Saturday, January 11, 2020

Fakta sebenar kemasukan Islam di Nusantara - 1

Fakta kemasukan Islam di Nusantara yang diselewengkan dalam Teori Gujarat.

Teori Gujarat iaitu yang menyatakan Islam masuk ke Nusantara dibawa para pedagang dari Gujarat, India, di abad ke 14 Masehi adalah tidak benar. Teori Gujarat ini berasal dari seorang orientalis asal Belanda yang seluruh hidupnya didedikasikan untuk menghancurkan Islam. Orientalis ini bernama Snouck Hurgronje, adalah seorang agen perisik Belanda yang dihantar untuk menghancurkan kekuatan Islam diNusantara. Beliau yang demi mencapai tujuannya, mempelajari bahasa Arab dengan sangat giat, mengaku sebagai seorang Muslim dan bahkan berkahwin dengan seorang Muslimah, anak perempuan seorang Imam tempatan di Batawi.

Dari perkhawinan dengan anak Imam tersebut, beliau mendapat anak bernama Yusuf. Pada 1906 Snouck pulang ke Belanda dan pada 1910 beliau berkahwin dengan Ida Maria, anak paderi Dr AJ Gort di Zutphan. Beliau kemudian diangkat menjadi profesor di Universiti Leiden. Diakhir hayatnya, beliau dilaporkan mengalami penyakit gila dan pada 16 Julai 1936 Snouck meninggal dunia.

Snouck Hurgronje adalah penganut Kristian Protestan di Belanda dan cenderung menjadi paderi Kristian sebagaimana ayah dan abang-abangnya. Setelah tamat sekolah menengah di Belanda, Snouck belajar di Universiti Leiden dan jurusan ilmu teologi dan sastera Arab, 1875. 1880 beliau telah menyiapkan tesisnya 'Mekaansche Feest' (Perayaan di Mekah). 1884 beliau dihantar ke Mekah untuk mengkaji kehidupan akar Islam di bumi Mekah bagi tujuan politik Belanda.

Beliau kononnya memeluk agama Islam di Mekah dan menukar nama kepada Abdul Ghaffar. Tujuannya adalah untuk mendapatnya kepercayaan daripada ulama Mekah. Di Mekah, beliau berkesempatan bertemu dengan seorang Arab yang pernah menjadi wakil pemerintahan Aceh, bernama Habib Abdurrachman Az-Zahir.

Dengan bantuan Zahir dan Konsul Belanda di Jeddah JA Kruyt, beliau telah mempelajari kaedah bagi memenangi pertempuran di Aceh. Pada 22 Mei 1892 Snouck Hurgronje menulis laporan bertajuk 'Atjeh Verslag' iaitu tentang strategi ketenteraan di Aceh iaitu agar Aceh dipecah-pecahkan. Mulai 1903 taktik ketenteraan Belanda telah ditukar dimana akhirnya Kesultanan Aceh dapat ditakluk Belanda.

Teori Gujarat adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Snouck Hurgronje (1857-1936) yang mengatakan bahawa Islam masuk ke Indonesia dari wilayah-wilayah di anak benua India. Tempat-tempat seperti Gujarat, Bengali dan Malabar disebut sebagai asal masuknya Islam di Nusantara.
Dalam L’arabie et les Indes Neerlandaises, Snouck mengatakan teori tersebut didasarkan pada pengamatan tidak terlihatnya peranan dan nilai-nilai Arab yang ada dalam Islam pada masa-masa awal, yakni pada abad ke-12 atau 13. Snouck juga mengatakan, teorinya didukung dengan hubungan yang sudah terjalin lama antara wilayah Nusantara dengan daratan India.

Teori Gujarat yang katanya dicetuskan oleh Hugronje (yang berlakon memeluk agama Islam dalam agenda jahat beliau) sebenarnya diambil dari pendapat DR. Jan Pijnappel (1822-1901) seorang sejarawan Leiden yang menyatakan hal tersebut terlebih dahulu.

Jan Pijnappel sendiri adalah seorang orientalis Leiden yang concern pada manuskrip Melayu. Beliau pernah menulis kisah pelayaran Abdullah ke Kelantan untuk Pelajar Melayu. Dia juga mengedit naskah Maleisch-hollandsch Woordenboek atau Kamus Belanda-Melayu yang kemudian diterbitkan pada tahun 1875. Sarjana Belanda ini juga menulis kajian tentang Pantun Melayu yang diterbitkan tahun 1883 dengan judul Over de Maleische Pantoens. Selain menerbitkan karya sendiri, Pijnappel juga menerbitkan karya penelitian tentang Kalimantan yang ditulis oleh Carl A.L.M. Schwaner, yang pernah ditunjuk Kerajaan Leiden menjadi Anggota Dewan Sains di Hindia-Belanda.

Salah satu sanggahan yang mengkritik Teori Gujarat ini salah satunya datang dari Buya Hamka. Ulama Kharismatik ini malah curiga terhadap prasangka-prasangka penulis orientalis Barat yang cenderung memojokkan Islam di Indonesia. Penulis Barat, kata Buya Hamka, melakukan upaya yang sangat sistematik untuk menghilangkan keyakinan negeri-negeri Melayu tentang hubungan rohani yang mesra antara mereka dengan tanah Arab sebagai sumber utama Islam di Nusantara dalam menimba ilmu agama. Dalam pandangan Buya Hamka, orang-orang Islam di Nusantara mengenal Islam secara terus dari orang-orang pertama (orang Arab), bukan dari hanya sekadar perdagangan.

Bahan argumentasi yang dijadikan bahan rujukan Buya Hamka adalah sumber lokal Indonesia dan sumber Arab. Menurutnya, motivasi awal kedatangan orang Arab tidak dilandasi oleh nilai-nilai ekonomi, melainkan didorong oleh motivasi rohaniah dalam penyebaran agama Islam. Menurut pandangan Hamka, sedangkan sebaliknya iaitu jalur perdagangan antara Nusantara dengan Arab, ianya telah berlansung jauh sebelum tarikh masehi (iaitu sebelum Tanah Arab menganut agama Islam).

Sayyed Naquib Al Attas dalam bukunya “Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu” menyatakan bahawa sebelum abad XVII seluruh literatur Islam yang relevan tidak mencatat satu pun penulis dari India. Pengarang-pengarang yang dianggap oleh Barat sebagai India ternyata berasal dari Arab atau Persia, bahkan apa yang disebut berasal dari Persia ternyata berasal dari Arab, baik dari aspek etnis mahu pun budaya.

Nama-nama dan gelar pembawa Islam pertama ke Nusantara menunjukkan bahawa mereka orang Arab atau Arab-Persia (perlu ketahui bahawa Persia zaman Khalifah Abbasid adalah dibawah ajaran Sunni seperti kalangan Muhadis Kutub al-Sittah cth Imam Muslim, Imam Termizi, Ibnu Majah, Imam Nasai dan malah Imam Ghazali, seorang ulama sunni yang terkenal, adalah juga berasal dari Persia). Diakui, bahawa ada juga pendakwah datang melalui India, tetapi lazimnya adalah langsung datang dari Arab, Persia, Cina, Asia Kecil, dan Magrib (Maroko).

Meski demikian, yang penting bahawa faham keagamaan mereka adalah faham yang berkembang di Timur Tengah kala itu, bukan India. Sebagai contoh adalah corak huruf, nama gelaran, hari-hari mingguan, cara pelafalan Al-Quran yang keseluruhannya menyatakan ciri tegas Arab.

Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga