Monday, November 07, 2011

Populasi dunia - 2


 
Setiap insan kini adalah satu dari 7 billion penduduk dunia. 7 billion iaitu 7,000,000,000 bermakna 7 ribu juta, suatu angka buat kiraan populasi penduduk dunia yang tidak pernah wujud sebelumnya. 7 billion juga bermakna angka yang hidup ketika ini, manakala angka ini akan bertambah setiap saat kerana angka bilangan mereka yang mati saban detik adalah kurang daripada angka bilangan kelahiran bayi yang baru.


Dianggarkan setiap hari, 35,000 kelahiran baru dan 15,000 kematian diseluruh dunia dengan putaran jumlah setahun bayi-bayi yang dilahirkan adalah seramai 110,000,000, manakala kematian pula buat putaran jumlah setahun adalah dianggarkan lebih kurang seramai 50,000,000 orang.Dari itu, pada tahun 2050, dianggarkan angka populasi penduduk dunia akan meningkat pada 10 billion.

7 billion insan ini, kalau dikatakan semua insan dikumpulkan disuatu lapangan dengan keadaan bahu-bahu masing-masing menyentuh bahu yang lain (dalam keadaan yang rapat dalam setiap sudut antara satu sama lain) ianya wajar sahaja meliputi keseluruhan tanah Malaysia, Thailand, Kemboja, Filipina, Singapore dan Brunei. Ini kerana, untuk mengumpul keseluruhan 7 billion insan dalam keadaan rapat, memerlukan kawasan lebih kurang 1,300,000 km/persegi.

Dan kalau dikatakan, semua penduduk dunia ini samada dari yang bayi sehingga yang tertua, datang keMekah, dan berdiri menunaikan solat dalam keadaan saf-saf bahu menyentuh antara satu sama lain dan setiap saf memiliki ruang jarak untuk sujud antara satu sama lain, maka ia akan meliputi keseluruhan Tanah Arab.

7 billion, disebalik realiti angka tersebut, bermakna 7 billion jiwa dengan kehidupan masing-masing. Jika didalam suatu stadium, 10,000 insan kelihatan ramai, manakala jumlah lebih 3 juta insan diArafah untuk menunaikan fardu Haji atau Ijtimak Tongi untuk program ceramah dan keluar dijalan Allah yang jumlahnya setiap tahun juga lebih dari 3 juta insan sudah kelihatan begitu ramai, mahupun jelas kesesakan dikota-kota besar yang tinggi jumlah populasinya seperti bandar Calcuta atau Mexico City, inikan pula untuk angka 7 billion jiwa-jiwa insan bila dihimpunkan semuanya.

Sedang, dipadang Mahsyar, bukan sahaja 7 billion atau 10 billion angka yang dikumpulkan tetapi keseluruhan jiwa yang pernah hidup sesejak awalnya sehinggalah hari kiamat yang angkanya tentulah mencapai ratusan billion mahupun lebih dari itu, berkumpul disuatu lapangan untuk menanti pengadilan. Jadi, bagimanakah rupanya nanti lapangan padang Masyhar tersebut dan bagaimanakah sesak serta deritanya untuk dihadapi, yang masa menanti disitu juga akan mengambil ribuan tahun kiraan waktu didunia ini?

Angka-angka untuk populasi insan dari dahulu sehingga kini, hanya berupa angka-angka yang kian meningkat, sedang jiwa yang diangkakan didalamnya, sebenarnya sentiasa berganti-ganti setiap saat, dengan adanya jiwa yang menemui kematian dan ada jiwa baru yang dilahirkan. Dimana dalam setiap angka, adanya pertukaran jiwa-jiwa insan didalamnya sebagaimana tukaran siang dan malam buat tarikh-tarikh setiap hari, yang masing-masing hadir untuk merasa kematian tanpa dapat kembali hidup didunia ini tidak kira siapa dirinya kerana tiada satu jiwa pun yang akan tinggal selama-lamanya didalam dunia yang fana ini.

Nama-nama buat jiwa-jiwa insan 7 billion ini pula hanyalah berputar pada nama-nama yang aktual dizaman serta keadaan buat pengenalan atas siapa seseorang tersebut sesejak lahirnya dan lazim terjadinya nama-nama yang sama dimiliki oleh individual yang berbeza, namun begitu, setiap dari jiwa yang hadir, sesejak mula kewujudan insan sehinggalah keakhir kewujudannya, memiliki ID atau pengenalan yang berbeza antara satu sama lain seperti contoh cap jarinya. Yang mana, tiada insan didunia ini yang memiliki cap jari yang sama, biarpun mencecah angka billion dari billion jumlahnya.


Bersambung...

Sunday, November 06, 2011

Populasi dunia - 1


 
  • telah mencapai 7 billion pada 31.Okt.2011
  • dianggarkan angka meningkat ke8 billion pada tahun 2025
  • meningkat 2 kali ganda sepanjang 40 tahun, iaitu dari tahun 1959 (3 billion) kepada 6 billion pada tahun 1999
  • meningkatan populasi penduduk dunia adalah bermula dari zaman industrial revolusi iaitu pada abad ke-19, angka populasi penduduk dunia hanya lebih kurang 1 billion, namun sejak itu angkanya meningkat 2 billion pada tahun 1930, 3 billion pada tahun 1930, 4 billion selepas 15 tahun kemudian pada tahun 1974, 5 billion pada tahun 1987 dan seterusnya kepada angka 7 billion pada tahun 2011. Dalam abad ke20 sahaja, angka populasi penduduk dunia dari jumlah 1.65 billion kepada 6 billion.

Dipetik dari utusan online:  Tujuh bilion manusia jadi bongkah piramid makanan

Bilangan manusia didunia sudah mencapai tujuh bilion. Bagi sebahagian orang, perkara ini tidak menjadi sebarang makna. Mereka terus hidup seperti biasa, makan dan membiak. Bagi mereka yang merenung jauh sedikit, ada juga terfikir apa akan berlaku bila bilangan penduduk terus bertambah dan bertambah. Akan berlakulah lambakan manusia.

Untuk mereka yang mempunyai aliran berfikiran tertentu, pertambahan bilangan manusia tidak mendatangkan sebarang kerisauan. Ini kerana tidakkah semua manusia diperuntukkan rezeki masing-masing? Sudah tentu bumi ini mempunyai sumber yang mencukupi untuk semua orang.

Tetapi bagi mereka yang berkecenderungan kepada hal-hal alam sekitar, pandangan tentu berbeza. Apa yang mereka lihat ialah bumi ini tidak mampu untuk menampung manusia yang begitu banyak. Untuk itu mereka mesti merancang sesuatu supaya sumber bumi ini cukup untuk semua orang.

Kebimbangan terhadap bilangan manusia yang semakin besar bukan sesuatu yang baru. Perkiraannya adalah mudah kerana apabila banyak manusia, sudah tentu sumber untuk mereka gunakan juga bertambah. Sedangkan sumber bumi ini terhad. Maka mereka yang berfikiran jauh merenung ke angkasa. Apa yang dibayangkan ialah perlunya sebahagian manusia berhijrah ke bumi lain. Maknanya manusia perlu dua bumi untuk menampung bilangannya yang bertambah berkali-kali ganda di samping langkah-langkah lain seperti mengehadkan kelahiran.

Tetapi ada golongan lain pula berpendapat, bilangan manusia akan terkawal dengan semula jadinya. Bencana alam dan peperangan akhirnya akan mengehadkan bilangan manusia. Jadi, usahlah bimbang kerana alam akan memastikan bahawa bilangan manusia tidak akan berterus-terusan bertambah.

Tetapi sepanjang sejarah manusia, peperanganlah yang mengakibatkan bilangan manusia terkawal. Bermula dari kampung ke kampung hinggalah ke peringkat empayar. Kematian daripada peperangan menjadikan bilangan manusia terhad. Peperangan Dunia Kedua ditamatkan dengan ledakan bom atom dengan mengorbankan banyak manusia. Maka selepas pepeperangan itu, bilangan manusia tentunya menurun dan terkawal. Tetapi apabila aman, bilangan manusia terus meningkat. Hinggakan sumber bagi negara-negara tertentu tidak mencukupi.

China memaksa rakyatnya cuma mempunyai seorang anak kerana jika tidak, akan berlaku kekurangan makanan dan kebuluran. Sungguhpun begitu, China tetap menjadi negara yang memiliki bilangan penduduk paling ramai. Kini ia merupakan negara paling penentu masa depan dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah kuasa terbesar tetapi China yang menjadi tonggak kepada kelangsungan hidup negara itu.

Bukan saja kepada Amerika, tetapi terhadap dunia. Antara sebab utamanya ialah China memiliki penduduk yang ramai. Oleh kerana penduduk yang ramai itulah, dunia berebut-rebut hendak berdagang dengannya. Apa yang dilihat oleh negara lain terhadap China adalah dua perkara, pertama ia mempunyai pekerja yang boleh diupah murah. Kedua, ia memiliki pasaran besar.

Begitulah, bilangan manusia itu dimanfaatkan sebagai modal insan dan pasaran. Amerika dan negara-negara Barat lain melihat China sebagai sumber modal insan yang boleh menjadi sumber bagi mengeluarkan barang-barang murah dan kemudian dijual kepada pasaran di seluruh dunia, sebahagian besarnya di China sendiri.
Sementara itu keuntungan dinikmati oleh minoriti orang kaya dunia. Untuk memudahkan perkiraan, satu peratus orang kaya dunia menikmati hidup dengan wang yang tidak ada hadnya atas keringat 99 peratus manusia yang lain dunia dalam pelbagai peringkat tahap pengeluaran.

Maka tujuh bilion manusia yang ada dilihat oleh sebahagian kecil golongan amat kaya sebagai sumber modal insan mereka untuk mengeluarkan barang-barang yang akan dijual kepada sebahagian besar manusia lain pula, dan dalam proses itu menambah kekayaan mereka. Maka kanibalisme atau orang makan orang dalam erti kata memakan daging manusia sudah tidak ada di dunia hari ini. Tetapi orang makan orang dalam bentuk lain pula yang timbul. Ada sebahagiannya menjadikan orang lain sebagai hamba kepada kesenangan golongannya.

Secara umumnya di dunia sudah tidak ada lagi sistem perhambaan. Tetapi bahawa sebahagian besar manusia di dunia digunakan oleh sebahagian kecil manusia terus berlaku. Ia seolah-olah berbentuk piramid. Lapisan masyarakat bertimpa-timpa hingga ke puncaknya, dengan golongan kecil mengeksploit pihak yang di bawah, dan seterusnya hingga ke dasarnya.

Lihatlah di Amerika dan Eropah yang memiliki golongan elit amat kaya harta. Hinggakan harta mereka itu tidak akan habis walaupun beberapa generasi berlalu. Dengan kekayaan itu mereka boleh menentukan kuasa politik kerana sumber kempen mereka adalah besar. 

Dalam sistem pilihan raya dua parti yang secara semula jadi muncul melalui pilihan raya dalam demokrasi berparlimen, mana-mana parti politik perlu dana besar untuk beroperasi apatah lagi bagi menjalankan kempennya. Maka dalam hal ini, Parti Republikan Amerika umpamanya adalah jelas menolak sebarang campur tangan kerajaan terhadap sektor swasta. Bagi mereka kerajaan yang baik tidak campur tangan dalam perniagaan. Pasaran mesti dibenarkan bebas.

Tentulah cara fikir sebegini mendapat sokongan daripada golongan yang menguasai syarikat-syarikat besar Amerika. Mereka mahu kerajaan kurangkan cukai terhadap mereka. Maka kekayaan mereka bertambah meningkat sementara para pekerja bertambah susah. Apabila syarikat mereka gagal, mereka tetap diberi imbuhan besar sedangkan para pekerja terpaksa menerima pengangguran.

Buat masa ini Barat dilanda krisis kewangan yang kritikal. Pengangguran meningkat di Amerika dan Eropah Barat. Tetapi kekayaan golongan amat kaya bukan saja tidak terjejas tetapi bertambah pula. Tonggak kekuatan Barat ini terletak pada kemampuan China mengeluarkan barangan yang dihasilkan oleh buruh-buruh murah.

Kesanggupan sebahagian penduduk China menjadi pekerja berpendapatan rendah adalah kerana bilangan mereka amat ramai. Sememangnya kehidupan mereka lebih baik daripada kebuluran. Tetapi hidup mereka adalah kais pagi makan pagi. Mereka tidak dapat menikmati apa yang orang amat kaya hidup.

Sebahagian besar penduduk bumi akan menjadi hamba moden kepada segolongan kecil di muka bumi ini.
Maka kita semua adalah bongkah dalam piramid makanan. Kita tidak boleh lari daripada keadaan ini.



Friday, October 28, 2011

Hidup-mati diktaktor





Hidup penuh kemewahan,
mati pula diinjak kehinaan,
disambut mungkar membakar,
dan bangkit dibakuli persoalan.

Hidup bermegah atas kebesaran,
semadi harta-akuan dinegara jauh,
nanti juga, kempunan untuk dimiliki,
sedang bukan kerabatnya dianiaya,
dijati rakyatnya panggilan pengemis,
dibumi sendiri yang kaya hasilan.

Hidup tersohor disana-sini,
kelohoran peribadi dibawah kuku-besi,
dengan teks, ditulis simahir kelentong,
bak rak bunyinya tapi buahnya kosong.

Hidup seakan gergasi kebal,
hatta lalat tak berani menyengap,
bermusik hidup, menari-nari tuak,
dijalanan merintih, sifakir marhain.

Hidup-hidup, terdengar jeritan,
kala hayatnya dizenith kekuasaan,
mati-mati, pula laungan kemudian,
sebelum mencium debu kejatuhan.

Hidup diktaktor, bertakta dimata, dikeji dihati.




Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga