Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 6

Kaitan Austronesia dengan teori keluar dari Benua Sunda (out of Sundaland). Sebenarnya tiada perbezaan antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero kerana mereka adalah dari susur yang sama. Dikatakan Melayu pronto adalah kumpulan penghijrah yang pertama kemudian disusuli oleh Melayu Deutero, sedangkan kenyataannya, kedua-duanya adalah dari suatu bangsa yang sama yang menduduki wilayah benua Sunda lebih dari 50,000 tahun dahulu. Teori Migrasi Deutero Melayu yang dikatakan mula mendiami Nusantara sekitar 300 SM, berasal dari seorang sejarawan Nusantara, Pangeran Wangsakerta (diperkirakan hidup pada pertengahan abad ke-17M) adalah teori yang silap lantaran semasa Wangsakerta mengutarakan teori ini, beliau begitu menghadapi kekurangan fakta serta pengkajian. Teori ini seterusnya diambil oleh sarjana Barat tanpa kesahihan bukti. Teori ini sama juga penuh kesilapan sebagaimana teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) dimana dikatakan bangsa Austronesia berasal dari Taiwan atau teori berasal dari Yunan yang menyatakan bangsa Austronesia atau bangsa Melayu berasal dari Yunan. Bangsa ini yang digelar bangsa Austronesia adalah dari susur generasi yang menetap didaerah Benua Sunda iaitu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan pernah mewujudkan suatu tamadun dengan kebudayaan unggul, sebelum melalui zaman-zaman fasa keruntuhan, lebih kurang 12,000 tahun dahulu dimana sebahagian besar benua Sunda ditenggelami air.. Saki-baki dari generasi bangsa Austronesia yang terselamat dari bencana ini kemudian tersebar diserata tanah-tanah yang tidak ditenggelami air dan seterusnya mewujudkan ras-ras baru. Kumpulan yang menyelamatkan diri dengan memulakan kehidupan dalam hutan rimba atau jauh dipulau-pulau terasing, dimana mereka terputus langsung hubungan dengan dunia luar berubah menjadi komuniti mundur berbanding yang memulakan penempatan di pinggir-pinggir laut atau kawasan dataran dan lembah-lembah dimana penempatan-penempatan baru dapat dibina. Teori keluar dari benua Sunda (out of Sundaland) dimana dari Benua Sunda ini, bangsa Austronesia tersebar dipersekitarannya iaitu diseluruh pelusuk lautan pasifik, menduduki sebahagian besar yang dikenali hari ini negara China, sehingga jauh ke Pulau Madagaskar, manakala yang kekal di wilayah Benua Sunda yang tidak ditenggelami air, mewujudkan berbagai-bagai suku atau rumpun dibawah nama wilayah Nusantara adalah lebih jelas dan berfakta. Peneliti dari University of Oxford dan University of Leeds mengumumkan hasil peneltiannya, edisi March-Mei 2008, yang berjudul “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia” (Soares et al., 2008) dan “New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia” (Richards et al., 2008). Richards et al. (2008) berdasarkan penelitian DNA, menyangkal teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) iaitu teori penduduk Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, dan Malaysia) datang dari Taiwan 4000 (Neolithikum) tahun yang lalu. Kumpulan penyelidik menunjukkan apa yang terjadi adalah sebaliknya, iaitu penduduk asli Taiwan berasal dari Benua Sunda, yang bermigrasi kesitu. Ciri garis-garis DNA akan penyebaran populasi pada saat yang bersamaan dengan naiknya permukaan laut di wilayah ini, menunjukkan migrasi ke Taiwan, ke timur (New Guinea dan Pasifik), dan ke barat (daratan utama Asia Tenggara), terjadi dalam masa sekitar 10,000 tahun yang lalu. Manusia telah tinggal di Asia Tenggara selama sekurang-kurangnya 50,000 tahun. Terutama kerana pengaruh linguistik, penyelidik percaya bahawa O-M122 pertama kali muncul di Asia Tenggara sekitar 25,000-30,000 tahun yang lalu (Shi 2009) atau kira-kira antara 30,000 hingga 35,000 tahun yang lalu menurut kajian yang lebih baru (Karmin et al. 2015, Poznik et. al. 2016, YFull 4 Januari 2018). Mikrosatelit menunjukkan bahawa haplotyp O-M122 terdapat lebih banyak di pelbagai Asia Tenggara daripada di Asia Timur utara (Shi 2009). Ini menunjukkan fakta asal mutasi O-M122 adalah dari Asia Tenggara atau suatu waktu dahulu digelar Benua Sunda.. Haplogroup O-M122 terlibat sebagai penanda genetik diagnostik pengembangan Austronesia yang ditemui di populasi Asia Tenggara dan Oceania. Ia muncul pada frekuensi yang cukup tinggi di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Sebarannya di Oceania sebahagian besarnya terbatas pada zon budaya Austronesia secara tradisional, terutamanya Polinesia (kira-kira 25% (Hammer 2005) hingga 32.5% (Su 2000)). O-M122 dijumpai pada frekuensi yang lebih rendah pada umumnya di pesisir dan pulau Melanesia, Mikronesia, dan suku suku asli Taiwan (18% (Hammer 2005) hingga 27.4% (Su 2000) orang Mikronesia, dan 5% orang Melanesia (Karafet 2005). Bersambung....

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga