Showing posts with label Ukuran dan kayu pengukurnya. Show all posts
Showing posts with label Ukuran dan kayu pengukurnya. Show all posts

Tuesday, January 01, 2008

Ukuran dan kayu pengukurnya - 2


Kayu-kayu yang digunakan sebagai pengukur adalah dari deria-deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan kulit, rasa lidah mahupun yang dihidu atau disertakan juga dengan bantuan alat-alat pengukur untuk mengukur samaada dari sudut beratnya sesuatu, panjang-lebar, besar-kecil, rasa sesuatu, bau-bauan, warna-warna, cuaca, bagaimana keadaan sesuatu, mengukur berita yang didengari, mengukur sesuatu perkataan, mengukur penampilan individu atau masyarakat, mengukur peradapan, mengukur keunikan sesuatu dan seterusnya.
Sedangkan untuk menghasil dan menilaikan sesuatu ukuran adalah bergantung dari kefahaman atau kepastian samaada dari pegangan yang dianuti, pelajaran yang didapati, dari kaca-mata hati, dari pemikiran yang menguasai, dari kebiasaan persekitarannya, dari tingkah-laku mereka yang dirapati dan seterusnya.
Contohnya, untuk mengukur kemana perginya matahari yang tenggelam ditepi pantai diufuk barat, kalau diukur hanya melalui deria penglihatan, maka akan dinyatakan bahawa ia tenggelam kedalam laut, manakala bila diukur kembali bersama pemikiran, adalah sesuatu yang mustahil untuk matahari tersebut tenggelam didalam laut, kerana air laut tentunya akan kekeringan.
Manakala bila diukur dari sudut yang lain, ia menghasilkan ukuran yang berbeza seperti tanda berakhirnya hari tersebut, betapa hebatnya putaran siang dan malam, betapa pentingnya cahaya matahari yang menerangi alam sekitar kerana bila tenggelamnya matahari maka kegelapan menyelubungi dan seterusnya.
Setiap sesuatu diukur mengikut fakta-fakta tersendiri, dan ini adalah sebahagian contoh bagaimana dalam kehidupan seharian, sesuatu yang diukur menghasilkan berbagai-bagai keputusan tersendiri mengikut latar kemampuan kefahaman serta kehendak seseorang.
Sebaliknya dalam mengikut ukuran perintah Allah, tenggelamnya matahari adalah bermakna masuknya waktu solat Maghrib atau waktu untuk berbuka puasa, yang mana juga bererti, segala urusan lain harus ditangguhkan untuk melaksanakan perintah Allah. Segala alat-alat pengukur yang digunakan untuk membantu mengukur pertama-tamanya adalah bagaimana dapat menyempurnakan perintah Allah.
Dalam mengukur perintah Allah mengikut petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah, ia tersimpul dalam suatu ikatan pengabdian untuk mendapat keredhaan Allah. Dan ini diukur bukan hanya melalui kehebatan zahir sesuatu seperti contohnya seorang jutawan yang menyedekahkan seribu ringgit, ukuran dermawannya kelihatan hebat, tetapi jika dibandingkan dengan seorang yang miskin yang mempunyai hanya sekeping roti, namun disedekahkan setengah dari rotinya kepada jirannya yang tiada apa-apa, ukuran untuk dermawannya simiskin adalah jauh lebih tinggi dari sijutawan.

bersambung....

Sunday, December 02, 2007

Ukuran dan kayu pengukurnya - 1


Ukuran adalah sesuatu bentuk, rajah, rupa, garisan, pengiraan dan seterusnya manakala kayu pengukur adalah alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu sebagaimana lazimnya kita mengetahui maknanya dalam tata-bahasa.
Tetapi bagaimana dengan kayu pengukur yang digunakan untuk mengukur dalam mengerti bagaimana langkah kehidupan yang dilalui mahupun dalam menyusun bagaimana rupa hari-hari hadapan insan?
Rasanya adalah diambil dari kayu pengukur yang digunakan disekian-sekian waktu serta disekian-sekian tempat berdasarkan maklumat, pengetahuan, pemikiran, firasat rasa diri, sejarah silam, rupa-cara kehidupan sekitar serta juga jalan petunjuk yang diperolehi atau pun jalan perosak yang diikuti.
Katakan mereka yang menetap dihutan belantara, kayu pengukur bagi mengambarkan seseorang wira, tentulah yang bertubuh tegab, hebat memburu, hebat menumbangkan musuhnya, berpengetahuan tentang alam sekitar yang diduduki dll.
Manakala kayu pengukur untuk petani gigih dikawasan yang hasil utamanya adalah pertanian, tentulah petani gigih itu mempunyai ciri-ciri mempunyai maklumat lengkap tentang musim yang sesuai untuk tanaman, mahupun berpengetahuan tentang apa yang baik atau apa musuh tanamannya, kuat berkerat-tulang mengusahakan tanamannya dll.
Sementara, kayu pengukur untuk pelumba motor yang handal ditengah-tengah kota adalah mereka yang berani memecut melebihi had tempoh, berani mencelah dengan laju motornya diantara kenderaan-kenderaan lain, berani memandu dengan laju diselekoh-selekoh yang tajam, mempunyai motor berkuasa tinggi dll.
Begitulah contoh untuk seterusnya, yang mana kayu pengukur itu sendiri berubah-rubah mengikut faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi apa yang hendak diukur dan siapa pengukurnya.
Justeru kepada titik pengertian ukuran kebudayaan serta pemikiran dari cara hidup seharian, juga ada kayu-kayu pengukurnya, samaada dari kebenaran, mahu pun kebatilan, dari sesuatu yang penambahan kepada kebaikan atau yang mengundang kenestapaan dan mahupun seterusnya kepada sesuatu yang tidak diketahui apa kesannya nanti.
Lazimnya, dalam dunia yang bercorak global, kayu-kayu pengukur kepada sesuatu itu seakan-akan sama dimana-mana lantaran keadaan semasa yang berligar dalam kehidupan manusiawi. Tetapi, apakah benar semua kayu-kayu pengukur itu wajar untuk diguna-pakaikan serta diwajibkan pemakaiannya?
Contoh pertama, kayu pengukur untuk negara yang hebat, yang berhak memegang kuasa Veto, yang mampu mempengaruhi dunia semasa adalah negara yang mempunyai bom-bom atom atau nukliar, tetapi apakah benar itu sepatutnya menjadi kayu pengukur untuk negara yang hebat (dalam mana rakyatnya sendiri banyak menderita zahir dan batin)?
Contoh kedua, kayu pengukur untuk mereka yang paling modern dalam berpakaian, tentunya digambarkan para-para model dari Paris, London, New York dll mengayakan potongan-potongan bajunya diatas pentas, tetapi apakah itu suatu kebenaran (sedangkan diluar pentas, begitu banyak mereka yang berpakaian sederhana dan kelihatan lebih indah dari mereka-mereka yang diatas pentas yang disirami kegerlipan alat-alat soleknya)?
Contoh ketiga, kayu pengukur untuk seorang seniman, digambarkan terdiri dari yang kacak atau cantik, yang pandai memainkan berbagai-bagai watak, yang mempunyai galeri-galeri besar untuk mempamirkan hasil-seninya, yang pandai bermanda-manda, yang mempunyai suara buluh perindu (sedangkan ramai kalangannya hidup dalam gerak ciri hipokrit, menyatakan atau melakonkan sesuatu kebaikan tetapi bercanggah dengan dirinya sendiri)?
Contoh keempat, kelima dan seterusnya.... dan yang sebenarnya bukanlah niat untuk mengkritik tetapi menanyakan bagaimana kayu pengukur yang sebenarnya untuk mengukur apa yang dikehendaki oleh Allah Taala?


bersambung.....
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga