Sejarah lalu telah membuktikan dimana hari Malaysia hampir dikuasai
sepenuhnya oleh mereka-mereka yang berniat menghapuskan bukan sahaja
kekuasaan kaum Bumiputra Melayu malah memadamkan keseluruhan imej Islam
diTanah Melayu ini tidak mustahil akan berulang sekiranya umat Melayu-Islam lepa dan lalai.
Kaum Melayu yang menjadi asas tulang belakang kepada keutuhan agama
Islam diTanah Malaysia cuba digugat, dinafikan dan malah mahu menjadi
kaum jajahan kelas 3 sebagaimana dizaman British, namun dengan bantuan
Allah Taala, sehingga hari ini, tetap bersemadi kuasa orang Melayu-Islam
dibawah kehormatan kepada Sultan-Sultannya yang diamanahkan untuk
mempertahankan Tanah Malaysia buat selama-lamanya sebagai sebahagian
dari Tanah Islam.
Singapore adalah contoh jelas bagaimana sekeping tanah
yang dahulunya sebahagian dari Tanah Islam, telah terlepas buat
selama-lamanya. Dan diSingapore, bukan sahaja tidak boleh memperjuangkan hukum hudud melalui sistem demokrasinya, malah perkataan hudud itu sendiri seakan diharamkan untuk diperkatakan. Jadi apakah benar sistem demokrasi itu dapat menukar segalanya sebagaimana yang dilaungkan oleh sebahagian dari kalangan umat Islam yang jelas undi yang dimiliki mereka adalah hanya suku dari jumlah keseluruhan undian?
Semoga generasi ini sentiasa celek dan memahami
segala helah musuh disamping sentiasa memperjuangkan Tanah Malaysia
sebagai sebahagian dari Tanah Islam dan seterusnya mempertahankan
keamanan yang dikecapi. Kini masanya hampir tiba untuk bangsa Melayu
yang telah sekian lama ketinggalan dalam membawa Islam kemercu teratas
sekiranya dibandingkan dengan bangsa Arab, Parsi, Turki mahupun Indo-Pak Muslim. Lantaran
itu, menjadi kewajipan untuk bersatunya semua orang Melayu dibawah nama Islam dengan keutamaan diatas usaha dakwah dan jauhkan daripada helah
politik yang memecahkan kesatuan umat serta seterusnya melemahkan umat Islam dari segala aspek.
Bersambung...
Thursday, May 24, 2012
Monday, May 07, 2012
Islamic Expo Dornbirn, Austria
Hujung minggu, berjalan-jalan keIslamic expo diDornbirn, Austria. Masyaallah, meriah juga sambutan dia dan ramai orang Islam disini datang terutamanya dari bangsa Turki kerana yang menganjurkannya juga dari kalangan orang-orang Turki. Bermacam-macam jualan ada, dari kopiah hingga kebuku-buku. Dan disuatu sudut, tersedianya warung-warung makanan halal, alhamdulillah, dapat juga merasa daging panggang Adana dan disudahi dengan chai Turki.
- Bodensee, tasik terbesar diEropa yang berada disempadan antara Switzerland, Austria dan German. Cantik tasiknya.
- Bodensee, tasik terbesar diEropa yang berada disempadan antara Switzerland, Austria dan German. Cantik tasiknya.
Saturday, April 28, 2012
Cerdik, bodoh dan antaranya - 6
Kecerdikan
sewajarnya dinilai dengan taraf pemahaman lantaran dunia kehidupan
ini memiliki berjuta-juta rahsia, rasa, bidang, kemahiran dan
lain-lain dimana semakin mendalamnya kefahaman akan apa sebenarnya
kehidupan itu sendiri, semakin tinggi kebijaksanaan seseorang. Dalam
kata, memahami hakikat sebenarnya kehidupan diri dan segala yang
wujud dialam ini.
Katakan
seseorang tersebut begitu hebat dalam ilmu kira-kira dan diukur
memiliki I.Q yang tinggi dimana dirinya diletak kalangan
cerdik-pandai tetapi tidak memahami banyak perkara lain terutamanya
tidak memahami akan kehidupan ini sebenarnya hanyalah singkat didunia
ini, dirinya bukanlah memiliki kebijaksanaan yang sebenar, tetapi
hanya kecerdikan dalam sesuatu bidang yang difahami.
Sedari
dunia purba terdahulu sehinggalah kehari ini, bangsa-bangsa yang maju
adalah kalangan yang memiliki atau cuba memiliki kecelekan mahupun
kefahaman yang mendalam serta meluas akan dunia yang diduduki. Ini dapat dilihat
dari pembinaan sesuatu tamadun sehinggalah kebudayaan yang dihidupkan
manakala keruntuhan sesuatu bangsa atau tamadun adalah bilamana
penduduknya menuju kearah membutakan diri atas kefahaman yang selari
dengan hakikat kehidupan yang sebenar dengan melakukan
berbagai maksiat seperti perzinaan, penipuan, tamak haloba dan
lain-lain kemungkaran serta sehinggalah kepada pertumpahan darah yang tiada
henti-henti tanpa hak.
Namun
dari itu juga, tentulah persoalan yang muncul adalah apa yang
dimaksudkan dengan pemahaman kerana setiap individu mahupun
masyarakat wajar sahaja memiliki kefahaman masing-masing bergantung
kepada kehidupan yang dilalui. Seperti contohnya, ada kalangan yang
digelar cerdik-pandai hari ini memiliki kefahaman kedatangan British adalah
diatas keikhlasan dan kemurahan hati mereka untuk memajukan bangsa
yang dijajah seperti bangsa Melayu dimana dijajahnya Tanah Melayu dan
didirikan segala pusat pengajian disamping disediakan suatu sistem
pemerintah iaitu sistem demokrasi untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai
negara maju.
Mereka
ini amat berbangga dan mempertahankan bahawa segala yang dikecapi
hari ini adalah diatas kecerdikan British. Tanpa British, tiadalah
sekolah, hospital, bandar-bandar dan seterusnya. Sedangkan yang
nyata, mereka yang terpahat dikepalanya sebegitu adalah jelas mereka
yang tidak tahu sejarah yang sebenar, tidak memahami apanya makna
ikhlas serta ketipisan jati-diri.
British
atau bangsa penjajah lazimnya tiada niat untuk semuanya itu, tanyakan
sahaja pada mereka yang hidup dibawah zaman penjajahan atau dalamikan sahaja sejarah bagaimana payahnya untuk
bangsa-bangsa yang dijajah memajukan diri mereka. Hanya kalangan yang
menjadi hamba, bekerja dibawah pihak penjajah atau yang pihak yang
dilihat dapat menguntungkan mereka, dibantu lantaran niat pertamanya
hanyalah untuk mengaut keuntungan didaerah yang dijajah manakala
pihak-pihak yang membantu mereka kearah itu, dapatlah sedikit mengaut
hasilnya.
Sebegitulah
juga dengan proses sistem demokrasi serta lain-lain revolusi
pembaharuan yang dikenali hari ini, bukanlah atas niat ikhlas pihak
penjajah untuk membawa segala sistem ini kedaerah yang dijajah,
tetapi ia adalah kesan dari pergolakan dalaman dibenua Eropa sendiri
diabad-abad yang lepas, yang mana rakyat jelatanya yang sekian lama
dibawah kuasa pihak-pihak elit, bertindak menukar keadaan mereka.
Sedang
sistem demokrasi itu sendiri juga memiliki banyak kepincangannya yang
mana banyaknya pihak-pihak tertentu dapat memperkudakan kalangan
rakyat jelata untuk meletakkan suara mereka diatas sedangkan mereka
mewakili suara sumbang seperti golongan yang mahukan kebebasan yang
tidak masuk akal dan bercanggah dengan fitrah insaniah iaitu
golongan homoseksual, lesbian dan lain-lain. Atau pihak yang menggunakan sesuatu sentimen
seperti peperangan, sengaja mempergunakan isu-isu agama, sengaja
menggunakan isu bangsa atau keturunan tanpa mengira hak yang sebenar,
acara-acara demonstrasi biarpun diatas alasan-alasan yang sengaja
dicipta atau tidak kukuh dan lain-lain untuk meraih sokongan dari
rakyat jelata buat meletakkan diri mereka dipuncak kekuasaan,
sedangkan apa yang dilakukan adalah suatu usaha kotor dimana ini
seterusnya mampu membawa kearah kehancuran buat kehidupan yang dibina.
Lantas,
dari sudut atau konsep apakah sewajarnya diukur akan suatu kefahaman
dalam ruang kecerdikan serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang
sebenar? Pertamanya terdapat perbezaan antara kecerdikan dalam kata
“tahu sesuatu“ dengan kebijaksanaan yang sebenar dimana
kecerdikan dalam kata “tahu sesuatu“ itu hanya bermakna celek
atau mahir buat sesuatu perkara mahupun bidang, sedang kecerdikan
serta seterusnya kepada kebijaksanaan yang sebenar adalah kefahaman
yang mendalam buat kehidupan ini disamping hikmah yang dimiliki dimana taraf ini lebih
tinggi dari taraf hanya cerdik menguasai sesuatu bidang. Pemahaman
sebenar yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata hanya berlandaskan
diatas perasaan dan pemikiran insan tetapi pemahaman yang asasnya
berlandaskan kepada wahyu serta akal.
Luqman
Al-hakim yang merupakan seorang yang berkulit hitam, tidak begitu
kacak penampilannya, bukan dari golongan kaya dan bukan kalangan anbiya tetapi dirinya adalah
begitu dimuliakan lantaran kebijaksanaanya sehingga terdapat surah bernama Luqman
didalam Al-Quran sebagai rujukan akan sifat insan yang memiliki
kebijaksanaan yang sebenar, iaitu kefahaman yang mendalam disamping
hikmah yang dimiliki. Ini juga adalah contoh sebenar apa itu
kecerdikan emosi (E.Q) dan kecerdikan rohaniah (S.Q).
Bersambung...
Thursday, April 26, 2012
Kata-kata 1
˙ıʇılɐǝɹ uɐp ʇɐʞıʞɐɥ ɹɐʞnuǝɯ ndɯɐɯ ƃuɐʎ 'ıʍɐıunp ısɐlɐɟ ısnlǝp ɐpɐd ɥɐlıʇɐɥ-ıʇɐɥɹǝq ˙ɐuɐƃɹoɯ-ɐʇɐɟ ɐʎuɐɥ ıdɐʇǝʇ uɐɐuɹndɯǝsǝʞ ɐuɐʇsı ɥɐlnʇı ɐƃnpıp 'ʞılɐqɹǝʇ ƃuɐƃƃunʇ ƃuɐʎ ɐıunp nɐʇɐ 'uɐlnʇuɐd ɐʎuɐɥ ıdɐʇǝʇ uɐlnq ɐʞƃuɐsıp 'ƃuɐuǝʇ ɹıɐıp ɥnuǝd uɐlnq ɹɐuıs ɐɯɐdɯn 'ɐɔɐqıp ƃuɐʎ ɐdɐ ɐʎuʞılɐqǝs ʇɐnqɯǝɯ ɹɐɾɐʍ 'uɐʞılɐqɹǝʇıp ƃuɐʎ ɐʇɐʞ-ɐʇɐʞ : ∀┴∀ʞ
Sunday, April 15, 2012
Cerdik, bodoh dan antaranya - 5
Terdapat
pihak-pihak yang berpendapat, atas apa yang dikatakan suatu
kecerdikan, menyangka bahawa adanya bagi mereka didunia alam fana ini
suatu kehidupan yang serba sempurna (prefect world). Permainan minda
ini seterusnya memberi kesan kepada tingkah-laku yang dilakukan buat
menghadapi kehidupan seharian mereka serta juga kesan kepada pihak
lain disamping mereka.
Pada
mereka, segala yang bertentangan dengan apa yang diketahui, segala
yang bukan selari atau sebagaimana yang dikehendaki, segala yang lain
dari diri adalah bukan kesempurnaan atau bukan secerdik diri mereka.
Golongan yang menyangka mereka memiliki kecerdikan mengatasi
segalanya ini sebenarnya adalah kalangan atau calon psikopath
(Psychopathy).
Golongan-golongan
ini wajar sahaja meletakkan segala hukum hanya bergantung kepada
minda mereka dimana juga mereka sewenang-wenangnya menghukum
sekian-sekian pihak lain yang bertentangan pendapat atau tidak selari
pendapat dengan mereka biarpun tanpa fakta yang benar. Bukan setakat
itu malah menjurus kepada tindakan berlakunya penindasan, kezaliman,
mementingkan diri sendiri, menggunakan pihak lain untuk kepentingan
diri, perbuatan cantas mencantas untuk ketingkat atas, fitnah
menfitnah dan seterusnya (sebagaimana proses demokrasi sekiranya
disalah-guna, mampu membuka ruang yang besar untuk gejala-gejala
seperti ini berlaku).
Mereka-mereka
ini lazimnya hanya mahu melihat keputusan serta-serta buat sesuatu dan
mengunakan apa yang dikatakan suatu pemikiran kritis disudut yang
salah. Contohnya seperti seorang yang begitu berpegetahuan tinggi
atas bidang pertanian tiba disuatu kawasan pertanian yang mundur lalu
terus mengkritik petani-petani disitu atas kemunduran mereka sedang
dirinya tidak memahami langsung akan faktor-faktor yang menyebabkan
kemunduran seperti petani yang tidak berkemampuan membeli peralatan
untuk membantunya bertani, tiada bantuan baja-baja, tidak mengetahui
cara membasmi musuh-musuh tumbuhan mereka seperti serangga dan
lain-lain, disamping ditipu oleh pihak ketiga buat hasil pertanian
mereka.
Mahupun
juga contohnya mereka hidup dijalanan (street life) yang berdepan
dengan kehidupan penuh tekanan atau hidup yang penuh kebebasan lalu menjadi gangster, kaki-pukul,
penipu dan lain-lain atau kalangan pihak yang hanya mementingkan diri
sendiri lantaran kehidupan yang tiada siapa dapat dipercayai
melainkan diri mereka sendiri. Atau contoh lain iaitu mereka yang
tenggelam dalam dunia nafsu dan dalam dunia bebas-lepasnya lalu menggunakan segala keupayaan diri
hanya kearah untuk memenuhi hajat nafsunya.
Ini
adalah kerana atas sesuatu faktor, maka insan mengalami permasaalahan
didalam jiwanya atau kata lainnya psikopath, contohnya mengalami
sindrom kurang mahupun keperingkat tiadanya perasaan sempati atau
empati. Empati adalah keupayaan memahami atau berkongsi perasaan
dengan pihak lain atau kehidupan lain. Dalam bahasa Melayu, sempati
atau empati yang berasal dari perkataan Yunani, ditakrifkan suatu
sifat yang berkaitan dengan sifat ihsan dan dimana sifat ihsan
sendiri adalah merupakan suatu sifat terpuji yang tinggi nilainya buat diri seorang
Islam.
Kehidupan-kehidupan
insan adalah terkait dengan suasana alam persekitarannya yang
diduduki dan seterusnya bagaimana diri insan memanfaatkan alam yang
diduduki. Dan sekiranya sesuatu generasi atau zaman tersebut hanya
cenderung untuk mempertingkatkan kehebatannya dalam sesuatu bidang
seperti hanya dalam bidang duniawi atau materi, maka terjadilah
gangguan atau permasaalahan keatas personalitinya kerana kehidupan insan sendiri
bertunjakkan kepada jiwanya, bukan semata pemikirannya.
Atas
ini perlunya usaha-usaha buat elemen-elemen kecerdikan emosi serta
keutamaan kepada usaha-usaha buat kecerdikan rohanian kerana
pengantungan besar insan pada jiwa dalam dirinya buat menghadapi dan
memahami kehidupan sehariannya. Hanya pertanyaannya, apakah yang
dimaksudkan dengan elemen-elemen kecerdikan emosi mahupun kecerdikan
rohanian? Apakah ianya hanya sebagaimana yang diajar oleh dunia luar
Islam.
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory











