Sunday, March 07, 2021

Austronesia - bhg. 2

Kaitan Austronesia dengan Atlantis. Pernahkah anda bayangkan suatu tamadun dengan peradabannya amat berkaitan dengan alam semula-jadi atau disebut `mesra alam` dan penduduknya amat mencintai kehidupan berbudayakan alam semesta seperti didalam kehijauan rimba, pantai-pantai, lembah-lembah yang cantik menghijau serta berteknologikan dengan sumber-sumber alam? Contohnya seperti tamadun Atlantis yang selalu dibayangkan dari buku-buku mahupun filem-filem fiksi akan kewujudan suatu tamadun silam manusia sebegitu. Beginilah sebenarnya tamadun bangsa Austronesia suatu masa dahulu yang bertamadun teknologi yang mesra alam dan menguasai banyak rahsia alam termasuk keupayaan-keupayaan dalaman diri manusia itu sendiri seperti kuasa telepati (telepathy) dll. Bangsa Austronesia yang menguasai seluruh perairan dengan kesan sejarah kebudayaan, masih dapat dikesan hari ini iaitu dari kebudayaan-kebudayaan Nusantara sehingga keseluruh sudut perairan Pasifik seperti pembinaan tugu-tugu misteri di Pulau Eastern dan seterusnya jauh kedalam hutan Amazon. Dengan peradaban sebegini, wajar sahaja bangsa Austronesia ini dikaitkan dengan ketamadun peradaban yang hilang iaitu tamadun peradaban Altantis. Hanya-sanya, bangsa Austronesia mengalami devolusi (evolusi tiada kaitan dengan fizikal seperti teori Darwin tetapi proses evolusi ada kaitan dengan pemikiran serta budaya kehidupan manusia dimana adanya proses evolusi dan sebaliknya iaitu devolusi). Contoh proses devolusi, sewaktu dahulu, bangsa Austronesia menguasai banyak rahsia-rahsia alam namun setelah runtuhnya peradaban mereka, maka rahsia-rahsia ini bertukar menjadi kepercayaan karut-marut lantaran komunikasi terhad, terpisah dari pengetahuan yang sebenar atau tiada lagi kalangan mereka yang memiliki pencerahan-pencerahan minda menyebabkan pemikiran masyarakat dalam kegelapan dan kesamaran. (seperti bila tiada lagi kalangan mereka yang melakukan dakwah-dakwah haq, maka hilang agama dari kalangan umat) Tamadun Atlantis dicatit dalam karya Plato: Timaeus dan Critia, ditulis pada 360 SM, dimana informasi ini diambil oleh Plato dari Solon, yang mengunjungi Mesir antara tahun 590 dan 580 SM, merekodkan kewujudan sebuah ketamadunan telah hilang tenggelam dengan sistem kebudayaan dan peradabannya yang unggul serta kondisi alamnya yang subur dan kaya-raya, yang dinamainya Atlantis. Dalam catatannya, Plato menulis bahawa Atlantis terhampar di seberang pilar-pilar Herkules (jauh diluar perairan Mediterranean) dan memiliki angkatan laut yang besar, yang pernah menakluk Eropa barat dan Afrika, iaitu 9000 tahun sebelum zaman Solon (sekitar 9500 sebelum masihi). Sememangnya 10,000 tahun dahulu, manusia telah jauh bertamadun namun segala kesan peninggalan tamadun-tamadun manusia ini hilang ditelan masa, musnah lantaran proses alamiah atau tertimbus dalam tanah seperti kota Göbeklitepe di Turki yang berusia lebih 10000 SM. Apa yang diketahui oleh sejarah manusia hari ini hanyalah tahun-tahun manusia terkemudian seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir yang hanya dalam lingkungan 5000 sebelum masihi. Altantis, dilaporkan sebagai sebuah kota pulau yang besar dan sekitarnya diliputi ribuan pulau-pulau lain dan mengadap kepada sebuah samudera yang amat luas. Atlantis yang memiliki tamadun peradaban yang jauh begitu maju, dapat bergerak keseluruh alam waktu tersebut dengan keupayaan peralatan-peralatan teknologi mereka tersendiri. Atlantis ini dipercayai diperintah oleh gabungan pengetua-pengetua dan dengan kekuatan yang luar biasa, mereka yang menguasai bukan sahaja keseluruhan pulau-pulau malah beberapa bahagian benua. Plato mengambarkan dataran kota Atlantis itu rata, dikelilingi oleh gunung-gunung yang turun ke laut, licin dan rata, berbentuk segi empat dan bujur, panjangnya tiga ribu stadia (sekitar 555 kilometer), lebar dua ribu stadia (sekitar 370 kilometer), memandang ke arah selatan, terlindung dari utara dengan keindahan alam semula-jadinya seperti sungai, tasik, padang rumput dan mempunyai penempatan-penempatan buat penduduknya. Namun kemudian, disaat keruntuhan peradaban ini, terjadinya letupan-letupan gunung-gunung berapi dipersekitarannya, dengan gempa-bumi yang amat dahsyat mencetuskan ombak-ombak tsunami yang begitu besar menyebabkan kehancuran serta tenggelamnya kota Atlantis. Bahagian yang tenggelam ini disebut benua yang hilang atau The Lost Atlantis. Dari kisah Atlantis ini, banyaknya persamaan dengan sejarah bangsa Austronesia samada dari kedudukan fizikal muka-buminya seperti dikelilingi perairan serta gunung-gunung berapi, siri-siri penjelajahan muka-bumi melalui jalan laut, kebudayaan yang mesra alam semula-jadi dll. Atas itu, terdapat kalangan pengkaji-pengkaji mendakwa bahawa bangsa Astronesia ini adalah generasi dari peradaban Atlantis. Kemusnahan Atlantis ini mungkin lantaran setelah beberapa kurun berlalu, generasi seterusnya terpesong, sebagaimana yang tercatit dalam banyak sejarah silam, bilamana manusia-manusia telah jauh maju kehadapan maka mereka kemudiannya tenggelam dalam arus kebatilan dan perlahan-perlahan meninggalkan agama bertuhan yang satu, menyebabkan mereka dimusnahkan. Seperti kisah kaum Aad, Kaum Tsamud, kaum Sabaan dan lain-lain yang suatu masa dahulunya, masing-masing memiliki ketamadunan peradaban yang tinggi tetapi kemudian dimusnahkan oleh Tuhan. Atlantis yang mengamalkan sistem pemerintahan gabungan pengetua-pengetua dan salah seorang akan dipilih bergilir-gilir untuk membuat keputusan adalah mirip sistem yang diamalkan oleh bangsa Austronesia dan kalangan negara-negara dari generasi bangsa Austronesia, hanya negara Malaysia yang mengekalkan sistem ini dimana terdapat 9 orang Sultan dengan salah seorang darinya diangkat untuk memerintah dan membuat keputusan (faisalah) buat sekian-sekian tempoh sebelum digantikan oleh yang lain. - Didunia hari ini, hanya Malaysia dan Switzerland yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara, dimana Malaysia dipilih dari kalangan 9 Sultan-Sultan-nya manakala Switzerland dipilih dari kalangan 7 Bundesrad-nya (Federal Council).

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga