Thursday, May 31, 2012

Melayu dan Islam - 5


Kegemilangan buat bangsa Melayu-Islam adalah bermula bilamana Parameswara dan keseluruhan orang Melaka diberi hidayat untuk memeluk agama Islam. Ini kerana, dari faktor tersebut, maka tanah-tanah Melayu Seriwijaya silam yang merangkumi dari selatan Siam, Sumatera, Semenanjung Malaysia serta utara kepulauan Borneo berjaya kembali disatukan dibawah satu kesatuan kenegaraan dan keagamaan. Terdapat beberapa teori akan tarikh sebenarnya buat kewujudan asal Melaka, namun yang pasti, tarikh bilamana rakyat dan raja kota Melaka diberi hidayat memeluk Islam adalah tarikh keemasan buat kegemilangannya.

Namun kegemilangan ini terlalu singkat iaitu tidak sampai 2 kurun dimana ianya belum mencapai zaman zenithnya lantaran ditumbangkan oleh penjajah Barat mahupun lantaran pergolakan dalaman dari fitnah duniawi, serta juga dikhianati oleh mereka-mereka yang bersubahat dengan penjajah Barat. Apakah kejatuhan kota Melaka itu suatu kebetulan atau jelas suatu perancangan?

Selepas kejatuhan Melaka, Kesultanan Brunei dan Tanah Jawa mengambil-alih usaha-usaha membawa kegemilangan buat bangsa Melayu-Islam. Terdapat bait-bait pantun yang menyatakan;

‘  Kalau roboh kota Melaka, Papan diJawa hamba dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Harta dan nyawa hamba serahkan ’

Namun mereka juga akhirnya jatuh ditangan penjajah dikurun-kurun seterusnya, sehinggakan kepulauan utara Filipine yang suatu waktu dahulu merupakan tanah Islam, dimusnahkan 100% identiti Islamnya dengan pembunuhan masakar yang dilakukan keatas orang-orang Islam, pemaksaan menukar agama mereka serta segala yang berkaitan dengan identiti Islam seperti masjid serta segala senibinanya dihapuskan sama sekali.

Hari ini, sekali lagi bangsa Melayu-Islam berdepan dengan zaman yang membawa kearah keruntuhannya lantaran duniawi yang dikejari serta pergolakan dalaman yang bagaikan api dalam sekam. Dalam artikel isu agenda Melayu oleh Prof. Shaharuddin Badaruddin, terdapat beberapa senarai yang menjadi cabaran dan persoalan:

1. Tafsiran Perlembagaan tentang hak Melayu masih belum muktamad
Dalam polimik yang berlaku kini terdapat dua tafsiran mengenai hak Melayu menurut perlembagaan. Adakah ianya kedudukan istimewa orang-orang Melayu (special position) atau hak istimewa orang Melayu (special previllege). Kedua-dua konotasi ini membawa kepada tafsiran dan kemudianya perlaksanaan yang sangat berbeza. Sudah tentu kesan tafsiran ini kepada perlaksanaan agenda Melayu menurut perlembagaan akan terjejas. Kegagalan menafsirkan isu ini secara tepat akan menyebabkan isu ini akan sentiasa diperdebatkan dari masa kesemasa.

2. Kehendak politik (political will) dalam mempertahankan agenda Melayu

Trend terbaru menunjukkan bahawa tafsiran kedudukan istimewa orang-orang Melayu semakin dilunakkan. Sepanjang sejarah perjuangan politik Melayu selepas merdeka, akan ada dua kelompok Melayu yang bertentangan dari segi ideologi dan orientasi perjuangannya. Kalau ada kelompok-kelompok kanan yang berusaha untuk meMalaysiakan agenda Melayu maka akan timbul kelompok far left yang akan membawa tafsiran yang terlalu keMelayuan yang akhirnya menstabilkan semula isu kedudukan istimewa orang Melayu. Sebelum kemerdekaan, kelunakan IMP telah diimbangkan dengan nasionalisnya UMNO. Kemudian selepas merdeka UMNO telah diimbangkan dengan Parti Negara dan PAS. Sehingga tahun 1970an, isu ini telah disemak dan imbangkan (check and balance).

Tetapi kini seolah-olah tidak ada semak dan imbang menyentuh isu-isu Melayu terutamanya selepas Pilihanraya Umum 1999 apabila bahasa politik sudah ditukarkan kepada bahasa undi. Dalam usaha untuk mengambil hati kelompok kedua dalam masyarakat, maka parti-parti besar Melayu/Islam dalam negara sudah mula takut untuk membicarakan tentang hak Melayu tanpa mengaitkannya dengan hak samarata semua kaum. Walaupun memang itulah yang patut ditekankan dalam Islam dan pembentukan sebuah negara demokrasi tetapi kadangkala dalam keghairahan berpolitik maka timbullah beberapa gagasan yang bercanggah dengan perlembagaan itu sendiri. Isu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ataupun perlaksanaan sistem meritokrasi adalah gejala yang menghangatkan lagi permintaan yang bukan-bukan dari kaum yang lain. Akhirnya siapa yang hendak menjadi kelompok far left dalam menafsirkan perlembagaan itu supaya akan berlaku check and balance. Adakah ianya patut diserahkan kepada parti-parti politik yang mana pertimbangan undinya lebih banyak mempengaruhinya berbanding dengan perjuangan agenda Melayu ataupun peranannya perlu diambil alih oleh Sektor Ketiga* orang Melayu, yang merupakan badan-badan gabungan pertubuhan Melayu dan individu. Strategi sebegini telah berjaya dilakukan secara berkesan sepertimana yang dimainkan oleh Suqui iaitu badan-badan gabungan rayuan Cina semasa pilihanraya 1999.

3. Aspek psycho-social masyarakat Melayu
Dikalangan generasi muda Melayu/Islam sekarang ini, mereka lebih bersikap apologetic dan defensive dalam mempertahankan haknya. Apabila timbul beberapa gagasan yang mengatakan bahawa dasar-dasar dan agenda Melayu terutamanya dalam Dasar Ekonomi Baru telah mendiskriminasikan kaum-kaum lain, maka kelompok muda yang hilang hujah akan mengiyakan saja pandangan ini. Sikap sebegini timbul kerana kegagalan mereka untuk memahami beberapa peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan dan juga fenomena buta sejarah yang timbul daripada sistem pendidikan yang tidak menekankan kepada aspek-aspek persejarahan. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pendedahan perlembagaan kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda supaya mereka mempunyai pengetahuan dan maklumat lengkap tentang haknya sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Cabaran dari bukan Melayu
Perlaksanaan dasar tentang hak Melayu dan perlaksanaan DEB dalam tahun 1970an sudah tentu membawa perasaan tidak senang kepada bukan Melayu. Kekuatan yang bakal dimiliki oleh orang Melayu dari aspek sosio-ekonomi sudah tentu menjejaskan satu-satunya kekuatan yang dimilikinya. Kerana itu mereka mengambil pendekatan social closure dimana peluang sosial dan ekonomi yang dinikmati mereka ditutup kepada kelompok lain. Ia tidak berlaku dalam bentuk undang-undang, tetapi berlaku dalam bentuk kumpulan. Antara langkah yang dilakukan ialah self declared economic salvation dan juga digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina seperti clan associations, trade guilds, dewan-dewan perniagaan, pertubuhan alumni dan pertubuhan agama. Kelahiran IPTS swasta juga telah menjadi medan untuk menyemarakkan lagi sistem pendidikan Cina diMalaysia. Suasana ini sudah tentu menambahkan jurang dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan orang Melayu yang merasakan diri mereka sentiasa tertinggal.


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga