Apakah masa itu suatu yang infiniti (tidak terbatas) atau finite (terbatas)? Setiap detik berlakunya sesuatu adalah dalam lingkungan kerangka masa. Siang-malam, kelahiran-kematian, permulaan-pengakhiran dan seterusnya yang wujud dialam ini dalam lingkungan mahluk yang disebut masa.
Masa wujud pada setiap detikan saat hatta sesuatu kiraan yang dibahagikan dalam saat, seperti kelajuan cahaya yang menjangkau dalam 3 juta meter persaat adalah berlaku dalam kewujudan masa. Setiap hitungan saat adalah berkaitan dengan setiap waktu yang berlalu, dimana setahun adalah hitungan buat 31,536,000 saat.
Setiap saat yang berlalu samada saat tersebut sengaja mahu dibiarkan secepat mungkin berlalu (contohnya seseorang yang menanti saat kelahiran bayinya), saat tersebut tidak disedari berlalu (contohnya seseorang yang lepa atau tidur dll.) mahupun saat tersebut dirasa begitu berharga (contohnya saat seseorang yang sedang dilamun cinta dll.), membawa nilainya tersendiri.
Jawapan samada saat masa infinite atau finite adalah seperti jumlah neurons dalam otak kita yang sebanding dengan segala alam cakrawala iaitu suatu kiraan yang amat besar. Dimana tempat untuk berfikir adalah suatu yang amat luas, iaitu satu angka yang berterusan keangka-angka berbillion-billion sampai tak terbilang namun ia tetap dalam suatu kerangka kerana hakikat zahirnya hanyalah seketul daging bernama otak.
Sebeitulah segala alam cakrawala yang begitu luas hatta tidak akan tercapai atau terfikir oleh manusia bagaimana luasnya dan seakan infinite adalah hakikat zahirnya tetap dalam suatu kerangka bernama alam semesta.
Segala di alam semesta ini adalah dalam suatu kerangka kejadiannya. Dijadikan oleh Pencipta dengan qadarnya masing-masing. Kehidupan manusia adalah dalam kerangka masa manakala kewujudan masa adalah dalam kerangka untuk mengukur setiap yang wujud. Tanpa kewujudan segala dialam semesta maka tiadalah wujudnya masa, lantaran itu masa adalah finite, terbatas.
Namun itu hanya buat kewujudan masa selama adanya kewujudan alam semesta ini, jadi bagaimana dengan kewujudan masa buat alam selepasnya iaitu alam akhirat? Terdapat perbezaan pendapat terhadap persoalan ini dan pada Ahlul Sunnah wal Jamaah, kita menyakini bahawa neraka dan syurga itu kekal dan ini bermakna masa disitu adalah infinite (tidak terbatas). “Wallahu a`lam“.
Masa adalah mahluk Allah, lantaran itu tiada masalah untuk memikirkannya sambil memikirkan kebesaran Allah mencipta segalanya, namun janganlah memikirkan zat Allah sebagaimana tersebut didalam sebuah hadith:
Ibn Abbas R.A menyampaikan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
تفكروا في خلق الله ولا تتفكروا في الله
Maksudnya: Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Allah. (Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’)
No comments:
Post a Comment