Card kredit adalah salah satu cara modern untuk berhutang, namun begitu, tanpa kita sedar, kita telah berurusan dengan "Along Berlesen" yang bersedia memerangkapkan masa depan kita. Card kredit ini sebenarnya adalah salah satu asal dari idea-idea penyangak Illuminati untuk mengaut keuntungan beriba serta untuk memperhambakan insan lain diseluruh dunia agar sentiasa berada dibawah mereka dengan cara memberi hutang.
Lantaran itu, marilah kita sentiasa beringat sesama kita agar cuba menjauhi dari dibelenggu hutang-hutang dengan mengawal dunia kebendaan kita. Seperti contohnya, tidak perlulah membeli setiap model kereta baru yang keluar yang hanya menambahkan beban hutang. Tentunya dalam sesuatu hal, kita terpaksa berhutang lantaran hajat kehidupan yang mendesak, namun selebihnya dari itu, sebaiknya, jauhkanlah berhutang hanya semata-mata kerana bisikan dunia kebendaan.
2 comments:
Kad kredit = Kad hutang. Lagi banyak guna kad kredit lagi banyak hutang. Interest nya cekik darah. Maka jangan guna kad kredit, insyaAllah selamat. Guna cash. Ada duit beli. Takde duit takyah beli. Elakkan berhutang.
School Of Tots, saya setuju dengan saudara, sebaiknya gunakan cash atau kad kredit debit yang mana sebanyak mana duit kita masukkan, sebanyak itu sahaja yang boleh kita gunakan.
Post a Comment