Monday, May 04, 2020

Kelawar dan fitrahnya

Kelawar dan fitrahnya menyembunyikan virus. Allah Taala telah mencipta jutaan mahluk dan setiap mahluk dicipta dengan kejadiannya tersendiri. Setiapnya ada fungsi-fungsi serta fitrahnya tersendiri sebagai mahluk ciptaan Allah. Kekadang kita memandang hina mahluk yang dianggap liar atau tidak sepadan buat kehidupan kita sedangkan mahluk itu dicipta oleh Allah dan setiap ciptaan Allah adalah sempurna.
Contohnya burung gagak, dicipta memakan bangkai haiwan dan ini dipandang keji tetapi hakikatnya fungsi burung gagak ini adalah memakan bangkai-bangkai dihutan lalu ia membersihkan kawasan sekitar dari bangkai tersebut.
Hari ini manusia menebang hutan-hutan lalu membina kediaman mereka dari kampung yang terpencil sehingga kota-kota konkrit yang besar, namun fitrah sigagak tetap sama, mencari bangkai dan memakannya. Kerana itu dilihat gagak-gagak berterbangan dikota-kota mencari bangkai dan sampah sarap dan sigagak bukanlah hina tetapi fitrahnya sebegitu.
Seperti anai-anai, manusia amat membenci serangga kecil ini kerana ia merosakan dinding rumah, perabut dan lain-lain yang berkaitan dengan kayu mati sedangkan fungsi anai-anai ini, dijadikan untuk memakan pokok-pokok yang telah tumbang dan mati dihutan dan dari itu, anai-anai ini akan membersihkan kawasan tersebut dari pokok-pokok yang telah mati, malah najis-najis anai-anai ini pula menjadi baja buat pokok-pokok lain untuk hidup.
Tetapi lantaran manusia menebang pokok-pokok dihutan dan membina rumah mereka atau membuat perabut mereka, maka anai-anai yang fitrahnya tidak memakan pokok yang hijau atau hidup, pergi mencari kayu-kayu dari pokok yang mati, lantas bila mereka bertemu rumah atau perabut dari kayu mati, ia akan memakan kayu-kayu mati tersebut.
Sebegitu juga dengan kelawar, dijadikan memiliki tubuh badan khas dan memiliki daya tahan tubuh yang spesifik, dimana mampu berperanan sebagai penyimpan agen penyakit atau virus yang amat berbahaya kepada kehidupan lain. Ianya seakan berfungsi mengumpul segala virus yang bahaya dengan fitrahnya bersembunyi dari segala kehidupan luar dalam gua-gua. Kelawar amat jarang keluar berdekatan dengan haiwan atau kehidupan lain.
Namun lantaran kerakusan manusia, diterokai gua-gua semata-mata untuk menangkap kelawar-kelawar ini untuk dijadikan makanan lantas bertebaranlah keluar virus-virus yang disembunyikan oleh sang kelawar didalam tubuhnya dimana virus-virus ini amat merbahaya sehinggakan boleh menghapuskan keturunan manusia itu sendiri.
Kerana itu, manusia tidak wajar memandang rendah setiap dari ciptaan Allah tetapi berakhlak atau bertindak kepada setiap mahluk lain menurut perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w dimana telah jelas yang mana halal atau haram.
Setiap haiwan wajar diperlakukan mengikut fitrah mereka seperti misalnya babi bukanlah bahan makanan tetapi babi adalah jenis binatang liar yang wajar diasingkan hidup dalam alamnya sendiri, atau kucing yang merupakan binatang belaan yang bukan sangkar tempatnya tetapi bebas, atau anjing dengan hukum cara-cara sekiranya mahu memilikinya seperti untuk menjaga kebun atau berburu tanpa memelihara anjing tersebut didalam rumah seperti kucing.
Segalanya telah dijelaskan bagaimana seharusnya manusia hidup dengan alam sekitarnya didunia yang sementara ini mengikut pedoman Rasulullah s.a.w. Dan disitulah terletak kejayaan dunia dan akhirat.

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga