Sunday, April 11, 2021

Austronesia - bhg. 7

Kaitan Austronesia dengan tinggalan peradaban dan kebudayaan. Monumen Yonaguni, yang kini berada didalam perairan negara Jepun, sebenarnya terletak berhampiran dengan Taiwan (106 km dari Taiwan). Ianya dipercayai sebahagian tinggalan dari peradaban bangsa Austronesia. Masaaki Kimura menyatakan bahawa ciri-ciri Monumen Yonaguni, adalah runtuhan dari peradaban Mu.
Berukuran 150 meter kali 40 meter dengan ketinggian sekitar 30 meter. Struktur disekitarnya jelas terdapat potongan-potongan buatan manusia dan dipercayai ianya bukah batu yang dijadi asas buat sesuatu binaan yang berusia sekitar 9000 tahun namun terdapat sarjana yang tidak mempercayai ianya buatan manusia lantaran mereka tidak percaya manusia dahulu telah maju, maka didakwanya bahawa monumen Yonaguni hanyalah proses semulajadi. Sebegitu juga dengan situs Gunung Padang (terletak di Pulau Jawa) yang diperkirakan dibangun sekitar 8000 SM atau sekitar 12,500 tahun dahulu. Usianya jauh lebih tua dari Piramida di Mesir, peninggalan kota tua Mahenjo Daro dan Harrapa di India dan tamadun Mesopotamia.
Struktur megalitikum Gunung Padang tidak dibangun pada satu era, tetapi dibangun berlanjutan dalam tiga masa dari 8000 SM (atau 12,500 tahun) hingga 1000 SM. Batu-batunya berbentuk segi empat tepat dan menerusi penyelidikan pakar geoelektrik yang menempatkan radar bawah tanah, mendapati teres bukit setebal 100 meter itu mempunyai pelbagai lapisan.
Daripada lapisan itu, terbenam struktur binaan manusia prasejarah sejauh 15 meter ke dalam tanah. Pakar mengesahkan batu yang terbenam antara tiga hingga empat meter bawah permukaan bumi berusia kira-kira 6,500 tahun, manakala yang lebih dalam daripada itu berusia dalam lingkungan 12,500 tahun. Biarpun ianya kelihatan bukan kejadian proses alam semulajadi, tambahan ditemui bukan hanya satu jenis batu pada lapisan pembinaannya serta bagaimana potongan batunya yang teratur, namun ada pihak yang menyatakan ianya terjadi secara semula-jadi. Sememangnya selalu terjadi pertembungan pendapat-pendapat akan sesuatu isu atau kajian. Kehidupan manusia itu sendiri penuh dikelilingi oleh teori-teori yang entah betul atau tidak namun pada mereka yang berpegang pada teori evolusi Darwin, sukar untuk mempercayai akan manusia-manusia dahulu telah jauh maju peradabannya. Untuk mereka penganut teori evolusi Darwin, manusia dahulu adalah kera, kemudian hidup primitif dan berevolusi menjadi manusia modern hari ini dimana bangsa kulit putih kononnya pada tahap tertinggi evolusinya. Atas itu, segala yang dari zaman silam sekiranya didapati begitu maju, ianya ditolak mentah-mentah dengan berbagai-bagai pendapat, atau disembunyikan, atau mahupun dikatakan ianya adalah dari mahluk asing (allien) yang datang kemuka bumi. Ianya sama seperti cerita karut-marut dari zaman dahulu, dimana bila ada manusia-manusia yang memiliki sesuatu yang luar-biasa dikatakan dewa-dewa atau tuhan-tuhan. Melalui pengetahuan agama samawi, apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu proses devolusi sebenarnya yang selalu terjadi pada fasa-fasa zaman kehidupan manusia hatta saiz fizikal manusia. Nabi Adam, yang merupakan ayah kepada setiap Homo sapien (manusia modern), bersaiz besar 60 hasta dan memiliki ilmu pengetahuan melebihi segala ilmu pengetahuan para malaikat. Malah dizaman Nabi Adam, manusia telah mengenal dunia penulisan dimana diriwayatkan diturunkan pada Nabi Syits a.s 50 suhuf, Nabi Idris a.s 30 suhuf, Nabi Ibrahim a.s 10 suhuf dan Nabi Musa a.s 10 suhuf. Suhuf-suhuf adalah lembaran-lembaran bertulis yang terpisah (tidak dibukukan) buat petunjuk atau pencerahan kepada manusia. Mungkin generasi-generasi pertama ini tidak dapat membangunkan kota-kota atau penempatan besar lantaran populasi awalnya tidak ramai, tetapi jelas mereka hidup dalam suatu peradaban budaya yang teratur, bukan orang zaman batu yang tidak tahu apa-apa sebagaimana selalu didendangkan oleh dunia hari ini yang terperangkap dalam kerangka pemahaman teori evolusi Darwin. Asas berlakunya proses devolusi pemikiran dan peradaban keatas manusia adalah pertama-tamanya bila mereka memalingkan diri dari mempercayai Tuhan yang Maha Esa lalu menyembah mahluk-mahluk serta engkar kepada kebenaran yang mana membawa pemikiran dan kebudayaan kehidupan ke zaman kegelapan dan hidup dalam alam kepercayaan karut-marut. Yakin akan kuasa-kuasa mahluk atau sesuatu benda dan seterusnya tergelincir dari cahaya kebenaran dan melakukan barbagai-bagai kemungkaran. Ini menyebabkan mereka dimusnahkan oleh Tuhan yang Maha Esa samada keperingkat zero populasi seperti contoh apa yang terjadi kepada kaum Aad serta kaum Luth, atau tinggal sebahagian kecil saki-baki yang bertebaran memulakan kehidupan baru dari titik permulaan (start from the scratch). Bersambung....

Austronesia - bhg. 6

Kaitan Austronesia dengan teori keluar dari Benua Sunda (out of Sundaland). Sebenarnya tiada perbezaan antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero kerana mereka adalah dari susur yang sama. Dikatakan Melayu pronto adalah kumpulan penghijrah yang pertama kemudian disusuli oleh Melayu Deutero, sedangkan kenyataannya, kedua-duanya adalah dari suatu bangsa yang sama yang menduduki wilayah benua Sunda lebih dari 50,000 tahun dahulu. Teori Migrasi Deutero Melayu yang dikatakan mula mendiami Nusantara sekitar 300 SM, berasal dari seorang sejarawan Nusantara, Pangeran Wangsakerta (diperkirakan hidup pada pertengahan abad ke-17M) adalah teori yang silap lantaran semasa Wangsakerta mengutarakan teori ini, beliau begitu menghadapi kekurangan fakta serta pengkajian. Teori ini seterusnya diambil oleh sarjana Barat tanpa kesahihan bukti. Teori ini sama juga penuh kesilapan sebagaimana teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) dimana dikatakan bangsa Austronesia berasal dari Taiwan atau teori berasal dari Yunan yang menyatakan bangsa Austronesia atau bangsa Melayu berasal dari Yunan. Bangsa ini yang digelar bangsa Austronesia adalah dari susur generasi yang menetap didaerah Benua Sunda iaitu sekurang-kurangnya 50,000 tahun dahulu dan pernah mewujudkan suatu tamadun dengan kebudayaan unggul, sebelum melalui zaman-zaman fasa keruntuhan, lebih kurang 12,000 tahun dahulu dimana sebahagian besar benua Sunda ditenggelami air.. Saki-baki dari generasi bangsa Austronesia yang terselamat dari bencana ini kemudian tersebar diserata tanah-tanah yang tidak ditenggelami air dan seterusnya mewujudkan ras-ras baru. Kumpulan yang menyelamatkan diri dengan memulakan kehidupan dalam hutan rimba atau jauh dipulau-pulau terasing, dimana mereka terputus langsung hubungan dengan dunia luar berubah menjadi komuniti mundur berbanding yang memulakan penempatan di pinggir-pinggir laut atau kawasan dataran dan lembah-lembah dimana penempatan-penempatan baru dapat dibina. Teori keluar dari benua Sunda (out of Sundaland) dimana dari Benua Sunda ini, bangsa Austronesia tersebar dipersekitarannya iaitu diseluruh pelusuk lautan pasifik, menduduki sebahagian besar yang dikenali hari ini negara China, sehingga jauh ke Pulau Madagaskar, manakala yang kekal di wilayah Benua Sunda yang tidak ditenggelami air, mewujudkan berbagai-bagai suku atau rumpun dibawah nama wilayah Nusantara adalah lebih jelas dan berfakta. Peneliti dari University of Oxford dan University of Leeds mengumumkan hasil peneltiannya, edisi March-Mei 2008, yang berjudul “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia” (Soares et al., 2008) dan “New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia” (Richards et al., 2008). Richards et al. (2008) berdasarkan penelitian DNA, menyangkal teori keluar dari Taiwan (out of Taiwan) iaitu teori penduduk Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, dan Malaysia) datang dari Taiwan 4000 (Neolithikum) tahun yang lalu. Kumpulan penyelidik menunjukkan apa yang terjadi adalah sebaliknya, iaitu penduduk asli Taiwan berasal dari Benua Sunda, yang bermigrasi kesitu. Ciri garis-garis DNA akan penyebaran populasi pada saat yang bersamaan dengan naiknya permukaan laut di wilayah ini, menunjukkan migrasi ke Taiwan, ke timur (New Guinea dan Pasifik), dan ke barat (daratan utama Asia Tenggara), terjadi dalam masa sekitar 10,000 tahun yang lalu. Manusia telah tinggal di Asia Tenggara selama sekurang-kurangnya 50,000 tahun. Terutama kerana pengaruh linguistik, penyelidik percaya bahawa O-M122 pertama kali muncul di Asia Tenggara sekitar 25,000-30,000 tahun yang lalu (Shi 2009) atau kira-kira antara 30,000 hingga 35,000 tahun yang lalu menurut kajian yang lebih baru (Karmin et al. 2015, Poznik et. al. 2016, YFull 4 Januari 2018). Mikrosatelit menunjukkan bahawa haplotyp O-M122 terdapat lebih banyak di pelbagai Asia Tenggara daripada di Asia Timur utara (Shi 2009). Ini menunjukkan fakta asal mutasi O-M122 adalah dari Asia Tenggara atau suatu waktu dahulu digelar Benua Sunda.. Haplogroup O-M122 terlibat sebagai penanda genetik diagnostik pengembangan Austronesia yang ditemui di populasi Asia Tenggara dan Oceania. Ia muncul pada frekuensi yang cukup tinggi di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Sebarannya di Oceania sebahagian besarnya terbatas pada zon budaya Austronesia secara tradisional, terutamanya Polinesia (kira-kira 25% (Hammer 2005) hingga 32.5% (Su 2000)). O-M122 dijumpai pada frekuensi yang lebih rendah pada umumnya di pesisir dan pulau Melanesia, Mikronesia, dan suku suku asli Taiwan (18% (Hammer 2005) hingga 27.4% (Su 2000) orang Mikronesia, dan 5% orang Melanesia (Karafet 2005). Bersambung....

Austronesia - bhg. 5

Kaitan Austronesia dengan Naacal dan Nazca. Naacal adalah nama bangsa kuno dan peradaban yang pertama kali didakwa wujud oleh Augustus Le Plongeon dan kemudian oleh James Churchward. Nazca pula suatu tamadun yang wujud SM dipersekitaran Peru dan dikenali sehingga ke hari ini kerana garisan Nazca (Nazca Line) iaitu lakaran rajah-rajah atau objek-objek besar yang sehingga dapat dilihat dari satelite.
Augustus Le Plongeon, seorang jurugambar Perancis dan ahli arkeologi amatur, adalah yang pertama membentuk naratif mengenai Tablet Naacal. Pada tahun 1896, Plongeon dan isterinya, Alice Dixon, menulis buku kontroversi mereka, Ratu Moo dan Sphinx Mesir, di mana orang Naacal pertama kali disebut. Plongeon mendakwa orang Naacal adalah sekumpulan mubaligh dari Mu, yang ditugaskan untuk menyebarkan ajaran sejagat yang sebenarnya. Menurut teori yang dikemukakan James Churchward, orang Naacal adalah dari peradaban benua Mu yang hilang. Peradaban Naacal diperintah oleh tujuh pengetua yang amat pintar dan digambarkan sebagai seekor ular berkepala tujuh. Churchward memberikan gambaran yang jelas mengenai Mu sebagai tempat tinggal peradaban maju, Naacal, yang berkembang antara 50,000 dan 12,000 tahun yang lalu. Pada saat keruntuhan peradabannya kira-kira 12,000 tahun yang lalu, Mu mempunyai lebih kurang 64 juta penduduk dan tujuh kota besar dengan penguasaan keatas benua lain. 64 juta penduduk terdiri dari sepuluh suku yang mengikuti satu pemerintahan dan satu agama. Churchward mendakwa memperoleh pengetahuannya tentang orang Naacal setelah berteman dengan seorang pendita India, yang mengajarnya membaca bahasa kuno orang Naacal, yang hanya diketahui oleh tiga orang pendita dari seluruh India. Pendita ini mengungkapkan keberadaan beberapa tablet kuno, yang ditulis oleh orang Naacal dimana Churchward mendapat akses ke catatan ini. Pengetahuannya tentangnya tidak lengkap, kerana tablet yang ada hanyalah sekeping teks dari potongan teks-teks lain yang lebih besar. Disamping itu, Churchward juga mendakwa telah menemui pengesahan dan maklumat lebih lanjut dalam catatan kuno yang lain. Churchward merujuk kepada epik Ramayana, teks agama Hindu yang dikaitkan dengan ahli sejarah Valmiki. Valmiki (Sanskrit: वाल्मीकि ʋaːlmiːkɪ) dikenali sebagai seorang penyair dalam sastera literature Sanskrit. Epik Ramayana, bertarikh dari abad ke-5 SM hingga abad pertama SM, dikaitkan dengannya, berdasarkan atribusi dalam teks itu sendiri. Dia dihormati sebagai Ādi Kavi, penyair pertama, pengarang Ramayana, puisi epik pertama. Valmiki menyebutkan orang Naacal sebagai "datang ke Burma dari tanah kelahiran mereka di Timur," iaitu dari arah Lautan Pasifik. Tablet yang menceritakan tentang kewujudan Mu yang didakwa pernah diperolehi oleh Churchward sehingga ke hari ini tidak dapat dikesan dan dibuktikan, lantaran itu ianya dikatakan suatu penipuan manakala ada pihak yang mendakwa ianya telah disembunyikan oleh sesuatu pihak kerana sesuatu sebab seperti terkandung rahsia-rahsia didalamnya. Dalam pada itu, abad-abad yang lepas, ramai juga dari kalangan okultis atau aliran rahsia seperti dari Rosicrucianism (yang darinya cabang Freemason serta Iluminati) cuba mengali kewujudan peradaban yang dikenali Mu atau Lemurei kerana sebelum ini mereka berkiblatkan Mesir kuno dan Babylon namun kemudian cuba beralih pada peradaban Mu atau Lemurei. Ini kerana dipercayai bahawa tamadun Mesir kuno dan Babylon adalah hasil kesan dari tinggalan peradaban Mu atau Lemurei dan sekiranya benar kewujudan Mu atau Lemurei, maka disitulah dipercayai asas kepada segala rahsia-rahsia pengetahuan. Contohnya seperti Max Heindel, seorang okultis Rosicrucian Denmark-Amerika, menulis tentang Mu dalam The Rosicrucian Cosmo-Conception (1909). Louis Jacolliot, seorang hakim dan penganut okultis Rosicrucianism Perancis yang pakar dalam terjemahan bahasa Sanskrit. Dia menulis mengenai tanah Rutas, tanah yang hilang yang diklaim sumber kuno di Lautan Hindi. Histoire des Vierges. Les Peuples et les benua disparus (1874). Namun kemudian, dia menukar kenyataannya bahawa benua yang hilang ini berada di Lautan Pasifik dan menghubungkannya dengan mitos Atlantis. Tambahan pula, "penemuan" Rutasnya serupa dengan asal-usul Mu. Antara karyanya terjemahan dari Manu Smriti, mempengaruhi Friedrich Nietzsche (seorang ahli falsafah terkenal Jerman). Hatta pada tahun 1930-an, Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki dan seorang ahli Freemason, berminat dengan karya Churchward dan menganggap Mu sebagai lokasi yang mungkin dari tanah asal orang Turki. Kemal Ataturk menjadi ahli Freemason pada tahun 1907 di Macedonia Risorta Lodge # 80 di bawah piagam dan perlembagaan Grand Orient De France. Nazca pula adalah dari peradaban kebudayaan Nazca di benua Amerika Selatan. Genetik penduduk asal disitu juga dikesan terdiri dari berbagai kacukan. Kajian terbaru mendapati terdapat genetik dari Polinesia (rumpun bangsa Austronesia) dibenua Amerika Selatan dalam mana ianya bertindih-tindih dengan genetik yang lain kerana dipercayai besar kemunginan ianya seperti bandar-bandar yang wujud hari ini, dimana ramai dari berbagai tempat datang menghuni bandar-bandar yang wujud pada tamadun silam disitu. Sedang kaum yang tinggal di dataran tinggi 9000 tahun yang lalu secara genetiknya berbeza dengan kumpulan orang kuno yang mendiami kawasan pesisir dan kawasan di utara serta selatan kata pengkaji-pengkaji dari Harvard, Nathan Nakatsuka dan rakan-rakannya. Kumpulan genomik dataran tinggi bahkan dapat bertahan walaupun terdapat beberapa pergolakan budaya menerusi zaman demi zaman seperti Inca, Moche, dimana yang lain datang dan pergi dalam 2000 tahun terakhir. Sebuah pasukan yang diketuai oleh ahli genetik Andrés Moreno-Estrada, di Makmal Nasional Genomik Biodiversiti di Irapuato, Mexico, dalam menganalisis DNA, mereka mengenal pasti keturunan asal orang asli Amerika Selatan bukan hanya di Rapa Nui, tetapi juga dari kepulauan Polinesia timur terpencil Palliser, Nuku Hiva di Marquesas Utara, Fatu Hiva di Marquesas Selatan dan Mangareva. Perbandingan bahan genetik ini menunjukkan bahawa kaum Zenu, sebuah kaum orang asli di Colombia, adalah kalangan terbesar memiliki DNA Polinesia (Polinesia adalah rumpun bangsa Austronesia). Bersambung.....

Friday, April 09, 2021

Austronesia - bhg. 4

Kaitan Austronesia dengan generasi selepas banjir besar zaman Nabi Nuh a.s. Sehingga kini tiada siapa yang mengetahui tarikh sebenarnya Nabi Nuh a.s, dimana saat seluruh bumi diliputi oleh air dan seluruh keturunan Nabi Adam terpupus melainkan mereka yang berada diatas kapal Nabi Nuh a.s. Ark yang berada di gunung Judi yang dipercayai kesan dari kapal Nabi Nuh a.s, dari penelitian karbonnya, bertarikh antara 100,000 SM - 150,000 SM, (Dec 1996 Salih Bayraktutan). Ahli kitab dari Yahudi dan Nasrani mendakwa ianya hanyalah antara lingkungan 6000 hingga 3000 SM sedangkan didalam Islam, tiada dijelaskan melainkan tafsiran individu. Kenyataan hanya antara lingkungan 6000 hingga 3000 SM ini dapat disangkal dengan berbagai bukti seperti tiadanya kejadian banjir besar dizaman tersebut dan telah banyak kota-kota serta penempatan manusia di berbagai daerah dunia bertarikh lebih 5000 SM sedangkan banjir besar zaman Nabi Nuh a.s telah memusnahkan semua kewujudan manusia dimuka bumi kecuali yang berada diatas kapal Nabi Nuh a.s. Yang hanya dapat dikesan adalah hanya dari tarikh kehadiran Nabi Ibrahim a.s (yang darinya kemudian lahir para nabi dari kalangan Bani Israel dan juga dari keturunan Arab iaitu dari anak isteri kedua baginda, Hajar, Nabi Ismail yang berada di Mekah, lahirlah Nabi Muhamad s.a.w.) sehingga kepada tarikh hari ini. Ibnu Katsir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah menerangkan, nasab setiap umat manusia yang ada di bumi ini, kembali kepada anak-anak Nuh iaitu Sam, Ham, dan Yafets. Yafets yang merupakan anak tertua setelah Kanaan (Kanaan mati didalam banjir besar kerana durhaka), mempunyai tujuh orang anak. Mereka adalah Al-Turk, Al-Khazar, Shaqlab, Tares, Menesk, Kumari (Gomari), dan Shin. Mereka menyebar ke kawasan antara Timur dan Barat Babilonia (wilayah Nabi Nuh saat itu). Mereka merupakan kelompok pertama berhijrah keluar menjelajah dibahagian Timur dan Utara. Ham yang antara anak-anaknya iaitu Al-Sind, al-Hindi (India), Zandj (negro), Habasyah (Ethiopia), Nubah, dan Kan'an merupakan kelompok kedua keluar berhijrah menyebar ke wilayah Selatan dan persekitaran benua Hind. Sedangkan anak-anak Sam bin Nuh iaitu Iram, Arpakhsad, Elam, Elifar, dan Asur, tetap tinggal menetap di Timur Tengah (Middle East Asia) dimana Nabi Nuh melabuhkan kapalnya. Dalam salah satu hadis Nabi Muhamad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dikatakan, ''Sam adalah moyang orang Arab, Ham adalah moyang Habsyah (Ethiopia, Afrika), dan Yafets adalah moyang orang Rum (Romawi, Eropa). Setelah berpuluh generasi kemudian, dari luhuran anak-anak Nabi Nuh a.s, maka terbentuklah keturunan bangsa Austranesia di benua Sunda (yang bangsa Melayu adalah merupakan rumpun terbesar dari kalangannya) iaitu samada berasal dari generasi Ham atau Sam atau generasi terkemudian dimana telah berlaku kacukan keturunan-keturunan ini termasuk kacukan dengan keturunan Yafets. Penghijrahan pertama ke sebelah Timur Tenggara adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. iaitu dari benua Afrika. Mereka ini membentuk seperti kaum-kaum Negrito, kaum Papua serta kaum Aborigin yang menetap di Benua Sahul (Australia). Kemudian penghijrahan kedua adalah dari generasi Sam atau juga kacukan dari generasi Sam, Ham dan Yafets iaitu berasal dari Timur Tengah mengikut jalan darat mahupun pun jalan laut dimana selepas zaman Nabi Nuh a.s, manusia telah mengenal dunia pelayaran serta pembinaan kapal-kapal besar, membina penempatan di benua Sunda dan seterusnya terbentuk bangsa Austronesia. Bersambung...

Austronesia bhg. 3

Kaitan Austronesia dengan Mu dan Lemuria. Dari abad-abad yang lepas, terdapat banyak teori tentang kewujudan benua Mu dan Lemuria dengan peradaban mereka yang unggul, ada yang menyatakan Mu adalah suatu benua ditengah lautan Pasifik manakala Lemuria adalah suatu benua di Lautan Hindi manakala ramai yang berpandangan Mu dan Lemuria adalah suatu benua yang sama yang terletak di Lautan Pasifik. Tidak kurang juga yang mendakwa Mu dan Lemuria ini adalah perkataan lain buat Atlantis. Mu dan Lemuria ini dikatakan tunas peradaban (Cradle of civilization) buat dunia hari ini seperti dari tamadun Mesir, Eropa dan juga tamadun-tamadun silam yang terdapat di benua Amerika seperti tamadun Maya, Inca dll. Namun yang pasti, melalui penelitian terkini, tiada kewujudan benua yang tenggelam dipertengahan lautan Pasifik atau lautan Hindi, yang pasti hanya benua Sunda yang diperkiraan tempoh-tempoh sebelum tenggelamnya adalah ditarikh-tarikh yang diduga akan kewujudan Mu dan Lemuria. Sebahagian besar benua Sunda timbul dalam tempoh glasier terakhir dari kira-kira 110,000 hingga 12,000 tahun yang lalu. Ketika permukaan laut menurun 30-40 meter atau lebih, terjadi jambatan darat menghubungkan pulau-pulau Borneo, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan daratan Asia. Semasa permukaan laut maksimum glasier (LGM) terakhir dimana permukaan laut jatuh sekitar 120 meter, dan seluruh perbatasan barat Sunda terdedah. Maksimum Glasier Terakhir (Last Glacial Maximum / LGM) merujuk satu zaman dalam sejarah iklim bumi apabila lembaran ais berada di peluasan maksimumnya, pada antara 26,500 dengan 19,000–20,000 tahun lalu, menandakan puncak zaman glasier terakhir. Pada masa ini, lembaran ais melitupi kebanyakan Amerika Utara, Eropah dan Asia utara. Ini diikuti oleh Maksimum Glasier Hujung (Late Glacial Interstadial / LGI), lebih kurang 14,670 hingga 12,000 tahun dulu. Nama "Sunda" muncul dalam Geografi Ptolemy, yang ditulis sekitar tahun 150 M. Dalam penerbitan tahun 1852, navigator Inggeris George Windsor Earl mengemukakan idea "Bank Asiatik Besar", yang sebahagiannya didasarkan pada ciri umum mamalia yang terdapat di Nusantara. Penjelajah dan saintis mula mengukur dan memetakan lautan Asia Tenggara pada tahun 1870-an, terutamanya menggunakan bunyi kedalaman. Atas itu, nama "Sundaland" untuk rak semenanjung pertama kali diusulkan oleh Reinout Willem van Bemmelen dalam Geografi Indonesia pada tahun 1949, berdasarkan penelitiannya. Sistem perparitan didalam laut sekitar Nusantara yang dijelaskan oleh Molengraff disahkan dan dipetakan oleh Tjia pada tahun 1980. Pada tahun 1982, ianya dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Emmel dan Curray dan lengkap dengan delta sungai, dataran banjir dan jalan belakang. Kerana itu, sekiranya wujud tamadun Mu dan Lumeria (atau kedua-duanya adalah sebenarnya satu yang sama sebagaimana Atlantis adalah juga tamadun yang sama) maka benua Sunda dimana asas penempatan bangsa Austronesia yang menyeberangi Lautan Pasifik disebelah timur manakala disebelah Barat menyeberang lautan Hindi inilah yang dapat dibuktikan tempat asas tamadun ini. Bangsa Austronesia yang salah satu dari peradaban silamnya yang menguasai rahsia alam adalah rahsia menguasai angin, air serta kesan pengaruh dari pasang-surut dan ini adalah amat penting bila menjelajah perairan terutamanya dilautan yang luas dan bergerak dari benua ke benua. Contohnya, perairan lautan bergerak mengelilingi dunia bagaikah aliran sungai yang disebut arus lautan. Arus permukaan ini mempunyai pengaruh besar terhadap iklim dunia. Arus dipermukaan lautan ini didorong oleh angin dan bergerak dalam corak bulat yang kasar, yang disebut gyres. Ini berpusing mengikut arah jam di hemisfera utara dan berlawanan arah jam di sebelah Selatan. Manakala melintang pertengahan Amerika Utara, Eropah dan Asia, angin bergerak ke barat ke timur, dinamakan sebagai Westerlies. Angin dagang (Trade wind) pula adalah angin tetap timur-ke-barat yang mengalir di wilayah khatulistiwa bumi. Angin dagang bertiup terutamanya dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di hemisfera selatan. Mungkin dizaman tersebut, peredaran-peredarannya agak berbeza sedikit lantaran perbezaan klima serta suhu dunia dibandingkan dengan zaman kini, namun pengetahuan-pengetahuan ini hanyalah mula dikuasai disebelah Eropa dalam 6 abad yang lalu untuk menjelajah, perniagaan serta menjajah tanah-tanah baru diseluruh dunia sedangkan ianya telah dikuasai berbelas-belas abad terdahulu oleh bangsa Austronesia. Bersambung....
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga