Thursday, July 23, 2009

Perasaan dan pemikiran - 4


Kehidupan insaniah sehariannya tanpa disedari atau disedari adalah suatu yang seakan dibuai-buai oleh gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikirannya. Samaada gelombang yang kecil atau gelombang yang besar, samaada gelombang yang datang dengan mara bahaya atau sebaliknya namun yang pasti, setiap insan tetap dibuai saban waktu dalam detik kehidupannya kerana kehidupan insaniah sendiri adalah seperti dalam suatu pelayaran dilautan yang luas samada ada ditemui destinasi dipenghujungnya dalam kejayaan mahu pun sebaliknya atau karam dipertengahan lautan kehidupan yang dilaluinya.

Gelombang-gelombang perasaan dan pemikiran tersebut adalah contohnya datang dari rutin-rutin kehidupan seharian seperti pekerjaannya, pergaulannya, perhubungannya dengan insan lain, persekitarannya, tekanan-tekanan dalam dirinya seperti dari kebosanan dan lain-lain mahupun tekanan dari persekitaran, dari corak kehidupan yang dilalui seharian iaitu budaya kehidupan yang diamalkan, bentuk-bentuk hiburan atau media yang menguasai diri, dari pergolakan kehidupan yang dilalui, pertikaian yang tercetus, pemikiran-pemikiran keatas sesuatu hal seperti dari ideologi-ideologi mahupun anutan yang dipegangi, masaalah-masaalah yang dibebani dan seterusnya.

Gelombang-gelombang dari perasaan dan pemikiran insan dikehidupan sehariannya wajar sahaja berlalu pergi sebagaimana hari yang berlalu pergi dengan sejuta kisah masing-masing namun adakalanya ia menjadi suatu gelombang yang mampu merobah secara drastiknya kehidupan sesuatu individu atau sesuatu kelompok masyarakat yang berjumlah besar.

Dalam pada itu, gelombang pemikiran yang mampu memainkan peranan penting mengatasi perasaan, adalah dikuasai oleh pengetahuan, pengalaman dan maklumat sedang akal adalah suatu element alat khas, sebagaimana seseorang itu mungkin mampu berpengetahuan tentang sesuatu, mempunyai pengalaman(disini pengetahuan dan pengalaman dipisahkan kerana pengetahuan lebih bersifat teori seperti dari membaca dan lain-lain tetapi pengalaman adakah khusus untuk pratikal sebagaimana seseorang itu berpengetahuan cara-cara berenang melalui pembacaannya tetapi bila berada didalam air, belum tentu dia mampu berenang kerana berenang memerlukan pengalaman pratikal) serta maklumat ( contohnya maklumat dimana boleh berenang, dalam atau tidak tempat berenangnya, berbahaya atau tidak seperti adanya jerung atau buaya dan lain-lain) sedang fungsi akal adalah sesuatu yang mengurus seterusnya secara rasional seperti wajarkah dia berenang sedangkan dia belum pernah melakukan pratikal berenang atau apakah tempat berenangnya benar-benar selamat dan seterusnya.

Kenyataannya, pemikiran boleh sahaja membawa kepada kebaikan atau juga permasaalah kepada kesan yang buruk tetapi akal, fungsinya adalah sebagai alat yang lebih membawa kepada kebaikan kerana sifat fitrahnya sebegitu. Contohnya seseorang yang menyembah sesuatu objek seperti pokok atau patung kerana mempercayai adanya sesuatu kuasa disebalik objek tersebut, manakala bila dia mula menggunakan akalnya, maka dia akan merasa itu adalah suatu yang amat mustahil kerana masakan objek-objek yang sendirinya tak mampu bergerak, hanya terjegat, mampu berkuasa.

Jadi apakah sama perasaan dan pemikiran mereka yang menggunakan akal dengan mereka yang tidak menggunakan akal? Yang pastinya, mereka yang menggunakan akal berlandaskan kepada wahyu, (dalil aqli berasaskan pada dalil wahi) adalah suatu kurniaan yang amat besar dan berguna untuk diri sendiri mahupun pada insan lainnya kerana gelombang pemikiran sebegini adalah akalnya dipandu arus kebenaran yang hakiki. Sedang mereka yang hanya berpandukan pada akalnya tanpa wahyu adalah seperti seorang pakar papan luncur bermain diombak-ombak dilautan yang terdapat begitu banyak jerung-jerung menanti untuk membahamnya.

Ini kerana keadaan insan itu sendiri adalah begitu terbatas, semua perasaan yang didapati dari derianya terbatas (seperti pandanganya terbatas, pendengarannya terbatas, penglihatannya terbatas dan seterusnya) hatta pemikirannya pun terbatas, namun atas rahmat Allah, Maha Pencipta yang menguasai segala-galanya, diturunkan wahyu-wahyu kepada utusan-utusanNya (sehinggalah kepada penutup segala anbiya iaitu Nabi Muhamad s.a.w )untuk memberi untuk pedoman seterusnya kepada insan sekelian.


……..bersambung…

Monday, July 20, 2009

Perasaan dan pemikiran - 3


Dalam segala yang terzahir mahupun yang tersembunyi, hakikatnya bila diperhatikan, segalanya berlaku diatas sesuatu ketentuan (sunnahtullah). Seperti misalnya fitrah insaniah, dalam apa pun bentuknya, dimana pun kelahirannya, apa pun warna kulitnya,tutur bahasa ibundanya dan sebagainya, pada asanyanya adalah dalam suatu kerangka yang sama iaitu sebagai bentuk model seorang insan bukan haiwanat atau yang lain-lain.

Segala yang ada dari lahirah hingga batiniah pada asasnya adalah seperti suatu model yang sama. Contohnya dari segi bentuk anggota badan atau dari batiniah seperti adanya perasaan kasih-sayang, amarah, bertimbang-rasa, mementingkan diri sendiri, mahupun pemikiran yang menghendaki kebahagian diri, pemikiran untuk memenuhi keperluan diri, pemikiran yang mengundang permasaalahan atau sebaliknya dan seterusnya pada asasnya sama dalam diri setiap insan. Hanya kemudian terbentuk seterusnya sama ada perasaan atau sesuatu pemikiran itu membiak atau terpendam mahu pun samaada perasaan atau sesuatu pemikiran yang membawa kearah kebaikan atau sebaliknya.

Sebagaimana suatu jenis tumbuhan yang ditanam benih-benihnya dimerata-rata tempat dan keadaan yang berbeza, bila kemudiannya tumbuh maka darinya keluar berbeza-beza hasil-hasilan bergantung kepada suasana tempat ia tumbuh, keadaan kesuburan yang membantunya tumbuh, keadaan cuaca yang memainkan peranan penting, segala anasir luaran yang memberi kesan padanya seperti serangga dan seterusnya.

Kenyataannya juga jelas bahawa segala yang berlaku adalah diatas sesuatu ketentuan untuk segala kehadiran dialam ini, dan bahawa tiada satu insan pun yang mampu merancang seperti akan kelahirannya pada sesuatu tempat atau keadaan, rupa bentuk yang dimiliki bila lahir, suasana kelahirannya, apa pegangan orang tuanya dan seterusnya.

Sedangkan perasaan dan pemikiran berkait begitu kuat akan bagaimana keadaan kelahiran terutamanya pada peringkat awal kelahiran. Seorang yang lahir dalam keluarga yang menganut sesuatu kepercayaan tentunya tidak sama dengan mereka yang menganut sesuatu kepercayaan yang lain. Seorang yang lahir dalam keluarga yang hidup dalam sesuatu budaya tentunya tidak sama dengan yang lahir dalam budaya yang lain dan seterusnya.

Contohnya juga seorang yang lahir cacat tentunya tidak sama dengan mereka yang lahir sempurna tubuh-badan atau seorang yang lahir dengan berwajah cantik tidak sama dengan mereka yang sebaliknya. Sebegitu juga seorang yang lahir dikalangan keluarga berada atau ternama tentunya tidak sama dengan mereka yang lahir dalam keadaan keluarga miskin atau serba dhaif, seorang yang lahir dikalangan keluarga terpelajar atau mempunyai keupayaan menyara pelajaran anaknya hingga keperingkat tertinggi persekolahan tentu tidak sama dengan mereka yang lahir dikalangan keluarga yang serba kekurangan dari segi pelajarannya mahupun tiada keupayaan keluarganya untuk menghantarnya belajar, perasaan seseorang yang mendapat kasih-sayang serta hidup dalam keluarga yang aman tentunya tidak sama dengan mereka yang hidup didalam keluarga yang bermasaalah atau tiada kasih sayang dan seterusnya.

Faktor-faktor seterusnya yang dilalui dalam kehidupan dapat mengubal cara perasaan dan pemikiran seseorang sedangkan tiada siapa yang merancang akan keadaan kehadirannya dialam ini, dan juga tiada sesiapa menyangka dia akan berjaya dan berbahagia atas sebab-sebab kelahirannya atau sebab-sebab keadaan persekitarannya contohnya ramai yang lahir sempurna tubuh-badannya tetapi menderita perasaannya serta pemikirannya kalut berbanding mereka yang lahir dalam kecacatan.

Disinilah terletak akan suatu ketentuan dengan suatu ikhtiar. Ketentuan adalah untuk suatu kehadiran dalam sesuatu keadaan atau suasana tetapi keikhtiaran adalah untuk membawa kesesuatu arah seperti kearah kebaikan biar apa pun keadaan kehadirannya.

Sedangkan hidayat atau mendapat jalan untuk kebenaran adalah suatu pemberian .... .........bersambung…..

Sunday, July 12, 2009

Perasaan dan pemikiran - 2


Perbezaan insaniah dengan robot atau sesuatu alat yang diprogramkan adalah terletak diatas perasaan serta pemikirannya yang berfungsi dengan akal. Sebagai robot atau komputer serta apa sahaja alat-alat lain seterusnya yang dapat menyimpan memori dan mampu berfungsi keatas sesuatu program dengan lebih teratur dan cekap serta tepat hasilnya namun fungsi keadaannya terbatas hanya pada memori atau program yang dimiliki sedang pemikiran insaniah berserta akalnya adalah suatu yang jauh lebih unik serta hebat tambahan disertai perasaan yang dimiliki yang mana mampu merobah seterusnya keadaan demi keadaan.

Contohnya seperti suatu alat menyukat keadaan cuaca dan dapat memberitahu akan sekian-sekian hujan akan turun tetapi pemikiran insaniah berserta perasaannya adalah seperti kedatangan angin-angin yang bertiup yang mampu sahaja merubah keadaan arah tiupannya lalu menukar sangkaan-sangkaan hujan akan turun atau sebaliknya. Atau sesuatu ketepatan tarikh akan kedatangan sesuatu musim sesejak beribu tahun, mampu sahaja berubah menjadi tidak tentu hala musimnya kesan pemikiran serta perasaan insaniah yang merosak alam sekitar dalam memenuhi keperluaannya.

Atas ini jugalah perasaan dan pemikiran insaniahlah mampu membawa kesan yang kecil mahu pun kesan yang besar kepada seluruh perubahan, peralihan kehidupan kearah yang memusnahkan atau sebaliknya, kehidupan harmoni atau sebaliknya, kebudayaan keatas sesuatu kehidupan dan seterusnya kerana ia membawa maksud suatu kehidupan, keinginan, arah yang dituju, hajat yang hendak dicapai, perangsang pada sesuatu, usaha untuk sesuatu samaada ia dari sesuatu yang menghasilkan kebaikan atau sebaliknya.

Dan sesuatu pemikiran tersebut mampu sahaja menghala kearah mana perasaan berfungsi misalnya seorang dihidangkan oleh sepinggan lauk yang mana terdapat ketulan daging bersama lauk tersebut yang kelihatan ganjil, maka yang dihidang, membayangkan mungkin ketulan daging tersebut adalah terdiri dari haiwan yang haram baginya seperti kucing lalu tertutup sama sekali seleranya sedangkan yang dihidangkan adalah daging arnab. Disini perasaan seleranya tertutup kerana pemikirannya yang berlaku dari suatu maklumat samaada ada betul atau tidak maklumat tersebut.

Sebegitu juga sesuatu perasaan tersebut mampu sahaja membawa kesan pada suatu pemikiran misalnya atas perasaan tertekan kerana kehidupan yang sukar dilalui, lalu menghasilkan pemikirannya yang hanya lebih tertumpu untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi samaada melalui jalan yang membawa kebaikan atau sebaliknya. Contohnya atas perasaan yang terlalu lapar, seseorang tersebut mampu sahaja kehilangan pertimbangan rasionalnya lalu memakan apa sahaja yang ada seperti memakan seekor ular biar pun lazimnya dia begitu jelek untuk memakannya atau juga contohnya diatas sesuatu tekanan kehidupan yang dihadapi, lalu seseorang tersebut mencurahkan keatas karya-karya seninya yang mana menghasilkan suatu karya yang amat bernilai tingginya serta tidak terdapat pada karya lain yang tidak mengalami perasaan sepertinya malah kemungkinan pihak lain kemudiannya cuba meniru karyanya kerana ia sesuatu yang unik.

Dalam pada itu, pemikiran yang berlandaskan kepada pengetahuan atau pengalaman yang benar lalu disebatikannya dalam amalan kehidupan seharian wajar membawa kepada kesan kebaikan, sebaliknya sesuatu pengetahuan atau pengalaman yang benar yang dimilikinya tidak dibawa dalam amalan kehidupan seharian akan tinggal hanya sebagai suatu maklumat yang tidak membawa apa-apa hasil kebaikan sebagaimana contohnya seorang yang tahu serta berpengalaman tentang kebaikan untuk melakukan imbangan kepada dirinya disegi fizikal dan rohaniah, namun apa yang diusahakan seharian hanyalah untuk fizikalnya, seharian hanya dikerahkan tenaganya siang dan malam untuk duniawinya maka akhirnya terjebaklah dia dalam suatu perasaan stress yang menekankan serta membawa kesan keburukan seterusnya kepada fizikalnya.


bersambung...

Monday, July 06, 2009

Perasaan dan pemikiran - 1


Kedua-duanya adalah milik peribadi setiap individu dan masing-masing mengetahui apa yang dirasa dan apa yang difikirkan. Hanya-sanya apakah ia membuahkan kebaikan pada diri dan masyarakat atau sebaliknya dan samaada yang disimpan dalam diri atau diudarakan kepersekitaran, ianya adalah suatu yang memainkan peranan utama dalam kerangka sesuatu kehidupan.

Tetapi apakah yang paling utama dalam menampilkan apa yang didalam diri kepada persekitaran, apakah perasaan didahulukan atau pun pemikiran? Apakah kaitan suasana, pengetahuan atau pengalaman kepada perasaan dan pemikiran? Apakah kesan dari perasaan dan pemikiran yang dilontarkan seperti suatu cadangan, syor, idea, projeck, reformasi keatas sesuatu, revolusi besar-besaran, suatu penghasilan karya-karya seni, tulisan-tulisan dan seterusnya dari suatu penampilan?

Insaniah sendiri sebenarnya suatu sumber yang komplex atau unik kerana perkara-perkara yang ada padanya seperti karisma, penyegan, berani, penakut, ikhlas, pendusta, riak, sombong, pemurah hati, bakhil, penyayang, kasar dan seterusnya dalam unsur perasaan dirinya manakala seperti ilmu, pengalaman mahupun maklumat adalah lebih berkaitan dengan unsur pemikirannya.

Dan rasanya tidak salah bila memperkatakan hampir segala perubahan arus dari zaman kezaman yang terbentuk samaada untuk suatu thaqafah (peradaban) mahupun suatu kemunduran, suatu kehidupan yang aman mahupun penuh pergolakan, suatu kehidupan bermoral serta berakhlak mahupun kehidupan penuh pincang dengan noda-noda kerosakkan insaniah dan seterusnya adalah berkaitan dengan perasaan dan pemikirannya, dari individu sehinggalah kepada kolektif yang membentuk suatu perkumpulan mahupun masyarakat yang besar jumlahnya.

Samaada sesuatu yang digelar spontan kerana tanpa dirancang mahupun sesuatu yang dirancang, yang pasti, berjuta-juta kejadian samaada tercatit dalam sejarah atau tidak, kehadiran sejuta wajah kisah, penampilan berbagai-bagai bentuk peribadi, berbagai-bagai bentuk perkumpulan, berbagai-bagai corak kebudayaan dan seterusnya adalah berkaitan dari kesan perasaan dan pemikiran insaniah.

Perbezaan antara setiap perasaan dan pemikiran adalah tunjang yang mencipta seterusnya suasana diri mahupun persekitarannya ibarat seorang pelanggan yang duduk menghirup secawan kopi disuatu restaurant ditepi pantai yang indah, menikmati kopi panasnya dengan tenang perasaan serta pemikirannya yang lapang berbanding dengan seorang pelanggan lain, duduk dimeja sebelah yang juga menghirup kopinya tetapi tidak langsung menikmati apa-apa malah begitu gelisah kerana perasaan dan pemikirannya dibelenggu sesuatu masaalah peribadi dan sebagainya.

Perasaan dan pemikiran yang dimiliki mampu mencorakkan suasana persekitaran namun dalam pada itu, suasana sekitar juga mampu memberi kesan pada perasaan dan pemikiran insaniah. Dan tidaklah boleh ditentukan dari suasana mana menghasilkan kesan seratus-peratus yang baik untuk perasaan dan pemikiran insaniah, samaada dari suasana yang selesa atau sebaliknya, kerana masing-masing mampu memberi kesan kepada kebaikan atau sebaliknya.

Mungkin seseorang yang berada dalam suasana penuh keselesaan serta mempunyai segala yang dihajati membuat perasaan serta pemikirannya lapang lalu memberi imbalan pada sesuatu hasil yang positif terutama diatas peluang-peluang yang dimiliki seperti mudah mendapat ilmu atau seterusnya tetapi tidak dinafikan, kebanyakkan kes-kes kerosakkan akhlak, keruntuhan moral, pengambilan bahan-bahan memudaratkan seperti alkohol atau dadah, jumlah kes-kes tekanan jiwa yang tinggi sehinggalah kepada kes-kes bunuh diri adalah terutama dinegara-negara maju dan terdiri dari golongan yang boleh dikatakan begitu selesa suasana kehidupannya berbanding dengan penghuni lain dinegara-negara yang suasananya tertekan kerana kemunduran atau pergolakan.

bersambung......

Saturday, June 27, 2009

Slide diariku




- Segala gambar adalah dari photo yang dieffect, bukan dilukis dengan tangan sebagaimana saya telah lama berhenti melukis rupa-bentuk mahluk.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga