Idea
pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang
dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
diHotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah-hari dihadapan
Persatuan Wartawan Luar Negeri diAsia Tenggara. Tunku melahirkan idea
untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang
melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British,
iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea ini dilahirkan
atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar
untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi
sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadangan ini membawa
maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk
mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan
pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Lee Kuan Yew,
Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan
dengan Persekutuaan Tanah Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan
kemerdekaan lebih awal dan disamping dapat mengawal pengaruh komunis.
Bagaimanapun, cadangan percantuman hanya Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu ini ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah
tentang ketidakseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura
adalah kaum Cina.
Idea Tunku ialah pembentukan Malaysia hendaklah
mengimbangi jumlah penduduk, lantaran itu bukan hanya Singapora yang
menyertai pembentukan Malaysia tetapi Sabah, Sarawak dan juga Brunei.
Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau
digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial.
Pengabungan Tanah Melayu hanya dengan Singapura akan menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk
Singapura berbangsa Cina. Manakala kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei
akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah
bumiputera.
Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan
Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada
pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan
masing-masing. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan
menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat
Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru.
Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah
diterima oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjanjian
Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 anggota negeri yang
terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya
pada 16 September 1963.
Pembentukkan Malaysia ditubuhkan diatas
faktor-faktor tertentu. Antara faktor-faktor tersebut ialah mengelak
ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses
kemerdekaan dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.
Pada tahu
50an, kegiatan komunis kian bertambah di Singapura dengan situasi
politiknya diwaktu itu. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk kesekolah
Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan
satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi
rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party -
PAP) dibawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu
sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan
PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan-raya
kecil dikawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura
( United People’s Party - UPP ) pada bulan Mei 1961 dan pilihan-raya
dikawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee
Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh
komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu
Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini
telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik
dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang
komunis meresap masuk keTanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan
Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat
menyekat pengaruh mereka.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik
Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan
semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu
Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak dikalangan kesatuan sekerja,
pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis.
Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat
pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Dengan itu, diharapkan melalui
gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman
komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan melalui penubuhan
Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang
dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada
dibawah penjajahan British sewaktu cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal
ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadangan negeri jajahan,
manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi
membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan
British dirantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan
wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar. Pemberian kemerdekaan
yang lebih cepat juga dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak
diTanah Melayu dan dinegeri-negeri yang terlibat. Sekiranya negeri
tersebut tidak diberi kemerdekaan, British bimbang gagasan Malaysia akan
dipengaruhi oleh komunis lantaran pertembungan ideologi ketika itu dan
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang. Selain
itu, British juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan British diAsia
Tenggara dimana peperangan dingan antara blok barat dan Komunis
memungkinkan kuasa luar iaitu blok Komunis menakluki Brunei, Sabah,
Sarawak dan Singapura.
Melalui Persekutuan Malaysia,
negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan
perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara
anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.Menurut Tunku, apa
yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah
negeri yang masih mundur ketika itu yang masih dijajah oleh British
manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang
kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan
ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini
kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah,
manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura
pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
Disamping itu, pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah untuk menjaga
kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Kaum bumiputera diSabah dan
Sarawak boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai
Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan
Tanah Melayu.
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan
Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah,
Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura
sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan
menghilangkan majoriti kaum Bumuputra. Ini kerana Singapura mempunyai
80% penduduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan
terbesar.
Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan
menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang
Melayu menjadi 43%. Anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun
60an, adalah kira-kira 50% kaum Bumiputra dan 36.9% orang Cina. Justeru
itu, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
bumiputera akan kekal sebagai kumpulan terbesar.
Proses
perbincangan dan perundingan kearah pembentukkan Malaysia ini sebenarnya
sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan
dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan
juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua
pihak. Cadangan pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi.
Sebahagian besar rakyat negeri asal berminat, tetapi darjah minat itu
berubah-ubah dari semasa kesemasa. Ini terjadi akibat perkembangan
politik tempatan dan oleh perubahan yang berlaku dinegeri anggota yang
lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan
individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul
itu. Antara proses-proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold,
Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan
Pengisytiharan Malaysia.
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun
1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan
Sabah ) dengan dianggotai oleh Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee
Kuan Yew (Singapura, Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung
Jugah Anak Berieng (Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei).
Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
· Memberitakan konsep Malaysia kepada rakyat diSabah, dan Sarawak.
· Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
· Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4
mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961),
Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia
semakin mendapat sokongan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai
Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian,
JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh
wakil-wakil dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23
Februari 1962.
Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
· Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
· Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
· Islam adalah agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
· Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
· Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
· Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
· Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
· Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.