Apatah lagi untuk dikaitkan sesuatu bangsa tersebut samada dari leluhur Sam, Ham atau Yafets (anak nabi Nuh a.s) yang telah beratus-ribu tahun terdahulu.
Tambahan pula atas beberapa faktor seperti contohnya banyak kacukan atau kahwin campur, asimilasi atas penguasaan suatu bangsa keatas bangsa yang lain, berlaku mutasi genetik diantara penduduk atau individu yang diuji dll.
Lebih 80,000 tahun yang lalu, sekitar kawasan berpasir yang luas di Semenanjung Arab adalah padang rumput yang subur. Sepuluh ribu tasik kuno dan tulang dari haiwan seperti kuda nil dan mamalia akuatik telah dijumpai di seluruh wilayah.
Didapati juga jejak yang ada sejak lebih dari 80,000 tahun dan juga dijumpai tulang jari manusia dekat tapak tasik Arab Saudi kuno yang disebut Al Wusta. Disamping itu, terdapat lukisan kuno di Jebbah dan al-Shwemas yang berusia lebih 10,000 tahun.
Sememangnya Tanah Arab dahulu begitu maju dan bertamadun tinggi sebagaimana riwayat kaum Aad, Kaum Tsamud. Sabaan dll. Dan dari situ juga agama bertauhid Tuhan yang satu sentiasa wujud.
Mereka ini adalah dari jalur keturunan Sam bin Nuh. (Terdapat juga segelintir dari keturunan Ham dan Yafeth yang berulang-alik ke situ)
Contohnya juga, Petra (dari πέτρα petra, "batu" dalam bahasa Yunani; bahasa Arab: البتراء, al-Bitrā, sebuah situs arkeologikal di Ma'an, Jordania yang dibangunkan oleh kaum purba Arab, Nabataeans.
Ianya pernah merupakan pusat penting buat perniagaan bangsa Arab dengan dunia luar. UNESCO mengambarkan ianya sebagai "salah satu peninggalan kultural yang paling penting dalam peradaban manusia"
Tapak Al Sibetah memelihara lumpur dan endapan dari dasar sungai, sejak 160.000 tahun. Ditemui bukti lima fasa basah, di mana sungai-sungai mengalir dan lumpur ditumpahkan.
Pada waktu kering, terdapat sedikit aliran air dan kurang kelodak yang terbaring.
Fasa basah pertama berlaku antara 160,000 hingga 150,000 tahun yang lalu, dan yang paling baru adalah sekitar 55,000 tahun yang lalu. Dari sini, bila kawasannya mula menjadi kurang sesuai untuk diduduki lantaran keadaan cuaca yang semakin membahang, maka bermulanya gelombang besar-besaran penghijrahan dari Timur Tengah ke alam Nusantara dan seterusnya melahirkan bangsa Melayu Austronesia.
Tentang teori keluar dari Afrika (out of Africa), terdapat error atau kesilapan besar yang ramai tidak menyedari bahawa dibawah pandangan teori ini, bahawa semua manusia keluar dari Afrika (out of Africa theory), ianya sebenarnya berlandaskan teori evolusi Darwin.
Mungkin dari gelombang manusia yang setelah berada di Afrika, sekumpulan darinya kemudian berhijrah keluar mencari penempatan baru yang lebih sesuai dan ini bukan bermakna semua keturunan manusia berasal dari Afrika.
Teori evolusi Darwin dimana dari monyet berevolusi kepada manusia primitif di benua Afrika dan kemudiannya tersebar ke merata dunia melalui beberapa penemuan yang tidak berfakta seperti contohnya penemuan tulang purba (lucy) yang dikatakan ada kaitan dengan Homo Sapian (manusia), sedangkan langsung tiada kaitan spesies terdahulu dengan Homo Sapian. (penulis pernah ke Ethiopia dan melihat sendiri tulang-tulang purba tersebut untuk sudut pengkajian)
Sesungguhnya juga tidak benar menyatakan bahawa bangsa Arab adalah bangsa yang sedari awal primitif dan tidak tahu apa-apa. Zaman Jahiliah iaitu zaman sebelum kedatangan agama Islam, dimana bangsa Arab tinggal dalam dunia Jahiliahnya dan penuh karut-marut adalah kerana proses devolusi dimana proses devolusi ini telah pernah terjadi kepada setiap bangsa di seluruh sudut dunia.
Proses devolusi juga terjadi kepada bangsa Austronesia dimana bangsa Austronesia ini kemudiannya menganut kepercayaan paganisme iaitu Animisme, kepercayaan bahawa objek, tempat dan makhluk memiliki intipati rohani yang berbeza serta Totemism, kepercayaan di mana manusia dikatakan mempunyai hubungan mistik dengan makhluk roh, seperti binatang atau tumbuhan dan bertuhankan pada mahluk-mahluk yang dianggap memiliki kuasa.
Kepercayaan ini juga membina suatu kebudayaan yang masih dapat dikesan pada setiap suku-suku atau kaum dari rumpun bangsa Austronesia. Asasnya, kebudayaan hidup berkaitan alam sekitar namun kerap penuh dengan dunia mistik, sihir dan tahyul atas kepercayaan akan kuasa alam dan sampai peringkat mempertuhankannya.
Hatta kalangan rumpun bangsa Melayu, terdapat segelintir yang masih mengamal dan memiliki kepercayaan paganisme ini biarpun hampir 100% rumpun bangsa Melayu adalah penganut agama Islam. Seperti pengamalan ilmu hitam dll. Mungkin ini terjadi kerana proses dakwah Islam belum sepenuhnya merangkumi segenap pelusuk dan taraf di kalangan rumpun bangsa Melayu.
Yang menjadi pertanyaan, bagaimanakah kepercayaan animisme-totemism atau dipanggil paganisme ini dapat berkembang keseluruh pelusuk dunia dengan ke-samaan yang dimiliki dari satu sama lain?
Tamat - Maaf, semua kajian saya samada terdahulu seperti di blogspot, ebook dll. dan kini di facebook adalah berbentuk bacaan santai dan majalah untuk memberi ruang, terutama untuk saya, mendalami serta membuka minda (Weltanschauung) akan sesuatu topik kerana itu saya tidak senaraikan reference atau rujukan. Namun saya sentiasa berhati-hati agar segala tulisan saya selari dengan pegangan agama Islam ASWJ. Terpulanglah pada apa pandangan pembaca, hanya dinasihatkan sekiranya ada keraguan, sila buat kajian sendiri seperti mencari bahan sumber dll.
No comments:
Post a Comment