Friday, May 25, 2012

Melayu dan Islam - 3


Perkataan orang Melayu-Islam merujuk kepada semua mereka yang berketurunan darah bangsa Melayu dan juga semua bangsa lain yang berugama Islam dan berkerakyatan Malaysia, contohnya India Islam atau digelar keturunan mamak, orang Cina yang berketurunan Nonya-Baba yang beragama Islam, kalangan penduduk pribumi lain yang beragama Islam seperti Iban, Kadazan, Sakai dan seterusnya.

Dari segi definisi budaya (cultural definition), bangsa Melayu itu merangkumi keseluruhan penduduk pribumi diNusantara, iaitu kalangan penduduk asal serumpun Nusantara tidak kira agama, bahasa mahupun adat istiadat masing-masing seperti keturunan jati Melayu dari selatan Siam, Semenanjung Malaysia, Sabah-Sarawak termasuk Brunei, selatan Filipine serta seterusnya dari keturunan suku-suku diIndonesia seperti Jawa, Bugis, Aceh, Mandaling dan lain-lain.

Manakala dari segi definisi Bumiputra Melayu diMalaysia adalah kalangan mereka yang asas keturunannya bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu. Bahkan juga lazimnya terjadi, mereka yang bukan kalangan pribumi, tetapi berkahwin dengan orang Melayu dimana samada dirinya memang beragama Islam atau baru memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Sedang dari sudut kenyataan umum yang lain, perkataan Melayu itu sendiri membawa identiti atau jati-diri akan suatu bangsa yang beragama Islam sebagaimana bila memperkatakan identiti atau jati-diri bangsa Arab, secara automatiknya dimengertikan bahawa bangsa tersebut adalah beragama Islam biarpun terdapat kelompok manoriti bangsa Arab yang menganut agama selain Islam.

Hari ini, bangsa Melayu merupakan salah sebuah bangsa yang majoriti dan terbesar didunia sebagai bangsa yang beragama Islam dengan angka yang melebihi dari 250 juta jiwa. Dimana juga suatu kelebihan yang sewajarnya dimaksimumkan keupayaannya dalam menyatukan semua bangsa Melayu adalah lantaran keseluruhan bangsa Melayu satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan dibawah satu mahzab iaitu mahzab Syafie. Terdapat sejarah yang menyatakan bahawa pedagang India yang bermahzab Hanafi, membawa masuk agama Islam keMelaka dimana Melaka seterusnya menjadi pusat penyebaran Islam yang terulung dirantau Asia, namun begitu kebanyakan ilmu-ilmu Islam adalah berasal dari Aceh yang begitu awal telah menjadi sebagai pusat Islam bermahzab Syafie dirantau Nusantara dengan pesatnya usaha menterjemahkan kitab-kitab berbahasa Arab kedalam bahasa Melayu.

Fakta bahawa agama Islam adalah dibawa oleh pedagang-pedagang India keMelaka dapat dilihat dari segala stuktur budaya Islam yang dihidupkan sedari dahulu adalah amat berbeza dengan budaya Arab-Islam (seperti contohnya baju Melayu dengan songkoknya bukan berjubah panjang dan berserban atau juga dengan keadaan wanita-wanita orang-orang Melayu suatu waktu dahulu yang tiada langsung mencerminkan kebudayaan Arab-Islam, sedang tudung labuh mahupun niqab hanya dikenali dipertengahan abad ke-20 lantaran usaha-usaha dakwah-Tabligh dan lain-lain), sedangkan lazimnya daerah yang mendapat usaha agama terus dari bangsa Arab akan mengadaptasikan juga segala kebudayaan Islam dari orang-orang Arab sebagaimana didaerah-daerah Farsi, Turki, daerah-daerah diutara dan tengah Afrika serta juga Aceh suatu waktu dahulu.


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang dirumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga