Sunday, April 11, 2021
Austronesia - bhg. 8
Kaitan perkembangan kebudayaan dan peradaban hari ini. Salah satu alat penting dalam perkembangan kebudayaan dan peradaban adalah alat tenun. Alat tenun terutamanya untuk membuat pakaian diketahui dari sejarah awal manusia iaitu sedari zaman Nabi Adam a.s.
Tidak benar dakwaan kononnya Nabi Adam dan generasi seterusnya sebelum kedatangan Nabi Idris a.s berpakaian hanya dari kulit-bulu binatang serta bercawat. Semasa Nabi Idris lahir, telah wujud 188 bandar besar dan dari kota-kota besar ini, kota ar Rahu dikatakan sebagai kota yang terkecil.
Dizaman tersebut, dimana populasi manusia telah berkembang pesat, telah wujud 4 kerajaan besar dengan 72 bahasa yang dituturkan. Jadi apakah logik mereka yang bercawat serta tiada kebudayaan literature serta peradaban, mampu membina kota-kota besar dengan kebudayaan dan peradabannya tersendiri?
Nabi Idris a.s diriwayatkan pandai menjahit dan tiada riwayat menyatakan Nabi Idris penemu alat tenun. Selain dari pandai menjahit, Nabi Idris menguasai ilmu perhitungan, ilmu alam dan diberi julukan Harmasu al-Haramisah iaitu ahli perbintangan (astronomi).
Namun segala tamadun generasi manusia dizamannya serta dizaman selepasnya dimusnahkan Allah sama-sekali ketika banjir besar dizaman Nabi Nuh a.s. Yang tinggal dan terselamat hanya mereka yang berada diatas kapal Nabi Nuh iaitu 83 orang bersama Nabi Nuh.
Berbalik kepada kaitan Bangsa Austronesia dengan kebudayaan dan peradaban, setiap ras yang wujud dari kalangan bangsa Austronesia, samada dikota, dikampung, didalam hutan mahupun menduduki pulau-pulau terpencil memiliki kebudayaan asas iaitu alat tenun, hatta jauh kedalam hutan Amazon.
Walaupun bangsa Austronesia ini telah berubah-ubah menjadi berbagai-bagai ras namun antara satu sama lain, jelas ada persamaan dari corak mahupun warna dalam tenuan asal dan ini masih dapat dilihat sehingga kehari ini terutama mereka yang masih duduk dalam pendalaman.
Manakala mereka yang sejak dahulu berinteraksi dengan dunia luar, walaupun ianya berubah-ubah mengikut kebudayaan serta kepercayaan yang dianuti namun tetap seperti ada titik persamaan.
Salah satu bukti yang amat ketara yang dapat dilihat sehingga kehari ini akan faktor-faktor yang membuat perbezaan perkembangan kebudayaan dan peradaban dari rumpun Bangsa Austronesia dan seterusnya menjadi berbagai-bagai ras adalah kepulauan Borneo.
Borneo dihubungkan dengan daratan Asia Tenggara (daratan yang dikenali sebagai Benua Sunda) dari 2.5 juta tahun yang lalu hingga sekitar 10.000 tahun yang lalu, sebelum mengubahnya menjadi sebuah pulau yang besar.
Di kepulauan Borneo ini dapat dilihat akan berpuluh-puluh suku atau kaum dari rumpun bangsa Austronesia yang terpisah-pisah kebudayaaannya (biarpun asas kebudayaannya masih ada kesamaan) lantaran beberapa faktor. Hanya bangsa Melayu sahaja samada di Brunei, Malaysia mahupun Indonesia yang tetap ada kesamaan dari dahulu sehingga kehari ini kerana menganut kepercayaan yang sama iaitu beragama Islam.
Bukti arkeologi menunjukkan seperti tengorak yang ditemui di Gua Niah (gua yang terbesar di dunia) bahawa manusia telah menduduki Sarawak sekurang-kurangnya 40,000 tahun yang lalu. Ianya adalah dari generasi penghijrahan kedua yang datang selepas 60,000 tahun dahulu dan tengoraknya berbeza dengan generasi penghijrahan pertama yang datang sebelum 60,000 tahun dahulu seperti contohnya Aborigin Australia (Benua Sahul).
Pada pandangan penulis, sewajarnya teori akan perbezaan Melayu Pronto dan Melayu Deutero wajar ditolak dan tidak didendangkan lagi. Sama seperti teori dari Taiwan atau Yunan, semuanya adalah teori ketinggalan zaman.
Hanya teori akan penghijrahan pertama sebelum 60,000 tahun dahulu dari Afrika (keturunan Ham) dengan penghijrahan kedua selepas 60,000 tahun dahulu iaitu dari Timur Tengah (keturunan Sam atau keturunan kacukan) yang kemungkinan besar terjadi.
Segala kaum suku dirantau Nusantara samada Semang, Iban, Dayak, Bajau, Jakun, Kadazan dll. sehingga suku-suku yang menduduki pulau-pulau disekitar Lautan pasifik adalah dari rumpun bangsa Austronesia dan dari rumpun ini, suku bangsa Melayu (Melayu Semenanjung, Sumatera, Jawa, Banjar, Bugis dll.) adalah merupakan rumpun suku bangsa terbesar.
Fakta mengapa suku bangsa Melayu merupakan keluarga terbesar adalah kerana dari dahulu, memilih membina penempatan dipersisiran pantai, dataran atau lembah yang membuat bukan sahaja mereka mudah berkomunikasi antara satu sama lain, malah berkomunikasi dengan dunia luar.
Dari penempatan kecil sehingga kepada pembinaan kota-kota besar dan serta pembentukan kerajaan-kerajaan dirantau Nusantara menjadikan mereka sebagai sebuah rumpun yang besar.
Faktor lain yang memainkan peranan utama akan perkembangan bangsa Melayu adalah kerana kepercayaannya yang berubah-ubah dalam mencari kebenaran membuat ke-intelektual serta literature dari sudut bahasa bangsa ini berkembang pesat.
Dari paganis, Hindu, Buddha sehingga menganut agama Islam mengikat bangsa Melayu sebagai suatu rumpun terbesar dengan perkembangan pesat kesamaan kebudayaan antara rumpun-rumpun dibawah nama Bangsa Melayu.
Disamping itu, tidak dinafikan, kedatangan bangsa Eropa dirantau ini juga memainkan faktor yang membuat bangsa ini seterusnya berkembang dunia kebudayaannya serta peradabannya tanpa mengasingkan atau meninggalkan keutamaan sebagai penganut agama Islam.
Dari sudut politik atau kekuasaan selalu sahaja sepanjang sejarah, memisah-misahkan bangsa Melayu ini tetapi lantaran pegangan agama yang sama membuat kebudayaan antara rumpun bawah bangsa Melayu ini sentiasa selari. Tidak seperti rumpun lain dibawah bangsa Austronesia yang sentiasa semakin jauh perbezaan mereka samada kebudayaan mahupun sudut bahasa.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Catitan lalu
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
No comments:
Post a Comment