Saturday, June 23, 2012
Monday, June 18, 2012
Melayu dan Islam - 8
Bila memperkatakan akan hak
Melayu-Islam diMalaysia dan keutamaan dalam mempertahankan Malaysia
sebagai Tanah Islam yang berdaulat, maka ini jelas tercatit didalam
Perlembagaan Negara Malaysia seperti berikut:
i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.
ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
i. Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang diMalaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.
ii. Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam iaitu antaranya:
- Syeikh Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.
- Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.
- Syeikh Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.
Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat utama bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar.
Dengan mengambil kira kepelbagaian definisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. Malaysia juga telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. Serta pengiktirafan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.
Malaysia dalam rangka kewujudannya sebagai Negara Islam juga dapat dilihat dengan adanya penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.
Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud diMalaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.
Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami, tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Bersambung...
Tuesday, June 12, 2012
Ya Rabbi Al Mustafa
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!
us for what has passed, O Most Munificent One!
YA AKRAMA AL-KHALQI MA LI MAN ALUDHU BIHI
SIWAKA `INDA HULULI AL-HADITHI AL-`AMAMI
SIWAKA `INDA HULULI AL-HADITHI AL-`AMAMI
O noblest one in creation, I have none from whom to request protection
other than you when the Universal Event befalls
other than you when the Universal Event befalls
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!
.
WA LAN YADIQA RASULALLAHI JAHUKA BI
IDHA AL-KARIMU TAJALLA BI ISMI MUNTAQIMI
us for what has passed, O Most Munificent One!
.
WA LAN YADIQA RASULALLAHI JAHUKA BI
IDHA AL-KARIMU TAJALLA BI ISMI MUNTAQIMI
Your great standing, O Messenger of Allah, will not diminish for
advocating me, if the Generous One manifests Himself with His name
of Avenger,
advocating me, if the Generous One manifests Himself with His name
of Avenger,
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive
us for what has passed, O Most Munificent One!
us for what has passed, O Most Munificent One!
FA INNA MIN JUDIKA AL-DUNYA WA DARRATAHA
WA MIN `ULUMIKA `ILMA AL-LAWHI WA AL-QALAMI
WA MIN `ULUMIKA `ILMA AL-LAWHI WA AL-QALAMI
For your generosity encompasses both this world and the one that comes
next, and your sciences encompass the knowledge of the Tablet and the Pen.
next, and your sciences encompass the knowledge of the Tablet and the Pen.
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us for
what has passed, O Most Munificent One!
what has passed, O Most Munificent One!
YA NAFSI LA TAQNATI MIN ZALLATIN `AZUMAT
INNA AL-KABA\'IRA FI AL-GHUFRANI KA AL-LAMAMI
INNA AL-KABA\'IRA FI AL-GHUFRANI KA AL-LAMAMI
O my soul! Do not despair because of a terrible footslip. Grave sins,
under the covering of forgiveness, are as small ones.
under the covering of forgiveness, are as small ones.
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!
for what has passed, O Most Munificent One!
LA`ALLA RAHMATA RABBI HINA YAQSIMUHA
TA\'TI `ALA HASABI AL-`ISYANI FI AL-QASAMI
TA\'TI `ALA HASABI AL-`ISYANI FI AL-QASAMI
It may be that my Lord\'s mercy, when He distributes it, shall match the
transgressions in proportion.
transgressions in proportion.
YA RABBI BI AL-MUSTAFA BALLIGH MAQASIDANA
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
WA IGHFIR LANA MA MADA YA WASI`A AL-KARAMI
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals, and forgive us
for what has passed, O Most Munificent One!
for what has passed, O Most Munificent One!
Monday, June 11, 2012
Pandu
Pandu,
menempuh lorong waktu, jarak mengarak berbatu-batu, disilangi pelangi
kalkatu, lakaran ditembuk-tembuk kutu, menceritakan hayat yang
sememangnya begitu, masing-masing memerlukan bantu, cuba bahu-membahu
membina sesuatu, untuk rempuhan jiwa sayu mutu, dalam dugaan hayat yang
seribu jitu....
- zarch (30/5/12) -
Tuesday, June 05, 2012
Melayu dan Islam - 7
Benarkah bila memperkatakan atau memperjuangkan agenda
Melayu-Islam itu suatu perjuangan ashabiyah yang tercela. Terdapat
suara-suara sumbang yang mengklaimkan bahawa memperjuangkan agenda
Melayu-Islam adalah suatu perjuangan yang sia-sia, namun jelas pihak
ini lantaran tidak memahami apakah makna sebenar ashabiyah, lalu
mereka menghukum secara pukal sedangkan perjuangan keatas agenda
Melayu-Islam sekiranya dibawah konsep Ashabiyah keagamaan adalah
merupakan suatu kewajipan buat semua umat Melayu-Islam.
Ashabiyah, berasal dari kata ashaba yang berarti mengikat dan
ashabah dengan makna ikatan. Ashabiyah merujuk pada ikatan sosial
budaya yang dapat digunakan untuk mengukur kekuatan kelompok sosial.
Istilah ini sudah dikenal sejak zaman pra-lslam. Ibnu Khaldun,
cendekiawan Muslim, menjadikannya sebagai konsep sosial dalam bukunya
Muqadimmah.
Konsep ashabiyah dalam pandangan Ibn Khaldun memiliki ruang
lingkup pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Pengertian
yang sempit terbatas pada suatu nasab yang ia sebut nasab khusus,
kerana mereka merupakan keluarga yang satu. Sedangkan pengertian luas
adalah nasab-nasb lainnya yang disebut nasab umum, yang bergabung
bersama nasab yang kuat sebagai suatu sekutu (contohnya perbezaan
antara al ashabiyah al Islamiyah iaitu semangat keIslaman dengan al
ashabiyah al jinsiyyah iaitu semangat fanatisme kesukuan).
Pandangan Ibn Khaldun terhadap realiti
umat Islam pada zamannya, berkaitan dengan konsep pergabungan atau
integriti masyarakat multi-etnik dalam rangka menciptakan persatuan
dan kesatuan bangsa yang kukuh. Jika proses tersebut berjalan secara
efektif maka anggota masyarakat tidak lagi mempersoalkan asal-usul
keturunannya. Ashabiyah yang mereka kembangkan bukan lagi berdasarkan
ikatan keturunan, akan tetapi lebih pada hubungan perdagangan,
hubungan kerja dan usaha, profesi, idiologi serta kesefahaman
(contohnya dari sudut pegangan agama yang sama).
Implikasi dari kesedaran ashabiyah sebegini tentunya akan bertunjak kepada keperluaan adanya suatu pergerakan yang kuat, yang akan menguruskan kepentingan-kepentingan buat kelompok ashabiyah tersebut. Untuk itu secara langsungnya, diperlukan keberadaan pemimpin (contohnya Amir, Ahlu Syura, Sultan dan lain-lain) yang berperanan menjaga dan mencegah terjadinya perpecahan atau permusuhan antara sesama kelompok ashabiyah tersebut. Oleh itu, pemimpin yang sebagai pemegang kekuasaan diberi superioriti (al-taghalluf) atas yang lain dalam hal ‘ashabiyah. Sebaliknya, tanpa keberadaan pemimpin, maka urusan buat kesatuan ashabiyah sebegini, tidak dapat dilaksanakan secara efektif atau berkesan.
Superioriti (al-taghalluf) ini dimengertikan sebagai kedaulatan (al-mulk), yang melebihi cakupan pengertian kepemimpinan (al-riyasat). Al’Riyasat, adalah keadaan menjadi pemimpin atau ketua suku yang dipatuhi oleh sukunya, namun tidak ada kekuasaan penuh dalam urusan memimpin. Sementara al-mulk, adalah boleh dikatakan lazimnya suatu superioriti yang memiliki kekuasaan penuh dalam urusan memimpin.
Sebuah ikatan ashabiyah yang kuat akan menguasai semua ikatan ashabiyah lain yang ada sehingga menjelma menjadi suatu koalisi atau gabungan ashabiyah yang lebih besar, seperti menjadi sebuah kenegaraan dengan memiliki superioriti keatas rakyat golongannya, dan seterusnya memungkinkan menjadi superioriti atas rakyat dari ashabiyah-ashabiyah lain yang tidak memiliki hubungan apa-apa dengannya. Sebaliknya, jika ashabiyah yang satu sama kuatnya dengan ashabiyah yang lain, maka masing-masing akan tetap menguasai daerah dan rakyartnya sendiri, sebagaimana halnya kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa diseluruh dunia.
Akan tetapi, jika satu ashabiyah menaklukkan ashabiyah yang lainnya dan diantara mereka terjalin hubungan akrab, maka pihak yang menang akan memperoleh tambahan kekuatan dari pihak yang kalah. Namun sebaliknya pihak yang kalah pada suatu saat akan menuntut kekuasaan dan superrioriti yang lebih baik, sehingga kekuatannya akan dapat menyamai pihak yang menang dan berkuasa. Kemuncaknya, jika ashabiyah yang menang dan berkuasa sudah melemah, dan diantara mereka tidak ada yang mampu mempertahankan kekuasaan yang mereka raih, maka ashabiyah yang baru akan muncul dan lalu merebut kekuasaan. Disamping itu juga adanya kemungkinan ashabiyah yang baru berkuasa, bersekutu dengan ashabiyah-ashabiyah yang lain yang memiliki kekuatan untuk mencapai tujuan politiknya.
Jadi menurut Ibn Khaldun, konsep ashabiyah dikaitkan dengan agama adalah kekuatan suatu ashabiyah yang tidak cukup hanya bergantung kepada kekuatan fisikal, tetapi ianya juga wajar memiliki kekuatan moral yang didasarkan pada agama dan akhlaq. Semangat keberagamaan merupakan jawapan serta solusi buat mencegah dari terjadinya pertentangan dan perpecahan dalaman yang diikat oleh ashabiyah sebegini. Dari itu, suatu pemerintahan (daulat) akan dapat tegak dan menjadi kukuh oleh agama. Al-mulk, tercapai lantaran superioriti, superioriti diperoleh kerana ashabiyah, serta bersatunya kehendak dan jiwa untuk mencapai tujuan buat menegakkan agama Allah.
Demikian pula peranan da’wah dapat
menambah kekuatan ashabiyah keagamaan yang menjadi dasar tegaknya
daulah, sebab agama dapat mengendalikan persaingan dan permusuhan
diantara pendukung ashabiyah, dan membimbing mereka ke arah dan
tujuan yang satu serta maksud hidup yang satu. Dengan demikian, jatuh
bangunnya suatu daulah, dalam pemikiran Ibn Khaldun, sangat
bergantung pada superioriti suatu ‘ashabiyah terhadap yang lainnya.
Ashabiyah keagamaan, kewujudannya menyatukan umat buat kemashlahatan
bersama, membimbing umat kepada kebenaran hakiki dan seterusnya
mempertahankan kebenaran tersebut.
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory



