Salah satu penulisan yang akan situasi sebenar keadaan orang Melayu-Islam semasa zaman penjajahan, zaman merdeka dan sehingga kini ia masih aktual dari Dr Mahathir Muhamad (mantan Perdana Menteri ke-4) dalam buku dilema Melayu yang pernah suatu ketika dahulu diharamkan oleh Tengku Abdul Rahman kerana kebimbangan beliau diatas fakta kebenaran tersebut:
Kalau direnungkan kembali masa-masa yang lampau, salah
satu faktor yang agak mengejutkan dan harus diakui ialah pada masa
lalu tidak wujud harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang
wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi.
Ada terdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur.
Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenarnya. Sebaliknya
ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara. Ada kalanya
nada-nada sumbang ini melangsing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan
kaum yang terpencil atau merata-rata. Keharmonian antara kaum di Tanah
Melayu tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam.
Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum
secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah
semestinya kerana kurang kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk
menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya
keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.
Orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran.
Mereka mungkin bertemu sewaktu menjalankan kerja-kerja harian, malahan
sewaktu pergaulan secara sosial. Akan tetapi setelah selesai bekerja,
mereka kembali semula ke dalam lingkungan budaya dan kaum
masing-masing dan lingkungan ini tidak pernah dicerobohi oleh
mana-mana kaum tersebut. Di dalam dunia kaum masing-masing,
nilai-nilai mereka bukan sahaja berbeza, malahan kadang-kadang
bertentangan. Jika diterima hakikat bahawa memang tidak wujud
keharmonian sejati antara kaum, maka lebih senang untuk membuat
urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu dan
menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Malah mungkin boleh
dicarikan jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara
hubungan yang sedia wujud. Dengan cara ini,
sekurang-kurangnya,kalaupun bukan harmoni, perkara-perkara yang boleh
menimbulkan persengketaan dapat diredakan.
Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah
ada orang bukan Melayu di Melaka dan Kedah. Ramai juga di antara
mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan di
antara orang Melayu dengan orang Cina adalah dianggap baik. Keadaan
begini mudah difaham kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang
tidak ramai orang Cina, mereka akan mengelak dari melakukansesuatu
yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu. (Hakikat ini
menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di
negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah). Sudah tentunya orang-orang Cina
telah mengalami layanan-layanan yang kurang menyenangkan,
tetapi‘mereka tidak membantah walaupun Negeri China menganggap
Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada jajahan takluk mereka. Orang
Cina dan lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang
Melayu. Oleh itu persengketaan jarang berlaku, dan kalau berlaku
jarang berpanjangan.
Kedatangan orang-orang Eropah telah menambahkan
kemasukan orang-orang bukan Melayu, terutama orang Cina dan India ke
Tanah Melayu. Mereka tidak bermastautin di Tanah Melayu, dan hakikat
inimenyebabkan mereka terasing dan tidak bercampur dengan orang-orang
Melayu. Terhadnya hubungan ini telah mengurangkan persengketaan,
sungguhpun pada akhir-akhir pemerintahan British orang Melayu telah
mulai menyedari bahaya orang-orang Cina dan India kepada kuasa
politik orang Melayu. Sekali-sekala berlaku juga pergaduhan kaum
antara orang Melayu dan orang Cina. Akan tetapi, disebabkan ketegasan
pihak British mengawal keadaan, pergaduhan ini tidak merebak menjadi
perselisihan kaum yang besar. Lagipun, hak orang Melayu di negara ini
tidak pernah dicabar secara terang-terang oleh pihak penjajah British
mahupun oleh pendatang-pendatang lain di negeri-negeri Tanah Melayu.
Dibawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah
dari orang Cina dan India, kecuali pertemuan singkat pada waktu
siang. Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal dikawasan
desa tidak pernah bersua muka dengan orang Cina, dan begitu juga
keadaan sebaliknya bagi orang Cina yang tinggal di bandar-bandar besar
dan di kawasan lombong bijih. Pada waktu itu memang tidak berlaku
pergaduhan kaum secara besar-besaran, namun tidak pula boleh
dikatakan bahawa wujud harmoni dan toleransi antara kaum. Orang-orang
yang hidup jauh terpisah di antara satu sama lain tidak semestinya
hidup mesra. Kalau tidak ada sengketa, hakikatnya ialah kerana tidak
ada peluang untuk bersengketa. Apa yang wujud ialah kesedaran
tentang kehadiran masing-masing, dan kesedaran yangkurang
menyenangkan ini sudah cukup untuk menghalang pergaulan yang lebih
rapat. Bibit-bibit persengketaan sebenarnya sudahpun ada, cuma
is tidak sempat membesar kerana disekat oleh kuasa British.
Penjajahan oleh Jepun telah memisahkan orang-orang
Melayu dan Cina lebih jauh lagi. Segolongan orang Melayu boleh
dianggap pro Jepun, sementara yang lainnya walaupun tidak bersimpati,
sekurang-kurangnya bukan anti Jepun. Sebaliknya orang Cina telah
mendapat layanan buruk dari pihak Jepun, sementara orang India pula
menggabungkan diri mereka dengan perjuangan untuk membebaskan India.
Menjelang akhirnya peperangan, hubungan ini mula
bertukar corak. Sebahagian besar orang Cina telah bersubahat dan
diterima baik oleh pihak Jepun. Sementara itu orang Jepun tidak
mengendahkan lagi orang Melayu kerana mereka menganggap orang Melayu
tidak begitu berguna bagi tujuan mereka.Walau apa sekalipun corak
hubungan mereka dengan pihak Jepun, ternyata bahawa perbezaan
antara kaum semakin ketara dan masing-masing saling mencurigai.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu, hubungan
Melayu-Cina boleh dianggap tidak begitu baik dan keadaan ini
bertambah runcing bila golongan komunis (kebanyakannya orang Cina)
cuba hendak menubuhkan kerajaan sendiri di negeri-negeri Tanah
Melayu. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.
Pertempuran ini mungkin akan merebak menjadi pertempuran kaum jika
sekiranya pihak British tidak kembali dan mendirikan Pentadbiran
Tentera British yang dibantu oleh AngkatanTentera British. Pihak
komunis kecewa dalam usaha mereka untuk merampas kuasa di Tanah
Melayu. Orang Melayu, tanpa menyedari apapun, mengalu-alukan
kedatangan British kerana mereka menyangka hubungan dengan British
akan kembali seperti keadaan sebelum perang.
Orang Melayu merasa kecewa bila pihak British
mencadangkan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama
dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union. Keruncingan
hubungan Melayu-Cina memuncak semula, tetapi kali ini keadaan lebih
rasional dan berterusan berikutan kesedaran umum bangsa Melayu
terhadap rancangan British itu. Sejak dari itulah sikap Melayu-Cina
bertukar menjadi isu politik negara yang diselesaikan bukan
di peringkat tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang
paling tinggi di negara ini.
Dilema Melayu
No comments:
Post a Comment