Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 7

Kaitan Austronesia dengan tinggalan peradaban dan kebudayaan. Monumen Yonaguni, yang kini berada didalam perairan negara Jepun, sebenarnya terletak berhampiran dengan Taiwan (106 km dari Taiwan). Ianya dipercayai sebahagian tinggalan dari peradaban bangsa Austronesia. Masaaki Kimura menyatakan bahawa ciri-ciri Monumen Yonaguni, adalah runtuhan dari peradaban Mu.
Berukuran 150 meter kali 40 meter dengan ketinggian sekitar 30 meter. Struktur disekitarnya jelas terdapat potongan-potongan buatan manusia dan dipercayai ianya bukah batu yang dijadi asas buat sesuatu binaan yang berusia sekitar 9000 tahun namun terdapat sarjana yang tidak mempercayai ianya buatan manusia lantaran mereka tidak percaya manusia dahulu telah maju, maka didakwanya bahawa monumen Yonaguni hanyalah proses semulajadi. Sebegitu juga dengan situs Gunung Padang (terletak di Pulau Jawa) yang diperkirakan dibangun sekitar 8000 SM atau sekitar 12,500 tahun dahulu. Usianya jauh lebih tua dari Piramida di Mesir, peninggalan kota tua Mahenjo Daro dan Harrapa di India dan tamadun Mesopotamia.
Struktur megalitikum Gunung Padang tidak dibangun pada satu era, tetapi dibangun berlanjutan dalam tiga masa dari 8000 SM (atau 12,500 tahun) hingga 1000 SM. Batu-batunya berbentuk segi empat tepat dan menerusi penyelidikan pakar geoelektrik yang menempatkan radar bawah tanah, mendapati teres bukit setebal 100 meter itu mempunyai pelbagai lapisan.
Daripada lapisan itu, terbenam struktur binaan manusia prasejarah sejauh 15 meter ke dalam tanah. Pakar mengesahkan batu yang terbenam antara tiga hingga empat meter bawah permukaan bumi berusia kira-kira 6,500 tahun, manakala yang lebih dalam daripada itu berusia dalam lingkungan 12,500 tahun. Biarpun ianya kelihatan bukan kejadian proses alam semulajadi, tambahan ditemui bukan hanya satu jenis batu pada lapisan pembinaannya serta bagaimana potongan batunya yang teratur, namun ada pihak yang menyatakan ianya terjadi secara semula-jadi. Sememangnya selalu terjadi pertembungan pendapat-pendapat akan sesuatu isu atau kajian. Kehidupan manusia itu sendiri penuh dikelilingi oleh teori-teori yang entah betul atau tidak namun pada mereka yang berpegang pada teori evolusi Darwin, sukar untuk mempercayai akan manusia-manusia dahulu telah jauh maju peradabannya. Untuk mereka penganut teori evolusi Darwin, manusia dahulu adalah kera, kemudian hidup primitif dan berevolusi menjadi manusia modern hari ini dimana bangsa kulit putih kononnya pada tahap tertinggi evolusinya. Atas itu, segala yang dari zaman silam sekiranya didapati begitu maju, ianya ditolak mentah-mentah dengan berbagai-bagai pendapat, atau disembunyikan, atau mahupun dikatakan ianya adalah dari mahluk asing (allien) yang datang kemuka bumi. Ianya sama seperti cerita karut-marut dari zaman dahulu, dimana bila ada manusia-manusia yang memiliki sesuatu yang luar-biasa dikatakan dewa-dewa atau tuhan-tuhan. Melalui pengetahuan agama samawi, apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu proses devolusi sebenarnya yang selalu terjadi pada fasa-fasa zaman kehidupan manusia hatta saiz fizikal manusia. Nabi Adam, yang merupakan ayah kepada setiap Homo sapien (manusia modern), bersaiz besar 60 hasta dan memiliki ilmu pengetahuan melebihi segala ilmu pengetahuan para malaikat. Malah dizaman Nabi Adam, manusia telah mengenal dunia penulisan dimana diriwayatkan diturunkan pada Nabi Syits a.s 50 suhuf, Nabi Idris a.s 30 suhuf, Nabi Ibrahim a.s 10 suhuf dan Nabi Musa a.s 10 suhuf. Suhuf-suhuf adalah lembaran-lembaran bertulis yang terpisah (tidak dibukukan) buat petunjuk atau pencerahan kepada manusia. Mungkin generasi-generasi pertama ini tidak dapat membangunkan kota-kota atau penempatan besar lantaran populasi awalnya tidak ramai, tetapi jelas mereka hidup dalam suatu peradaban budaya yang teratur, bukan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa sebagaimana selalu didendangkan oleh dunia hari ini yang terperangkap dalam kerangka pemahaman teori evolusi Darwin. Asas berlakunya proses devolusi pemikiran dan peradaban keatas manusia adalah pertama-tamanya bila mereka memalingkan diri dari mempercayai Tuhan yang Maha Esa lalu menyembah mahluk-mahluk serta engkar kepada kebenaran yang mana membawa pemikiran dan kebudayaan kehidupan ke zaman kegelapan dan hidup dalam alam kepercayaan karut-marut. Yakin akan kuasa-kuasa mahluk atau sesuatu benda dan seterusnya tergelincir dari cahaya kebenaran dan melakukan barbagai-bagai kemungkaran. Ini menyebabkan mereka dimusnahkan oleh Tuhan yang Maha Esa samada keperingkat zero populasi seperti contoh apa yang terjadi kepada kaum Aad serta kaum Luth, atau tinggal sebahagian kecil saki-baki yang bertebaran memulakan kehidupan baru dari titik permulaan (start from the scratch). Bersambung....

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga