Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 5

Kaitan Austronesia dengan Naacal dan Nazca. Naacal adalah nama bangsa kuno dan peradaban yang pertama kali didakwa wujud oleh Augustus Le Plongeon dan kemudian oleh James Churchward. Nazca pula suatu tamadun yang wujud SM dipersekitaran Peru dan dikenali sehingga ke hari ini kerana garisan Nazca (Nazca Line) iaitu lakaran rajah-rajah atau objek-objek besar yang sehingga dapat dilihat dari satelite.
Augustus Le Plongeon, seorang jurugambar Perancis dan ahli arkeologi amatur, adalah yang pertama membentuk naratif mengenai Tablet Naacal. Pada tahun 1896, Plongeon dan isterinya, Alice Dixon, menulis buku kontroversi mereka, Ratu Moo dan Sphinx Mesir, di mana orang Naacal pertama kali disebut. Plongeon mendakwa orang Naacal adalah sekumpulan mubaligh dari Mu, yang ditugaskan untuk menyebarkan ajaran sejagat yang sebenarnya. Menurut teori yang dikemukakan James Churchward, orang Naacal adalah dari peradaban benua Mu yang hilang. Peradaban Naacal diperintah oleh tujuh pengetua yang amat pintar dan digambarkan sebagai seekor ular berkepala tujuh. Churchward memberikan gambaran yang jelas mengenai Mu sebagai tempat tinggal peradaban maju, Naacal, yang berkembang antara 50,000 dan 12,000 tahun yang lalu. Pada saat keruntuhan peradabannya kira-kira 12,000 tahun yang lalu, Mu mempunyai lebih kurang 64 juta penduduk dan tujuh kota besar dengan penguasaan keatas benua lain. 64 juta penduduk terdiri dari sepuluh suku yang mengikuti satu pemerintahan dan satu agama. Churchward mendakwa memperoleh pengetahuannya tentang orang Naacal setelah berteman dengan seorang pendita India, yang mengajarnya membaca bahasa kuno orang Naacal, yang hanya diketahui oleh tiga orang pendita dari seluruh India. Pendita ini mengungkapkan keberadaan beberapa tablet kuno, yang ditulis oleh orang Naacal dimana Churchward mendapat akses ke catatan ini. Pengetahuannya tentangnya tidak lengkap, kerana tablet yang ada hanyalah sekeping teks dari potongan teks-teks lain yang lebih besar. Disamping itu, Churchward juga mendakwa telah menemui pengesahan dan maklumat lebih lanjut dalam catatan kuno yang lain. Churchward merujuk kepada epik Ramayana, teks agama Hindu yang dikaitkan dengan ahli sejarah Valmiki. Valmiki (Sanskrit: वाल्मीकि ʋaːlmiːkɪ) dikenali sebagai seorang penyair dalam sastera literature Sanskrit. Epik Ramayana, bertarikh dari abad ke-5 SM hingga abad pertama SM, dikaitkan dengannya, berdasarkan atribusi dalam teks itu sendiri. Dia dihormati sebagai Ādi Kavi, penyair pertama, pengarang Ramayana, puisi epik pertama. Valmiki menyebutkan orang Naacal sebagai "datang ke Burma dari tanah kelahiran mereka di Timur," iaitu dari arah Lautan Pasifik. Tablet yang menceritakan tentang kewujudan Mu yang didakwa pernah diperolehi oleh Churchward sehingga ke hari ini tidak dapat dikesan dan dibuktikan, lantaran itu ianya dikatakan suatu penipuan manakala ada pihak yang mendakwa ianya telah disembunyikan oleh sesuatu pihak kerana sesuatu sebab seperti terkandung rahsia-rahsia didalamnya. Dalam pada itu, abad-abad yang lepas, ramai juga dari kalangan okultis atau aliran rahsia seperti dari Rosicrucianism (yang darinya cabang Freemason serta Iluminati) cuba mengali kewujudan peradaban yang dikenali Mu atau Lemurei kerana sebelum ini mereka berkiblatkan Mesir kuno dan Babylon namun kemudian cuba beralih pada peradaban Mu atau Lemurei. Ini kerana dipercayai bahawa tamadun Mesir kuno dan Babylon adalah hasil kesan dari tinggalan peradaban Mu atau Lemurei dan sekiranya benar kewujudan Mu atau Lemurei, maka disitulah dipercayai asas kepada segala rahsia-rahsia pengetahuan. Contohnya seperti Max Heindel, seorang okultis Rosicrucian Denmark-Amerika, menulis tentang Mu dalam The Rosicrucian Cosmo-Conception (1909). Louis Jacolliot, seorang hakim dan penganut okultis Rosicrucianism Perancis yang pakar dalam terjemahan bahasa Sanskrit. Dia menulis mengenai tanah Rutas, tanah yang hilang yang diklaim sumber kuno di Lautan Hindi. Histoire des Vierges. Les Peuples et les benua disparus (1874). Namun kemudian, dia menukar kenyataannya bahawa benua yang hilang ini berada di Lautan Pasifik dan menghubungkannya dengan mitos Atlantis. Tambahan pula, "penemuan" Rutasnya serupa dengan asal-usul Mu. Antara karyanya terjemahan dari Manu Smriti, mempengaruhi Friedrich Nietzsche (seorang ahli falsafah terkenal Jerman). Hatta pada tahun 1930-an, Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki dan seorang ahli Freemason, berminat dengan karya Churchward dan menganggap Mu sebagai lokasi yang mungkin dari tanah asal orang Turki. Kemal Ataturk menjadi ahli Freemason pada tahun 1907 di Macedonia Risorta Lodge # 80 di bawah piagam dan perlembagaan Grand Orient De France. Nazca pula adalah dari peradaban kebudayaan Nazca di benua Amerika Selatan. Genetik penduduk asal disitu juga dikesan terdiri dari berbagai kacukan. Kajian terbaru mendapati terdapat genetik dari Polinesia (rumpun bangsa Austronesia) dibenua Amerika Selatan dalam mana ianya bertindih-tindih dengan genetik yang lain kerana dipercayai besar kemunginan ianya seperti bandar-bandar yang wujud hari ini, dimana ramai dari berbagai tempat datang menghuni bandar-bandar yang wujud pada tamadun silam disitu. Sedang kaum yang tinggal di dataran tinggi 9000 tahun yang lalu secara genetiknya berbeza dengan kumpulan orang kuno yang mendiami kawasan pesisir dan kawasan di utara serta selatan kata pengkaji-pengkaji dari Harvard, Nathan Nakatsuka dan rakan-rakannya. Kumpulan genomik dataran tinggi bahkan dapat bertahan walaupun terdapat beberapa pergolakan budaya menerusi zaman demi zaman seperti Inca, Moche, dimana yang lain datang dan pergi dalam 2000 tahun terakhir. Sebuah pasukan yang diketuai oleh ahli genetik Andrés Moreno-Estrada, di Makmal Nasional Genomik Biodiversiti di Irapuato, Mexico, dalam menganalisis DNA, mereka mengenal pasti keturunan asal orang asli Amerika Selatan bukan hanya di Rapa Nui, tetapi juga dari kepulauan Polinesia timur terpencil Palliser, Nuku Hiva di Marquesas Utara, Fatu Hiva di Marquesas Selatan dan Mangareva. Perbandingan bahan genetik ini menunjukkan bahawa kaum Zenu, sebuah kaum orang asli di Colombia, adalah kalangan terbesar memiliki DNA Polinesia (Polinesia adalah rumpun bangsa Austronesia). Bersambung.....

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga