Monday, June 18, 2012

Melayu dan Islam - 8


Bila memperkatakan akan hak Melayu-Islam diMalaysia dan keutamaan dalam mempertahankan Malaysia sebagai Tanah Islam yang berdaulat, maka ini jelas tercatit didalam Perlembagaan Negara Malaysia seperti berikut:

i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam iaitu antaranya:

- Syeikh Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.

- Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

- Syeikh Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat utama bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.

Dengan mengambil kira kepelbagaian definisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Serta pengiktirafan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Malaysia dalam rangka kewujudannya sebagai Negara Islam juga dapat dilihat dengan adanya penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud diMalaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami, tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga