bekerja siang-malam dalam mana tiada masa mendidik anak-anak mereka, menyebabkan sekelompok insan mewujudkan sub-kultur iaitu cara budaya hidup yang berbeza dari budaya induk tersebut, untuk melindungi mereka dan ahli keluarga mereka dari kehancuran seperti yang terjadi kepada masyarakat yang mengikuti arus budaya induk tersebut.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment