Waktu bergerak perlahan (dilation-pengembangan) dan kaitan dengan kesedaran (consciousness). Dalam ilmu teori kerelatifan, dilasi masa merupakan perbezaan sebenar antara tempoh berlangsungnya dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati-pemerhati yang bergerak secara relatif dengan satu sama lain ataupun terletak di tempat-tempat berlainan dari pusat graviti.
Manakala dalam dunia silam, terdapat kepercayaan iaitu adanya proses dilasi masa seperti seorang yang memasuki dunia bunian (dunia jin) tinggal disitu 2 minggu dan bila dia kembali ke kampung halaman dia, didapati waktu dikampung halamannya telah 2 tahun berlalu. Bermakna dia menghilang diri selama 2 tahun tetapi hakikat pada dirinya, dia hanya pergi selama 2 minggu.
Sebenarnya, kepercayaan dari dunia silam akan proses dilasi masa sama seperti yang dipercayai oleh sebahagian besar para saintis atau ahli fizik hari ini dan ini diceritakan didalam filem Intersteller iaitu 7 tahun di bumi bersamaan satu jam ditempat mereka berada, iaitu planet Miller‘s kerana kedudukannya berhampiran dengan tarikan lohong hitam (black hole).
Berbalik kepada berlakunya dilasi masa dalam detik-detik kehidupan biasa, ianya berkaitan dengan waktu kesedaran (consciousness) dengan waktu ralek atau tiada kesedaran. Seorang yang tidur mengalami waktu yang pantas berbanding dengan seorang yang berjaga. 6 jam waktu tidur boleh sahaja dirasakan seperti 6 minit menghilang, malah peristiwa dalam mimpi yang berlaku berjam-jam dalam tidur dirasakan seperti beberapa detik berlalu diwaktu berjaga.
Seseorang yang jiwanya tidak tenteram, pemikirannya kacau-bilau atas sesuatu hal akan mengalami waktu yang berlalu pantas tanpa disedari berbanding seseorang yang jiwanya tenteram serta berada dalam kesedaran (consciousness). Contohnya seseorang yang berada dalam keadaan amarah seperti hasad atau berdendam, fikirannya sibuk memikirkan hal tersebut dan waktu harinya cepat berlalu pergi berbanding seseorang yang juga pada mulanya dalam amarah tetapi kemudian dia menyedarkan dirinya bahawa semua itu adalah hasutan syaitan lalu mengingatkan dirinya agar bertenang, bertawakal dan sabar.
Kedua-duanya berada dalam detik yang sama namun anjuran relatif pergerakan waktu berbeza. Ianya seperti dua orang yang mengambil wuduk, dibukanya paip air untuk menyempurnakan wuduk mereka dimana seorang darinya membuka hanya kecil airnya atas kesedaran tidak membazir manakala seorang lagi membuka begitu besar airnya kerana tanpa apa-apa kesedaran. Kedua-duanya menghabiskan wuduk mereka pada waktu yang sama namun hakikatnya, sipolan yang membuka kecil air paipnya mengalami waktu dilasi, waktunya perlahan atas kesedarannya agar tidak membazir.
Seseorang yang bersholat dalam keadaan kesedaran(consciousness) yang membuatnya dapat menguasai khusyuk dan khuduk dan seterusnya menghayati sholatnya, waktunya berlalu perlahan berbanding seseorang yang sholat dalam keadaan tiada kesedaran (unconscious) lantaran memikirkan perkara-perkara duniawi dll. dan sedar hanya diwaktu salam diberi mengalami kepantasan detik waktu, sedangkan hakikatnya mereka bersholat berjemaah bersama-sama, iaitu keduanya berada diwaktu yang sama.
Inilah hakikatnya masa, seseorang yang hidup dalam ketenangan dan kesedaran (consciousness) mengalami hari-hari yang waktunya berlalu perlahan sambil mengecapi kehidupannya dalam keberkahan masa berbanding seseorang yang tidak tenteram jiwanya serta tiada kesedaran (unconscious).
Bersambung….
No comments:
Post a Comment