
Sebelum kedatangan dan permulaan Islam diTanah Arab, Tanah Arab sudah dipenuhi dan terkenal dari segi keseniannya terutama dari segi seni bahasanya. Peradaban keseniannya adalah tinggi dan kota Mekah adalah tempat perhimpunan besar untuk seluruh Tanah Arab setiap tahun.
Cuma bezanya, selepas kedatangan Islam, segala seninya yang berlandaskan dari kejahiliahan, dari fikiran karut-marut, dongengan atau khayalan semata-mata serta dari bentuk hiburan yang melampau telah dihapuskan dan digantikan dengan kemuliaan seni Islam yang bermatlamat dan martabat.
Seni Islam yang berlandaskan dari ciri-ciri keserdahanaan telah berjaya mengubah warna-warna bukan setakat diTanah Arab, tetapi diseluruh dunia. Para-para sahaba dan kemudian para Tabi-Tabien dan seterusnya para pendakwah Islam telah berhijrah keempat penjuru dunia untuk mengembangkan ajaran Islam, dan dengan ini, kesenian Islam pun bermula dimana-mana, warna-warna seni dunia pun beralih pada warna-warna seni Islam.
Hari ini, lantaran kejahilan umat kini dan pengaruh duniawi yang berlebih-lebihan, menyebabkan umat hari ini meninggalkan keaslian seni Islam dan terburu-buru mengejar seni- seni lainnya yang sebenarnya mengembalikan umat hari ini pada zaman jahiliah, yang mana seninya lebih banyak mengundang kepada unsur dan sifat keburukan dari unsur dan sifat kebaikan. Semoga Allah melindungi dan memberi kita semua hidayat.
1 comment:
Assalamualaikum, sesungguhnya dunia terus bergerak dan kebatilan pun terlalu pantas bergerak. Diibaratkan kebatilan bergerak seperti kepantasan bunyi, keseluruh alam. Namun haq, adalah lebih pantas dan mudah untuk menandingi kebatilan, malangnya hari ini haq kurang digerakkan,teruskanlah, gerakkanlah yang haq...
Post a Comment