Thursday, September 19, 2013

Realiti Arab spring


Turki dan bekas wilayah-wilayahnya. Sejak berabad-abad sehingga awal abad ke20, kerajaan Ottoman Turki menguasai semua wilayah yang kini dikenali sebagai Aljeria, Tunisia, Libya, Mesir, Lebanon, Syria, Yemen, Albania, Bosnia, Palestina dll.

Namun kemudian, satu-persatu wilayah-wilayah tersebut terlepas ketangan penjajah Eropa sehingga akhirnya terlepas semuanya dalam peperangan dunia pertama (1914-1918), dimana Turki yang menjadi sekutu Jerman-Austria menempuh kekalahan yang menyebabkan kekuasaan kerajaan Ottoman jatuh pada Inggris (British Mandate) dan Perancis (France Mandate) dibawah perjanjian Sykes-Picot Agreement. Seperti Lebanon dan Syria dibawah kekuasaan Perancis (France mandate) sementara Irak dan Palestina termasuk wilayah dibawah kekuasaan Inggris (British Mandate).

Turki yang telah kalah, dihapuskan sistem kekhalifahannya dan diganti dengan rejim Diktaktur-sekular Mustafa Kamal Artartuk. Dari situ juga, pihak penjajah belajar suatu tektik baru untuk mengawal wilayah Islam iaitu dengan mendirikan sistem Diktaktur-sekular. Atas itu, bilamana zaman penjajahan berakhir, maka semua wilayah tersebut iaitu Aljeria, Tunisia, Libya, Mesir, Iraq serta Syria, dibekalkan para-para Diktaktur-sekular.

Maka hilanglah kerisauan pihak penjajah lantaran wilayah-wilayah tersebut berjaya "ditidurkan" sekian lama, namun waktunya berlalu bila Arab revolusi mengambil tempat. Arab revolusi atau digelar "Arab spring" adalah suatu revolusi yang spontan berlaku, bukan dirancangkan. Ianya berlaku lantaran umat Islam diwilayah-wilayah tersebut tidak sanggup lagi "ditidurkan" dengan mimpi ngeri oleh para-para Diktaktur-sekular. Setelah menyaksikan bagaimana umat Islam diturki berjaya menundukkan saki-baki generasi Mustafa Kamal Artaktur yang terdiri daripada jeneral-jeneral tentera, maka bagaikan suatu tiupan semangat buat mereka untuk kembali merdeka dari cengkaman Diktaktur-sekular yang memang para diktaktur ini ditanam oleh pihak penjajah untuk melemahkan umat Islam.

Semoga Allah membantu umat Islam sekelian untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dan semoga semuanya diberi hidayat serta dapat hidup dalam aman damai.

2 comments:

Musafir Tua said...

Assalamualaikum, bro.
Macam mana dgn dakwaan yg Arab Spring ni juga hasil dari permikiran Barat? Revolusi dan demonstrasi menentang pemimpin akhirnya akan menyebabkan huru hara dan ketidak-stabilan Negara, menjadi peluang kepada Barat untuk menyerapkan ajaran mereka atas nama human rights...

zarch said...

Waalaikumsalam, hakikatnya, selepas zaman penjajahan, rakyat Islam ditindas oleh pemerintahan kuku-besi mereka dan kekayaan dimonopoli hanya keluarga regim. Mohamed Bouazizi, peniaga buah yang ditindas adalah kalangan rakyat disitu yang tidak tahan dengan kezaliman pemerintah lalu membakar diri dimana inilah permulaan Arab Spring. Kalangan Barat hanyalah menangguk air keruh, iaitu menghijack perjuangan rakyat Arab buat kepentingan diri sama seperti kumpulan Isis dll yang menghijack perjuangan sebenar rakyat Syria dibawah FSA menentang kezaliman regim Assad-Bashar.

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga