
Dalam segala yang terzahir mahupun yang tersembunyi, hakikatnya bila diperhatikan, segalanya berlaku diatas sesuatu ketentuan (sunnahtullah). Seperti misalnya fitrah insaniah, dalam apa pun bentuknya, dimana pun kelahirannya, apa pun warna kulitnya,tutur bahasa ibundanya dan sebagainya, pada asanyanya adalah dalam suatu kerangka yang sama iaitu sebagai bentuk model seorang insan bukan haiwanat atau yang lain-lain.
Segala yang ada dari lahirah hingga batiniah pada asasnya adalah seperti suatu model yang sama. Contohnya dari segi bentuk anggota badan atau dari batiniah seperti adanya perasaan kasih-sayang, amarah, bertimbang-rasa, mementingkan diri sendiri, mahupun pemikiran yang menghendaki kebahagian diri, pemikiran untuk memenuhi keperluan diri, pemikiran yang mengundang permasaalahan atau sebaliknya dan seterusnya pada asasnya sama dalam diri setiap insan. Hanya kemudian terbentuk seterusnya sama ada perasaan atau sesuatu pemikiran itu membiak atau terpendam mahu pun samaada perasaan atau sesuatu pemikiran yang membawa kearah kebaikan atau sebaliknya.
Sebagaimana suatu jenis tumbuhan yang ditanam benih-benihnya dimerata-rata tempat dan keadaan yang berbeza, bila kemudiannya tumbuh maka darinya keluar berbeza-beza hasil-hasilan bergantung kepada suasana tempat ia tumbuh, keadaan kesuburan yang membantunya tumbuh, keadaan cuaca yang memainkan peranan penting, segala anasir luaran yang memberi kesan padanya seperti serangga dan seterusnya.
Kenyataannya juga jelas bahawa segala yang berlaku adalah diatas sesuatu ketentuan untuk segala kehadiran dialam ini, dan bahawa tiada satu insan pun yang mampu merancang seperti akan kelahirannya pada sesuatu tempat atau keadaan, rupa bentuk yang dimiliki bila lahir, suasana kelahirannya, apa pegangan orang tuanya dan seterusnya.
Sedangkan perasaan dan pemikiran berkait begitu kuat akan bagaimana keadaan kelahiran terutamanya pada peringkat awal kelahiran. Seorang yang lahir dalam keluarga yang menganut sesuatu kepercayaan tentunya tidak sama dengan mereka yang menganut sesuatu kepercayaan yang lain. Seorang yang lahir dalam keluarga yang hidup dalam sesuatu budaya tentunya tidak sama dengan yang lahir dalam budaya yang lain dan seterusnya.
Contohnya juga seorang yang lahir cacat tentunya tidak sama dengan mereka yang lahir sempurna tubuh-badan atau seorang yang lahir dengan berwajah cantik tidak sama dengan mereka yang sebaliknya. Sebegitu juga seorang yang lahir dikalangan keluarga berada atau ternama tentunya tidak sama dengan mereka yang lahir dalam keadaan keluarga miskin atau serba dhaif, seorang yang lahir dikalangan keluarga terpelajar atau mempunyai keupayaan menyara pelajaran anaknya hingga keperingkat tertinggi persekolahan tentu tidak sama dengan mereka yang lahir dikalangan keluarga yang serba kekurangan dari segi pelajarannya mahupun tiada keupayaan keluarganya untuk menghantarnya belajar, perasaan seseorang yang mendapat kasih-sayang serta hidup dalam keluarga yang aman tentunya tidak sama dengan mereka yang hidup didalam keluarga yang bermasaalah atau tiada kasih sayang dan seterusnya.
Faktor-faktor seterusnya yang dilalui dalam kehidupan dapat mengubal cara perasaan dan pemikiran seseorang sedangkan tiada siapa yang merancang akan keadaan kehadirannya dialam ini, dan juga tiada sesiapa menyangka dia akan berjaya dan berbahagia atas sebab-sebab kelahirannya atau sebab-sebab keadaan persekitarannya contohnya ramai yang lahir sempurna tubuh-badannya tetapi menderita perasaannya serta pemikirannya kalut berbanding mereka yang lahir dalam kecacatan.
Disinilah terletak akan suatu ketentuan dengan suatu ikhtiar. Ketentuan adalah untuk suatu kehadiran dalam sesuatu keadaan atau suasana tetapi keikhtiaran adalah untuk membawa kesesuatu arah seperti kearah kebaikan biar apa pun keadaan kehadirannya.
Sedangkan hidayat atau mendapat jalan untuk kebenaran adalah suatu pemberian .... .........bersambung…..
No comments:
Post a Comment