Kedua-duanya adalah milik peribadi setiap individu dan masing-masing mengetahui apa yang dirasa dan apa yang difikirkan. Hanya-sanya apakah ia membuahkan kebaikan pada diri dan masyarakat atau sebaliknya dan samaada yang disimpan dalam diri atau diudarakan kepersekitaran, ianya adalah suatu yang memainkan peranan utama dalam kerangka sesuatu kehidupan.
Tetapi apakah yang paling utama dalam menampilkan apa yang didalam diri kepada persekitaran, apakah perasaan didahulukan atau pun pemikiran? Apakah kaitan suasana, pengetahuan atau pengalaman kepada perasaan dan pemikiran? Apakah kesan dari perasaan dan pemikiran yang dilontarkan seperti suatu cadangan, syor, idea, projeck, reformasi keatas sesuatu, revolusi besar-besaran, suatu penghasilan karya-karya seni, tulisan-tulisan dan seterusnya dari suatu penampilan?
Insaniah sendiri sebenarnya suatu sumber yang komplex atau unik kerana perkara-perkara yang ada padanya seperti karisma, penyegan, berani, penakut, ikhlas, pendusta, riak, sombong, pemurah hati, bakhil, penyayang, kasar dan seterusnya dalam unsur perasaan dirinya manakala seperti ilmu, pengalaman mahupun maklumat adalah lebih berkaitan dengan unsur pemikirannya.
Dan rasanya tidak salah bila memperkatakan hampir segala perubahan arus dari zaman kezaman yang terbentuk samaada untuk suatu thaqafah (peradaban) mahupun suatu kemunduran, suatu kehidupan yang aman mahupun penuh pergolakan, suatu kehidupan bermoral serta berakhlak mahupun kehidupan penuh pincang dengan noda-noda kerosakkan insaniah dan seterusnya adalah berkaitan dengan perasaan dan pemikirannya, dari individu sehinggalah kepada kolektif yang membentuk suatu perkumpulan mahupun masyarakat yang besar jumlahnya.
Samaada sesuatu yang digelar spontan kerana tanpa dirancang mahupun sesuatu yang dirancang, yang pasti, berjuta-juta kejadian samaada tercatit dalam sejarah atau tidak, kehadiran sejuta wajah kisah, penampilan berbagai-bagai bentuk peribadi, berbagai-bagai bentuk perkumpulan, berbagai-bagai corak kebudayaan dan seterusnya adalah berkaitan dari kesan perasaan dan pemikiran insaniah.
Perbezaan antara setiap perasaan dan pemikiran adalah tunjang yang mencipta seterusnya suasana diri mahupun persekitarannya ibarat seorang pelanggan yang duduk menghirup secawan kopi disuatu restaurant ditepi pantai yang indah, menikmati kopi panasnya dengan tenang perasaan serta pemikirannya yang lapang berbanding dengan seorang pelanggan lain, duduk dimeja sebelah yang juga menghirup kopinya tetapi tidak langsung menikmati apa-apa malah begitu gelisah kerana perasaan dan pemikirannya dibelenggu sesuatu masaalah peribadi dan sebagainya.
Perasaan dan pemikiran yang dimiliki mampu mencorakkan suasana persekitaran namun dalam pada itu, suasana sekitar juga mampu memberi kesan pada perasaan dan pemikiran insaniah. Dan tidaklah boleh ditentukan dari suasana mana menghasilkan kesan seratus-peratus yang baik untuk perasaan dan pemikiran insaniah, samaada dari suasana yang selesa atau sebaliknya, kerana masing-masing mampu memberi kesan kepada kebaikan atau sebaliknya.
Mungkin seseorang yang berada dalam suasana penuh keselesaan serta mempunyai segala yang dihajati membuat perasaan serta pemikirannya lapang lalu memberi imbalan pada sesuatu hasil yang positif terutama diatas peluang-peluang yang dimiliki seperti mudah mendapat ilmu atau seterusnya tetapi tidak dinafikan, kebanyakkan kes-kes kerosakkan akhlak, keruntuhan moral, pengambilan bahan-bahan memudaratkan seperti alkohol atau dadah, jumlah kes-kes tekanan jiwa yang tinggi sehinggalah kepada kes-kes bunuh diri adalah terutama dinegara-negara maju dan terdiri dari golongan yang boleh dikatakan begitu selesa suasana kehidupannya berbanding dengan penghuni lain dinegara-negara yang suasananya tertekan kerana kemunduran atau pergolakan.
bersambung......
No comments:
Post a Comment