Tuesday, August 22, 2023

Masa - 4

Masa adalah realiti bukan ilusi. Albert Einstein pernah menulis: “ People like us who believe in physics know that the distinction between past, present and future is only a stubbornly persistent illusion”  (Orang seperti kami yang percaya kepada fizik tahu bahawa perbezaan antara masa lalu, masa kini dan masa depan hanyalah ilusi degil yang berterusan). Masa, dalam erti kata lain, menurutnya, adalah ilusi sedangkan pandangan ini adalah salah. 

Realitinya masa adalah seperti sebiji gelas minuman 2dl yang dibentuk berbagai rupa, berbagai warna, dari berbagai bahan material, dalam bentuk berbagai dimensi dan seterusnya tetapi hakikatnya tetap dalam kuantiti yang sama. 

Contohnya, samada sebiji gelas minuman bersaiz 2dl berbentuk 3 segi, 4 segi, bulat dll., samada berwarna gelap, cerah, bercorak bunga, samada di buat dari bahan kaca, alumium, kayu dan seterusnya, hakikatnya jumlah air yang dituang tetap dalam had 2dl. 

Hanya yang memberi kesan adalah air jenis apa yang dituang ke dalamnya, samada air sirup yang memberi rasa kemanisan, air sejuk yang menghilangkan dahaga, air racun yang mematikan, air arak yang memabukkan atau pun air dadah yang mengkhayalkan lalu tenggelam dalam dunia ilusi. 

Sebegitulah hakikat masa, ruang dan keadaan yang tercipta terikat dengan kuantiti masa, sebagaimana kuantiti gelas yang sama tidak kira bagaimana rupa bentuknya, sebegitulah kuantiti masa, tetap sama tidak kira bagaimana cara pengelolaan atau rentak kehidupan didalamnya lantaran kewujudan masa adalah benar, bukan ilusi. 

Masa yang telah berlalu tidak mungkin akan dapat dikembalikan dan masa hadapan tidak mungkin dapat dicapai (time machine is illussion) namun apa yang berlaku dimasa lalu mampu diubah seperti dengan cara memperbaiki kesilapan lalu agar masa kini tidak berulang atau mempersiapkan diri agar masa hadapan tidak berlaku kesilapan. 

Sesuatu yang memberi kesan amat besar dalam melalui detik hakikat masa adalah bagaimana detik masa tersebut diisi. Masa yang berjam-jam boleh sahaja dirasa hanya beberapa detik atau sebaliknya. Sebagaimana, sebiji gelas 2dl, jenis air yang dituangkan kedalamnya adalah yang memberi kesan atas penggunaan gelas tersebut. 

Contohnya seseorang yang memiliki tabiat tidur lebih dari 10 jam sehari maka dia telah kehilangan banyak masa untuk menjalankan aktiviti kehidupan dalam berjaga. Atau seseorang yang terlewat ke tempat kerja dan tergesa-gesa memandu keretanya, setiap detik lampu merah dijalan-raya yang terpaksa ditunggunya adalah dirasai amat perlahan berlalunya. 

Yang boleh melangkaui masa adalah fikiran dan emosi manusia. Seseorang tersebut boleh sahaja kembali ke masa lalu bila memorinya membayangkan saat-saat diwaktu lalu tersebut atau membayangkan masa hadapan dan bila dirinya telah berada dimasa hadapan, apa yang dibayangkan benar-benar terjadi. Dan ini bezanya antara realiti dan ilusi. 

Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga