)
Kapten Nurudin Abd Majid bendapat bahawa kita semua ter'hijab' oleh Allah kerana terlalu taksub dengan kecanggihan teknologi dan akal manusia. Semuanya menjadi buntu. Jawapan yang diberi juga jawapan yang buntu. Kita lupa bahawa ada satu lagi kuasa yang Maha Agung yang memiliki semua hal-hal yang nyata dan ghaib.
Baginya Ibrah (pengajaran) daripada peristiwa ini bahawa rakyat Malaysia
khususnya mesti kembali merendah diri (agamawan, pemimpin dan rakyat
jelata) kepada Allah SWT. Merayulah dan bertaubatlah kepada Allah agar
dengan Rahman dan Rahim-Nya, dikembalikan MH370 kepada kita semua.
- Kapten Nurudin Abd Majid adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi
pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah
Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi. Anak-anak lelaki dan
perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South
Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Thursday, March 13, 2014
Thursday, September 19, 2013
Realiti Arab spring
Turki dan bekas wilayah-wilayahnya. Sejak berabad-abad sehingga awal abad ke20, kerajaan Ottoman Turki menguasai semua wilayah yang kini dikenali sebagai Aljeria, Tunisia, Libya, Mesir, Lebanon, Syria, Yemen, Albania, Bosnia, Palestina dll.
Namun kemudian, satu-persatu wilayah-wilayah tersebut terlepas ketangan penjajah Eropa sehingga akhirnya terlepas semuanya dalam peperangan dunia pertama (1914-1918), dimana Turki yang menjadi sekutu Jerman-Austria menempuh kekalahan yang menyebabkan kekuasaan kerajaan Ottoman jatuh pada Inggris (British Mandate) dan Perancis (France Mandate) dibawah perjanjian Sykes-Picot Agreement. Seperti Lebanon dan Syria dibawah kekuasaan Perancis (France mandate) sementara Irak dan Palestina termasuk wilayah dibawah kekuasaan Inggris (British Mandate).
Turki yang telah kalah, dihapuskan sistem kekhalifahannya dan diganti dengan rejim Diktaktur-sekular Mustafa Kamal Artartuk. Dari situ juga, pihak penjajah belajar suatu tektik baru untuk mengawal wilayah Islam iaitu dengan mendirikan sistem Diktaktur-sekular. Atas itu, bilamana zaman penjajahan berakhir, maka semua wilayah tersebut iaitu Aljeria, Tunisia, Libya, Mesir, Iraq serta Syria, dibekalkan para-para Diktaktur-sekular.
Maka hilanglah kerisauan pihak penjajah lantaran wilayah-wilayah tersebut berjaya "ditidurkan" sekian lama, namun waktunya berlalu bila Arab revolusi mengambil tempat. Arab revolusi atau digelar "Arab spring" adalah suatu revolusi yang spontan berlaku, bukan dirancangkan. Ianya berlaku lantaran umat Islam diwilayah-wilayah tersebut tidak sanggup lagi "ditidurkan" dengan mimpi ngeri oleh para-para Diktaktur-sekular. Setelah menyaksikan bagaimana umat Islam diturki berjaya menundukkan saki-baki generasi Mustafa Kamal Artaktur yang terdiri daripada jeneral-jeneral tentera, maka bagaikan suatu tiupan semangat buat mereka untuk kembali merdeka dari cengkaman Diktaktur-sekular yang memang para diktaktur ini ditanam oleh pihak penjajah untuk melemahkan umat Islam.
Semoga Allah membantu umat Islam sekelian untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dan semoga semuanya diberi hidayat serta dapat hidup dalam aman damai.
Friday, March 08, 2013
Ketagihan Whatsapp, FB dll?
Whatsapp menjadi salah satu ketagihan buat
ramai insan termasuk yang telah berumur. WhatsApp adalah alat seperti
mana-mana peranti komunikasi yang lain dalam kehidupan seharian, namun
penggunaan smsnya yang amat mudah serta malah terbuka melintasi
segala sempadan membuat ramai yang menjadi ketagihan dan meletakkan
sepenuhnya perhatian dalam kehidupan seharian hanya pada message-message
yang diterima serta dibalas-baik tidak kira apa sahaja termasuk
bahan-bahan umpatan.
Terdapat banyak perkara dalam kehidupan sebenarnya yang layak mendapat lebih perhatian. Kita hanya perlu berfikir untuk seketika dan kita akan mendapati berjuta-juta perkara yang kita harus mengutamakannya namun perkembangan dunia modern komunikasi ini menyebabkan ramai yang tenggelam didalamnya lalu mensia-siakan waktu-waktu kehidupan mereka yang berharga.
Contohnya, ramai dahulunya berjiwa kreatif, menghasilkan setiap waktu banyak perkara seperti penulisan, lukisan, jahitan, bertukang dan sebagainya, namun bila tenggelam dalam dunia komunikasi ini, mereka meninggalkan perkara yang baik ini atau hanya sedikit waktu diperuntukkan untuk berkreatif.
Dan lebih parah dari itu, amal solehan yang dikerjakan semakin berkurangan samada dari sudut jumlahnya mahupun kualitinya. Dari sibuk memenuhi waktu dengan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat menziarahi sesamanya dan lain-lain amalan yang baik, ramai yang tenggelam dalam dunia modern komunikasi seperti Facebook, whatsapp dan lain-lain.
- Dari itu, sentiasalah kita berpesan-pesan sesama kita kearah kebaikan. Arus dunia sentiasa membadai tetapi dengan pelampung-pelampung yang dilontarkan, mereka yang tenggelam boleh juga bergayut...

Wednesday, January 30, 2013
Ikan Yin Yang - kekejaman insan
Kekejaman
insan, ikan dimasak hidup-hidup, dan dihidangkan dalam keadaan ikan
tersebut begitu kesakitan lantaran digoreng, dipotong, dibubuh perasa
dan dimakan dagingnya. Inilah salah satu contoh bagaimana cinta dan syahwat insan boleh membawa insan kelembah kekejaman, kedurjanaan, tidak berperi-kemanusian dan berkelakuan lebih rendah tarafnya dari haiwan. Cintakan suasana riang bersama keluarga atau teman sekeliling, suasana jamuan yang disusun indah, suasana harmoni sambil menikmati juadah yang menselerakan tetapi atas syahwat yang tidak dikawal, tidak diindahkan langsung kesengsaraan ikan yang digoreng dan diratah sedangkan ikan tersebut masih dalam keadaan hidup.
- This dish, called “yin yang fish” or
“dead-and-alive fish,” which features a deep fried fish with its head
still twitching, due to the great cruelty inflicted on the fish, is
popular in China.
When diners pick the fresh meat with their
chopsticks, they can watch the fish’s stirring mouth, cry from
suffering. This is total an cruel act to animals and shows no respect or
mercy for life of others.
The fish’s which stare with his eyes
at those who eating him alive and left a great suffer to him that no
one can imaging will surely meet again all those people in Yaumul
Qiyamah (day of resurrection) for the higher price bill which they need
to pay in hell.
Thursday, November 15, 2012
Dunia stylus
Selamat datang kedunia stylus. Samsung Note 2 serta HTC Flyer adalah 2 enjin terbaik buat stylus disaat ini. Menulis atau melukis dengannya adalah begitu selesa seakan menggunakan pencil sebenar yang dicoret diatas kertas.
Setelah
berjaya dengan Samsung Galaxy S3 yang mendapat sambutan, samsung
kembali meninggalkan Apple dengan melancarkan produknya yang diberi nama
Samsung Galaxy Note 2 dimana lebih baik serta mesra dan mudah untuk
digunakan.
Samsung GALAXY Note II mempunyai Layar yang lebih luas 5.5” HD Super AMOLED (1,280 x 720) (sebelumnya hanya 5,3″). Menggunakan OS terbaru Android 4.1 (Jelly Bean). Lebih ringan dengan dimensinya 80.5 x 151.1 x 9.4 mm, 180 g (sebelumnya 178 g ).
Samsung GALAXY Note II membawa Processor 1.6 GHz quad-core (sebelumnya 1.4GHz Dual Core Processor)
HTC Flyer pula merupakan tablet pertama buatan HTC yang seakan
mengikut jejak Samsung dengan Tab 7.0, juga menggunakan sistem operasi
Android. HTC Flyer menggunakan sistem operasi Android v2.4 Gingerbread
dengan dukungan prosessor 1.5 GHz.
HTC Flyer memiliki layar
sentuh berukuran 7 inci dengan resolusi 600 x 1024 piksel, memori
internal 32GB dan RAM 1GB. HTC dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel
yang mampu merakam video HD 720p dan kamera depan 1.3 megapiksel.
HTC Flyer dilengkapi juga dengan fitur konektivitas seperti dukungan
jaringan 3G dengan HSDPA dan HSUPA, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 3.0,
dan GPS.
Tinggal pertanyaannya, dapatkah benda-benda ini dimanfaatkan buat kebaikan.
HTC Flyer pula merupakan tablet pertama buatan HTC yang seakan mengikut jejak Samsung dengan Tab 7.0, juga menggunakan sistem operasi Android. HTC Flyer menggunakan sistem operasi Android v2.4 Gingerbread dengan dukungan prosessor 1.5 GHz.
HTC Flyer memiliki layar sentuh berukuran 7 inci dengan resolusi 600 x 1024 piksel, memori internal 32GB dan RAM 1GB. HTC dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel yang mampu merakam video HD 720p dan kamera depan 1.3 megapiksel.
HTC Flyer dilengkapi juga dengan fitur konektivitas seperti dukungan jaringan 3G dengan HSDPA dan HSUPA, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 3.0, dan GPS.
Sunday, October 21, 2012
Sembelihan Cara Islam Lebih Afdal
Menurut Kajian Sains: Sembelihan Cara Islam Lebih Selamat Dari Cara Barat Kelebihan Menyembelih Binatang
Masyarakat Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap
Masyarakat Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap
tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.
Undang-undang Barat
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.
Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati. Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?
Pendirian Islam
Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 3, Allah SWT menyatakan :
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.”
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.
Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.
Haiwan Tidak Mengalami Kesakitan
Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze [rujuk di Wikipedia] dan rakannya, Dr Hazem di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, ‘Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional (pistol kejutan) dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’ (Experiments for the objectification of pain and consciousness during conventional (captive bolt stunning) and religiously mandated (ritual cutting) slaughter procedures for sheep and calves) [download kertas kajian], menyimpulkan kaedah sembelihan adalah terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.
Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan pistol kejutan (captive bolt pistol – CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, 3 saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
Untuk 3 saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
Selepas 6 saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.
Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Hindari Penyakit
Kajian juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.
Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk jika dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30-40% lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.
Secara umumnya, sebarang penyakit daripada haiwan dapat dihindarkan dengan cara sembelihan. Ini kerana darah yang merupakan bahantara kuman, bakteria dan toksin dikeluarkan dengan banyak dari badan haiwan dalam proses penyembelian.
Daging Lebih Lembut, Segar dan Bersih
Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut dan segar berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.
Ia juga akan kekal segar dalam masa yang lama disebabkan kurangnya darah dalam daging.
Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan 2 urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.
Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro-organisma.
Belas-kasihan Terhadap Haiwan
Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.
Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.
Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.
Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.
Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sumber: Info Kesihatan Anda

Tuesday, September 25, 2012
Card kredit yang memancung
Diera globalisasi ini, kehidupan yang semakin
tertekan bukan sahaja sebenarnya akibat dari kenaikan harga tetapi
lantaran kehadiran barang kebendaan mewah yang semakin melimpah. Dari
kenderaan mewah atau terbaru yang ingin dimiliki sehinggalah keperalatan-peralatan elektronik, membuat ramai yang tersungkur menanggung hutang-hutang beriba.
Card kredit adalah salah satu cara modern untuk berhutang, namun begitu, tanpa kita sedar, kita telah berurusan dengan "Along Berlesen" yang bersedia memerangkapkan masa depan kita. Card kredit ini sebenarnya adalah salah satu asal dari idea-idea penyangak Illuminati untuk mengaut keuntungan beriba serta untuk memperhambakan insan lain diseluruh dunia agar sentiasa berada dibawah mereka dengan cara memberi hutang.
Lantaran itu, marilah kita sentiasa beringat sesama kita agar cuba menjauhi dari dibelenggu hutang-hutang dengan mengawal dunia kebendaan kita. Seperti contohnya, tidak perlulah membeli setiap model kereta baru yang keluar yang hanya menambahkan beban hutang. Tentunya dalam sesuatu hal, kita terpaksa berhutang lantaran hajat kehidupan yang mendesak, namun selebihnya dari itu, sebaiknya, jauhkanlah berhutang hanya semata-mata kerana bisikan dunia kebendaan.

Sunday, September 23, 2012
Berhati-hati dengan Face Recognition (Pengenalan wajah)
Berhati-hati dengan perisian Face Recognition - mengenal wajah (dari itu janganlah terlalu bersuka bercorak diri serta ahli keluarga dengan wajah yang jelas untuk diuploadkan diinternet serta bertag-tag diFB dan seterusnya kerana identiti anda dirakam)
Facebook mencetuskan tindak balas membantahnya lantaran menceroboh privasi khalayak ramai diseluruh dunia apabila ia membolehkan cadangan tag foto automatik. Manakala Google telah berjanji ia tidak akan melakukan pengiktirafan muka mudah alih. Google membina teknologi itu, tetapi memutuskan untuk tidak melepaskannya kerana potensi untuk penyalahgunaan, kata pengerusi Google, Eric Schmidt.
Atas tindakan undang-undang, Facebook akhirnya bersetuju untuk mematikan ciri pengiktirafan muka untuk pengguna dalam Kesatuan Eropah, Pesuruhjaya Perlindungan Data Ireland mengumumkan dalam siaran akhbar Jumaat. (Namun undang-undang ini hanya buat Eropa, bukan untuk seluruh dunia)
"Ciri ini telah pun dimatikan bagi pengguna baru di EU dan template untuk pengguna sedia ada akan dipadam pada 15 Oktober, 2011" Pesuruhjaya Billy Hawkes berkata dalam siaran.
Pengenalan wajah membolehkan Facebook untuk mencadangkan tag nama kepada pengguna untuk foto yang dimuat naik di laman web ini. Berikutan 22 aduan oleh kumpulan Austria terhadap Facebook pada bulan Ogos 2011, pesuruhjaya menjalankan audit yang menyeluruh pematuhan laman rangkaian sosial dengan Ireland dan EU undang-undang, yang dikeluarkan pada Disember 2011.
Iphone juga menggunakan perisian pengenalan wajah, bernama Klik yang boleh mengenal pasti orang walaupun sebelum gambar ini diambil iaitu jika seseorang memegang telefon iphonenya untuk mengambil gambar seseorang, Klik akan meneka dengan berlegar nama orang tersebut diatas imej kepalanya. Aplikasi perisian itu dibuat oleh Tel Aviv-based Face.com, yang telah menawarkan API muka pengiktirafan kepada 45,000 pemaju untuk membolehkan mereka melakukan perkara-perkara seperti membuka komputer pengguna yang tiada password untuk mengiktiraf wajah mereka (sekaligus ini berkemungkinan sesuatu pihak dapat membuka komputer atau telefon pihak lain tanpa diketahui).

Saturday, July 14, 2012
Antara rokok dengan puasa
Terdapat dua komponen fisiologi dan psikologi dengan merokok. Dopamin ialah bahan semulajadi dalam badan insan yang menumpulkan kesakitan dan meningkatkan rasa keseronokan. Apabila merokok, nikotin akan meningkatkan tahap dopamin namun ianya bersifat singkat, lantaran itu, para perokok akan berterusan merokok untuk meningkatkan tahap dopaminnya. Terutamanya mereka yang tertekan atau gelisah jiwanya, lazimnya merupakan perokok yang tegar serta tinggi jumlah rokok yang diambilnya setiap hari. Oleh itu, apabila seseorang tersebut berhenti merokok, badan akan gelisah namun bila dirinya berterusan tidak merokok maka badannya akan menukar secara semula-jadi tahap dopamin kembali pada tahap normal.
Disamping itu, masalah yang besar dalam usaha berhenti merokok adalah kerana tabiat atas suatu ketagihan tingkah laku dalam aksi sesuatu iaitu para perokok membiasakan diri dengan tindakan mengambil sesuatu dan memasukkannya kedalam mulut serta menyedut asap-asap tersebut, sebagaimana terdapat mereka yang memiliki ketagihan tingkah-laku seperti mengigit kuku, mengorek hidung, mengaru kepala dan lain-lain sedangkan itu bukan suatu yang semesti dilakukan tetapi telah menjadi kelaziman.
Lantaran itu, dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ianya merupakan peluang buat para perokok untuk berhenti merokok kerana dengan berpuasa, komponen fisiologi dan psikologi dapat dibentuk dengan mudah. Tentunya masalah utama, kalau selepas berbuka, ramai yang disekeliling seperti teman-teman merokok, maka menyukarkan proses untuk berhenti merokok, namun dengan keazaman yang tinggi, maka segala halangan dapat ditandingi.
Tembakau dalam bentuk rokok, dadah yang menyebabkan ketagihan didunia. Nikotin adalah salah satu daripada perangsang yang kuat yang dikenali, dan merokok adalah salah satu sistem penghantaran dadah yang paling berkesan. Merokok sebenarnya meletakkan ubat kedalam otak secara langsung daripada suntikan intravena. Memang benar bahawa salah satu "faedah" merokok adalah pelepasan ringkas ketegangan dalaman; malangnya, dalam masa 20 minit ketegangan kembali kuat daripada sebelum, menyebabkan untuk terus merokok. Banyak bahan kimia dalam asap tembakau juga membuat mereka yang disekitar yang tidak merokok (nonsmoker) menyedut asapnya, dimana ini satu lagi punca utama kanser paru-paru.
Angka kematian akibat merokok terus meningkat. Sebuah laporan terbaru
yang dilansir oleh World Lung Foundation (WLF) mencatat, kematian akibat
merokok melonjak hampir tiga kali lipat dalam satu dekade terakhir. WLF
dan American Cancer Society mengatakan, jika kecenderungan ini terus
berlanjut, maka satu miliar orang akan mati akibat penggunaan tembakau
pada abad ini atau satu orang akan meninggal setiap 6 saat.
Seperti dinyatakan dalam web www.tobaccoatlas.org, tembakau telah membunuh 50 juta orang dalam 10 tahun terakhir, dan rokok bertanggung jawab atas lebih dari 15% dari semua kematian pihak lelaki dan 7% kematian dipihak wanita. DiChina, tembakau telah menjadi pembunuh nombor satu yang menyebabkan 1,2 juta kematian setiap tahun dan jumlah itu diperkirakan akan meningkat menjadi 3,5 juta setahun pada tahun 2030.

Kanser paru-paru adalah pembunuh kanser terkemuka di kedua-dua lelaki dan wanita. Dianggarkan 180,900 kes baru kanser paru-paru dan kira-kira 160,880 kematian akibat kanser paru-paru akan berlaku hanya diAmerika Syarikat sahaja pada tahun berikutnya. Merokok adalah nombor satu punca kanser paru-paru. Kanser paru-paru juga boleh menjadi kanser yang paling tragik dan 87% kes kanser paru-paru disebabkan oleh merokok. Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang berbeza, banyak yang terbukti menyebabkan barah bahan, atau karsinogen. Cerut atau paip merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru.
Lebih banyak masa dan kuantiti seseorang tersebut merokok, lebih besar risiko kanser paru-paru. Tetapi jika ianya berhenti merokok, risiko kanser paru-paru berkurangan setiap tahun sebagai sel-sel normal menggantikan sel-sel abnormal. Selepas sepuluh tahun, risiko jatuh ke tahap yang satu pertiga kepada setengah-risiko untuk orang-orang yang terus merokok. Disamping itu, berhenti merokok sangat mengurangkan risiko penyakit lain yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung, strok, emfisema dan bronkitis kronik.
Thursday, July 12, 2012
FB emo dan perasan
Apakah
facebook adalah tempat mencurah perasaan dan tempat mengadu? Hari ini,
tanpa disedari, beratus-ratus juta insan menjadikan facebook sebagai
tempat mencurahkan perasaan dan tempat mengadu sedangkan ini adalah
suatu kejahilan yang terang-terang. Facebook sebenarnya adalah alat
perangkap dajal abad ini yang mana membuat ramai terperangkap didalam
zoonya.
Ramai yang saban waktu menampilkan segalanya
tentang diri sendiri dengan menyangka itulah suatu kebaikan, sedangkan
hakikatnya, diri sendiri menjadi seperti haiwanat didalam jejaring zoo
yang dipertontonkan serta diketawakan oleh sekelian ramai. Emosi akan
sempati yang sebenar hanyalah ilusi dengan mana segalanya hanyalah
mainan minda yang sebahagian besar dibawah kawalan syaitan.
Dari itu, sebaik-baiknya, facebook yang merupakan salah satu sosial-netz
jika tetap ingin digunakan, hanyalah digunakan untuk berkomunikasi (seperti untuk kalangan ahli keluarga), menghasilkan bahan seni seperti
dari sudut photo sehinggalah kepada penulisan, berkongsi bahan ilmiah
atau pengetahuan yang bermanfaat, menyebarkan kebaikan dan seterusnya
dalam hal-hal mengajak kearah kebaikan. Dan menanggislah didalam tahajud dengan mencurahkan segalanya kepada Allah Taala kerana Allah Taala sentiasa menanti hamba-hambanya memohon dari-Nya serta hanya Allah Taala sahajalah yang semata-mata dapat memenuhi segala permintaan hamba-hamba-Nya.
Sunday, November 06, 2011
Populasi dunia - 1
- telah mencapai 7 billion pada 31.Okt.2011
- dianggarkan angka meningkat ke8 billion pada tahun 2025
- meningkat 2 kali ganda sepanjang 40 tahun, iaitu dari tahun 1959 (3 billion) kepada 6 billion pada tahun 1999
- meningkatan populasi penduduk dunia adalah bermula dari zaman industrial revolusi iaitu pada abad ke-19, angka populasi penduduk dunia hanya lebih kurang 1 billion, namun sejak itu angkanya meningkat 2 billion pada tahun 1930, 3 billion pada tahun 1930, 4 billion selepas 15 tahun kemudian pada tahun 1974, 5 billion pada tahun 1987 dan seterusnya kepada angka 7 billion pada tahun 2011. Dalam abad ke20 sahaja, angka populasi penduduk dunia dari jumlah 1.65 billion kepada 6 billion.
Bilangan manusia didunia sudah
mencapai tujuh bilion. Bagi sebahagian orang, perkara ini tidak
menjadi sebarang makna. Mereka terus hidup seperti biasa, makan dan
membiak. Bagi mereka yang merenung jauh
sedikit, ada juga terfikir apa akan berlaku bila bilangan penduduk
terus bertambah dan bertambah. Akan berlakulah lambakan manusia.
Untuk mereka yang mempunyai aliran
berfikiran tertentu, pertambahan bilangan manusia tidak mendatangkan
sebarang kerisauan. Ini kerana tidakkah semua manusia diperuntukkan
rezeki masing-masing? Sudah tentu bumi ini mempunyai sumber yang
mencukupi untuk semua orang.
Tetapi bagi mereka yang
berkecenderungan kepada hal-hal alam sekitar, pandangan tentu
berbeza. Apa yang mereka lihat ialah bumi ini tidak mampu untuk
menampung manusia yang begitu banyak. Untuk itu mereka mesti
merancang sesuatu supaya sumber bumi ini cukup untuk semua orang.
Kebimbangan terhadap bilangan manusia
yang semakin besar bukan sesuatu yang baru. Perkiraannya adalah mudah
kerana apabila banyak manusia, sudah tentu sumber untuk mereka
gunakan juga bertambah. Sedangkan sumber bumi ini terhad. Maka mereka yang berfikiran jauh
merenung ke angkasa. Apa yang dibayangkan ialah perlunya sebahagian
manusia berhijrah ke bumi lain. Maknanya manusia perlu dua bumi untuk
menampung bilangannya yang bertambah berkali-kali ganda di samping
langkah-langkah lain seperti mengehadkan kelahiran.
Tetapi ada golongan lain pula
berpendapat, bilangan manusia akan terkawal dengan semula jadinya.
Bencana alam dan peperangan akhirnya akan mengehadkan bilangan
manusia. Jadi, usahlah bimbang kerana alam akan memastikan bahawa
bilangan manusia tidak akan berterus-terusan bertambah.
Tetapi sepanjang sejarah manusia,
peperanganlah yang mengakibatkan bilangan manusia terkawal. Bermula
dari kampung ke kampung hinggalah ke peringkat empayar. Kematian
daripada peperangan menjadikan bilangan manusia terhad. Peperangan Dunia Kedua ditamatkan
dengan ledakan bom atom dengan mengorbankan banyak manusia. Maka
selepas pepeperangan itu, bilangan manusia tentunya menurun dan
terkawal. Tetapi apabila aman, bilangan manusia
terus meningkat. Hinggakan sumber bagi negara-negara tertentu tidak
mencukupi.
China memaksa rakyatnya cuma mempunyai
seorang anak kerana jika tidak, akan berlaku kekurangan makanan dan
kebuluran. Sungguhpun begitu, China tetap menjadi negara yang
memiliki bilangan penduduk paling ramai. Kini ia merupakan negara paling
penentu masa depan dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah kuasa
terbesar tetapi China yang menjadi tonggak kepada kelangsungan hidup
negara itu.
Bukan saja kepada Amerika, tetapi
terhadap dunia. Antara sebab utamanya ialah China memiliki penduduk
yang ramai. Oleh kerana penduduk yang ramai
itulah, dunia berebut-rebut hendak berdagang dengannya. Apa yang
dilihat oleh negara lain terhadap China adalah dua perkara, pertama
ia mempunyai pekerja yang boleh diupah murah. Kedua, ia memiliki
pasaran besar.
Begitulah, bilangan manusia itu
dimanfaatkan sebagai modal insan dan pasaran. Amerika dan
negara-negara Barat lain melihat China sebagai sumber modal insan
yang boleh menjadi sumber bagi mengeluarkan barang-barang murah dan
kemudian dijual kepada pasaran di seluruh dunia, sebahagian besarnya
di China sendiri.
Sementara itu keuntungan dinikmati
oleh minoriti orang kaya dunia. Untuk memudahkan perkiraan, satu
peratus orang kaya dunia menikmati hidup dengan wang yang tidak ada
hadnya atas keringat 99 peratus manusia yang lain dunia dalam
pelbagai peringkat tahap pengeluaran.
Maka tujuh bilion manusia yang ada
dilihat oleh sebahagian kecil golongan amat kaya sebagai sumber modal
insan mereka untuk mengeluarkan barang-barang yang akan dijual kepada
sebahagian besar manusia lain pula, dan dalam proses itu menambah
kekayaan mereka. Maka kanibalisme atau orang makan
orang dalam erti kata memakan daging manusia sudah tidak ada di dunia
hari ini. Tetapi orang makan orang dalam bentuk
lain pula yang timbul. Ada sebahagiannya menjadikan orang lain
sebagai hamba kepada kesenangan golongannya.
Secara umumnya di dunia sudah tidak
ada lagi sistem perhambaan. Tetapi bahawa sebahagian besar manusia
di dunia digunakan oleh sebahagian kecil manusia terus berlaku. Ia seolah-olah berbentuk piramid.
Lapisan masyarakat bertimpa-timpa hingga ke puncaknya, dengan
golongan kecil mengeksploit pihak yang di bawah, dan seterusnya
hingga ke dasarnya.
Lihatlah di Amerika dan Eropah yang
memiliki golongan elit amat kaya harta. Hinggakan harta mereka itu
tidak akan habis walaupun beberapa generasi berlalu. Dengan kekayaan itu mereka boleh
menentukan kuasa politik kerana sumber kempen mereka adalah besar.
Dalam sistem pilihan raya dua parti
yang secara semula jadi muncul melalui pilihan raya dalam demokrasi
berparlimen, mana-mana parti politik perlu dana besar untuk
beroperasi apatah lagi bagi menjalankan kempennya. Maka dalam hal ini, Parti Republikan
Amerika umpamanya adalah jelas menolak sebarang campur tangan
kerajaan terhadap sektor swasta. Bagi mereka kerajaan yang baik tidak
campur tangan dalam perniagaan. Pasaran mesti dibenarkan bebas.
Tentulah cara fikir sebegini mendapat
sokongan daripada golongan yang menguasai syarikat-syarikat besar
Amerika. Mereka mahu kerajaan kurangkan cukai terhadap mereka. Maka kekayaan mereka bertambah
meningkat sementara para pekerja bertambah susah. Apabila syarikat
mereka gagal, mereka tetap diberi imbuhan besar sedangkan para
pekerja terpaksa menerima pengangguran.
Buat masa ini Barat dilanda krisis
kewangan yang kritikal. Pengangguran meningkat di Amerika dan Eropah
Barat. Tetapi kekayaan golongan amat kaya bukan saja tidak terjejas
tetapi bertambah pula. Tonggak kekuatan Barat ini terletak
pada kemampuan China mengeluarkan barangan yang dihasilkan oleh
buruh-buruh murah.
Kesanggupan sebahagian penduduk China
menjadi pekerja berpendapatan rendah adalah kerana bilangan mereka
amat ramai. Sememangnya kehidupan mereka lebih
baik daripada kebuluran. Tetapi hidup mereka adalah kais pagi makan
pagi. Mereka tidak dapat menikmati apa yang orang amat kaya hidup.
Sebahagian besar penduduk bumi akan
menjadi hamba moden kepada segolongan kecil di muka bumi ini.
Maka kita semua adalah bongkah dalam
piramid makanan. Kita tidak boleh lari daripada keadaan ini.
Wednesday, June 30, 2010
81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.
''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.
''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sektor Sosio Budaya IIM, Hamilye Sham Harun. Seminar sehari tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim.
Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka.
Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
-------------------------------------------------------------------
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Dato’ Alwi Ibrahim memberitakan sepanjang tempoh lima iaitu dari tahun 2005 sehingga 2009, sebanyak 214,033 bayi pelbagai bangsa “didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834orang”.
Dalam tempoh lima tahun tersebut, anak luar nikah kaum Melayu adalah sebanyak 74,723 kes, kaum India sebanyak 23,696 kes, kaum Cina sebanyak 23,692 kes manakala selebihnya 91,922 kes adalah dari kaum-kaum yang lain.
-------------------------------------------------------------------
Sunday, October 11, 2009
Bahasa Melayu sebagai petunjuk tamadun

Bahasa Melayu sebagai petunjuk tamadun
Oleh Anwar Ridhwan
Ada empat elemen yang biasanya dikaitkan dengan bahasa. Elemen itu ialah bahasa yang didengar, bahasa yang dituturkan, bahasa yang ditulis dan bahasa yang dibaca. Ketika zaman primitif, dan pada ketika sesuatu bahasa dituturkan oleh kelompok terpencil, hanya dua elemen bahasa saja yang hidup iaitu bahasa dituturkan dan bahasa yang didengar. Keperluan ilmu pengetahuan yang lebih canggih, yang mendorong kemunculan sesuatu tamadun, memerlukan dua elemen bahasa lagi iaitu bahasa yang ditulis, dan bahasa dibaca.
Tulisan kuno, pictograph, ideograms, rumi, jawi dan sebagainya sudah mentransformasi sesuatu idea yang abstrak dan berada dalam dunia fikiran, menjelma sebagai aksara dan wacana yang boleh dibaca dan difahami. Pangkal tamadun memerlukan pemikir yang boleh mencipta aksara, guru yang mengajar dan murid yang mempelajarinya. Aksara dan wacana sudah berperanan meluahkan sesuatu catatan atau pemikiran yang mudah, hinggalah kepada penzahiran idea serta pemikiran yang kompleks. Demikianlah proses tamadun itu berkembang dan menjadi perkasa.
Tamadun Malaysia kini terus memerlukan keempat-empat elemen itu bagi bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, mutu bahasa Melayu yang didengar, dituturkan, ditulis dan dibaca mestilah memperlihatkan peningkatan. Hal ini, lebih mendesak dewasa ini, ketika perkembangan bahasa Melayu sedang menghadapi ancaman. Akan tetapi kesungguhan pihak kerajaan untuk memperkasakan bahasa Melayu mutakhir ini harus juga dilihat sebagai suatu peluang keemasan, terutama oleh institusi yang dipertanggungjawabkan mengembangkan bahasa Melayu.
Sebelum membicarakan aspek penerbitan dalam bahasa Melayu yang menjadi petunjuk tamadun, yakni merujuk bahasa Melayu yang ditulis dan yang dibaca, wajar juga disentuh mengenai bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar. Seperti dinyatakan, bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar, terutama dalam situasi rasmi, wajar memperlihatkan peningkatan mutu. Harapan ini sejajar dengar taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan.
Akan tetapi mutakhir ini, lebih-lebih lagi dalam situasi tidak rasmi, mutu bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar, amatlah mengecewakan. Timbullah istilah 'bahasa rojak' dan sebagainya. 'Bahasa rojak' ini turut dipindahkan ke atas pentas, di rostrum ucapan dan diudarakan dalam penyiaran elektronik seperti radio dan televisyen. Akibatnya, bahasa Melayu tidak ditampilkan dengan citra yang baik dan yang sepatutnya. 'Bahasa rojak' terjadi kerana kelemahan penuturnya menguasai kosa kata, diksi dan aturan berbahasa dengan baik, bukan kelemahan bahasa Melayu itu sendiri.
Bahasa Melayu juga kerap kali dipinggirkan dalam ucapan atau acara yang sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan ini. Tokoh pemimpin pernah melakukannya. Agensi kerajaan pernah melakukannya. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pernah melakukannya. Pihak swasta pula memang tampaknya agak tidak menghiraukan bahasa kebangsaan kerana kurangnya peraturan serta pengawalan, serta tidak diberi contoh teladan yang boleh ditiru. Gejala ini wajar diperbaiki dan dihindari, bagi menjaga taraf dan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tuesday, August 11, 2009
Berita 2: Wasiat Kemerdekaan.

Selamat menyambut ulang Tahun kemerdekaan.
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.
-----------------------------------------------------------------------------------
Sejarah Perak menentang penjajahan.
Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya adalah mengutip cukai dan mentadbir Perak. Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Birch juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu.
Tindak tanduk Birch dan pihak Inggeris tidak menyenangkan orang-orang Melayu. Birch juga mendapat tentangan dari Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang kesal kerana 'terlajak' dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor. (Satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dalam perjanjian itu yang membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi atau dalam kata lain iaitu penjajahan secara diplomatik keatas negeri Melayu)
Peluang penjajahan ini diambil oleh Inggeris terutama kerana Perak adalah pengeluar timah yang terbesar manakala Birch yang menjadi Residen Inggeris yang pertama terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Lalu orang-orang Melayu bangkit menentang Inggeris yang mana diketuai oleh Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Laksama Mohamad Amin serta Ngah Ibrahim dibawah restu Sultan Abdullah.
Pada 1 November 1875, ketika Birch dan kumpulannya berada diPasir Salak, mereka diserang sehingga Birch sendiri berjaya dibunuh. Kejadian ini mengakibatkan beberapa siri peperangan antara orang-orang Melayu dengan pihak Inggeris hingga tahun 1876. Pihak Inggeris kemudiannya melakukan pembunuhan dan penangkapan keatas orang-orang Melayu yang menentang mereka. Antara yang dihukum bunuh adalah Dato Maharaja Lela dan Datuk Sagor manakala Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim serta juga Sultan Abdullah sendiri dihukum buang daerah oleh pihak Inggeris ke Pulau Seychelles.
Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya ditewaskan oleh pihak Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dalam mana semangat kemerdekaan tidak pernah pudar dari jiwa orang Melayu terutama semangat mempertahankan agama Islamnya.
Monday, June 15, 2009
Berita - 1

Konvensyen Pendakwah Negara 2009 oleh tokoh akademik Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.
Islam liberal, gerakan Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme dan mengagungkan selebriti serta ancamannya kepada ummah.
Oleh Hasliza Hassan
ISLAM arus perdana sedang berhadapan tentangan dan cabaran daripada gerakan aliran pemikiran baru yang mengancam akidah, akhlak serta moral yang menjadikan agama kurang atau tidak berkesan dalam hidup masyarakat.
Ia menjadikan masyarakat terlalu bersifat kebendaan berlebihan hingga melihat semua perkara sebagai barangan selain berpecah-belah akibat fahaman pelbagai jenis yang bercanggah dengan pemikiran arus perdana. Hingga ada yang melihat agama sebagai pemusnah kerana kegagalan menjayakan matlamat agama sebagai penasihat yang dihuraikan dalam pemikiran arus perdana Islam ditambah pula gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar mempengaruhi NGO negara secara negatif.
Itulah antara perkara yang dibincangkan pada sesi terakhir Konvensyen Pendakwah Negara 2009 oleh tokoh akademik Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Gerakan Aliran Pemikiran Baru dan Cabarannya Kepada Umat Islam' menjelaskan cabaran gerakan membabitkan fahaman serta cara berfikir seperti Islam liberal, gerakan Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme dan mengagungkan selebriti.
Menyentuh Islam liberal, ancaman terhadap peradaban Islam aliran arus perdana datang daripada buku yang mengetengahkan beberapa tokoh liberal dalam Islam yang menentang Islam dari dalam Islam itu sendiri. Ini termasuk pendekatan yang dikehendaki kelompok itu dalam menafsirkan Islam secara teguh, mengikut konteks dan sesuai dengan peradaban manusia yang sedang serta terus berubah dengan mempertikaikan apa yang sudah ditetapkan syariah.
Antaranya, umat Islam tidak boleh melihat dirinya sebagai masyarakat atau umat yang terpisah daripada golongan lain kerana manusia adalah keluarga sejagat yang disatukan oleh kemanusiaan. Kesan daripadanya, hukum Islam yang membezakan kedudukan umat Islam dengan bukan Islam diubah berdasarkan sifat manusia yang sejagat.
Begitu juga pendekatan mengaitkan Nabi SAW dengan mistos yang dikagumi melalui pendirian Ulil Abshar dalam buku suntingannya Islam Liberal and Fundamental bahawa Rasul Muhammad SAw adalah tokoh sejarah yang harus dikaji dengan kritis kerana Baginda manusia biasa yang ada kelemahan. Sedangkan, ia bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama iaitu nabi bersifat maksum.
Dalam hubungan dengan gerakan Syiah, walaupun fatwa melarang pergerakan itu, Dr Uthman berkata, akidah yang pada pokoknya berlawanan dengan arus perdana akidah Islam itu berkembang secara senyap. Katanya, akidah itu mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW dan implikasinya boleh meruntuhkan Islam kerana sahabat adalah pemimpin umat yang menyampaikan al-Quran, sunnah serta sejarah awal Islam.
Banyak lagi unsur dalam pergerakan itu yang menyalahi akidah seperti al-Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah) yang menjadi pegangan Syiah Imamiah yang ada sekarang, mengamalkan kawin mutaah hingga ke tahap ia boleh dilakukan dengan isteri orang hanya hukumnya makruh.
"Akidah ini sedang berkembang secara senyap dan mesti berwaspada supaya Muslimin Ahlussunnah tidak terikut dengan ajaran mereka kerana ia memusnahkan agama serta menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata, gerakan Wahhabiah juga mencabar Ahlussunnah dan negara dengan sikap mereka yang terkenal mudah mengkafirkan atau mensyirikkan serta membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Katanya, fesyen berfikir dan memahami agama seperti itu tidak boleh dibiarkan berkembang kerana akan menimbulkan banyak masalah termasuk menyebabkan kekeliruan seolah mereka adalah Ahlussunnah yang sebenar, sementara yang lainnya tidak.
Dr Uthman berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan ancaman lain seperti pemikiran sekular, budaya kebendaan yang secara diam turut menggugat pemikiran akibat pengaruh daripada luar tamadun Islam sendiri. Katanya, langkah menyeluruh perlu diambil termasuk mempelajari Islam arus perdana Ahlissunnah supaya ajaran yang dijamin benar dan kekal hingga hari kiamat difahami, menjadi neraca intelektual, akhlak dan rohani.
Gerakan dakwah menyeluruh perlu dilakukan semua golongan dan memasukkan fahaman Ahlussunnah dalam sistem pendidikan akidah, epistemologi dan kerangka peradaban supaya selari pendekatan Islam Hadhari. Pendedahan mengenai aliran yang mencabar Islam arus perdana juga perlu dilakukan kepada semua lapisan masyarakat Islam terutama golongan terpelajar dan NGO melalui seminar, bengkel serta bahan penerbitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory