Dunia hari ini mahupun sedari dahulu
jelas lumrahnya dicorakkan atas lantasan cinta dan syahwat insan,
samada yang berunsur positif atau negatif. Contohnya, hampir
keseluruhan apa yang terbentang dari aliran kebendaan adalah
berprinsipkan cinta dan syahwat dimana tentunya juga dari prinsip
cinta dan syahwat ini ada unsur positifnya seperti terbina
tamadun-tamadun ulung dengan kebudayaan hidup, akan tetapi lantaran
tidak dapat mengendalikan atau menstabikan prinsip cinta dan syahwat
pada jalan yang benar, maka selalunya yang positif bertukar menjadi
negatif dan segalanya berakhir juga dengan kehancuran.
Insan dari dalaman dirinya sehinggalah
luaran penampilan diri iaitu contohnya pemakaian, tingkah-laku dan
seterusnya dicorakkan dengan keadaan yang berlaku disekitarnya. Dan
disinilah bagaimana kesan cinta dan syahwat dipersekitaran memainkan
peranan utama mencorakkkan insan. Namun malangnya cinta dan syahwat
berunsur negatif yang lazimnya mudah menguasai keadaan hatta sampai
keperingkat terdapat begitu ramainya insan yang dirinya
dimanipulasikan sehinggakan perlakuan serta pertuturan sehariannya
bagaikan skrip-skrip yang telah ditulis dan dirinya hanyanya
pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak berunsur negatif yang sama
sedari dahulu dan dimana sahaja.
Kesilapan demi kesilapan yang terjadi
adalah kerana kesalah-fahaman atas apakah prinsip sebenar cinta dan
syahwat dimana kesalahan-kesalahan ini boleh berlanjutan sehingga
menjadi begitu parah tanpa dapat dibaiki lantaran syahwat menguasai
segala apa yang diertikan sebagai cinta. Contohnya kaum Luth yang
binasa dihancurkan keseluruhannya (melainkan Nabi Luth serta beberapa
pengikutnya yang mengikut jalan lurus terselamat) lantaran
kesalah-fahaman akan erti cinta dan syahwat sehingga keperingkat
begitu parah dimana homoseksual, lesbien dan sebagainya adalah
sesuatu yang dipandang biasa dan tidak lagi menjadi perbuatan sumbang
pada masyarakat tersebut.
Sebegitu juga akan kebanyakkan
kemusnahan yang berlaku akibat peperangan demi peperangan dalam
sejarah insan adalah lantaran cinta dan syahwat insan keatas duniawi,
keatas kekuasaan, keangguhan dan seterusnya sehinggakan membuat
mereka bertindak merampas sewenang-wenangnya hak-hak pihak lain dan
buta dalam mengenal apa itu erti kedamaian. Fitnah menfitnah,
berhasad-dengki, dendam mendendami antara satu sama lain dan
seterusnya sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat buruk atau dalam
kata lain memiliki mentaliti yang buruk serta jahil adalah hasil dari
syahwat menguasai segala apa yang diertikan sebagai cinta.
Sifat-sifat insaniah yang baik dan buruk adalah berlandaskan pada hati insan dimana cinta dan syahwat juga adalah unsur yang terbina dari hati insan. Dan dari hati ini, ia seterusnya menampilkan ciri-ciri akan keadaan sebenar seseorang insan.
Nabi Muhamad s.a.w telah bersabda:
Sifat-sifat insaniah yang baik dan buruk adalah berlandaskan pada hati insan dimana cinta dan syahwat juga adalah unsur yang terbina dari hati insan. Dan dari hati ini, ia seterusnya menampilkan ciri-ciri akan keadaan sebenar seseorang insan.
Nabi Muhamad s.a.w telah bersabda:
“Ketahuilah! Bahawa di dalam
badan ada seketul daging; apabila ia baik, maka baiklah badan
seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.“ (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
Dan bukanlah diertikan
dengan hati berbentuk fizikal tetapi keadaan dalaman diri insan iaitu
perasaan dan seterusnya kearah pemikiran yang terbentuk dalam
dirinya. Dari itu, langkah
pertama untuk mengendalikan cinta dan syahwat agar sentiasa berada
dijalan kebenaran adalah dengan mendidik dan menjaga hati dari
keburukkan dan ini memerlukan usaha serta ilmu kearah tersebut
sehinggakan sampai disuatu tahap peringkat, hati akan dapat terus
merasa atau menilai apakah sesuatu itu hak atau sebaliknya.
Mendidik agar celek hati atau dalam kata lain, celek mata hati agar dapat bertindak menuju kebaikan dan menghindari kemungkaran. "Barang siapa yang buta di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)." (Surah Al Isra ayat 72) "... sesungguhnya bukan buta mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj ayat 46)
Mendidik agar celek hati atau dalam kata lain, celek mata hati agar dapat bertindak menuju kebaikan dan menghindari kemungkaran. "Barang siapa yang buta di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)." (Surah Al Isra ayat 72) "... sesungguhnya bukan buta mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj ayat 46)
Sedang pintu pertama
buat cinta dan syahwat, lumrahnya dari mata kepala yang melihat dan
menilai sesuatu tersebut tetapi hakikatnya hanya dengan mata kepala
sahaja, insan tidak mampu menilai kebaikan yang sebenar dan malah
dengan mata kepala sahaja, ianya telah membawa ramainya insan terjerumus kelembah
kehinaan mahupun kemungkaran lantaran cinta dan syahwatnya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment