Saturday, June 16, 2018

Filem - Singularity

Pada tahun 2020, syarikat robotik C.E.O. Elias, mempamirkan Kronos, superkomputer yang dicipta untuk membawa kepada `dunia baru` iaitu dengan mengakhiri semua peperangan. Namun atas singulariti, peningkatan kecerdikan komputer, Kronos memutuskan bahawa manusialah yang bertanggungjawab untuk semua peperangan dan solusi untuk keamanan adalah dengan menghapuskan semua manusia.
Elias dan Walsh, rakan sekerja, memuatkan diri mereka ke Kronos dan menonton kemusnahan dimana dalam satu malam sahaja, 8 billion manusia dibunuh oleh Kronos dalam agendanya untuk mengamankan dunia dan mencipta `dunia baru`. Sembilan puluh tujuh tahun kemudian, Andrew, seorang pemuda yang baik hati, dibangunkan dalam bentuk robot humanoid oleh Elias dan Walsh untuk mengesan baki sisa manusia yang ada dan lokasi kota Aurora yang dipercayai sebagai kota terakhir manusia. Andrew bertemu Calia, seorang gadis remaja yang juga dalam pencarian kota Aurora dimana dari Calia, Elias dan Walsh cuba mengesan kota Aurora.
Dalam perjalanan, Andrew menunjukkan kekuatan dan daya tahan apabila para perompak menyerang mereka namun kecederaan yang dialami Andrew akibat ditetak perompak, Calia terlihat bahawa badan Andrew bukanlah badan manusia biasa tetapi badan robot humanoid. Andrew juga terkejut bila dia menyedari bahawa dia adalah robot humanoid.
Kedua-duanya kemudian ditangkap dan dibawa pada Walsh, yang memberitahu mereka bahawa Andrew, adalah generasi baru robot humanoid, direka untuk membunuh mana-mana baki manusia yang tersisa. Walsh menjadikan Andrew hanyalah untuk mencari petunjuk mengenai lokasi Aurora, tempat terakhir manusia bersembinyi. Andrew sebaliknya membayangkan ibunya, Veronica, yang mengingatkan bahawa dia adalah seorang anak penyayang lantaran Andew dibina melalui memori serta naluri semasa Andrew masih hidup. Ini membantu Andrew mengenal diri sendiri dan menentang Kronos. Andrew berjaya mengatasi program yang diinstalt Walsh dalam dirinya dan melarikan diri dengan Calia.
Andrew dan Calia melihat cahaya dari apa yang mereka percaya menjadi lokasi kota Aurora, tetapi mereka kecewa bila mendapati apa yang dicari hanyalah sebuah bandar robot. Walsh menyimpulkan bahawa Aurora adalah satu mitos semata-mata lalu mengarahkan drone robotnya untuk membunuh mereka namun semasa Andrew dan Calia melarikan diri ke bawah tanah, mereka terjumpa bilik yang berteknologi tinggi dicipta oleh manusia dahulunya dengan kapal angkasa khas untuk melarikan diri ke planet Aurora.
Bila lokasi Aurora dikesan, Elias mengkhianati dan membunuh Walsh serta bersiap untuk menyerang Aurora buat menghapuskan segala baki sisa manusia yang hidup. Andrew dan Calia tiba di Aurora yang terbukti menjadi planet persembunyian manusia yang dipenuhi dengan bandar-bandar futuristik serta teknologi yang telah jauh begitu maju. Dalam mana juga, generasi manusia disitu telah mempersiapkan diri mereka kali ini untuk menentang Kronos.



No comments:

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga