Malaysia bermakna Melayu Nama Malaysia sebenarnya telah
digunakan sejak tahun 1800an lagi merujuk kepada peta yang dibuat
oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845.
Ianya penyata buat Semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu. Kepulauan
Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Jawa, Tanah Melayu,
Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei (Borneo utara
iaitu termasuk Sarawak dan Sabah), Timor dan Filipina. Kepulauan
Melayu dikatakan mencecah lebih kurang 2 juta Kilometer persegi
dengan lebih daripada 25,000 pulau-pulau didalamnya.
Peta yang dibuat oleh Alexander Keith
Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845 diberi tajuk 'South
Eastern Peninsula and Malaysia' dan dimuatkan didalam bukunya
"National Atlas of Historical, Commercial and Political
Geography". Malaysia juga merujuk kepada bangsa Melayu yang
mempunyai kuasa dominannya dikeseluruhan kepulauan tersebut. Ini
berdasarkan kepada nota didalam peta tersebut; "....the
group (the malay peninsula and the malay archipelago ) has been named
Malaysia from the Malays who are the dominant race in the
archipelago...."
Nama Malaysia adalah amat sesuai iaitu mengambarkan nama Malay (Melayu) sebagai bangsa induk dan kuasa kekerajaannya serta bangsa asia lain yang duduk bernaung bersama.
Johnston published a Dictionary of Geography in 1850, with many later editions; The Royal Atlas of Modern Geography, begun in 1855; an atlas of military geography to accompany Alison's History of Europe in 1848 seq.; and a variety of other atlases and maps for educational or scientific purposes. A book on astronomy named "School Atlas of Astronomy" (published 1856) has written by him.
No comments:
Post a Comment