Friday, April 09, 2021

Austronesia bhg. 3

Kaitan Austronesia dengan Mu dan Lemuria. Dari abad-abad yang lepas, terdapat banyak teori tentang kewujudan benua Mu dan Lemuria dengan peradaban mereka yang unggul, ada yang menyatakan Mu adalah suatu benua ditengah lautan Pasifik manakala Lemuria adalah suatu benua di Lautan Hindi manakala ramai yang berpandangan Mu dan Lemuria adalah suatu benua yang sama yang terletak di Lautan Pasifik. Tidak kurang juga yang mendakwa Mu dan Lemuria ini adalah perkataan lain buat Atlantis. Mu dan Lemuria ini dikatakan tunas peradaban (Cradle of civilization) buat dunia hari ini seperti dari tamadun Mesir, Eropa dan juga tamadun-tamadun silam yang terdapat di benua Amerika seperti tamadun Maya, Inca dll. Namun yang pasti, melalui penelitian terkini, tiada kewujudan benua yang tenggelam dipertengahan lautan Pasifik atau lautan Hindi, yang pasti hanya benua Sunda yang diperkiraan tempoh-tempoh sebelum tenggelamnya adalah ditarikh-tarikh yang diduga akan kewujudan Mu dan Lemuria. Sebahagian besar benua Sunda timbul dalam tempoh glasier terakhir dari kira-kira 110,000 hingga 12,000 tahun yang lalu. Ketika permukaan laut menurun 30-40 meter atau lebih, terjadi jambatan darat menghubungkan pulau-pulau Borneo, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan daratan Asia. Semasa permukaan laut maksimum glasier (LGM) terakhir dimana permukaan laut jatuh sekitar 120 meter, dan seluruh perbatasan barat Sunda terdedah. Maksimum Glasier Terakhir (Last Glacial Maximum / LGM) merujuk satu zaman dalam sejarah iklim bumi apabila lembaran ais berada di peluasan maksimumnya, pada antara 26,500 dengan 19,000–20,000 tahun lalu, menandakan puncak zaman glasier terakhir. Pada masa ini, lembaran ais melitupi kebanyakan Amerika Utara, Eropah dan Asia utara. Ini diikuti oleh Maksimum Glasier Hujung (Late Glacial Interstadial / LGI), lebih kurang 14,670 hingga 12,000 tahun dulu. Nama "Sunda" muncul dalam Geografi Ptolemy, yang ditulis sekitar tahun 150 M. Dalam penerbitan tahun 1852, navigator Inggeris George Windsor Earl mengemukakan idea "Bank Asiatik Besar", yang sebahagiannya didasarkan pada ciri umum mamalia yang terdapat di Nusantara. Penjelajah dan saintis mula mengukur dan memetakan lautan Asia Tenggara pada tahun 1870-an, terutamanya menggunakan bunyi kedalaman. Atas itu, nama "Sundaland" untuk rak semenanjung pertama kali diusulkan oleh Reinout Willem van Bemmelen dalam Geografi Indonesia pada tahun 1949, berdasarkan penelitiannya. Sistem perparitan didalam laut sekitar Nusantara yang dijelaskan oleh Molengraff disahkan dan dipetakan oleh Tjia pada tahun 1980. Pada tahun 1982, ianya dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Emmel dan Curray dan lengkap dengan delta sungai, dataran banjir dan jalan belakang. Kerana itu, sekiranya wujud tamadun Mu dan Lumeria (atau kedua-duanya adalah sebenarnya satu yang sama sebagaimana Atlantis adalah juga tamadun yang sama) maka benua Sunda dimana asas penempatan bangsa Austronesia yang menyeberangi Lautan Pasifik disebelah timur manakala disebelah Barat menyeberang lautan Hindi inilah yang dapat dibuktikan tempat asas tamadun ini. Bangsa Austronesia yang salah satu dari peradaban silamnya yang menguasai rahsia alam adalah rahsia menguasai angin, air serta kesan pengaruh dari pasang-surut dan ini adalah amat penting bila menjelajah perairan terutamanya dilautan yang luas dan bergerak dari benua ke benua. Contohnya, perairan lautan bergerak mengelilingi dunia bagaikah aliran sungai yang disebut arus lautan. Arus permukaan ini mempunyai pengaruh besar terhadap iklim dunia. Arus dipermukaan lautan ini didorong oleh angin dan bergerak dalam corak bulat yang kasar, yang disebut gyres. Ini berpusing mengikut arah jam di hemisfera utara dan berlawanan arah jam di sebelah Selatan. Manakala melintang pertengahan Amerika Utara, Eropah dan Asia, angin bergerak ke barat ke timur, dinamakan sebagai Westerlies. Angin dagang (Trade wind) pula adalah angin tetap timur-ke-barat yang mengalir di wilayah khatulistiwa bumi. Angin dagang bertiup terutamanya dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di hemisfera selatan. Mungkin dizaman tersebut, peredaran-peredarannya agak berbeza sedikit lantaran perbezaan klima serta suhu dunia dibandingkan dengan zaman kini, namun pengetahuan-pengetahuan ini hanyalah mula dikuasai disebelah Eropa dalam 6 abad yang lalu untuk menjelajah, perniagaan serta menjajah tanah-tanah baru diseluruh dunia sedangkan ianya telah dikuasai berbelas-belas abad terdahulu oleh bangsa Austronesia. Bersambung....

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga