Ungkapan seorang bayi yang lahir, fitrahnya suci bak kain putih yang kemudiannya dicorak-warnakan oleh keadaan sekitar, seperti orang-tuanya, teman-teman dan lain-lain adalah misal yang paling baik untuk menyatakan bagaimana budaya hidup disesuatu tempat mahupun dari sesuatu keadaan dapat mencorak akan penampilan dari sudut lahiriah seperti cara berpakaian, bertutur-kata dan sebagainya, serta juga mempengaruhi jiwa dan fikiran sekelompok masyarakat mahupun individu-individu dalam masyarakat tersebut.
Seperti mereka-mereka yang dalam suatu persekitaran budaya kehidupan yang sihat atau positif adalah lazimnya menuju kearah membentuk ketenangan jiwa serta kecerdasan fikiran, disamping dapat membantu antara satu sama lain menuju kearah suatu kehidupan yang lebih damai, biar pun kekadang timbulnya masaalah-masaalah yang lumrah terjadi dimana-mana, namun dapat diselesaikan atau dapat diminimumkan sesuatu permasaalahan tersebut.
Sedang sebaliknya atas faktor-faktor budaya kehidupan dalam gejala tidak sihat atau negatif maka akan terjadinya banyak tekanan-tekanan jiwa yang dialami dalam sesuatu masyarakat, biarpun masyarakat tersebut kelihatan begitu maju serta modernnya hidup mereka (terdapat perbezaan makna antara tekanan jiwa dengan tidak waras, kecuali pada tahap tekanan jiwa yang teramat berat sehingga mencapai tahap hilang kewarasan), seperti tekanan jiwa dari bentuk kegelisahan jiwa, kemurungan, kebingungan, kesedihan yang berlanjutan dan seterusnya malah sehingga tahap membunuh diri mahupun menampilkan segala tingkah-laku yang menyalahi norma kehidupan seperti hubungan sejenis, penagihan dadah, kelahiran anak luar nikah yang meningkat dan sebagainya.
Ini kerana, bila seseorang insan terjebak dalam budaya hidup gejala tidak sihat, wajar membuat dirinya saban waktu dalam keadaan melakukan perkara-perkara yang terlarang atau terperangkap dalam kehidupan yang cenderung kepada kemungkaran, dalam mana semakin lumrah perbuatan terlarang atau kemungkaran dalam hidupnya, semakin gelap hatinya dan ini akan bercanggah dengan fitrah aslinya yang mana menghasilkan konflik dalaman sehinggalah terjadinya tekanan-tekanan jiwa dalam dirinya samada disedari atau tidak. Keadaan negatif sebegini menular dan berkembang dengan lebih meluas dikalangan masyarakat, bila dikatakan ia terjadi untuk jumlah kelompok individu-individu yang besar.
Sebagaimana juga budaya hidup sekitar yang mencabar dimana kezaliman, penindasan, ketidak-adilan, keegoan dan seterusnya wajar membuat tekanan-tekanan yang darinya lahirlah personaliti-personaliti yang resah mahupun mentaliti-mentaliti mementingkan diri sendiri, diatas nama untuk hidup. Atau pun sebagaimana insan-insan yang lahir dizon-zon peperangan adalah berbeza dengan insan-insan yang tinggal dizon-zon aman, atau kawasan yang padat dan penuh jenayah adalah berbeza dengan insan-insan yang tinggal dikawasan yang aman dan selamat dari jenayah-jenayah.
Dalam mana, tidak kira apa taraf atau keadaan sekelompok masyarakat tersebut mahupun untuk individu-individu, selagi tiadanya usaha-usaha saban waktu untuk membentuk budaya hidup yang membawa kearah kebaikan, atau usaha-usaha mengekang mahupun meminimunkan gejala-gejala budaya negatif, maka kesan samaada untuk diri mahupun untuk generasi seterusnya adalah dalam suatu risiko yang besar.
Memang diakui, hakikatnya, ramai yang lahir dalam gejala budaya persekitaran yang tidak sihat atau negatif adalah bukan pilihan mereka, sebagaimana seseorang yang lahir dari keluarga yang berpecah-belah tentunya bukan pilihan dirinya, kerana tiada siapa yang dapat menentukan atau menukar taqdir akan dimana dan bagaimana dia dilahirkan, hanya-sanya usaha perlu dilakukan oleh setiap pihak untuk menuju kepada suatu kehidupan yang lebih baik terutamanya buat jiwa dan fikirannya. (Segalanya adalah taqdir, namun insan diberi ikhtiar kerana dunia ini adalah medan ujian)
Memang diakui, hakikatnya, ramai yang lahir dalam gejala budaya persekitaran yang tidak sihat atau negatif adalah bukan pilihan mereka, sebagaimana seseorang yang lahir dari keluarga yang berpecah-belah tentunya bukan pilihan dirinya, kerana tiada siapa yang dapat menentukan atau menukar taqdir akan dimana dan bagaimana dia dilahirkan, hanya-sanya usaha perlu dilakukan oleh setiap pihak untuk menuju kepada suatu kehidupan yang lebih baik terutamanya buat jiwa dan fikirannya. (Segalanya adalah taqdir, namun insan diberi ikhtiar kerana dunia ini adalah medan ujian)
Justeru dari itu, budaya mendakwahkan kebenaran dalam kehidupan seharian, tidak kira apa keadaannya, contohnya samaada dalam keadaan aman atau tidak, adalah suatu usaha yang benar-benar membantu kearah kebaikan bila ianya dilakukan secara ikhlas dan berhikmah, dalam mana yang berdakwah mendapat faedah dari sudut kerohanian seperti jiwa dan fikirannya serta lahiriahnya lebih terlindung dari melakukan kemungkaran, manakala insan lain juga mendapat faedah dari usaha dakwah tesebut. Dan disamping itu, dapat mewujudkan dimana-mana samada dikota besar atau pun kawasan pendalaman, suasana-suasana persekitaran dalam budaya hidup yang sihat atau positif.
Brsambung...
3 comments:
nak masuk linkkkkk
fak komen moderesyen
http://aderberani.blogspot.com/2010/09/fak-komen-moderesyen.html
en wed verifikesyen
Assalamualaikum Irwan, selamat kita berlink. Insyaallah jangan lupa doa selamat untuk saya.
Post a Comment