Saturday, September 27, 2014

Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman diHotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah-hari dihadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri diAsia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.

Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.

Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tanah Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan lebih awal dan disamping dapat mengawal pengaruh komunis. Bagaimanapun, cadangan percantuman hanya Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ini ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah tentang ketidakseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.

Idea Tunku ialah pembentukan Malaysia hendaklah mengimbangi jumlah penduduk, lantaran itu bukan hanya Singapora yang menyertai pembentukan Malaysia tetapi Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Pengabungan Tanah Melayu hanya dengan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Manakala kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.

Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.

Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diterima oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 anggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

Pembentukkan Malaysia ditubuhkan diatas faktor-faktor tertentu. Antara faktor-faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.

Pada tahu 50an, kegiatan komunis kian bertambah di Singapura dengan situasi politiknya diwaktu itu. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk kesekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party - PAP) dibawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan-raya kecil dikawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party - UPP ) pada bulan Mei 1961 dan pilihan-raya dikawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.

Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk keTanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak dikalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Dengan itu, diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Tunku Abdul Rahman percaya dengan melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada dibawah penjajahan British sewaktu cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadangan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British dirantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar. Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat juga dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak diTanah Melayu dan dinegeri-negeri yang terlibat. Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan, British bimbang gagasan Malaysia akan dipengaruhi oleh komunis lantaran pertembungan ideologi ketika itu dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang. Selain itu, British juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan British diAsia Tenggara dimana peperangan dingan antara blok barat dan Komunis memungkinkan kuasa luar iaitu blok Komunis menakluki Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur ketika itu yang masih dijajah oleh British manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

Disamping itu, pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Kaum bumiputera diSabah dan Sarawak boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti kaum Bumuputra. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 60an, adalah kira-kira 50% kaum Bumiputra dan 36.9% orang Cina. Justeru itu, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera akan kekal sebagai kumpulan terbesar.

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukkan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negeri asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa kesemasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatan dan oleh perubahan yang berlaku dinegeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses-proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) dengan dianggotai oleh Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura, Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei).

Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
· Memberitakan konsep Malaysia kepada rakyat diSabah, dan Sarawak.
· Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
· Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokongan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil-wakil dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.

Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
· Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
· Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
· Islam adalah agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
· Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
· Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
· Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
· Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
· Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga