Thursday, November 30, 2023

Pembetulan sejarah - 2

Kisah pembakaran Nabi Ibrahim dipercayai berlaku di kota Ur, bukan Urfa di Turki hari ini dan bukan juga di kota Babilon kerana kota Babilon hanya dimajukan bila ditawan oleh pihak Amorite pada tarikh selepas Nabi Ibrahim berhijrah ke Palestin.

Kota Babel, tempat turunnya malaikat Harut dan Marut, adalah kota purba Babel yang telah lama musnah. Diatas tapak kota Babel ini kemudiannya didirikan kota Kish, Babilon dll.
Sedang, kota purba Babel asal telah jauh maju beribu-ribu abad sebelum kota Babilon yang dikenali hari ini dibangunkan oleh Sumuabum (berkuasa sekitar 1830 - 1817 SM, kerajaan Amorite. Kota Kish yang juga dibina atas runtuhan kota purba Babel (dalam 12 km dari kota babilon yang dikenali hari ini), telah pun jauh lebih lama maju.
Sumuabum memilih tapak kota Babilon yang dikenali hari ini, yang waktu itu hanyalah sebuah pekan kecil untuk memajukannya dan sebagai ibukota kepada Dinasti Babilon.
Dinasti Babilon menjadi bertambah maju dizaman Hammurabi (berkuasa sekitar 1792 - 1750 SM) namun kemudian kekuasaan bertukar-alih antara berbagai kekerajaan seperti Hittite, Kassites, Assyrian, Elam sebelum kembali kepada Akkad-Sumeria dengan salah seorang raja terkenalnya Nebuchadnezzar II (634 - 562 SM).
Berdasarkan pada Injil, Nebuchadnezzar II telah menakluk kerajaan Judah dan memusnahkan sebahagian besar bandar Baitulmaqdis (Jerusalam) termasuk istana yang dibina dulunya oleh Nabi Sulaiman serta membawa banyak tawanan dari bani Israel ke Babilon.
Nebuchadnezzar II dikenali dengan pembinaan Taman Tergantung Babilon diberi gelaran raja Babilon, raja Sumeria-Akkad, raja dunia serta penghukum atas kesalahan bani Israel. Beliau dikisahkan dalam buku Daniel dan juga disebut dalam beberapa bab dalam Injil.
Dikhabarkan Nabi Daniel (Arabic: دانيال, Daniyal), yang asalnya adalah kalangan tawanan bani Israel yang dibawa ke kota Babilon oleh Nebuchadnezzar II (sekitar 634 – 562 SM), diutus kepada bani Israel disitu.
Lantaran itu, ahlu kitab banyak menungkilkan akan kota Babilon hatta menyatakan ianya kota Babel purba serta mengaitkan nama Namrud (Nimrud) dengan zaman Nabi Ibrahim kerana kemungkinan pengetahuan mereka terhad pada persekitaran Babilon diabad tersebut.
Kemajuan kota Babel purba (bukan kota Babilon yang dibina kemudian) suatu ketika dahulu tidak dapat digambarkan kerana kehadiran mailaikat Harut dan Marut yang mengajar manusia berbagai-bagai jenis pengetahuan termasuk ilmu alam ghaib.
Namun syaitan berjaya memesongkan pengetahuan yang Harut dan Marut turunkan kepada manusia sebagai ilmu gelap atau ilmu sihir dan dari situ, tersebarlah pengetahuan tentang ilmu sihir ke seluruh dunia.
Suatu pertanyaan penting, sekiranya Harut dan Marut baru turun lewat selepas pembangunan bandar Babilon yang dikenali hari ini, iaitu selepas 2000 SM, bagaimanakah segala ilmu sihir tersebar ke seluruh dunia, contohnya dari kerajaan Firaun Mesir hingga di kalangan manusia yang tinggal didalam hutan yang menguasai ilmu sihir ini lebih awal dari itu?
Dizaman Nabi Sulaiman, baginda telah memerintah agar ilmu-ilmu sihir ini dihapuskan namun kerana ianya telah tersebar disetiap sudut dunia, maka sukar ianya dilakukan kerana itu sehingga kini ada sahaja pengamal ilmu-ilmu sihir di setiap ceruk dunia.




No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga