Bangsa Melayu yang merupakan pribumi pada negara Malaysia hari ini telah memiliki sejarah-sejarah silam akan kedaulatan kekerajaan-kekerajaan Melayu dirantau ini seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan lain-lain. Srivijaya merupakan salah sebuah kekerajaan atau empayar Melayu berdaulat yang terbesar dalam sejarah yang merangkumi segala tanah negara Malaysia hari ini, tanah negara Indonesia hari ini, Sri Lanka, Selatan Siam, Filipine hatta kedaerah Tainan (pulau Taiwan).
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau
Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia
Tenggara. Salah satu bukti kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila
seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya
selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.
Kewujudan Srivijaya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient. Kerajaan ini runtuh pada abad ke-13 (dan seterusnya disambung oleh kekerajaan Palembang pada abad ke-14 serta kemudiannya Melaka dalam abad ke-15) disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya yang asalnya beragama Hindu juga adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama dikepulauan Melayu.Ini dapat dilihat dengan pembinaan Angkor Wat diKamboja serta mahupun Borobodor diTanah Jawa yang ada kaitannya dengan penyebaran agama Buddha oleh Srivijaya.

Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar"
dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya yang merupakan kekerajaan maritim memiliki kekuatan dari segi perkapalan dan menguasai keseluruhan perairan Nusantara dizamannya. Ianya juga memiliki kekuatan dari segi ketenteraan darat yang mana anggota askarnya terdiri dari pelbagai taraf rakyat.
Selepas kejatuhan Srivijaya, ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang sebesar Srivijaya wujud dikepulauan Asia Tenggara. Terdapat kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Siam, Jawa, Ache dan lain-lain tetapi tidak sebesar Srivijaya. Sedang kerajaan Melaka adalah kesinambungan daripada kekerajaan Srivijaya itu sendiri.

Manakala juga, selepas kejatuhan Srivijaya, lanun-lanun yang asalnya merupakan sebahagian dari kalangan-kalangan bekas tentera laut Srivijaya yang lengkap dengan kapal-kapal serta senjata, melakukan kegiatan yang berluasan mereka diperairan rantau ini. Kegiatan ini kemudiannya dapat ditumpaskan bilamana Melaka mengambil-alih kuasa maritim dirantau ini berserta bantuan daripada Kekerajaan Tanah Besar Cina.
Kebesaran raja Srivijaya juga digambarkan melalui catatan saudagar Arab bernama Sulaiman dalam tahun 851M yang mensifafkannya sebagai Raja diGunung dan Maharaja diPulau. Raja diGunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak didaratan mahupun dilautan. Raja Srivijaya yang tersusun sistem pemerintahannya memerintah secara multak dengan dibantu oleh wazir-wazirnya yang menjadi perantaraan antara siraja dengan rakyat sekelian.
Bersambung...

No comments:
Post a Comment