Al-Ghazwul Fikri telah sekian lama melanda
dunia Islam. Ianya adalah dari dua patah perkataan iaitu al-Ghazw dan
al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan manakala al-Fikr pula
bermakna pemikiran (minda).
Dari segi definisi secara umum,
ianya adalah satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu pihak atau
bangsa untuk menjajah pihak atau bangsa yang lain dengan mempengaruhi
mindanya sehingga mereka menghala ke arah yang sama.
Strategi Al-Ghazwul Fikri yang dilakukan oleh pihak musuh Islam ini dalam mengawal minda umat Islam boleh diklaskan sebagai::
Pertama – Tasykik, iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan
dan kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran
agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang
(memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau
berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup
zaman sekarang.
Kedua – Tasywih, iaitu gerakan yang
berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya.
Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul
rasa rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka
melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui
media massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu
kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang
kurang menyenangkan pendengarnya.
Ketiga – Tadzwib, iaitu
usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought).
Di sini, kuffar dan munafiqin telah mencampur-adukkan antara hak dan
batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam
kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman
hidup.
Keempat – Taghrib, iaitu usaha menceritakan
kelebihan pihak luar Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam
untuk menerima pemikiran dan budaya mereka seperti sekularisme,
pluralisme, nasionalisme songsang, dan liberalisme.
Perkara ini telah diberi amaran didalam Al quran juga hadith Nabi:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu
hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk
Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar)”; dan Sesungguhnya jika kamu
mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka
Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah ayat 120)
“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A
daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak
langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi
sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu
mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan
Nasrani? Kata baginda: Siapa lagi (jika bukan mereka).” - (Bukhari)
Hari ini, telah jelas bagaimana Al-Ghazwul Fikri ini dilakukan saban waktu oleh pihak musuh Islam. Lantaran itu, cara yang utama dalam menangkis serangan minda dari pihak musuh Islam adalah dengan menghidupkan sentiasa usaha dakwah dimana, hati dan pemikiran disatukan pertama-tamanya untuk bagaimana mengajak insan semua termasuk diri agar sentiasa cuba menuju jalan Allah.
Showing posts with label minda. Show all posts
Showing posts with label minda. Show all posts
Sunday, August 11, 2013
Saturday, June 23, 2012
Perbezaan sekular dan Islam
Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap
pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan
negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan diantara
kerajaan dan sebuah agama negara, seperti menghapuskan langsung atau
mengantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Al-Quran dll)
dengan undang-undang sivil.
Sedang, Islam adalah agama yang
sempurna (kaffah), mengatur seluruh aspek kehidupan. Mulai dari yang
dipandang kecil seperti memakai sandal dimulai dengan kaki kanan
terlebih dahulu sehingga mengatur segala urusan umum mahupun membina
strategi untuk kemaslahatan (kebaikan) umum.
Islam mengatur
segenap perbuatan insan dalam hubungan insan dengan Khaliq-nya, sebagaimana tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual iaitu seperti: tauhid,
salat, zakat, puasa dan lain-lain. Kedua, mengatur hubungan manusia
dengan dirinya sendiri yang diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan
makanan. Ketiga, mengatur manusia dengan lingkungan sosial iaitu dalam hal mu’amalah dan uqubat seperti buat sistem ekonomi Islam,
sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam,
strategi pendidikan, strategi pertanian, dan lain sebagainya.
Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain, sebab Islam tidak sebatas ibadah ritual dan spiritual belaka, namun juga memasuki ruang untuk kemaslahatan umum. Maka kaum muslim yang memisahkan agama Islam dengan kehidupan umum (fasluddin \’anil-hayah) bererti dia telah terkena virus sekularisme. Hanya-sanya wajar difahami, bukan suasana politik memasuki suasana Islam tetapi suasana Islam yang wajar dimasukkan kedalam suasana politik seperti bukan suasana pasar yang riuh-rendah (fitnah-umpat mengadu-domba, berebut kuasa dll) dimasukkan kedalam masjid tetapi suasana masjid (zikir, quran, tawaduk, tenang dll) dimasukkan kedalam suasana pasar.
Dan dakwahlah tongak panjinya buat memasuki
ruang kemaslahatan umum bukan politik, politik hanya berupa suatu alat
kecil (seperti pinggan-mangkuk atau periuk yang dibawa dijalan Allah,
hanya digunakan untuk memasak agar mereka yang bersama tidak kelaparan)
dalam berdakwah kepada kebenaran bukan sebaliknya.
Wallahualam....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory

