Thursday, July 23, 2009

Perasaan dan pemikiran - 4


Kehidupan insaniah sehariannya tanpa disedari atau disedari adalah suatu yang seakan dibuai-buai oleh gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikirannya. Samaada gelombang yang kecil atau gelombang yang besar, samaada gelombang yang datang dengan mara bahaya atau sebaliknya namun yang pasti, setiap insan tetap dibuai saban waktu dalam detik kehidupannya kerana kehidupan insaniah sendiri adalah seperti dalam suatu pelayaran dilautan yang luas samada ada ditemui destinasi dipenghujungnya dalam kejayaan mahu pun sebaliknya atau karam dipertengahan lautan kehidupan yang dilaluinya.

Gelombang-gelombang perasaan dan pemikiran tersebut adalah contohnya datang dari rutin-rutin kehidupan seharian seperti pekerjaannya, pergaulannya, perhubungannya dengan insan lain, persekitarannya, tekanan-tekanan dalam dirinya seperti dari kebosanan dan lain-lain mahupun tekanan dari persekitaran, dari corak kehidupan yang dilalui seharian iaitu budaya kehidupan yang diamalkan, bentuk-bentuk hiburan atau media yang menguasai diri, dari pergolakan kehidupan yang dilalui, pertikaian yang tercetus, pemikiran-pemikiran keatas sesuatu hal seperti dari ideologi-ideologi mahupun anutan yang dipegangi, masaalah-masaalah yang dibebani dan seterusnya.

Gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikiran insan dikehidupan sehariannya wajar sahaja berlalu pergi sebagaimana hari yang berlalu pergi dengan sejuta kisah masing-masing namun adakalanya ia menjadi suatu gelombang yang mampu merobah secara drastiknya kehidupan sesuatu individu atau sesuatu kelompok masyarakat yang berjumlah besar.

Dalam pada itu, gelombang pemikiran yang mampu memainkan peranan penting mengatasi perasaan, adalah dikuasai oleh pengetahuan, pengalaman dan maklumat sedang akal adalah suatu element alat khas, sebagaimana seseorang itu mungkin mampu berpengetahuan tentang sesuatu, mempunyai pengalaman(disini pengetahuan dan pengalaman dipisahkan kerana pengetahuan lebih bersifat teori seperti dari membaca dan lain-lain tetapi pengalaman adakah khusus untuk pratikal sebagaimana seseorang itu berpengetahuan cara-cara berenang melalui pembacaannya tetapi bila berada didalam air, belum tentu dia mampu berenang kerana berenang memerlukan pengalaman pratikal) serta maklumat ( contohnya maklumat dimana boleh berenang, dalam atau tidak tempat berenangnya, berbahaya atau tidak seperti adanya jerung atau buaya dan lain-lain) sedang fungsi akal adalah sesuatu yang mengurus seterusnya secara rasional seperti wajarkah dia berenang sedangkan dia belum pernah melakukan pratikal berenang atau apakah tempat berenangnya benar-benar selamat dan seterusnya.

Kenyataannya, pemikiran boleh sahaja membawa kepada kebaikan atau juga permasaalah kepada kesan yang buruk tetapi akal, fungsinya adalah sebagai alat yang lebih membawa kepada kebaikan kerana sifat fitrahnya sebegitu. Contohnya seseorang yang menyembah sesuatu objek seperti pokok atau patung kerana mempercayai adanya sesuatu kuasa disebalik objek tersebut, manakala bila dia mula menggunakan akalnya, maka dia akan merasa itu adalah suatu yang amat mustahil kerana masakan objek-objek yang sendirinya tak mampu bergerak, hanya terjegat, mampu berkuasa.

Jadi apakah sama perasaan dan pemikiran mereka yang menggunakan akal dengan mereka yang tidak menggunakan akal? Yang pastinya, mereka yang menggunakan akal berlandaskan kepada wahyu, (dalil aqli berasaskan pada dalil wahi) adalah suatu kurniaan yang amat besar dan berguna untuk diri sendiri mahupun pada insan lainnya kerana gelombang pemikiran sebegini adalah akalnya dipandu arus kebenaran yang hakiki. Sedang mereka yang hanya berpandukan pada akalnya tanpa wahyu adalah seperti seorang pakar papan luncur bermain diombak-ombak dilautan yang terdapat begitu banyak jerung-jerung menanti untuk membahamnya.

Ini kerana keadaan insan itu sendiri adalah begitu terbatas, semua perasaan yang didapati dari derianya terbatas (seperti pandanganya terbatas, pendengarannya terbatas, penglihatannya terbatas dan seterusnya) hatta pemikirannya pun terbatas, namun atas rahmat Allah, Maha Pencipta yang menguasai segala-galanya, diturunkan wahyu-wahyu kepada utusan-utusanNya (sehinggalah kepada penutup segala anbiya iaitu Nabi Muhamad s.a.w )untuk memberi untuk pedoman seterusnya kepada insan sekelian.


……..bersambung…

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga