Showing posts with label sebab dan akibat. Show all posts
Showing posts with label sebab dan akibat. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

Sebab dan akibat - 18


Terungkitnya akan kewujudan sebab dan akibat dialam ini adalah kerana hukum akal dari diri insaniah. Erti hukum akal (hukum aqli) adalah meletakkan sesuatu barang, hal, perkara dan seterusnya kerana adanya sesuatu mahupun punca atau dalam kata lain, meletakkan sesuatu akibat lantaran sesuatu penyebab dan sebegitu juga sebaliknya iaitu menidakkan sesuatu lantaran tiadanya sesuatu mahupun punca atau dalam kata lain, menafikan sesuatu akibat lantaran ketiadaan penyebabnya.

Hukum akal terbahagi kepada tiga iaitu, wajib, mustahil dan jaiz. Wajib adalah sesuatu yang wajar diterima oleh akal seperti sebab melakukan amalan-amalan yang soleh mengakibatkan seseorang tersebut tenteram jiwanya, sebab pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu bertungkus-lumut memperjuangkan kemerdekaan mengakibatkan generasi kini hidup aman dalam negaranya yang merdeka, sebab hubungan jenis lelaki dan wanita mengakibatkan kelahiran, sebab terjatuhnya dari bangunan yang tinggi mengakibatkan kematian dan lain-lain.

Mustahil adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal seperti tiadanya akibat kematian bagi yang bernyawa, tiadanya akibat keracunan lantaran sebab meminum racun tikus, tiadanya akibat kebuluran lantaran sebab tiada makanan, tiadanya akibat perpecahan lantaran sebab kegilaan kuasa oleh sesuatu pihak dan lain-lain.

Jaiz pula adalah sesuatu samaada yang harus diterima mahupun ditolak oleh akal seperti sebab memandu kereta maka ia menjimatkan masa dan belanja (dimana kemungkinan sebaliknya terjadi iaitu sipemandu terperangkap dalam traffik-jem berjam-jam atau terpaksa membayar saman beratus-ratus ringgit), sebab meminum kopi membuat mata tidak mengantuk, sebab memakan nasi makan perut tidak dimasuki angin dan lain-lain.

Berputarnya hidup insan saban waktu dengan kefahaman diatas sebab dan akibat disekitar kehidupannya adalah berpaut pada hukum akalnya. Yang mana merupakan kewajaran buat suatu pemikiran rasional atau pemikiran yang jelas, namun disamping itu juga sering membuat dirinya jauh terpesong lantaran ketandusan sumber-sumber kebenaran atau yang hak dalam penjelasan akan apakah suatu sebab dan akibat tersebut.

Misal yang paling baik akan kesan dari hukum akal adalah kisah antara para malaikat dan siIblis, dimana semasa Allah hendak menjadikan insan sebagai khalifah dimuka-bumi, para malaikat bertanya kenapa insan yang dipilih kerana melalui hukum akal para malaikat, insan hanya akan menumpahkan darah serta melakukan kehancuran dimuka bumi. Namun bilamana Allah berfirman bahawa ilmu-Nya mengatasi segalanya, para malaikat tunduk mengakui kebenaran dan mengakui kedhaifan diri mereka.

Sedang sebaliknya terjadi kepada Iblis dimana dia menggunakan hukum akalnya bahawa asbab kejadian dari api adalah lebih mulia dari asbab kejadian dari tanah, iaitu dirinya yang dijadikan dari asbab api lebih mulia dari Nabi Adam yang dijadikan dari asbab tanah, dan lantaran dari itu, bila diperintahkan untuk sujud hormat kepada Nabi Adam, siIblis memberontak yang mengakibatkan dirinya terpencil dari rahmat Allah dan dilaknat selama-lamanya.

Perbezaan diantara para malaikat dan siIblis adalah biarpun masing-masing memperkatakan akan sebab dan akibat dari hukum akal mereka, para malaikat menyedari kesilapan mereka dan memohon keampunan kerana mempersoalkan kekuasaan Allah diatas sebab dan akibat, sedang siIblis yang menerima padah dilaknat selama-lamanya adalah kerana tetap angkuh akan kefahaman melalui hukum akalnya bahawa dirinya adalah lebih mulia dari insan dan melupai bahawa segala sebab dan akibat iaitu samada kejadian dari api, tanah atau cahaya, Allah sahajalah yang berkuasa memuliakan atau merendahkan kedudukannya.

Kisah ini menjadi ikhtibar buat umat insan semua bahawa kenyataan yang sebenar iaitu Allah yang berkuasa diatas segala sebab dan akibat. Segala sebab dan akibat hanyalah merupakan ujian buat insan untuk tunduk kepada Allah semata-mata. Segala sebab dan akibat adalah dibawah perintah Allah semata-mata dan Allah tidak memerlukan semua itu sama sekali. 


Bersambung...


Sunday, July 17, 2011

Sebab dan akibat - 17

Materi dan mental, adalah dua perkara yang merupakan tiang buat sebab dan akibat didunia ini. Materi adalah objek atau bahan yang memerlukan ruang dan memiliki massa, dalam mana segala fizikal objek atau kebendaan didunia ini adalah berkaitan dengan materi iaitu wujud dalam padat, cairan, gas mahupun plasma (terdapat juga yang digelar kondenst Bose-Einstein). Materi bukan sahaja merupakan sesuatu bungkah atau bentuk yang dapat dicapai oleh panca-indera luaran insan seperti sentuhan, tetapi juga dari sesuatu yang sebegitu halus seperti atom atau zarah yang mana sebenarnya segala kewujudan fizikal objek adalah berasal dari atom-atom atau zarah-zarah.

Sedang mental adalah aktiviti dalam diri sesebuah kehidupan yang dapat dirasa dan difikirkannya, yang mana ia berkeupayaan memberi kesan kepada aktiviti pergerakan tubuh badan atau aktiviti yang berkaitan dengan fizikal objek. Mental insan adalah lebih utama dari materi dalam segala yang berkaitan dengan aktiviti insan didunia ini, kerana kehidupan insan itu sendiri adalah bertunjakkan kepada mentalnya.

Fizikal tubuh badan insan itu sendiri adalah materi iaitu merupakan gabungan unsur element-element seperti air, karbon, besi, zink dan lain-lain yang mana setiap dari element ini adalah terbina dari atom-atomnya tersendiri seperti contohnya atom-atom air adalah H2O iaitu 2x Hidrogen bersama 1x oksigen. Sebegitu juga dengan segala fizikal objek didunia ini adalah terdiri element yang terbina dari atom-atomnya, yang mana jelas, pada tahap fizikal objek, tiada perbezaan antara insan dengan segala materi didunia ini kerana diri insan itu sendiri, fizikalnya adalah sebahagian dari kewujudan segala objek fizikal yang lain didunia ini.

Namun yang membezakan dan yang menyebabkan diri insan adalah objek utama yang berkemampuan memberi kesan atau bereaksi dengan segala sebab dan akibat didunia ini adalah mentalnya. Mental atau kejiwaan yang dimilikinya. Tidak dinafikan, kehidupan lain seperti haiwanat juga memiliki mental atau aktiviti dalam diri masing-masing, namun terdapat perbezaan ketara serta berfakta bila membicarakan mental yang dimiliki insan dengan kehidupan yang lain didunia ini kerana mental insan terikat antara perasaan atau emosinya dengan akal atau pemikirannya.

Mentallah yang mempunyai keutamaan dalam keupayaan buat insan keatas sebab dan akibat dialam ini. Contoh yang lumrah adalah dalam kehidupan seharian insan dimana yang mewarnakan jalur-jalur kehidupan sehariannya adalah sebenarnya diatas mentalnya bukannya diatas materinya. Seorang yang memiliki segala materi wajar sahaja bertindak membunuh diri diatas tekanan mental yang dialaminya atau merasa tiada kepuasan diatas apa sahaja yang dimiliki, dimana segala materi yang dimiliki tidak membantu dirinya sedangkan sebaliknya, seorang yang tiada memiliki materi seperti kekayaan atau lain-lainnya, mampu menjalani kehidupannya dalam keadaan aman-damai serta sentiasa merasa kepuasan jiwanya dalam meniti hayatnya didunia ini.

Dari sekecil-kecil kemusnahan didunia ini sehinggalah kepada sebesar-besar kemusnahan didunia ini adalah lazimnya berkaitan dengan mental insan yang mendudukinya seperti contohnya suatu negara yang makmur serta memiliki materi dari sudut kekayaan serta bumi yang subur, menuju kearah kemusnahan atau menuju kearah ambang kehancuran kerana sesuatu sebab dan akibat yang mana punca kepada sebab dan akibat tersebut adalah mental penduduk negara tersebut, dimana majoriti penduduknya mengalami kerosakan akhlak, pemikiran yang bercelaru atas budaya negatif, masing-masing tamak akan kekuasaan dalam mana segala janji-janji untuk kebaikan hanyalah helah untuk berkuasa, pemerintahan yang menindas seperti korupsi, rakyatnya hilang perasaan kemanusian dan seterusnya.

Sebegitu juga sebaliknya, dunia ini mampu dirobah kearah daerah yang makmur, aman-sentosa dan seterusnya buat tempat yang ideal untuk setiap jiwa sekiranya mental insan tersebut yang berkemampuan mempengaruhi sebab dan akibat buat dunia ini berada ditahap yang murni. Hatta Nabi Muhamad pernah bersabda (yang lebih kurang maksudnya) bahawa didunia ini akan tiada kebuluran sekiranya semua insan membayar zakatnya.

Semua ini adalah kerana mental insan itu sendiri bagaikan software buat segala program yang berlangsung dalam dunia fizikal (hardware). Dimana dengan software yang ada, maka berfungsilah hardware mengikut program-program dalam software tersebut. Lantas pertanyaannya, apakah software (mental) yang dimiliki insan dari masa kesemasa dan serta apakah software (mental) tersebut yang kelihatan bertambah canggih benar-benar memiliki program yang dapat membantu insan menggunakan segala sebab dan akibat yang ada untuk menuju kearah kejayaan yang sebenar didalam dunia dan juga buat akhirat?


Bersambung...




Thursday, June 16, 2011

Sebab dan akibat - 16

Zaman ini boleh dikatakan insan telah berada disuatu tahap maksimum pada apa yang diketahui atas sebab dan akibat materi dialam ini dibandingkan dengan sejarah terdahulu insan, sebelum ianya beralih pada suatu peringkat seterusnya sekiranya insan berjaya menemukan suatu sebab dan akibat dari bahan api lain yang lebih bertenaga, contohnya nuklear fusi, dimana berkeupayaan menggunakan tenaga seperti matahari yang mana jauh lebih hebat serta selamat dibandingkan dengan apa sahaja sebab dan akibat buat tenaga yang ada hari ini.

Penguasaan keatas sebab dan akibat membuat insan melangkah lebih jauh serta membuka dunia ini kearah era ketamadunan yang lebih maju dari terdahulu kerana penerokaan keatas bidang-bidang yang baru mahupun penerokaan kekawasan-kawasan yang jauh lebih luas. Seperti contohnya, Christoper Columbus yang berjaya sampai kebenua Amerika yang mana sebelumnya, juga telah dikhabarkan kemungkinan pihak lain juga telah sampai kesitu seperti pihak Viking, laksmana Zheng He serta bangsa-bangsa Polinesia dipersekitaran lautan Pasifik, namun kelebihan Christoper Columbus adalah kerana penemuanya bukan sahaja keatas benua Amerika tetapi yang membantu seterusnya pembukaan benua Amerika adalah keatas sebab dan akibat dari tenaga angin yang membawa kapalnya kesitu serta membawa kapalnya kembali keEropa, iaitu angin `trade` yang bertiup kearah Caribbean dikawasan persekitaran garisan Khatulistiwa dan dari sebelah utara Amerika, angin `westerlies` bertiup kearah Eropa. 

Penemuanya keatas sebab dan akibat dari angin `trade` dan angin `westerlies` yang bertiup mengikut jalur-jalurnya adalah suatu penerokaan yang paling besar kerana sebab dan akibat dari angin-angin ini, insan-insan dari Eropa kemudiannya telah memiliki suatu tenaga yang membantu untuk mudah bergerak dengan kapal layar melintasi lautan Atlantik. Dengan ini, seterusnya bukan sahaja lautan Atlantik menjadi mudah untuk dilalui, malah seterusnya lautan Pasifik juga diketemui akan bagaimana angin-angin yang bertiup ini dapat membantu kapal-kapal ini merentasinya. 

Mungkin sebelumnya, kaedah ini adalah lumrah sesejak ribuan tahun buat pelayaran kapal-kapal dari Timur dan Barat, seperti angin monsun yang membantu kapal dari China, India, Arab dan lain-lain, namun penemuan angin `trade` dan `westerlies` ini adalah suatu fenomena ketika itu kerana ia membawa kapal-kapal merentas lautan Atlantik dan Pasifik. Tanpa bantuan dari sebab dan akibat dari tiupan angin-angin ini, tiada kapal diwaktu itu yang memiliki keupayaan untuk berulang-alik merentasi lautan Atlantik mahupun lautan Pasifik.

Dalam pada itu, sebenarnya, setiap insan memiliki kemampuan untuk menyerap pengetahuan-pengetahuan tentang alam semesta yang berkaitan dengan segala sebab dan akibat didunia ini. Ini kerana fitrah insan yang dijadikan berkemampuan untuk berfikir, sebenarnya mempunyai potensi-potensi dalam memahami mahupun menghuraikan akan sebab dan akibat buat alam yang dipenghunikan. Kecerdikan fitrahnya (kecuali mereka yang dalam keadaan tidak berfungsi akalnya lantaran gila dan lain-lain), yang kemudian terasah untuk kearah kecerdikan yang aktif atau aktual.

Kecerdikan fitrah diri adalah kemampuan asli diri insan yang dimiliki untuk memahami keadaan kehidupan dirinya dalam alam fana ini, dalam kata lain, kemampuan sedia-ada untuk menerima bentuk-bentuk pengetahuan umum untuk difahami. Seperti perumpamaan mata dan matahari dimana, mata telah memiliki kemampuan untuk melihat dan kemampuan ini menjadi aktual atau kenyataan ketika dirinya menerima cahaya matahari, dimana dalam kegelapan, dirinya tidak dapat melihat biarpun matanya tiada bermasaalah, namun sebaik sahaja adanya cahaya, dapatlah dirinya mengunakan fungsi matanya untuk melihat keadaan sekitar.

Contohnya dengan bahasa yang dipertuturkan oleh setiap insan, yang mana samada seorang tersebut mempunyai IQ atau kecerdikan yang tinggi atau sebaliknya, sedari lahirnya, setiap insan akan mengambil dan memahami secara spontan percakapan dipersekitarannya kerana ia merupakan sebab untuk setiap diri insan dapat berkomunikasi dengan alam dipersekitarannya dan akibatnya, insan dapat berinteraksi dengan dunia dipersekitarannya. Dimana juga, bahasa itu sendiri adalah suatu sebab dan akibat dari tanda akan kecerdikan tinggi yang dimiliki oleh insan berbanding dengan haiwanat.

Disamping itu, kaitan sebab dan akibat dengan kecerdikan fitrah yang dimiliki oleh insan, adalah sebenarnya untuk insan memahami maksud kehadirannya didunia ini. Dengan kecerdikan fitrah ini, insan sewajarnya menggunakannya untuk memahami kebesaran Pencipta alam dan seterusnya mengolah segala sebab dan akibat kearah kehidupan untuk mendambakan diri pada Pencipta alam.

Didalam Al-Quran sendiri, Allah menyarankan agar insan menggunakan kemampuan akalnya melihat akan segala sebab dan akibat dialam ini untuk menyedari keagungan serta kebesaran Allah yang menciptakan segala-galanya.
"Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka""
Dimana, secara fitrahnya, insan memiliki kemampuan keatas kefahaman tentang keagungan serta kebesaran Allah, hanya-sanya jiwa insan lazimnya dibelenggu oleh nafsunya serta bisikan syaitan yang menyebabkan dirinya melihat akan keagungan serta kebesaran sebab dan akibat dan seterusnya mendambakan dirinya semata-mata pada sebab dan akibat, yang mana membawa kerugian didunia mahupun akhirat.

Bersambung...

Sunday, June 05, 2011

Sebab dan akibat - 15

Tasalsul (circular reasoning) dan kaitannya dengan sebab dan akibat adalah merupakan penyataan atau pemahaman yang berlanjut-lanjutan atau bersambung-sambung buat sesuatu tersebut. Dimana jawapan buat pertanyaan untuk segala sebab akan segala yang berkaitan, digali sebab puncanya dan malah sehingga punca itu sendiri mahu digali apakah sebabnya. Contohnya akibat kewujudan C adalah sebab B, akibat kewujudan B adalah sebab A dan seterusnya juga cuba digali apakah sebab kewujudan A, samada berbentuk teori atau mahupun sesuatu yang dipercayai sebagai fakta.


Tasalsul adalah suatu formal logik berbentuk falasi, yang mana apa yang dikaji, diteliti, diperhati dan kemudian cuba difahami adalah dalam putaran-putaran sesuatu sebab dan akibat yang berkaitan dan lazimnya juga adalah hanya berteraskan pada andaian-andaian atau teori-teori. Kefahaman lanjutan buat sesuatu yang samada dari maklumat mahupun pengetahuan dari pihak-pihak terdahulu atau kefahaman dari sesuatu yang baru yang dilanjutkan dalam pengunaan akal insan.


Mungkin tasalsul untuk perkara-perkara yang kaitan dengan segala didunia ini, tidaklah begitu bermasaalah atau mudah diperbaiki atas kesilapannya, tetapi masaalah menjadi begitu besar dan merbahaya adalah bila insan mula berfikir sampai pada ketahap puncak kebatilan dengan memikirkan siapakah yang menjadikan Pencipta alam. Pemikiran sebegini benar-benar tersasul dan disaluti kebatilan diatas kepercayaan akan akal insan adalah segala-galanya.


Para athiest atau pengikut fahaman evolusi, iaitu kalangan mereka yang tidak mempercayai akan kewujudan Pencipta alam adalah contoh kalangan mereka pemikiran berasaskan kepada tasalsul (circular reasoning) ini. Mereka mempercayai bahawa segala didunia ini semata-mata adalah terikat dengan sebab dan akibat yang dapat dicapai oleh panca-indera serta akal insan dan segalanya cuba digali atau difikirkan melalui pandangan ini sedangkan ini adalah kebatilan yang nyata. Seperti contohnya akan roh mereka sendiri, tidak mereka fahami sebab dan akibatnya, sedangkan roh itu sendiri merupakan tunjak kepada setiap yang kehidupan. Kewujudan roh bermakna sesuatu jasad itu hidup sedang jasad yang tanpa roh, hanya bertahan beberapa hari sahaja sebelum ianya membusuk dan segala dagingnya dimakan ulat-ulat, namun selama-mana seseorang tersebut berroh, biarpun dalam keadaan koma, jasadnya tidak membusuk dan tidak dimakan ulat, kecuali sesuatu penyakit lain yang menyebabkan tubuh-badannya lemah atau terpaksa dipotong.


Sebegitu juga, kalangan mereka yang cuba membayangkan Pencipta alam dalam bentuk zahiriah atau mengaitkan Pencipta alam dengan bentuk mahkluk adalah mereka yang tergelincir dalam fikiran falasi atau fikiran kesesatan lantaran tersasul jauhnya pemikiran mereka. (Untuk mana-mana umat Islam yang mula mempersoalkan akan kewujudan Allah diatas bisikan syaitan, maka sayugia membaca surah Al-lkhlas berkali-kali dan cuba menghayati terjemahan dan tafsiran dari surah tersebut. Sewajarnya juga, sentiasa memperkatakan akan kebesaran Allah, seperti mendakwahkan kekuasaan Allah serta sifat-sifat Allah, manakala tentang zat Allah, wajiblah belajar dari ulama-ulama aqidah seperti huraian dari Imam Asyaari, Imam Abu Mansur dan lain-lain, agar terlindung dari segala fitnah akal)


Diatas itu, amatlah penting untuk mereka-mereka yang beriman pada Allah, pertama-tamanya menyakini akan segala sebab dan akibat adalah dibawah kekuasaan Allah semata-mata. Kalimah Lailahaillah sendiri membawa maksud menafikan segala apa sahaja didunia ini mempunyai kuasa, melainkan Allah sahaja semata-mata berkuasa diatas segalanya. Pegangan bahawa segala-galanya adalah mutlak dibawah kekuasaan Allah juga digelar okasionalisme. 


Ulama-ulama haq sedari dahulu lagi sentiasa berpegang pada pegangan bahawa segala asbab atau segala sebab dan akibat didunia ini hanyalah milik Allah semata-mata, dan disamping itu juga ulama-ulama haq ini sentiasa mendakwahkannya pada sekelian insan. Segalanya tidak dapat memberi kesan samada buat kebaikan mahupun keburukan sekiranya Allah tidak membenarkannya. Allah menjadikan api, namun yang menyebabkan api tersebut membakar adalah Allah semata-mata, dimana api tersebut biarpun wujud, namun tidak mampu membakar sekiranya Allah tidak membenarkan api memberi kesan membakar. Allah yang membenarkan api seperti dari matahari, memberi manfaat atau mudarat dan tiadalah matahari mampu memberi manfaat atau mudarat melainkan dengan keizinan Allah semata-mata.


Hari ini, alhamdulillah, usaha keatas keyakinan sebenar kepada Allah ini berterusan dimana-mana sahaja, terutama diatas usaha pergerakan Tabligh (Maulana Ilyas rah. telah menghidupkan kembali usaha keatas iman dan yakin dikalangan setiap lapisan umat Islam, setelah sekian lama umat Islam dibawah penjajah yang menjajah pemikiran umat) , yang mana pertama-tamanya ditanam keyakinan bahawa semua asbab didunia ini tiada upaya mahupun tiada memberi kesan melainkan kuasa Allah yang semata-mata memberi kesan. Usaha Tabligh yang kini telah bergerak dan bertapak dimana-mana sahaja penjuru bumi, telah membawa berpuluh-puluh juta insan kembali kepada keyakinan yang sebenar. Semoga tetaplah umat Islam sekelian, dari generasi kegenerasi, dapat memperjuangkan keyakinan yang sebenar.

Bersambung...

Thursday, June 02, 2011

Sebab dan akibat - 14

Kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) dalam sejarah dunia alam pengetahuan insan adalah merupakan kaedah penciptaan segala ilmu berkenaan dengan dunia. Ini tidak dapat dinafikan kerana tanpa kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat), insan tidak dapat mencapai atau memahami ilmu hal-hal akan dunia yang wujud.


Contohnya kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) yang menghasilkan ilmu tentang tarikh iaitu dari takwim (kalendar) matahari, takwim bulan dan mahupun takwim kedua-duanya. Takwim matahari adalah dengan memerhati kesebaban putaran bumi keatas matahari, maka keakibatannya menghasilkan peredaran musim-musim dan terhasillah takwim yang dikenali hari ini iaitu setiap bulan mengandungi 30 hari atau 31 hari, kecuali bulan Febuari. Dan dari situ, setiap musim yang berlaku saban tahun, dapat ditetapkan dibulan mana kehadirannya seperti contohnya diEropa musim bunga dalam bulan March hingga May, musim panas dalam bulan Jun hingga Ogos, musim luruh dalam bulan September hingga November dan musim sejuk dalam bulan Desember hingga Febuari.


Manakala takwim bulan pula diakibatkan pengambilan dari sebab peredaran bulan mengelillingi bumi yang berlaku iaitu hari bulanannya dikira dari kelihatan hilal bulan, kebulan purnama dan kembali menjadi bulan kosong, dimana setiap bulan menghasilkan 29 hari atau 30 hari. Pengiraan ini juga dapat dilihat melalui kemunculan fenomena air pasang-surut yang berlaku setiap bulan yang berkaitan dengan peredaran bulan.

Kesan perbezaan buat sesuatu kefahaman dari kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) menimbulkan berlakunya sesuatu pertukaran yang kekadang besar impaknya pada insan seperti sekiranya peredaran musim disabitkan dengan takwim bulan, maka berlakunya perubahan tarikh pada musim-musim tersebut seperti musim sejuk tidak sahaja berlaku antara bulan Desember dan Febuari tetapi berubah dibulan-bulan yang lain seperti juga akan musim tengkujung atau monsun tidak lagi berlaku dihujung tahun kiraan takwim matahari iaitu bulan November dan Desember tetapi berubah-ubah mengikut bulan-bulan kiraan takwim bulan dalam setiap tahun. Takwim bulan adalah dalam setahun hanya 354.37 hari manakala takwim matahari mempunyai dalam 365.25 hari untuk setahun baginya.


Kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) dari kesan matahari dan bulan adalah amat penting buat insan seperti contohnya buat penganut agama Islam yang mengira kedatangan bulan Ramadan bersabit dengan takwim bulan, manakala kedatangan waktu-waktu untuk bersembahyang setiap hari adalah bersabit dengan matahari yang merupakan kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) buat kewujudan siang dan malam dan seterusnya kepada kiraan 24 jam dalam sehari.


Berbalik kepada segala kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) dialam ini yang melakar akan kefahaman insan buat asas ilmu tentang dunia yang dipenghunikan, ilmu-ilmu pengetahuan insan yang dimiliki akan sentiasa bertambah dari masa kesemasa terutama dizaman ini iaitu apabila ilmu-ilmu terdahulu atau ilmu-ilmu yang didapati mudah disimpan sebagai data dan dari situ dapat dikembangkan atau diketemukan ilmu-ilmu lain yang berkaitan untuk seterusnya. Zaman ini juga, menyaksikan mudahnya proses pengumpulan ilmu-ilmu dari setiap pelusuk dunia serta dari setiap keadaan dan zaman dan malah mudah disebarkan terutama dizaman komunikasi elektronik berbentuk global seperti internet. Disamping ilmu pengetahuan hari ini lebih terbuka kepada umum iaitu buat setiap lapisan masyarakat dibandingkan sewaktu dahulu yang hanya rata-rata dikuasai oleh pihak atasan seperti pihak Diraja atau pemerintah, pihak gereja, kalangan mereka yang memiliki kekayaan dan mahupun hanya sebilangan kecil dari kalangan rakyat biasa yang gigih berusaha mencapainya.


Dalam pada itu, sesuatu kefahaman buat kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) akan segala yang berlaku dialam ini sekiranya hanya semata-mata dari aktiviti akal insan, iaitu pandangan rasional insan akan berlakunya segala kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) dengan kaedah logiknya, wajar membuat insan dalam keadaan tasalsul (circular reasoning) atau tersasul pemikirannya.


Penguasaan keatas apa yang dikatakan kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) dialam ini, dengan maksud hanya semata-mata untuk meraih duniawi mahupun fahaman materialism insan lantaran emosi kebatilan iaitu ketamakan, kerakusan buat kuasa, keangkuhan, kesombongan kerana ilmu yang dimiliki dan lain-lain juga mampu membawa insan kedalam keadaan tasalsul (circular reasoning) atau pemikiran tersasul, dimana kesebaban (iliyyat) dan keakibatan (ma`luliyyat) yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan (makruf) berubah menjadi alat untuk kebatilan (mungkar) dan seterusnya menjadi punca buat kehancuran samada buat alam yang dipenghunikan mahupun buat diri insan itu sendiri. 


Seperti contohnya, Marie Curie, seorang saintis wanita Perancis kelahiran Poland, yang merupakan kalangan mereka yang pertama menemukan apa itu radioaktive, menjadikan usahanya sebagai sumber terbuka (open source) agar pihak-pihak lain dapat memanfaatkan penemuannya untuk kehidupan insan dialam ini. Marie Curie yang dilahirkan dari keluarga miskin dan memiliki makmal dengan peralatan yang begitu dhaif, berpegang pada prinsip "ilmu pengetahuan adalah untuk insan semua", tidak mempatenkan penemuannya, namun penemuan ini kemudianya digunakan oleh sesuatu pihak lain yang tersasul pemikiran mereka dan disalah-gunakan untuk seterusnya buat penemuan bagi menghasilkan bom-bom atom yang mampu memusnahkan kehidupan insan dan lain-lain dialam ini secara maksimum.

Bersambung...

Friday, May 27, 2011

Sebab dan akibat - 13

Dalam memahami akan sebab dan akibat dalam dunia ini, lazimnya metode hipotesis digunakan buat menduga serta meneliti sebelum sesuatu jawapan yang konkret dihasilkan akan apakah sebab dan akibat sesuatu tersebut.

Hipotesis (hypo – dibawah dan thesis – pendirian) adalah berasal dari bahasa Yunani bermakna akan pendapat yang ditegakkan, dimana ia merupakan jawapan terhadap sesuatu hal dan jawapan ini masih dalam kategori yang seharusnya dibuktikan kebenarannya atau jawapan ini masih boleh dipertikaikan oleh pihak lain sekiranya mereka menemukan jawapan yang lebih terbukti akan kebenarannya.

Setiap lapisan insan wajar sahaja melakukan hipotesisnya tersendiri melalui apa yang diketahui atau melalui pengalaman yang dilalui seperti seorang ibu yang menyediakan makanan dari cendawan yang diambil dari kebun dibelakang rumahnya, namun bila didapati dirinya serta keluarganya mengalami cirit-birit lantaran memakan hidangan cendawan tersebut, maka timbul kemudiannya akan hipotesis bahawa cendawan tersebut adalah beracun dan tidak boleh dimakan. Hatta kanak-kanak wajar sahaja melakukan hipotesis mereka tersendiri dalam ruang dan masa kehidupan yang dilalui, kerana kemampuan berfikir yang setiap insan miliki.

Sedang hipotesis ilmiah adalah suatu percubaan dalam mendapat jawapan akan sesuatu tersebut dengan kaedah penelitian yang mendalam dengan ilmu-ilmu pengetahuan serta diuji berulang kali. Setelah diuji dan didapati sesuatu jawapan tersebut mirip pada kebenaran, maka ia digelar sebagai teori, namun begitu, ia masih terbuka untuk penelitian dan perdebatan buat seterusnya, sekiranya pihak lain dapat membuktikan jawapan yang lebih ideal atau lebih tepat.

Atas itu juga, segala ilmu pengetahuan dialam ini sebenarnya belum bersifat konkret iaitu benar-benar dikuasai oleh insan kerana segalanya boleh sahaja masih boleh diperdebatkan atau diperdalami, dalam mana kemungkinan, adanya jawapan-jawapan lain buat sesuatu tersebut dihari muka. Mungkin jawapan sesuatu ilmu pengetahuan akan sesuatu dialam ini dapat dipergunakan disesuatu zaman, namun kemudian, generasi seterusnya menemukan jawapan lain yang lebih baik kegunaannya untuk kehidupan insan. Mahupun sebaliknya iaitu jawapan yang sedia ada adalah sebaik-baik jawapan, sedang generasi kemudian pula menemukan jawapan yang lain yang disangka itu adalah kebenaran sedangkan ianya tidak.

Atau mungkin juga, lantaran kehidupan yang dilalui berubah seperti contohnya berubah cuaca-cuaca didunia ini akibat pencemaran yang dilakukan oleh insan, maka kemudiannya ditemui jawapan yang baru akan sebab dan akibat berlakunya cuaca buruk yang melanda tidak henti-henti dimana-dimana dan dari situ dicuba akan sebab dan akibat yang lain untuk menghindari akan cuaca buruk tersebut.

Segalanya dalam ilmu ilmiah sebenarnya masih dalam kemungkinan-kemungkinan dan ini berbeza dengan ilmu wahyu dimana ilmu wahyu bukanlah kemungkinan-kemungkinan. Ilmu wahyu adalah ketetapan atas kebenaran, hanya-sanya ia memerlukan kefahaman dan petunjuk buat tafsiran sebenar serta pengamalan yang sebenar, natijah dari kefahaman tersebut. (kecuali sesuatu ajaran atau kitab tersebut telah bertukar dari yang asli, dimana adanya campur-tangan insan yang menokok-tambahkan, maka ia bukan seratus-peratus ilmu wahyu tetapi ilmu wahyu yang dicampur-adukkan dengan ilmu ilmiah insan atau ilmu dari insan disesuatu zaman dimana ia ditokok-tambahkan).

Tetapi disamping itu, antara ilmu wahyu dan ilmu ilmiah, kerap terjadinya pergeseran yang mana membawa impak yang besar, sesejak dahulu lagi. Contohnya terjadinya gerakan besar-besaran diEropa untuk mengawal kekuasaan gereja kerana dilihat sekian lama menyekat kebangkitan ilmu ilmiah dibenua Eropa, dimana seterusnya timbulnya gejala sekular yang memisahkan antara agama dengan duniawi. Pergeseran ini adalah seperti contohnya, Galileo dipenjara hanya kerana pendapatnya bahawa bukan matahari yang mengelilingi bumi tetapi sebaliknya, bumi yang mengelilingi matahari dan ini bercanggah dengah pegangan pihak gereja agama Kristus. Sebegitu juga pergeseran umur dunia yang dikatakan hanya berumur lebih kurang 10,000 tahun mengikut pendapat pihak gereja, sedangkan penemuan ilmiah menyatakan bahawa dunia ini telah berusia lebih dari 6 billion tahun atau mahupun menjangkau sehingga 18 billion tahun.

Sebaliknya, sekiranya diteliti dengan mendalam, dalam dunia Islam, pergeseran antara ilmu wahyu dan ilmu ilmiah tidaklah begitu ketara kecuali pada sesuatu topik atau tema tertentu yang amat bercanggah seperti contohnya pendapat pengikut fahaman evolusi yang amat bercanggah dengan ilmu wahyu yang menyatakan bahawa insan adalah dari keturunan Adam dan Hawa.

Contoh akan tiadanya pergeseran antara ilmu wahyu dan ilmu ilmiah didalam dunia Islam adalah seperti usia sebenar dunia ini, dimana tidaklah terdapat didalam Al Quran mahupun didalam hadis akan keterangan untuk itu. Sebaliknya apa yang digambarkan atau diibaratkan adalah akan bagaimana kekuasaan Allah dalam ruang dan masa alam jagad raya ini. Sebagaimana dinyatakan dalam ayat ke-4, surah Al-Maarij akan sehari itu adalah bersamaan dengan lima puluh ribu tahun kiraan insan didunia ini:

تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬

Para malaikat dan Jibril menghadap Tuhan, dalam sehari, bersamaan dengan lima puluh ribu tahun.” (70:4)

Sebegitu juga dengan kejadian asal akan seluruh alam jagat raya ini sebagaimana dalam ayat ke-30, surah Al-Anbiya serta ayat ke-11, surah Fussilat, terdapat ayat menerangkan bagaimana kejadian asal alam jagad raya ini serta bahan asalnya dijadikan oleh Allah:

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ 

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (21:30)

ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ وَهِىَ دُخَانٌ۬ فَقَالَ لَهَا وَلِلۡأَرۡضِ ٱئۡتِيَا طَوۡعًا أَوۡ كَرۡهً۬ا قَالَتَآ أَتَيۡنَا طَآٮِٕعِينَ

Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; (41:11)

Kenyataan dari ilmu wahyu ini malah sekiranya diselidik oleh pakar-pakar ilmu ilmiah akan mengkaguminya sebagaimana Professor Alfred Kroner sendiri berkata, "Bila memikirkan dari mana Muhamad datang....saya menyangka ianya amat mustahil untuk beliau (Nabi Muhamad) mengetahui segala asal usul alam jagad raya ini, kerana saintis mengetahuinya hanya tempoh beberapa tahun yang lepas dengan segala peralatannya yang canggih serta teknologi terkini".  Lalu katanya lagi, "Seseorang yang tidak tahu berkenaan nuklear fizik 1400 tahun dahulu, saya rasa bukanlah dalam keadaan yang kenyataannya itu adalah dari dirinya sendiri (tetapi dari wahyu), contohnya kenyataan akan bumi dan langit itu berasal dari sumber yang sama".



Bersambung...

- Dalam pada itu, perlu ditegaskan disini bahawa Al-Quran bukanlah kitab sains, tetapi kitab buat petunjuk buat sekelian insan. Ianya adalah kebenaran buat petunjuk akan kebesaran Allah menjadikan segalanya dan kenyataan bahawa segala asbab termasuk apa sahaja sebab dan akibat dialam ini adalah dibawah kekuasaan Allah semata-mata.


Monday, May 23, 2011

Sebab dan akibat - 12

Bagaimanakah emosi insan mampu memainkan peranan utama dalam mempengaruhi sebab dan akibat dialam ini? Apakah kelebihan yang dimiliki oleh insan sehingga mampu mempengaruhi sebab dan akibat berbanding dengan kehidupan lain dialam ini?

Suatu yang pasti, semua ciptaan Pencipta alam adalah sempurna. Pencipta alam telah mencipta segalanya dengan kadar keupayaan masing-masing dan setiap darinya sempurna dalam kejadian bentuk masing-masing. Hatta ular yang tidak berkaki dan bertangan, dijadikan sebegitu sempurna dalam ruang dan masa kehidupannya, dimana contohnya tiadalah ular tersebut mengalami tekanan jiwa atau masaalah-masaalah lain yang dihadapi oleh insan, tetapi dalam keadaan kehidupan tersendirinya yang selesa. Mungkin yang digusarkan hanyalah bagaimana mendapat makanan atau bagaimana melindungi diri dari mara-bahaya, sebagaimana kehidupan-kehidupan yang lain.

Kelebihan insan keatas kehidupan lain dialam ini hanyalah kerana dijadikan dengan kelebihan akan dirinya memiliki akal dan dari situ, berkemampuan melakukan pilihan namun setiap dari tindak-tanduknya akan dipersoalkan, berbeza dengan haiwanat yang mana haiwanat tidaklah boleh dipersalahkan lantaran tindak-tanduk fitrah mereka. Disamping tubuh badan insan dijadikan dalam bentuk yang begitu pratikal untuk segala aktiviti buat dirinya untuk berkemampuan beraksi sebagaimana kejadian akal yang dimiliki dimana ini memberi kelebihan untuk insan mengolah alam ini. Diberikan kelebihan dan diberikan juga tanggung-jawap atas kelebihan tersebut.

Kejadian insan jelas bukanlah dari sudut evolusi kerana memang sesejak asal kejadian insan adalah sebagaimana keadaan diri generasinya kini. Mungkin disesuatu masa adanya generasinya bertubuh lebih tegap dan besar atau sebaliknya mahupun berumur panjang atau pendek, namun itu bukanlah dari proses evolusi sebagaimana yang didakwakan oleh pengikut fahaman evolusi. Apatah bila memperkatakan tentang kejiwaan seperti emosi dan lain-lain, dimana kalau mengikut tertib evolusi, tentulah hal-hal kejiwaan insan juga kini semakin jauh lebih baik dari insan-insan terdahulu namun nyata tiada langsung bukti akan hal tersebut, malah kerap didapati, insan-insan terdahulu lebih mulia dan sihat dari sudut kejiwaan mereka dibandingkan dengan generasi terkini yang begitu ramai mengalami tekanan jiwa yang teruk mahupun melakukan tindak-tanduk yang jauh lebih barbarian dari generasi terdahulu.

Emosi bukanlah terdiri dari materi atau jirim tetapi berkaitan dengan apa yang dirasa seperti haba atau bunyi-bunyian yang juga bukan terdiri dari materi dialam ini biarpun semuanya itu memerlukan ruang dan masa dalam alam ini. Emosi adalah reaksi diri yang lahir dari apa yang dialami oleh perasaan diri berlatar-belakangkan segala data tentang kehidupan ini yang disemadikan dalam diri sesejak kelahirannya seperti dari fitrah diri, genetik yang diwarisi dari orang tuanya, budaya cara hidup yang dilalui, pegangan yang dianuti, persekitaran hidup yang ditempuh dan seterusnya.

Emosi adalah dimiliki oleh setiap kehidupan dialam ini seperti haiwanat, jin mahupun insan, dimana emosi adalah aktiviti dalam jiwa yang samada ditampilkan keluaran diri atau zahir, mahupun dipendamkan dalam diri sebegitu sahaja. (Malah tumbuh-tumbuhan serta kejadian lainnya juga memiliki emosi dalam bentuk minimum sebagaimana contohnya dikatakan langit dan gunung-ganang mahu sahaja memusnahkan insan lantaran kederhakaan insan kepada Allah. Atau segala dialam ini bertasbih, berzikir memuji akan kebesaran Allah, hanya insan dan jin yang tidak mendengarnya)

Emosi, suatu perasaan dalam yang digolahkan oleh panca-indera seseorang terhadap segala dipersekitarannya, menampilkan terjemahan diri terhadap sesuatu kejadian, melalui sumber didalam diri seperti melalui perspektif mahupun persepsi yang terbina dari masa kesemasa dan samada fitrahnya sebegitu atau dicorakkan oleh persekitaran akan apa yang tersemadi didalam rangka perasaannya. Emosi menjelmakan reaksi buat seseorang dan berbentuk positif, negatif atau neutral. Positif seperti contohnya rasa riang, suka, segan dan lain-lain, contoh negatif adalah seperti tekanan jiwa, kemarahan, cemburu buta, dengki dan lain-lain manakala contoh neutral adalah seperti sikap bersahaja, selamba dan lain-lain.

Jadi diatas keupayaan insan berakal yang membuatnya berbeza dengan haiwanat biarpun masing-masing memiliki emosi, meletakkan insan dalam keadaan yang beremosi dan berakal, mampu berperanan mempengaruhi sebab dan akibat dialam ini seperti mengolah, mengatur, merubah dan seterusnya hatta kepada yang mengundang musibah buat alam ini seperti peperangan yang menghancurkan segalanya, percemaran alam semesta, kehancuran kehidupan lain dialam ini kerana ujian-ujian senjata-senjata pemusnah besar-besaran, permusuhan demi permusuhan, penindasan dan seterusnya.

Tindakan insan yang bersabit dengan emosi berunsur kebenaran mampu membuat diri insan menggunakan akalnya ketahap kecerdikan yang sebenar, sedang sebaliknya dengan emosi berunsur kebatilan, membuat insan bukan sahaja menolak kelebihan akal yang dimiliki untuk meraih kebenaran, malah mampu mempengaruhi sebab dan akibat dialam ini untuk kearah kemusibahan atau keburukan mahupun kepada kehancuran total (Sebagaimana jelas tercatit akan peristiwa kaum-kaum terdahulu yang dihancurkan secara total oleh Pencipta alam kerana keingkaran mereka kepada kebenaran lantaran dibalut emosi kebatilan, sedangkan telah diutuskan Nabi untuk menunjuk jalan kearah kebenaran kepada mereka).


Bersambung...

Saturday, May 21, 2011

Sebab dan akibat - 11

Tertakluknya sebab dan akibat pada ruang dan masa adalah dibawah kaitan darinya dengan materi atau jirim dialam ini. Materi iaitu segala yang wujud dialam ini dalam bentuk pepejal, cecair, gas dan plasma, dimana ia mempunyai jisim, memerlukan ruang dan mengandungi zarah-zarah terdiri dari atom atau molekul. Kewujudannya adalah dalam bentuk sesuatu yang begitu amat halus sehinggalah kepada sesuatu yang amat besar seperti matahari.

Lazimnya, apa yang dikatakan materi atau jirim dialam ini juga boleh berubah dari suatu keadaan fizik kesuatu keadaan fizik yang lain melalui beberapa proses seperti contohnya pembakaran atau pemanasan yang menyebabkannya mendidih, melebur, tersejat dan lain-lain. Serta juga proses pembekuan atau pemeluwapan iaitu proses perubahan materi daripada gas kepada cecair seperti misalnya embun yang asalnya adalah wap air diudara yang berubah menjadi air embun dipagi hari lantaran penyejukan yang berlaku diudara.

Contoh materi dialam ini adalah terdiri dari air, udara, batu, besi, kayu, tumbuh-tumbuhan dan seterusnya kepada segala yang wujud sehingga juga termasuk bumi mahupun segala yang ada dialam jagat-raya ini. Lazimnya materi dalam bentuk pepejal mempunyai lahiriah yang kental seperti contohnya batu atau kayu, materi yang berbentuk cecair mempunyai lahiriah yang lembut serta berubah bentuk mengikut acuan persekitaranya seperti contohnya air dan manakala materi yang berbentuk gas adalah mempunyai lahiriah ringan yang sampaikan tidak kelihatan bentuknya seperti udara dan wap. Sedang contoh plasma adalah seperti kilat, nyalaan api mahupun matahari (saintis kini cuba mengkaji plasma dalam percubaan untuk mencipta tenaga nuklear fussion yang berskala reaktor).

Berbalik pada kaitan sebab dan akibat dengan materi atau jirim, dari kaitan ini, maka terjadinya segala kesan-kesan dialam ini dalam bentuk lahiriah atau apa yang dikatakan dunia nyata. Ia adalah punca yang mempengaruhi seterusnya akan segala aktiviti-aktiviti dalam kewujudan alam ini, samada untuk kehidupan insan atau haiwanat mahupun untuk keseluruhan alam ini seperti aktiviti-aktiviti yang mempengaruhi cuaca dan lain-lain.

Sebagaimana sebab yang dilihat membawa akibat yang bermanfaat seperti sistem ekologi yang mendatangkan hujan serta kestabilan cuaca, tumbuh-tumbuhan yang membekalkan oksigen, lapisan-lapisan gas yang mengurangkan bahana haba matahari dari sampai kemuka bumi dan seterusnya. Hatta dalam kehidupan seharian insan, dirinya memerlukan hampir semua sebab dan akibatnya berkaitan dengan materi dialam ini seperti udara yang dihirup, air yang diminum, kenderaan dari bahan keluli, bahan-bakar yang digunakan saban hari, tumbuhan yang menghasilkan bahan makanan dan seterusnya.

Sebab adanya udara yang segar membawa insan dapat bernafas sedangkan sebab udara yang tercemar mengakibatkan kemudaratan besar pada insan, sebab dari bahan-bahan yang mati seperti tumbuhan yang mati maka adanya bahan-api seperti kewujudan minyak dari dalam bumi yang berasal dari kehidupan yang mati sedang tanpa bahan-bahan api ini, insan akan mengalami kesukaran tambahan dalam dunia modern ini dimana hampir keseluruhan pengangkutan samada didarat mahupun diudara memerlukan bahan-bahan api ini.

Sebegitu juga, sebab yang dilihat membawa akibat musibah dimuka bumi seperti aktiviti-aktiviti gunung berapi, gempar bumi, ribut taufan dan lain-lain sehinggalah yang datang dari luar bumi seperti komet atau solar tsunami yang berkemampuan mematikan segala sistem elektronik dimuka bumi ini dan lain-lain yang semuanya berkaitan dengan materi dialam ini. Disamping itu, sebahagian besar musibah yang berlaku adalah lantaran insan hari ini telah cuba mengexplotasikan secara maksimum segala bahan-bahan api mahupun segala yang ada alam ini secara keterlaluan terutama diatas permintaan kehidupan dalam kegilaan insan mengejar dunia kebendaan.

Materialisme adalah fahaman bahawa dunia materi ini adalah suatu yang mutlak kewujudannya lantas kehidupan sehariannya adalah semata-mata amat bergantung pada materi. Fahaman materialisme ini bukan sahaja dianut oleh mereka-mereka yang tidak mempercayai akan kewujudan Pencipta alam, tetapi juga kalangan ramai yang mempercayai kewujudan Pencipta alam namun lemah keyakinannya diatas kekuasaan sebenar Pencipta alam yang mencipta dan menguasai segala materi yang wujud serta juga yang menguasai sebenar-benarnya akan segala sebab dan akibat.

Dalam pada itu juga, suatu hal yang lazimnya dilupai oleh insan, adalah peranan emosi insan yang berupaya mempengaruhinya sebab dan akibat dalam kaitannya dengan materi, iaitu samada untuk membawa kearah kebaikan atau keburukan. Emosi insan adalah salah satu tunjak buat kecerdikannya serta seterusnya kepada penggunaan akalnya untuk kebaikan atau juga sebaliknya iaitu sebagai tunjak buat kejahilannya serta seterusnya kepada perilaku yang membawa kearah kebinasaan.

Ini kerana, Pencipta alam telah menjadikan insan dengan kemampuan-kemampuan yang dianugerahkan kepada insan untuk mengolah alam ini serta diberi pilihan untuk memilih jalan kearah kebaikan atau sebaliknya, namun kerana kenaifan serta hanya mengikut hawa-nafsu semata-mata, insan lazimnya memilih kearah jalan yang membawa kebinasaan dan kemusnahan buat alam semesta mahupun buat dirinya.


Bersambung...




Thursday, May 19, 2011

Sebab dan akibat - 10

Segala sebab dan akibat dalam alam ini, nyatanya termaktub dalam kerangka ruang dan masa sebagaimana keseluruhan alam jagat raya termasuk segala kehidupan dan kewujudan dialam ini adalah dalam kerangka ruang dan masa. Namun apakah makna akan ruang dan masa itu sendiri?

Sebenarnya pengertian buat ruang dan masa tentang keseluruhan jagat-raya ini, dalam konteks yang belum berkemampuan untuk insan memiliki pengetahuan tentangnya. Apa yang difahami atau diketahui oleh insan tentang ruang dan masa melalui apa yang mampu dicapai seperti melalui pemerhatiannya, pengajian, pengiraan dan seterusnya, hanyalah tertakluk dalam ruang dan waktu yang terjadi dibumi yang dipenghunikan.

Contohnya, bila dikatakan waktu yang dipergunakan untuk kiraan, adalah pada batasan waktu yang ada dibumi ini sedangkan waktu tersebut sebenarnya tidak relevan untuk planet lain. 24 jam adalah kiraan putaran bumi dipaksinya dalam orbitnya untuk mengelilingi matahari, namun terdapat planet lain yang waktunya hanya 10 jam sehari atau ada yang waktunya melebihi 48 jam sehari berpandukan pada jarak, kelajuan putaran dipaksinya serta pergerakan diorbitnya untuk mengelilingi matahari.

Kerana itu, tidak mustahil terdapat planet lain digalaksi lain yang peredaran waktu yang dikatakan masa sehari baginya iaitu bersamaan satu malam dan siang, adalah berupa 100 tahun bagi masa dibumi kerana keadaan galaksi dan planet tersebut jauh lebih besar serta putaran dipaksinya adalah berbeza, membuatkan waktu yang diambil untuk mencapai masa sehari bersama malam dan siangnya adalah jauh lebih lama. Atau sebaliknya, tidak mustahil terdapat planet lain yang waktu dikatakan sehari bersama siang dan malamnya hanyalah 4 jam lantaran pusingan dipaksinya yang pantas serta orbit putaran untuknya mengelilingi mataharinya juga adalah singkat.

Mungkin contoh-contoh tersebut kelihatan ganjil kerana keterbiasaan insan akan ruang dan waktu dibumi ini, namun hakikatnya inilah kenyataannya bahawa insan dengan segala sebab dan akibatnya adalah dalam lingkungan ruang dan waktu yang dipenghunikan. Dari sebab terjadinya siang dan malam yang mengakibatkan kiraan detik-detik saat yang kian berlalu hinggalah keruang tempat atau keadaan berlakunya sesuatu sebab dan akibat tersebut yang semuanya adalah asas buat kesan pada segala pergerakan aktiviti kehidupan mahupun kewujudan segalanya didunia ini.

Lantaran itu juga, amatlah mustahil untuk insan kembali kewaktu yang lepas (time travel) kerana dunia ini darul asbab dan segala sebab dan akibat adalah bersabit dengan ruang dan waktunya. Fantasi yang menyatakan akan insan mampu kembali kewaktu silam adalah jauh dari kebenaran kerana itu menghancurkan makna kewujudan segala kausaliti, iaitu hubungan sebab dan akibat yang bersabit dengan ruang dan masa dalam kehidupan didunia ini. Malah kehidupan itu sendiri menjadi tiada nilai tanpa kestabilan ruang dan masa, kerana kestabilan ruang dan masalah yang memberi nilai akan kewujudan sesuatu kehidupan tersebut.

Hatta sesuatu yang jauh dari apa yang dikatakan logik dalam hayat insan wajar berlaku seperti contohnya seorang anak muda kembali kezaman silam dengan "time travel machine", lalu semasa dia berada dizaman tersebut, bertemu dia dengan seorang gadis dan jatuh cinta pada gadis tersebut yang muda beberapa tahun darinya, sedangkan gadis tersebut sebenarnya adalah neneknya yang tidak diketahui. Kemudian lantaran cintanya, maka sipemuda tersebut bernikah dengan gadis tersebut, jadi apakah status anak mereka? Apakah mungkin anak tersebut juga kemudian bila telah dewasa melakukan time travel dan seterusnya berlaku pengulangan segala episod-episod dusta ini? Ini semua adalah dongengan semata-mata sebagaimana dongengnya memperkatakan segala roh akan mengalami kelahiran kembali dalam berbagai-bagai bentuk jasad kehidupan didunia ini, dimana mengakibatkan berlakunya kisah roh tersebut yang berada dalam jasad yang lain bernikah dengan salah seorang cucu ataupun moyangnya.

Sebab dan akibat tidak dapat dipisahkan dengan ruang dan waktu selama adanya hayat insan mahupun selama adanya kewujudan dunia ini. Ruang dan waktu merupakan rel-rel atau jalan buat segala sebab dan akibat bergerak, sebagaimana perumpamaan lokomotiv keretapi yang menarik gerabak-gerabaknya memerlukan rel-relnya untuk bergerak dengan kelajuan 1670km sejam untuk mencapai distinasinya dalam tempoh 24jam, dimana tanpa rel-relnya, maka tidak mampu keretapi tersebut bergerak atau sekiranya rel-relnya berlaku kerosakan seperti terputus dan sebagainya, maka terbabaslah keretapi tersebut.


Bersambung...


  • Ruang dan masa didunia dialam fana ini hanyalah seperti sekelip mata dibandingkan dengan dunia akhirat dan segala sebab dan akibat dialam akhirat adalah tidak dapat digambarkan dengan sebenarnya, hanya melalui perumpaman-perumpaman yang mampu dicapai oleh akal insan seperti contohnya, insan yang terakhir memasuki syurga akan mendapat sepuluh kali ganda dari dunia ini.
  • Lantaran itu, wajar setiap muslim menyakini akan ruang dan masa bersama segala sebab dan akibat yang bersabit dengannya dialam fana ini hanyalah berupa ujian untuk insan, sedangkan alam akhiratlah berupa kehidupan yang sebenar-benarnya.


Monday, May 16, 2011

Sebab dan akibat - 9

Pertanyaan mengapa, kenapa atau bagaimana adalah sesuatu yang mengungkitkan kewujudan sebab dan akibat akan sesuatu tersebut. Saban hari, pertanyaan-pertanyaan sebegini adalah suatu yang lumrah dalam mana juga ia amat berkaitan dengan kausaliti iaitu hubungan antara sebab dan akibat dengan jawapan yang diperlukan untuk pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah jawapan yang dikira dalam bentuk rasional.

Sedang rasional adalah suatu proses menghasilkan pengetahuan dengan berfikir dimana kaedah-kaedah logik adalah sebagai alatan utamanya. Seperti contohnya pertanyaan akan mengapa sesuatu tumbuhan tersebut hanya berbuah setahun sekali dan kenapa hanya disekian-sekian musim serta seterusnya, bagaimanakah cara untuk menjadikan tumbuhan tersebut berbuah lebih dari sekali dalam setahun.

Maka secara rasional dikatakan kerana selepas kedatangan musim hujan dihujung tahun memainkan peranan sebab tumbuh-tumbuhan tersebut berbuah dengan kaedah logik melalui perkiraan bulan kedatangan musim hujan serta bulan dimana tumbuhan tersebut mula berbuah. Dari situ seterusnya difikirkan jalan bagaimana untuk menjadikan tumbuhan tersebut berbuah lebih dari sekali dalam tempoh setahun seperti menyediakan suasana seakan selepas musim hujan iaitu dengan membina aliran air yang sempurna serta tanah yang dibaja atau dilakukan kacukan dengan tumbuhan lain (pokok kahwin).

Contoh diatas adalah bagaimana proses pengalian keatas apa yang dikatakan sebab dan akibat akan sesuatu tersebut dan bagaimana mengenali sesuatu hal tersebut lalu dapat dikait-gunakan dalam kehidupan insan melalui cara rasional dan kenyataannya, insan sehingga kehari ini, sentiasa cuba untuk memahami, mengaji serta memanfaatkan segala faktor-faktor sebab dan akibat dialam ini.

Penguasaan keatas faktor-faktor sebab dan akibat ini seterusnya wajar sahaja membuat sesuatu bangsa tersebut jauh maju kedepan, sebagaimana bangsa-bangsa diEropa yang cuba menguasai kefahaman keatas setiap sebab dan akibat dialam ini bukan sahaja sesuatu yang berbentuk materi tetapi sesuatu yang mendalam seperti dari sudut falsafah akan sesuatu tersebut dan seterusnya sehingga keperingkat pratikal atau kepada penghasilan kewujudan materi yang dihajati buat dimanfaatkan atau diexploitasikan pengunaannya.

Mungkin sesuatu sebab tersebut belum dapat diterima dikalangan ramai lantaran tidak memahami atau belum mempunyai pengetahuan tentangnya seperti contohnya akan kewujudan atom-atom yang diperkatakan sesejak zaman kuno India, Yunani mahupun didalam Islam sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Asyari (874 - 936), dan kemudiannya, Ludwig Boltzman (Austria, 1844 - 1906) juga memperkatakan akan adanya kewujudan atom tetapi ideanya ini ditolak kerana kekurangan bukti-bukti. Atas tekanan jiwa, akhirnya Ludwig Boltzman mengambil keputusan membunuh diri.

Namun idea Bolztman ini sebenarnya adalah suatu yang benar, dimana setahun sebelum Boltzman membunuh diri, Albert Einstein (1879 - 1955) telah mengeluarkan kertasnya akan kewujudan atom yang mana telah mengubah perspektif dunia tentang kewujudan atom serta semua dialam ini adalah berasas dari atom, serta juga merubah dunia kepada pengenalan suatu tenaga hebat luar-biasa atom yang membantu dapat kehidupan insan, mahupun juga sebagai pemusnah besar-besaran buat kehidupan insan.

Penemuan atom Albert Einstein ini adalah sebenarnya bermula bukan dari kertas-kertas kiraan dan sebagainya tetapi dari pada debunga-debunga bunga yang diletakkan diatas air, yang mana jika dilihat kedalamnya, didapati akan kelompok-kelompok hitam halus dari debunga bunga ini bergerak-gerak dengan aktive dan sebab yang mengerakkannya adalah atom-atom. Sedang sebenarnya Robert Brown (Scottish) 80 tahun sebelum Albert Einstein, telah menemui fakta akan bagaimana debunga-debunga halus ini bergerak-gerak secara aktive dan beliau telah menyatakan akan adanya atom-atom yang mengerakkannya, namun beliau kekurangan alat-alatan untuk membuktikannya.

Sebab dan akibat dari penemuan atom-atom ini kemudiannya menjadi simbul kekuasaan atau kemajuan bagi sesebuah negara yang memiliki pengetahuan untuk menghasilkan tenaga atom mahupun senjata atom. Malah mereka yang memiliki tenaga atom ini suatu waktu dahulu berupaya mencorak atau memberi kesan pada suasana politik dunia, dimana juga menjadi model untuk ditiru oleh pihak-pihak lain seterusnya.

Sedang dalam bertindak sebagai pihak yang terdepan diatas penguasaan buat sebab dan akibat dari atom-atom ini, semua pihak-pihak terbabit wajar sahaja mengakui bahawa sebab dan akibat yang diketahui atau dikuasai bukanlah sebenar-benarnya dimiliki dalam bentuk yang menjamin akan ianya benar-benar sesuatu mutlak manfaatnya kerana adanya besar risiko-risiko dari akibat-akibat buruk diluar jangkaan yang boleh sahaja berlaku bila-bila masa sahaja, seperti kebocoran reaktor yang menyebabkan radioaktive tersebar seperti kes-kes diChernobyl atau diFukushima, serta juga sisa-sisa bahan radioaktive yang tidak dapat dilupuskan dimana ini merupakan sesuatu yang amat merbahaya buat kehidupan insan.

Ini kerana, insan sebenarnya tidak pernah menguasai sepenuhnya akan sesuatu sebab dan akibat tersebut seperti contohnya, seseorang yang memiliki kereta laju yang tercanggih dengan segala peralatan keselamatan, namun terlibat juga dalam kemalangan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka seperti jambatan yang dilalui tiba-tiba sahaja roboh menyebabkan kereta tersebut terjunam kedalam sungai yang dalam lagi deras airnya.

Biar begitu rasional dengan kaedah berfikir secara logik, biar telah didalami akan pemahaman terhadap sesuatu sebab dan akibat dan telah dapat dimanfaatkan secara maksimum, namun insan sebenarnya tidak pernah memiliki secara mutlak apa sahaja sebab dan akibat dialam ini. Ini kerana, yang memiliki secara mutlak keseluruhannya adalah Pencipta alam semata-mata dan Pencipta alam boleh menukar sesuatu yang disangka memberi manfaat kepada kemudaratan, sebegitu juga sesuatu yang disangka memberi kemudaratan, boleh memberi manfaat.


Bersambung...





Saturday, May 14, 2011

Sebab dan akibat - 8

Kehidupan insan terikat pada sebab dan akibat kerana fitrahnya dijadikan antara fitrah haiwanat dan malaikat, dimana haiwanat adalah bernafsu tanpa akal manakala malaikat adalah suatu kehidupan yang tidak bernafsu tetapi berakal. Sekiranya insan hanya mengutamakan akalnya tanpa mengikut pedoman atau petunjuk dari penciptanya, maka nafsunya akan mengaburkan pandangan insan akan kebenaran. Sedang tanpa menggunakan akalnya, menyebabkan insan bertindak hanya mengikut nafsu atau emosinya semata-mata yang mana wajar meletakkan darjatnya ketaraf yang hina.

Tamadun-tamadun yang lepas jelas menunjukkan bangsa yang membangun tanpa memberi peluang untuk proses akal membangun adalah lebih cenderung menjadi bangsa yang barbarian, penakluk yang ganas dan kejam serta bersistemkan sistem primitif manakala bangsa yang membangun dengan akal diberi peluang mengambil tempat, lebih cenderung menjadi bangsa yang lebih matang sifatnya atau cuba memperbaiki keadaan yang wujud untuk menjadi lebih baik dengan sistem kehidupan yang lebih teratur.

Ini jelas sedari tamadun kuno India, China, Yunani dan lain-lain termasuk juga dalam tamadun sejarah Islam. Pada permulaan zaman keemasan Islam berkembang, keutamaan akan pentingnya penggunaan akal diberi tumpuan, dimana rata-rata rakyatnya dari segala peringkat diberi kemudahan untuk itu. Contohnya, setiap lapisan rakyat mahupun pemerintah diberi keutamaan untuk dapat membaca, sebagaimana penekanan dalam agama Islam itu sendiri akan kepentingan ilmu buat setiap insan samada lelaki atau wanita. Ini seterusnya membantu membina tamadun yang menuju kearah yang kecermerlangan disamping menjadi pusat penerokaan ilmu. Dalam mana kemudiannya juga, insan dari segenap pelusuk datang kesitu tanpa masaalah untuk menimba pengetahuan.

Namun dari itu, kesan penekanan semata-mata kepada penggunaan akal tanpa mengimbangkan pada keutamaan wahyu atau amalan yang diperintahkan oleh Allah menyebabkan sesuatu yang negatif seperti kemunculan golongan Mutazilah yang menumpukan semata-mata keatas keutamaan akal, membawa kearah kesongsangan fikiran.

Sedang kemudiannya, Abu al-Hasan al-Ashari atau Imam Ashari (260H/874M - 324H/936M) yang bukan sahaja telah berjaya membenteras gejala Mutazilah, tetapi lebih dari itu, beliau juga telah membuat batu tanda buat batas untuk insan berfikir. Dan seterusnya dari situ, maka zaman keemasan Islam terus melonjak dalam suasana yang terkawal pemikirannya, dimana juga adalah merupakan asas pada dunia modern yang dikenali hari ini. Imam Ashari yang lahir dalam abad ketiga selepas hijrah adalah dari keturunan Abu Musa Asyaari, iaitu salah seorang sahaba Nabi Muhamad, dan Abu Musa Asyaari adalah juga merupakan sahaba yang membuat perantaraan perdamaian dalam pergeseran antara Muawiyah dan Syaidina Ali.

Jasa Imam Ashari ini amatlah besar, kerana pencerahan yang dilakukannya buat pedoman buat umat Islam mahupun yang lain, terutama dalam mengimbangi kekuatan akal dan dengan memahami akan kewujudan serta keagungan Pencipta alam. Dan sebagaimana zaman keemasan dunia Islam sewaktu dahulu yang telah berkembang jauh maju, dalam mana juga umat Islam tetap terpelihara aqidah mereka lantaran landasan yang ditampilkan oleh Imam Ashari, sebegitulah sehingga kehari ini, sekiranya umat Islam hendak terus meneroka dan mendalam akan pemaknaan segala yang ada dialam ini dengan pengunaan akalnya, wajarnya mereka mengikut tanda batu batas yang ditunjukkan oleh Imam Ashari agar terlindung akan aqidah mereka.

Imam Ashari bukanlah membawa pembaharuan didalam agama Islam tetapi melakukan penerangan serta penafsiran yang jelas mengikut kaedah asas yang sebenar agar tiada umat Islam yang terkeliru. Seperti bila memperkatakan akan zat Allah, melalui kata-kata atau kalam atau juga pemaknaan dari pengertian seseorang, maka tanpa petunjuk atau penerang dari ulama-ulama terdahulu seperti Imam Ashari (Asyariyyah) atau Imam Abu Mansur (Maturidi), wajar sahaja seseorang tersebut melakukan kesilapan dalam pemaknaan buat pengertian. Contoh bila adanya ayat akan Allah berada diatas Arsy (kerusi Arsy) bukanlah boleh dibayangkan melalui akal seperti akan bentuk zahir dan sebagainya tetapi ayat ini membawa maksud semata-mata tentang kebesaran Allah meliputi segalanya. (Ini kerana terdapatnya ayat-ayat muhkam iaitu jelas akan maknanya serta ayat mutasyabih iaitu samar-samar akan maknanya)

Ini adalah teramat penting untuk pertama-tamanya memahami akan keagungan dan kebesaran Allah dan memahami apa batas kemampuan akal insan, contohnya diwaktu bila penyelidikan atau pemahaman yang mendalam dilakukan keatas kausaliti iaitu berhubung dengan sebab dan akibat tentang segala yang diketahui atau diterokai dialam ini, sebagai seorang Islam, wajar menyakini akan kesan sebenar disebalik sebab dan akibat adalah dibawah kekuasaan Allah semata-mata, dimana juga seterusnya bagaimana Allah yang memberi kesan untuk segala sebab dan akibat bukanlah boleh dibayangkan oleh akal insan kerana akal insan itu sendiri, sampai disuatu peringkat, amat terbatas keadaannya.

Insan boleh sahaja cuba menyelidik atau cuba memahami akan sesuatu yang berkaitan dengan sebab dan akibat dipersekitaran alam kerana dunia yang dipenghunikan dicipta dalam bentuk darul asbab, seperti contoh sekiranya seseorang tersebut mendapat sesuatu penyakit, wajarlah ia cuba mencari penawar atau ubat untuk penyakitnya kerana Nabi Muhamad telah bersabda yang lebih kurang maksudnya, bahawa semua penyakit mempunyai penawarnya kecuali mati. 

Namun yang utama ditegaskan oleh Nabi Muhamad adalah bahawa yang menjadikan kehidupan, penyakit, penawar mahupun kematian adalah semuanya dibawah kekuasaan Allah semata-mata dimana sekiranya Allah kehendaki, maka insan akan bertemu dengan penawar untuk penyakitnya sedangkan sekiranya Allah tidak mengkehendaki, biarpun seseorang tersebut telah bertemu penawarnya, tetap penyakitnya tidak sembuh-sembuh. Disinilah akal insan wajar diikat kepada keyakinan bahawa Allahlah yang sebenarnya berkuasa diatas segala sebab dan akibat.

Sedangkan sekiranya mengikut akal insan semata-mata iaitu akal insan bebas mengikut apa sahaja yang mahu difikirkan, tentu sahaja insan mahu mengunakan akalnya untuk berfikir tanpa batasan, tetapi dengan tanpa batasan bila insan menggunakan akalnya, maka terpesonglah pemikiran insan sebagaimana terpesongnya pemikiran pengikut fahaman evolusi yang mencari sebab asal kejadian insan lalu membuat kesimpulan adanya evolusi iaitu pengantungan semata-mata keatas hukum alam dalam sebab kejadian asal insan serta mahluk lain didunia ini.

Batasan dalam penggunaan akal ini juga adalah suatu jurang perbezaan antara agama Islam dengan segala selain darinya, dimana selain darinya selalu mengambarkan bagaimana rupa Pencipta alam melalui gambaran zahir yang cuba dicapai oleh akal mereka. Sedangkan untuk agama Islam, Pencipta alam iaitu Allah dengan segala yang diciptaNya adalah amat berbeza. Dimana segala apa sahaja dialam ini samada dibumi mahupun keseluruhan alam semesta serta apa sahaja termasuk ruang dan masa adalah dicipta oleh Allah, sedang Allah yang mencipta segalanya adalah maha agung dan maha suci dari menyerupai dari segala apa yang diciptaNya.

Zaman Keemasan Islam terus berkembang dibawah petunjuk oleh Imam Ashari buat sekian waktunya sehinggalah disuatu keadaan kemudiannya dimana pemikiran-pemikiran Islam kelihatan terlalu cenderung kepada falsafah Yunani kerana ruang yang diberi buat berfikir, namun gejala ini seterusnya diperbaiki oleh Imam Ghazali. Hanya selepas Imam Ghazali, Ibn Rusd yang mengkritik Imam Ghazali sebenarnya tanpa menyedari, beliau telah membuka kembali pintu fitnah buat kesalah-fahaman dalam pengunaan akal insan.


Bersambung...

Sebab dan akibat - 7

Pemerhatian dan seterusnya kepada pemahaman keatas sesuatu sebab dan akibat adalah berkaitan besar dengan akal kerana akallah yang menilai, melakukan analisa, menduga, memilih dan seterusnya membuat keputusan diatas sesuatu yang logik dan berfakta. Lantaran kemampuan akal insan inilah yang membezakan insan dengan kehidupan-kehidupan yang lain didunia ini, dimana ia merupakan faktor sebab dan akibat utama akan keadaan atau bagaimanakah kewujudan insan dalam ruang dan masanya didunia ini.

Dalam pada itu, bila insan meletakkan bahawa akalnya adalah semata-mata sebagai tempat tertinggi, maka sampai suatu peringkat, tidak akan difahaminya lagi akan hakikat sebenar kewujudannya. Seperti hari ini, lantaran insan telah mencapai berbagai-bagai sumber ilmu pengetahuan seperti dibidang sains, maka akibat dari itu, lahirlah tanggapan bahawa kehidupan ini, yakni segala sebab dan akibat hanyalah bersifat hukum alam atau bersifat sains dan matematik sebagaimana yang diketahui oleh akalnya, bukan sebagai kejadian yang Pencipta alam jadikan.

Contohnya mereka yang bertuhankan hukum alam iaitu pengikut fahaman evolusi, tidak dapat lagi memahami akan hakikat bahawa alam ini dijadikan oleh Penciptanya sebagai suatu tempat untuk berjuta-juta spesies sesejak dahulu lagi dalam keadaan yang begitu komplek dan unik. Ini kerana mereka melihat hanya dari sudut pengajian dan keangguhan ilmu yang dimiliki, bukan dari sudut keunikan dan keindahan alam itu sendiri.

Sedangkan kenyataannya betapa uniknya alam ini dengan berbagai-bagai kehidupan didalamnya adalah seperti berbagai-bagai spesies burung yang biarpun hampir keseluruhan species-species burung ini mempunyai bentuk atau kemampuan yang sama iaitu mampu terbang, bertelor, berparuh dan berbulu, namun masing-masing akan kekal dalam spesiesnya sehinggakan tiada pernah berlakunya perkahwinan campur antara spesies burung-burung ini.

Fenomena ini dapat dilihat disetiap kewujudan spesies-spesies lain dialam ini, iaitu samada yang masih wujud atau yang telah pupus. Ini kerana terdapatnya suatu kuasa yang maha tinggi yang telah mencipta berjuta-juta spesies-spesies didunia ini dan memprogramkan (menciptakan segalanya dengan ketetapan/qadar) alam ini sebegini, dimana juga ruang dan masa untuk setiap kehidupan tersebut telah ditetapkan. Sedangkan kalau mengikut pandangan evolusi yang menyatakan segala kehidupan adalah dari evolusi, tentunya perkahwinan campur adalah suatu yang lazim terjadi dikalangan kelompok yang sama evolusinya seperti contohnya dari dikalangan spesies burung-burung kerana semua spesies ini dikatakan oleh mereka, berasal dari gen atau asas sama yang tidak membezakan mereka.

Pengikut fahaman evolusi juga menyatakan fakta seleksi alam, yang mana dalam umur jutaan atau billion tahun kewujudan kehidupan dialam ini, maka terjadinya proses seleksi alam, iaitu dari masa kesemasa, hanya yang kuat atau yang terpilih akan terus hidup dan dari situ terbentuklah proses evolusi seterusnya, seperti sehingga kepada kewujudan bentuk insan hari ini. Namun jelas nyata, apa yang dikatakan fakta oleh pengikut evolusi ini hanyalah teori yang dicipta oleh mereka berlandaskan tulang-tulang atau tengkorak lama yang ditemui yang mana didapati tengkorak-tengkorak ini dalam berbagai bentuk dan disangka dapat dibayangkan bagaimana rupa serta cara kehidupan mahluk-mahluk yang wujud dari tengkorak tersebut.

Teori ini jelas janggal namun diakui begitu sempurna oleh pengikut fahaman evolusi. Ini pertamanya, pengikut fahaman evolusi adalah terlalu sempit ruang pemikiran mereka yang hanya berlandaskan pengetahuan yang dikatakan ilmu sains, mathematik dan sebagainya, kerana itu melihat alam ini dalam sudut yang sempit iaitu segala spesies adalah dari asas yang sama serta segala spesies didunia ini hanya dalam lingkungan yang sama. Sedangkan sekiranya seseorang tersebut bersifat tawaduk dengan melihat dan mengaji alam ini, akan mengagumi keunikan serta bagaimana kompleksnya dengan berjuta-juta kehidupan yang berbeza dari satu sama lain iaitu dari tumbuh-tumbuhan, haiwanat, insan serta juga seterusnya kepada jinnat.

Dimana juga akan menyedari akan hakikat yang sebenar bahawa yang menghidupkan dan mematikan segalanya serta yang menjadikan bagaimanakah segalanya terbentuk dalam ruang dan masa kewujudanya, adalah Allah semata-mata, bukan seleksi alam. Lihat sahaja fakta bagaimana burung pipit yang kecil dan dilihat tidak berdaya, mampu bertahan hidup dimana-mana sahaja hatta dinegara-negara yang suhunya dibawah minus bila kedatangan musim sejuk, sedangkan burung-burung yang bersaiz besar dan kuat darinya terpaksa terbang kedaerah berhawa panas seperti Afrika untuk menyelamatkan diri disamping melindungi generasinya dari mengalami kematian atau kepupusan sekiranya tetap tinggal dan menghadapi musim sejuk.

Agama Islam sebenarnya tidak menolak akan kelebihan akal yang dimiliki insan serta kemampuan sebab dan akibat dari akal ini, dimana tidak menolak akan ilmu pengetahuan yang digali oleh insan dari apa bidang pun seperti ilmu sains, ilmu alam, biologi, fizik, literature dan seterusnya, tetapi wajarlah berada dalam konteks bahawa segalanya diciptakan oleh Allah semata-mata dan wajar mengikut petunjuk melalui utusanNya, nabi Muhamad agar insan tidak memilih jalan yang salah atau menuju jalan yang salah yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.


Bersambung...



Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga