Showing posts with label konsep kendiri. Show all posts
Showing posts with label konsep kendiri. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Konsep kendiri 3


Sesungguhnya, usaha amar makruf nahi mungkar (mengajak kearah kebaikan, mencegah kemungkaran) adalah suatu usaha kearah pembentukan konsep kendiri yang positif untuk semua peringkat samaada seorang yang bertubuh sempurna atau cacat, berakedemik tinggi atau tidak, seorang yang berada atau tidak, gagah atau lemah, lelaki atau wanita dan seterusnya.

Ini kerana dalam usaha ini, adanya pengertian bahawa setiap insan adalah suatu aset yang amat berharga serta adanya pengertian bahawa kehidupannya didunia ini bukannya suatu yang sia-sia, malah mempunyai matlamat yang mulia untuk dicapai iaitu kejayaan buat kehidupan yang sebenarnya, maka dari itu, lahirlah keyakinan pada diri, keyakinan pada kemampuan diri, tidak berputus-asa disamping menghargai kehidupan yang ada.

Selain daripada itu juga, usaha amar makruf membuat seseorang itu wajar sahaja menjadi seorang yang bertanggung-jawab disamping sifat qanaah, sifat ikram, pemurah, sifat bermaaf-maafan, peramah, sikap terbuka dalam memberi pandangan disamping menilai pandangan pihak lain, sikap bertolak-ansur dan seterusnya yang mana semuanya ini adalah sesuatu yang membuat diri membawa konsep kendiri yang positif.

Dalam kehidupan ini, sebolehnya tiada siapa yang mahu menderita atau tertekan seperti berada dalam golongan yang dipanggil kasta terbawah oleh mereka yang merasa diri mereka kasta diatas, dihimpit kemiskinan, cacat sesuatu anggota yang membuat diri terencat dalam pergerakan, I.Q yang lemah, masaalah-masaalah diri samaada dari sudut zahir seperti wajah yang tidak menarik atau dari sudut batin, kehidupan yang dipanggil ketinggalan zaman, tekanan beban dari dosa yang dilakukan, dibelenggu oleh sesuatu penyakit dan seterusnya yang mana mampu membuat diri membawa konsep kendiri yang negatif.

Konsep kendiri yang negatif hanya membuat diri semakin tidak bermaya, semakin tiada berkeyakianan pada diri, tidak produktif dan seterusnya, justeru itu, wajarnya suatu usaha diperlukan buat diri agar keyakinan pada diri kembali serta dapat merasa kembali bahawa kehidupan, adalah suatu yang berharga. Dan terdapat berbagai-bagai usaha yang dapat dilakukan dalam mencapai kembali konsep kendiri yang positif manakala usaha amar maakruf (mengajak kearah kebaikan) adalah yang terbaik kerana ia dapat menjangkau setiap peringkat mahupun setiap taraf seseorang insan.

Dalam mana usaha amar makruf (mengajak kearah kebaikan) adalah asasnya usaha membaiki diri, berusaha meninggalkan kelemahan diri atau kesilapan yang dilakukan disamping cuba bangkit berdikari dengan pengertian bahawa hidup didunia hanya sekali dan waktu giat berlalu pergi, jadi apa sebenarnya dicari melainkan untuk suatu kejayan yang hakiki. Serta suatu sikap berbakti dalam suatu pencapaian darjat insan yang pasti.

Saturday, September 12, 2009

Konsep kendiri - 2


Konsep kendiri, tanggapan diri seseorang individu yang darinya, setiap insan berpotensi mengendali atau mencaturkan gerak diri, cara hidup atau cara berfikir dalam penampilan kehidupan sehariannya dan seterusnya kepada pembentukan jati diri. Perubahan-perubahan pada konsep kendiri mampu membawa kepada krisis jati diri bergantung dari tanggapan yang diambil atau diturutinya serta dari mana datangnya sesuatu tanggapan tersebut mahupun ia bermatlamat atau tidak.

Samaada yang diambilnya dari suatu tanggapan yang dapat diterjemahkan juga kemudiannya untuk bentuk umumi (seperti dari sudut kemasyarakatan) atau sesuatu tanggapan yang hanya berbentuk peribadi, (seperti dari sudut individualisme) atau juga imbangan antara keduanya (seperti dalam suatu tanggapan bahawa diri perlu menekankan pengibadatan khusus hanya kepada Pencipta dengan meninggalkan duniawi, tetapi dalam pada itu, ditekankan juga bagaimana untuk berkeluarga dan bermasyarakat)

Seseorang yang mengambil tanggapan bahawa keterbukaan pada umum itu suatu yang membawa kebaikan, kerana dengan keterbukaan ini, dapat dia berkenal-kenalanan, berinteraksi, bertukar-tukar pandangan, mendalami pengetahuan dan lain-lain namun wajar juga mengundang pada keburukan bila tanggapan tersebut keterlaluan yang membuatnya terjebak dalam pergaulan bebas antara bukan mahram, kehidupan atau pemikiran yang tiada batasan, penerimaan pengaruh-pengaruh negatif dari yang lain, liberalisasi berlebihan dan seterusnya.

Atau sebaliknya, seseorang yang mengambil suatu tanggapan bahawa kebaikan pada tertutupnya diri daripada umum atau isolasi (Isolation, solitude) dari dunia luar diri dalam mana tanggapan ini juga terdapat banyak kebaikan, kerana dengan mengasingkan dirinya, dapat dia lebih mengkhususkan sesuatu kebaikan untuk diri, menjauhi pengaruh negatif dari pihak lain, kurangnya pengantungan pada pihak lain dan seterusnya, namun wajar juga mengundang kepada keburukan iaitu menjadi insan yang hanya mementingkan diri sendiri, jumud, tidak mahu mendengar nasihat atau pandangan pihak lain, tiada semangat kejiranan, tiada semangat tolong-menolong dan seterusnya.

Misal, seseorang yang begitu menitik-beratkan pengetahuan atau amalan untuk dirinya tetapi disamping itu membawa tanggapan isolasi (pengasingan) dari pihak lain yang keterlaluan, maka konsep menitik-beratkan pengetahuan atau amalannya itu wajar sahaja membuatnya memandang rendah pada pihak lain yang tidak setinggi pengetahuan atau amalan sepertinya dan ini melahirkan insan yang hanya mementingkan diri sendiri, sombong atau tiada semangat tolong-menolong sebagaimana lazimnya terdapat dikota-kota maju. (Sebagaimana adanya kes jiran disebelah rumah telah meninggal dunia beberapa hari lamanya, namun tiada siapa yang mengambil peduli kerana konsep isolasi)

Atau juga kerana konsep isolasi yang keterlaluan, membuat tiada keyakinan pada diri, cepat berkecil hati, melihat kekerdilan diri dan semakin memencilkan diri dari pihak lain.......


bersambung......

Sunday, August 16, 2009

Konsep kendiri - 1


Konsep kendiri (Self concept) adalah suatu penilaian atau suatu tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri samaada dilantasan kebaikan, keburukan, positif atau negatif. Suatu konsep yang meliputi persepsi tentang dirinya, kebolehannya, kemampuaannya serta penampilannya dalam mana suatu proses yang menentukan seterusnya tingkah-laku, pemikiran, gaya hidup mahupun kepada jati-diri yang dimiliki.

Konsep kendiri ini adalah suatu konsep yang bergantung dari sudut mana yang diambil untuk menilai sesuatu tersebut, tentang apakah yang dianggap sesuatu itu kebaikan atau keburukan dan asas yang diambil untuknya menetapkan sesuatu keputusan tentang apakah sesuatu tersebut samaada asas dari dirinya iaitu dari pegangan hidup, pengalamannya, pengetahuan, imaginasi diri dan seterusnya atau dari penilaian pihak lain seperti masyarakat sekitarnya, teman-temannya, alam pendidikannya, pengaruh media-media, sesuatu ideologi dan seterusnya.

Sesuatu penilaian atau tanggapan pada konsep kendiri itu mungkin pada dirinya adalah sesuatu kebaikan tetapi pada penilaian pihak lain, ia adalah suatu keburukan atau sebaliknya. Mungkin juga dalam masyarakat ditempat dimana tinggalnya, bercanggah-canggah penilaian terhadap sesuatu tersebut, namun begitu dalam apa-apa keadaan, tetap adanya rumusan pada setiap individu apa itu konsep kendirinya samada kesan dari tanggapan pihak majoriti atau pihak minoriti serta juga mungkin bentuk rumusannya adalah luar dari persepsi masyarakat sekitarnya.

Apa yang dimengertikan melalui tanggapan masyarakat sekelilingnya yang menganggap sesuatu itu kebaikan mungkin hakikatnya adalah suatu keburukan seperti contohnya disuatu masyarakat yang tanggapan umumnya yang menilai seseorang yang begitu bergaya, berpakaian berjenama mahal, berkenderaan mewah itu membawa tanda seorang yang berjaya atau penuh kebaikan sedangkan hakikatnya ramai yang penilaian konsep kendirinya sebegitu, terperangkap dengan hutang yang menimbun serta hidup dalam hipokrasi dibawah falsafah biar papa asal bergaya.

Atau dalam sesuatu masyarakat yang menganggap sesuatu itu keburukan sedangkan hakikatnya adalah kebaikan contohnya suatu masyarakat yang menganggap seorang gadis yang menutupi auratnya, bertudung labuh mahupun berniqap adalah kolot atau ketinggalan zaman sedangkan pada gadis yang konsep kendirinya menutup aurat itu adalah suatu kebaikan dalam mana sigadis tersebut terselamat dari gejala fitnah seperti mengoda setiap lelaki untuk melihat tubuh badan dirinya mahupun terselamat dari kehidupan bebas lepas yang membuat ramai gadis lain yang tidak menutup auratnya menderita dipermainkan oleh pihak-pihak lelaki jahat.

....bersambung....
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga