Saturday, April 17, 2021

Austronesia - bhg. 10

Kaitan dengan leluhur keturunan dan kepercayaan. Sebenarnya, ujian DNA hanya dapat mengesan asal leluhur seseorang kembali sekitar 1,000 tahun yang lepas atau 50 generasi sebelumnya. Selebihnya ianya masih amat kesamaran dan sampai saat ini, belum ada teknoloji untuk menjejak data yang 100% benar. 

Apatah lagi untuk dikaitkan sesuatu bangsa tersebut samada dari leluhur Sam, Ham atau Yafets (anak nabi Nuh a.s) yang telah beratus-ribu tahun terdahulu. 

Tambahan pula atas beberapa faktor seperti contohnya banyak kacukan atau kahwin campur, asimilasi atas penguasaan suatu bangsa keatas bangsa yang lain, berlaku mutasi genetik diantara penduduk atau individu yang diuji dll. Lebih 80,000 tahun yang lalu, sekitar kawasan berpasir yang luas di Semenanjung Arab adalah padang rumput yang subur. Sepuluh ribu tasik kuno dan tulang dari haiwan seperti kuda nil dan mamalia akuatik telah dijumpai di seluruh wilayah.

Didapati juga jejak yang ada sejak lebih dari 80,000 tahun dan juga dijumpai tulang jari manusia dekat tapak tasik Arab Saudi kuno yang disebut Al Wusta. Disamping itu, terdapat lukisan kuno di Jebbah dan al-Shwemas yang berusia lebih 10,000 tahun. 

Sememangnya Tanah Arab dahulu begitu maju dan bertamadun tinggi sebagaimana riwayat kaum Aad, Kaum Tsamud. Sabaan dll. Dan dari situ juga agama bertauhid Tuhan yang satu sentiasa wujud. 

Mereka ini adalah dari jalur keturunan Sam bin Nuh. (Terdapat juga segelintir dari keturunan Ham dan Yafeth yang berulang-alik ke situ) Contohnya juga, Petra (dari πέτρα petra, "batu" dalam bahasa Yunani; bahasa Arab: البتراء, al-Bitrā, sebuah situs arkeologikal di Ma'an, Jordania yang dibangunkan oleh kaum purba Arab, Nabataeans. 

Ianya pernah merupakan pusat penting buat perniagaan bangsa Arab dengan dunia luar. UNESCO mengambarkan ianya sebagai "salah satu peninggalan kultural yang paling penting dalam peradaban manusia" Tapak Al Sibetah memelihara lumpur dan endapan dari dasar sungai, sejak 160.000 tahun. Ditemui bukti lima fasa basah, di mana sungai-sungai mengalir dan lumpur ditumpahkan. 

Pada waktu kering, terdapat sedikit aliran air dan kurang kelodak yang terbaring. Fasa basah pertama berlaku antara 160,000 hingga 150,000 tahun yang lalu, dan yang paling baru adalah sekitar 55,000 tahun yang lalu. Dari sini, bila kawasannya mula menjadi kurang sesuai untuk diduduki lantaran keadaan cuaca yang semakin membahang, maka bermulanya gelombang besar-besaran penghijrahan dari Timur Tengah ke alam Nusantara dan seterusnya melahirkan bangsa Melayu Austronesia. 

Tentang teori keluar dari Afrika (out of Africa), terdapat error atau kesilapan besar yang ramai tidak menyedari bahawa dibawah pandangan teori ini, bahawa semua manusia keluar dari Afrika (out of Africa theory), ianya sebenarnya berlandaskan teori evolusi Darwin. 

Mungkin dari gelombang manusia yang setelah berada di Afrika, sekumpulan darinya kemudian berhijrah keluar mencari penempatan baru yang lebih sesuai dan ini bukan bermakna semua keturunan manusia berasal dari Afrika. 

Teori evolusi Darwin dimana dari monyet berevolusi kepada manusia primitif di benua Afrika dan kemudiannya tersebar ke merata dunia melalui beberapa penemuan yang tidak berfakta seperti contohnya penemuan tulang purba (lucy) yang dikatakan ada kaitan dengan Homo Sapian (manusia), sedangkan langsung tiada kaitan spesies terdahulu dengan Homo Sapian. (penulis pernah ke Ethiopia dan melihat sendiri tulang-tulang purba tersebut untuk sudut pengkajian) 

Sesungguhnya juga tidak benar menyatakan bahawa bangsa Arab adalah bangsa yang sedari awal primitif dan tidak tahu apa-apa. Zaman Jahiliah iaitu zaman sebelum kedatangan agama Islam, dimana bangsa Arab tinggal dalam dunia Jahiliahnya dan penuh karut-marut adalah kerana proses devolusi dimana proses devolusi ini telah pernah terjadi kepada setiap bangsa di seluruh sudut dunia. 

Proses devolusi juga terjadi kepada bangsa Austronesia dimana bangsa Austronesia ini kemudiannya menganut kepercayaan paganisme iaitu Animisme, kepercayaan bahawa objek, tempat dan makhluk memiliki intipati rohani yang berbeza serta Totemism, kepercayaan di mana manusia dikatakan mempunyai hubungan mistik dengan makhluk roh, seperti binatang atau tumbuhan dan bertuhankan pada mahluk-mahluk yang dianggap memiliki kuasa. 

Kepercayaan ini juga membina suatu kebudayaan yang masih dapat dikesan pada setiap suku-suku atau kaum dari rumpun bangsa Austronesia. Asasnya, kebudayaan hidup berkaitan alam sekitar namun kerap penuh dengan dunia mistik, sihir dan tahyul atas kepercayaan akan kuasa alam dan sampai peringkat mempertuhankannya. 

Hatta kalangan rumpun bangsa Melayu, terdapat segelintir yang masih mengamal dan memiliki kepercayaan paganisme ini biarpun hampir 100% rumpun bangsa Melayu adalah penganut agama Islam. Seperti pengamalan ilmu hitam dll. Mungkin ini terjadi kerana proses dakwah Islam belum sepenuhnya merangkumi segenap pelusuk dan taraf di kalangan rumpun bangsa Melayu. 

Yang menjadi pertanyaan, bagaimanakah kepercayaan animisme-totemism atau dipanggil paganisme ini dapat berkembang keseluruh pelusuk dunia dengan ke-samaan yang dimiliki dari satu sama lain? 

Tamat  - Maaf, semua kajian saya samada terdahulu seperti di blogspot, ebook dll. dan kini di facebook adalah berbentuk bacaan santai dan majalah untuk memberi ruang, terutama untuk saya, mendalami serta membuka minda (Weltanschauung) akan sesuatu topik kerana itu saya tidak senaraikan reference atau rujukan. Namun saya sentiasa berhati-hati agar segala tulisan saya selari dengan pegangan agama Islam ASWJ. Terpulanglah pada apa pandangan pembaca, hanya dinasihatkan sekiranya ada keraguan, sila buat kajian sendiri seperti mencari bahan sumber dll.

Austronesia - bhg. 9

Kaitan dengan perladangan dan kehidupan persekitaran. Lazimnya, dunia hari mengukur bermulanya kemajuan serta peradaban sesebuah komuniti adalah dengan bermulanya perladangan dimana dikatakan lewat 6000 SM, iaitu sesuatu kawasan tersebut mula berevolusi maju lantaran bermulanya aktiviti perladangan sedangkan ini tidak benar kerana sehingga ke hari ini, banyak kawasan yang telah berkurun-kurun adanya perladangan tetapi tidak maju. Perladangan, iaitu pertanian serta penternakan sebenarnya bermula sejak seawal manusia berada dimuka-bumi, iaitu zaman Nabi Adam a.s, dimana manusia telah mengatur kehidupannya dengan pertanian dan penternakan untuk kelangsungan kehidupan. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa makanan yang pertama kali dimakan oleh Adam a.s dimuka-bumi adalah bahan makanan yang dibawa oleh Jibrail, iaitu berupa tujuh biji gandum. Adam a.s bertanya: "Apa ini" Jibrail menjawab: "Ini makanan yang berasal dari pohon terlarang yang dulu engkau dilarang memakannya, tapi tetap memakannya". Adam a.s bertanya: "Apa yang mesti aku lakukan terhadap biji gandum ini" Jibrail menjawab: "Tanamlah biji-biji tersebut di bumi" Dalam riwayat lain, anak Nabi Adam a.s yang pertama iaitu Qabil adalah seorang petani manakala adiknya Habil merupakan seorang penternak. Lantaran itu, dimana-mana manusia berhijrah, akan bermulanya usaha pertanian dan penternakan untuk kesinambungan kehidupan mereka. Disamping itu, ada komuniti yang kerap berpindah-randah (cthnya hari ini kaum Nomad atau Badawi dipadang pasir atau kaum yang berpindah-pindah dalam hutan) tidak menumpukan pada pertanian atau penternakan lantaran suasana sekitar kehidupan mereka sebegitu. Mereka lebih menumpukan hanya kepada hasil buruan saban waktu atau tumbuhan yang mudah didapati dipersekitaran dan mudah dibawa pergi. Terdapat juga komuniti berjumlah kecil kalangan manusia yang keluar samada melarikan diri dari sesuatu bala-petaka atau mengembara untuk membina hidup baru, namun kemudian terperangkap didalam hutan rimba lalu terpaksa memulakan kehidupan didalamnya dengan belajar mengesuaikan diri. Ini menjadikan mereka kemudiannya kaum primitif atau ketinggalan. Jesteru itu, pernahkah para pengkaji terutama kalangan para penganut teori evolusi membayangkan bagaimana keadaan mereka 3-4 orang terperangkap didalam hutan tebal tanpa bertemu langsung jalan keluar dan dalam keadaan dhaif bekalan-alatan hidup yang dibawa serta tiada kemahiran hidup, apakah setelah bertahun-tahun mahupun kegenerasi seterusnya akan hidup dalam keadaan primitif atau maju? Atau keadaan dimana sekumpulan manusia yang melarikan diri dari tanah-airnya akibat musibah besar yang melanda, mereka amat tergesa-gesa menyelamatkan diri, jadi apa yang dibawa bersama kalau tidak hanya sehelai sepinggang? Sebegitulah keadaan manusia yang menyelamatkan diri mereka kemudian terpaksa memulakan hidup baru dari peringkat awal tanpa apa-apa yang dimiliki. Tambahan kalau yang terselamat adalah kalangan mereka yang kurang berkemahiran atau kurang pengetahuan. Hari ini juga, lantaran menemukan sekian-sekian tengkorak yang terpelihara dari dimusnahkan oleh alam seperti tengkorak-tengkorak dalam gua, yang ditemui disampingnya alat-alat berburu primitif lalu itu dikatakan sebagai manusia pertama sedangkan ianya hanyalah sebagaimana seseorang atau sekumpulan samada lari menyelamatkan diri dari sesuatu bala petaka, keluar berburu, menjelajah atau tersesat didalam hutan, yang tentunya tidak memiliki atau membawa segala barangannya, hanya beberapa alat-alat kecil. Berbalik kaitan Bangsa Austronesia dengan perladangan, sememangnya alam yang sedari dahulu amat subur dan hijau dipersekitaran Benua Sunda amatlah memudahkan aktiviti-aktiviti ini dan malah hasil tanah dari Benua Sunda dibawa keluar ke daerah-daerah lain yang mereka pergi. Salah satu yang merupakan makanan utama penduduk Asia iaitu padi, disebarkan oleh Bangsa Austronesia. Bukti genetik menunjukkan bahawa semua bentuk padi, baik Indica dan Japonica, berasal dari pelestarian padi liar Oryza rufipogon dari budaya perladangan yang berkaitan dengan Bangsa Austronesia. Semasa penghijrahan kelompok dari Bangsa Austronesia ke bahagian selatan Tanah Besar Cina sekitar 13,000 SM hingga 10,000 SM, dimana persekitaran Benua Sunda mula ditenggelami air, bila mereka sampai disitu, maka diusahakan perladangan padi disekitar sungai Yangtze (hari ini dalam negara China). Berdasarkan rekonstruksi bukti linguistik, kata pajei (padi), beRas (beras) dan lesuŋ (lesung) ditemukan di Taiwan, Philipina, serta Nusantara namun tidak ditemukan di kepulauan Pasifik. Beberapa kosa kata yang menunjukkan umbi-umbian seperti tales (talas), quBi (ubi) dan BiRaq (birah) yang diusahakan di kepulauan Pasifik tidak ditemukan di Taiwan, melainkan hanya ditemukan di Nusantara dan di beberapa sebahagian Philipina. Ini menunjukkan tersebarnya sesuatu tumbuhan buat perladangan oleh Bangsa Austronesia bergantung kepada kesesuaian iklim tempat yang diduduki seperti padi yang ditanam di Nusantara dibawa ke Taiwan namun tidak di kepulauan Pasifik manakala umbi-umbian pula yang ditanam di Nusantara dibawa ke kepulauan Pasifik namun tidak ke Taiwan. Selain itu, kata nieur (nyiur) ditemukan di seluruh kepulauan Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik kecuali Taiwan (Blust 1984/1985: 220). Bersambung...

Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 8

Kaitan perkembangan kebudayaan dan peradaban hari ini. Salah satu alat penting dalam perkembangan kebudayaan dan peradaban adalah alat tenun. Alat tenun terutamanya untuk membuat pakaian diketahui dari sejarah awal manusia iaitu sedari zaman Nabi Adam a.s. Tidak benar dakwaan kononnya Nabi Adam dan generasi seterusnya sebelum kedatangan Nabi Idris a.s berpakaian hanya dari kulit-bulu binatang serta bercawat. Semasa Nabi Idris lahir, telah wujud 188 bandar besar dan dari kota-kota besar ini, kota ar Rahu dikatakan sebagai kota yang terkecil. Dizaman tersebut, dimana populasi manusia telah berkembang pesat, telah wujud 4 kerajaan besar dengan 72 bahasa yang dituturkan. Jadi apakah logik mereka yang bercawat serta tiada kebudayaan literature serta peradaban, mampu membina kota-kota besar dengan kebudayaan dan peradabannya tersendiri? Nabi Idris a.s diriwayatkan pandai menjahit dan tiada riwayat menyatakan Nabi Idris penemu alat tenun. Selain dari pandai menjahit, Nabi Idris menguasai ilmu perhitungan, ilmu alam dan diberi julukan Harmasu al-Haramisah iaitu ahli perbintangan (astronomi). Namun segala tamadun generasi manusia dizamannya serta dizaman selepasnya dimusnahkan Allah sama-sekali ketika banjir besar dizaman Nabi Nuh a.s. Yang tinggal dan terselamat hanya mereka yang berada diatas kapal Nabi Nuh iaitu 83 orang bersama Nabi Nuh.
Berbalik kepada kaitan Bangsa Austronesia dengan kebudayaan dan peradaban, setiap ras yang wujud dari kalangan bangsa Austronesia, samada dikota, dikampung, didalam hutan mahupun menduduki pulau-pulau terpencil memiliki kebudayaan asas iaitu alat tenun, hatta jauh kedalam hutan Amazon. Walaupun bangsa Austronesia ini telah berubah-ubah menjadi berbagai-bagai ras namun antara satu sama lain, jelas ada persamaan dari corak mahupun warna dalam tenuan asal dan ini masih dapat dilihat sehingga kehari ini terutama mereka yang masih duduk dalam pendalaman. Manakala mereka yang sejak dahulu berinteraksi dengan dunia luar, walaupun ianya berubah-ubah mengikut kebudayaan serta kepercayaan yang dianuti namun tetap seperti ada titik persamaan. Salah satu bukti yang amat ketara yang dapat dilihat sehingga kehari ini akan faktor-faktor yang membuat perbezaan perkembangan kebudayaan dan peradaban dari rumpun Bangsa Austronesia dan seterusnya menjadi berbagai-bagai ras adalah kepulauan Borneo.
Borneo dihubungkan dengan daratan Asia Tenggara (daratan yang dikenali sebagai Benua Sunda) dari 2.5 juta tahun yang lalu hingga sekitar 10.000 tahun yang lalu, sebelum mengubahnya menjadi sebuah pulau yang besar. Di kepulauan Borneo ini dapat dilihat akan berpuluh-puluh suku atau kaum dari rumpun bangsa Austronesia yang terpisah-pisah kebudayaaannya (biarpun asas kebudayaannya masih ada kesamaan) lantaran beberapa faktor. Hanya bangsa Melayu sahaja samada di Brunei, Malaysia mahupun Indonesia yang tetap ada kesamaan dari dahulu sehingga kehari ini kerana menganut kepercayaan yang sama iaitu beragama Islam. Bukti arkeologi menunjukkan seperti tengorak yang ditemui di Gua Niah (gua yang terbesar di dunia) bahawa manusia telah menduduki Sarawak sekurang-kurangnya 40,000 tahun yang lalu. Ianya adalah dari generasi penghijrahan kedua yang datang selepas 60,000 tahun dahulu dan tengoraknya berbeza dengan generasi penghijrahan pertama yang datang sebelum 60,000 tahun dahulu seperti contohnya Aborigin Australia (Benua Sahul). Pada pandangan penulis, sewajarnya teori akan perbezaan Melayu Pronto dan Melayu Deutero wajar ditolak dan tidak didendangkan lagi. Sama seperti teori dari Taiwan atau Yunan, semuanya adalah teori ketinggalan zaman. Hanya teori akan penghijrahan pertama sebelum 60,000 tahun dahulu dari Afrika (keturunan Ham) dengan penghijrahan kedua selepas 60,000 tahun dahulu iaitu dari Timur Tengah (keturunan Sam atau keturunan kacukan) yang kemungkinan besar terjadi. Segala kaum suku dirantau Nusantara samada Semang, Iban, Dayak, Bajau, Jakun, Kadazan dll. sehingga suku-suku yang menduduki pulau-pulau disekitar Lautan pasifik adalah dari rumpun bangsa Austronesia dan dari rumpun ini, suku bangsa Melayu (Melayu Semenanjung, Sumatera, Jawa, Banjar, Bugis dll.) adalah merupakan rumpun suku bangsa terbesar. Fakta mengapa suku bangsa Melayu merupakan keluarga terbesar adalah kerana dari dahulu, memilih membina penempatan dipersisiran pantai, dataran atau lembah yang membuat bukan sahaja mereka mudah berkomunikasi antara satu sama lain, malah berkomunikasi dengan dunia luar. Dari penempatan kecil sehingga kepada pembinaan kota-kota besar dan serta pembentukan kerajaan-kerajaan dirantau Nusantara menjadikan mereka sebagai sebuah rumpun yang besar. Faktor lain yang memainkan peranan utama akan perkembangan bangsa Melayu adalah kerana kepercayaannya yang berubah-ubah dalam mencari kebenaran membuat ke-intelektual serta literature dari sudut bahasa bangsa ini berkembang pesat. Dari paganis, Hindu, Buddha sehingga menganut agama Islam mengikat bangsa Melayu sebagai suatu rumpun terbesar dengan perkembangan pesat kesamaan kebudayaan antara rumpun-rumpun dibawah nama Bangsa Melayu. Disamping itu, tidak dinafikan, kedatangan bangsa Eropa dirantau ini juga memainkan faktor yang membuat bangsa ini seterusnya berkembang dunia kebudayaannya serta peradabannya tanpa mengasingkan atau meninggalkan keutamaan sebagai penganut agama Islam. Dari sudut politik atau kekuasaan selalu sahaja sepanjang sejarah, memisah-misahkan bangsa Melayu ini tetapi lantaran pegangan agama yang sama membuat kebudayaan antara rumpun bawah bangsa Melayu ini sentiasa selari. Tidak seperti rumpun lain dibawah bangsa Austronesia yang sentiasa semakin jauh perbezaan mereka samada kebudayaan mahupun sudut bahasa. Bersambung....

Austronesia - bhg. 7

Kaitan Austronesia dengan tinggalan peradaban dan kebudayaan. Monumen Yonaguni, yang kini berada didalam perairan negara Jepun, sebenarnya terletak berhampiran dengan Taiwan (106 km dari Taiwan). Ianya dipercayai sebahagian tinggalan dari peradaban bangsa Austronesia. Masaaki Kimura menyatakan bahawa ciri-ciri Monumen Yonaguni, adalah runtuhan dari peradaban Mu.
Berukuran 150 meter kali 40 meter dengan ketinggian sekitar 30 meter. Struktur disekitarnya jelas terdapat potongan-potongan buatan manusia dan dipercayai ianya bukah batu yang dijadi asas buat sesuatu binaan yang berusia sekitar 9000 tahun namun terdapat sarjana yang tidak mempercayai ianya buatan manusia lantaran mereka tidak percaya manusia dahulu telah maju, maka didakwanya bahawa monumen Yonaguni hanyalah proses semulajadi. Sebegitu juga dengan situs Gunung Padang (terletak di Pulau Jawa) yang diperkirakan dibangun sekitar 8000 SM atau sekitar 12,500 tahun dahulu. Usianya jauh lebih tua dari Piramida di Mesir, peninggalan kota tua Mahenjo Daro dan Harrapa di India dan tamadun Mesopotamia.
Struktur megalitikum Gunung Padang tidak dibangun pada satu era, tetapi dibangun berlanjutan dalam tiga masa dari 8000 SM (atau 12,500 tahun) hingga 1000 SM. Batu-batunya berbentuk segi empat tepat dan menerusi penyelidikan pakar geoelektrik yang menempatkan radar bawah tanah, mendapati teres bukit setebal 100 meter itu mempunyai pelbagai lapisan.
Daripada lapisan itu, terbenam struktur binaan manusia prasejarah sejauh 15 meter ke dalam tanah. Pakar mengesahkan batu yang terbenam antara tiga hingga empat meter bawah permukaan bumi berusia kira-kira 6,500 tahun, manakala yang lebih dalam daripada itu berusia dalam lingkungan 12,500 tahun. Biarpun ianya kelihatan bukan kejadian proses alam semulajadi, tambahan ditemui bukan hanya satu jenis batu pada lapisan pembinaannya serta bagaimana potongan batunya yang teratur, namun ada pihak yang menyatakan ianya terjadi secara semula-jadi. Sememangnya selalu terjadi pertembungan pendapat-pendapat akan sesuatu isu atau kajian. Kehidupan manusia itu sendiri penuh dikelilingi oleh teori-teori yang entah betul atau tidak namun pada mereka yang berpegang pada teori evolusi Darwin, sukar untuk mempercayai akan manusia-manusia dahulu telah jauh maju peradabannya. Untuk mereka penganut teori evolusi Darwin, manusia dahulu adalah kera, kemudian hidup primitif dan berevolusi menjadi manusia modern hari ini dimana bangsa kulit putih kononnya pada tahap tertinggi evolusinya. Atas itu, segala yang dari zaman silam sekiranya didapati begitu maju, ianya ditolak mentah-mentah dengan berbagai-bagai pendapat, atau disembunyikan, atau mahupun dikatakan ianya adalah dari mahluk asing (allien) yang datang kemuka bumi. Ianya sama seperti cerita karut-marut dari zaman dahulu, dimana bila ada manusia-manusia yang memiliki sesuatu yang luar-biasa dikatakan dewa-dewa atau tuhan-tuhan. Melalui pengetahuan agama samawi, apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu proses devolusi sebenarnya yang selalu terjadi pada fasa-fasa zaman kehidupan manusia hatta saiz fizikal manusia. Nabi Adam, yang merupakan ayah kepada setiap Homo sapien (manusia modern), bersaiz besar 60 hasta dan memiliki ilmu pengetahuan melebihi segala ilmu pengetahuan para malaikat. Malah dizaman Nabi Adam, manusia telah mengenal dunia penulisan dimana diriwayatkan diturunkan pada Nabi Syits a.s 50 suhuf, Nabi Idris a.s 30 suhuf, Nabi Ibrahim a.s 10 suhuf dan Nabi Musa a.s 10 suhuf. Suhuf-suhuf adalah lembaran-lembaran bertulis yang terpisah (tidak dibukukan) buat petunjuk atau pencerahan kepada manusia. Mungkin generasi-generasi pertama ini tidak dapat membangunkan kota-kota atau penempatan besar lantaran populasi awalnya tidak ramai, tetapi jelas mereka hidup dalam suatu peradaban budaya yang teratur, bukan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa sebagaimana selalu didendangkan oleh dunia hari ini yang terperangkap dalam kerangka pemahaman teori evolusi Darwin. Asas berlakunya proses devolusi pemikiran dan peradaban keatas manusia adalah pertama-tamanya bila mereka memalingkan diri dari mempercayai Tuhan yang Maha Esa lalu menyembah mahluk-mahluk serta engkar kepada kebenaran yang mana membawa pemikiran dan kebudayaan kehidupan ke zaman kegelapan dan hidup dalam alam kepercayaan karut-marut. Yakin akan kuasa-kuasa mahluk atau sesuatu benda dan seterusnya tergelincir dari cahaya kebenaran dan melakukan barbagai-bagai kemungkaran. Ini menyebabkan mereka dimusnahkan oleh Tuhan yang Maha Esa samada keperingkat zero populasi seperti contoh apa yang terjadi kepada kaum Aad serta kaum Luth, atau tinggal sebahagian kecil saki-baki yang bertebaran memulakan kehidupan baru dari titik permulaan (start from the scratch). Bersambung....

Austronesia - bhg. 6

Kaitan Austronesia dengan teori keluar dari Benua Sunda (out of Sundaland). Sebenarnya tiada perbezaan antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero kerana mereka adalah dari susur yang sama. Dikatakan Melayu pronto adalah kumpulan penghijrah yang pertama kemudian disusuli oleh Melayu Deutero, sedangkan kenyataannya, kedua-duanya adalah dari suatu bangsa yang sama yang menduduki wilayah benua Sunda lebih dari 50,000 tahun dahulu. Teori Migrasi Deutero Melayu yang dikatakan mula mendiami Nusantara sekitar 300 SM, berasal dari seorang sejarawan Nusantara, Pangeran Wangsakerta (diperkirakan hidup pada pertengahan abad ke-17M) adalah teori yang silap lantaran semasa Wangsakerta mengutarakan teori ini, beliau begitu menghadapi kekurangan fakta serta pengkajian. Teori ini seterusnya diambil oleh sarjana Barat tanpa kesahihan bukti. Teori ini sama juga penuh kesilapan sebagaimana teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) dimana dikatakan bangsa Austronesia berasal dari Taiwan atau teori berasal dari Yunan yang menyatakan bangsa Austronesia atau bangsa Melayu berasal dari Yunan. Bangsa ini yang digelar bangsa Austronesia adalah dari susur generasi yang menetap didaerah Benua Sunda iaitu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan pernah mewujudkan suatu tamadun dengan kebudayaan unggul, sebelum melalui zaman-zaman fasa keruntuhan, lebih kurang 12,000 tahun dahulu dimana sebahagian besar benua Sunda ditenggelami air.. Saki-baki dari generasi bangsa Austronesia yang terselamat dari bencana ini kemudian tersebar diserata tanah-tanah yang tidak ditenggelami air dan seterusnya mewujudkan ras-ras baru. Kumpulan yang menyelamatkan diri dengan memulakan kehidupan dalam hutan rimba atau jauh dipulau-pulau terasing, dimana mereka terputus langsung hubungan dengan dunia luar berubah menjadi komuniti mundur berbanding yang memulakan penempatan di pinggir-pinggir laut atau kawasan dataran dan lembah-lembah dimana penempatan-penempatan baru dapat dibina. Teori keluar dari benua Sunda (out of Sundaland) dimana dari Benua Sunda ini, bangsa Austronesia tersebar dipersekitarannya iaitu diseluruh pelusuk lautan pasifik, menduduki sebahagian besar yang dikenali hari ini negara China, sehingga jauh ke Pulau Madagaskar, manakala yang kekal di wilayah Benua Sunda yang tidak ditenggelami air, mewujudkan berbagai-bagai suku atau rumpun dibawah nama wilayah Nusantara adalah lebih jelas dan berfakta. Peneliti dari University of Oxford dan University of Leeds mengumumkan hasil peneltiannya, edisi March-Mei 2008, yang berjudul “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia” (Soares et al., 2008) dan “New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia” (Richards et al., 2008). Richards et al. (2008) berdasarkan penelitian DNA, menyangkal teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) iaitu teori penduduk Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, dan Malaysia) datang dari Taiwan 4000 (Neolithikum) tahun yang lalu. Kumpulan penyelidik menunjukkan apa yang terjadi adalah sebaliknya, iaitu penduduk asli Taiwan berasal dari Benua Sunda, yang bermigrasi kesitu. Ciri garis-garis DNA akan penyebaran populasi pada saat yang bersamaan dengan naiknya permukaan laut di wilayah ini, menunjukkan migrasi ke Taiwan, ke timur (New Guinea dan Pasifik), dan ke barat (daratan utama Asia Tenggara), terjadi dalam masa sekitar 10,000 tahun yang lalu. Manusia telah tinggal di Asia Tenggara selama sekurang-kurangnya 50,000 tahun. Terutama kerana pengaruh linguistik, penyelidik percaya bahawa O-M122 pertama kali muncul di Asia Tenggara sekitar 25,000-30,000 tahun yang lalu (Shi 2009) atau kira-kira antara 30,000 hingga 35,000 tahun yang lalu menurut kajian yang lebih baru (Karmin et al. 2015, Poznik et. al. 2016, YFull 4 Januari 2018). Mikrosatelit menunjukkan bahawa haplotyp O-M122 terdapat lebih banyak di pelbagai Asia Tenggara daripada di Asia Timur utara (Shi 2009). Ini menunjukkan fakta asal mutasi O-M122 adalah dari Asia Tenggara atau suatu waktu dahulu digelar Benua Sunda.. Haplogroup O-M122 terlibat sebagai penanda genetik diagnostik pengembangan Austronesia yang ditemui di populasi Asia Tenggara dan Oceania. Ia muncul pada frekuensi yang cukup tinggi di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Sebarannya di Oceania sebahagian besarnya terbatas pada zon budaya Austronesia secara tradisional, terutamanya Polinesia (kira-kira 25% (Hammer 2005) hingga 32.5% (Su 2000)). O-M122 dijumpai pada frekuensi yang lebih rendah pada umumnya di pesisir dan pulau Melanesia, Mikronesia, dan suku suku asli Taiwan (18% (Hammer 2005) hingga 27.4% (Su 2000) orang Mikronesia, dan 5% orang Melanesia (Karafet 2005). Bersambung....
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga