Sunday, July 12, 2009

Perasaan dan pemikiran - 2


Perbezaan insaniah dengan robot atau sesuatu alat yang diprogramkan adalah terletak diatas perasaan serta pemikirannya yang berfungsi dengan akal. Sebagai robot atau komputer serta apa sahaja alat-alat lain seterusnya yang dapat menyimpan memori dan mampu berfungsi keatas sesuatu program dengan lebih teratur dan cekap serta tepat hasilnya namun fungsi keadaannya terbatas hanya pada memori atau program yang dimiliki sedang pemikiran insaniah berserta akalnya adalah suatu yang jauh lebih unik serta hebat tambahan disertai perasaan yang dimiliki yang mana mampu merobah seterusnya keadaan demi keadaan.

Contohnya seperti suatu alat menyukat keadaan cuaca dan dapat memberitahu akan sekian-sekian hujan akan turun tetapi pemikiran insaniah berserta perasaannya adalah seperti kedatangan angin-angin yang bertiup yang mampu sahaja merubah keadaan arah tiupannya lalu menukar sangkaan-sangkaan hujan akan turun atau sebaliknya. Atau sesuatu ketepatan tarikh akan kedatangan sesuatu musim sesejak beribu tahun, mampu sahaja berubah menjadi tidak tentu hala musimnya kesan pemikiran serta perasaan insaniah yang merosak alam sekitar dalam memenuhi keperluaannya.

Atas ini jugalah perasaan dan pemikiran insaniahlah mampu membawa kesan yang kecil mahu pun kesan yang besar kepada seluruh perubahan, peralihan kehidupan kearah yang memusnahkan atau sebaliknya, kehidupan harmoni atau sebaliknya, kebudayaan keatas sesuatu kehidupan dan seterusnya kerana ia membawa maksud suatu kehidupan, keinginan, arah yang dituju, hajat yang hendak dicapai, perangsang pada sesuatu, usaha untuk sesuatu samaada ia dari sesuatu yang menghasilkan kebaikan atau sebaliknya.

Dan sesuatu pemikiran tersebut mampu sahaja menghala kearah mana perasaan berfungsi misalnya seorang dihidangkan oleh sepinggan lauk yang mana terdapat ketulan daging bersama lauk tersebut yang kelihatan ganjil, maka yang dihidang, membayangkan mungkin ketulan daging tersebut adalah terdiri dari haiwan yang haram baginya seperti kucing lalu tertutup sama sekali seleranya sedangkan yang dihidangkan adalah daging arnab. Disini perasaan seleranya tertutup kerana pemikirannya yang berlaku dari suatu maklumat samaada ada betul atau tidak maklumat tersebut.

Sebegitu juga sesuatu perasaan tersebut mampu sahaja membawa kesan pada suatu pemikiran misalnya atas perasaan tertekan kerana kehidupan yang sukar dilalui, lalu menghasilkan pemikirannya yang hanya lebih tertumpu untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi samaada melalui jalan yang membawa kebaikan atau sebaliknya. Contohnya atas perasaan yang terlalu lapar, seseorang tersebut mampu sahaja kehilangan pertimbangan rasionalnya lalu memakan apa sahaja yang ada seperti memakan seekor ular biar pun lazimnya dia begitu jelek untuk memakannya atau juga contohnya diatas sesuatu tekanan kehidupan yang dihadapi, lalu seseorang tersebut mencurahkan keatas karya-karya seninya yang mana menghasilkan suatu karya yang amat bernilai tingginya serta tidak terdapat pada karya lain yang tidak mengalami perasaan sepertinya malah kemungkinan pihak lain kemudiannya cuba meniru karyanya kerana ia sesuatu yang unik.

Dalam pada itu, pemikiran yang berlandaskan kepada pengetahuan atau pengalaman yang benar lalu disebatikannya dalam amalan kehidupan seharian wajar membawa kepada kesan kebaikan, sebaliknya sesuatu pengetahuan atau pengalaman yang benar yang dimilikinya tidak dibawa dalam amalan kehidupan seharian akan tinggal hanya sebagai suatu maklumat yang tidak membawa apa-apa hasil kebaikan sebagaimana contohnya seorang yang tahu serta berpengalaman tentang kebaikan untuk melakukan imbangan kepada dirinya disegi fizikal dan rohaniah, namun apa yang diusahakan seharian hanyalah untuk fizikalnya, seharian hanya dikerahkan tenaganya siang dan malam untuk duniawinya maka akhirnya terjebaklah dia dalam suatu perasaan stress yang menekankan serta membawa kesan keburukan seterusnya kepada fizikalnya.


bersambung...

Monday, July 06, 2009

Perasaan dan pemikiran - 1


Kedua-duanya adalah milik peribadi setiap individu dan masing-masing mengetahui apa yang dirasa dan apa yang difikirkan. Hanya-sanya apakah ia membuahkan kebaikan pada diri dan masyarakat atau sebaliknya dan samaada yang disimpan dalam diri atau diudarakan kepersekitaran, ianya adalah suatu yang memainkan peranan utama dalam kerangka sesuatu kehidupan.

Tetapi apakah yang paling utama dalam menampilkan apa yang didalam diri kepada persekitaran, apakah perasaan didahulukan atau pun pemikiran? Apakah kaitan suasana, pengetahuan atau pengalaman kepada perasaan dan pemikiran? Apakah kesan dari perasaan dan pemikiran yang dilontarkan seperti suatu cadangan, syor, idea, projeck, reformasi keatas sesuatu, revolusi besar-besaran, suatu penghasilan karya-karya seni, tulisan-tulisan dan seterusnya dari suatu penampilan?

Insaniah sendiri sebenarnya suatu sumber yang komplex atau unik kerana perkara-perkara yang ada padanya seperti karisma, penyegan, berani, penakut, ikhlas, pendusta, riak, sombong, pemurah hati, bakhil, penyayang, kasar dan seterusnya dalam unsur perasaan dirinya manakala seperti ilmu, pengalaman mahupun maklumat adalah lebih berkaitan dengan unsur pemikirannya.

Dan rasanya tidak salah bila memperkatakan hampir segala perubahan arus dari zaman kezaman yang terbentuk samaada untuk suatu thaqafah (peradaban) mahupun suatu kemunduran, suatu kehidupan yang aman mahupun penuh pergolakan, suatu kehidupan bermoral serta berakhlak mahupun kehidupan penuh pincang dengan noda-noda kerosakkan insaniah dan seterusnya adalah berkaitan dengan perasaan dan pemikirannya, dari individu sehinggalah kepada kolektif yang membentuk suatu perkumpulan mahupun masyarakat yang besar jumlahnya.

Samaada sesuatu yang digelar spontan kerana tanpa dirancang mahupun sesuatu yang dirancang, yang pasti, berjuta-juta kejadian samaada tercatit dalam sejarah atau tidak, kehadiran sejuta wajah kisah, penampilan berbagai-bagai bentuk peribadi, berbagai-bagai bentuk perkumpulan, berbagai-bagai corak kebudayaan dan seterusnya adalah berkaitan dari kesan perasaan dan pemikiran insaniah.

Perbezaan antara setiap perasaan dan pemikiran adalah tunjang yang mencipta seterusnya suasana diri mahupun persekitarannya ibarat seorang pelanggan yang duduk menghirup secawan kopi disuatu restaurant ditepi pantai yang indah, menikmati kopi panasnya dengan tenang perasaan serta pemikirannya yang lapang berbanding dengan seorang pelanggan lain, duduk dimeja sebelah yang juga menghirup kopinya tetapi tidak langsung menikmati apa-apa malah begitu gelisah kerana perasaan dan pemikirannya dibelenggu sesuatu masaalah peribadi dan sebagainya.

Perasaan dan pemikiran yang dimiliki mampu mencorakkan suasana persekitaran namun dalam pada itu, suasana sekitar juga mampu memberi kesan pada perasaan dan pemikiran insaniah. Dan tidaklah boleh ditentukan dari suasana mana menghasilkan kesan seratus-peratus yang baik untuk perasaan dan pemikiran insaniah, samaada dari suasana yang selesa atau sebaliknya, kerana masing-masing mampu memberi kesan kepada kebaikan atau sebaliknya.

Mungkin seseorang yang berada dalam suasana penuh keselesaan serta mempunyai segala yang dihajati membuat perasaan serta pemikirannya lapang lalu memberi imbalan pada sesuatu hasil yang positif terutama diatas peluang-peluang yang dimiliki seperti mudah mendapat ilmu atau seterusnya tetapi tidak dinafikan, kebanyakkan kes-kes kerosakkan akhlak, keruntuhan moral, pengambilan bahan-bahan memudaratkan seperti alkohol atau dadah, jumlah kes-kes tekanan jiwa yang tinggi sehinggalah kepada kes-kes bunuh diri adalah terutama dinegara-negara maju dan terdiri dari golongan yang boleh dikatakan begitu selesa suasana kehidupannya berbanding dengan penghuni lain dinegara-negara yang suasananya tertekan kerana kemunduran atau pergolakan.

bersambung......

Saturday, June 27, 2009

Slide diariku




- Segala gambar adalah dari photo yang dieffect, bukan dilukis dengan tangan sebagaimana saya telah lama berhenti melukis rupa-bentuk mahluk.

Monday, June 15, 2009

Berita - 1



Konvensyen Pendakwah Negara 2009 oleh tokoh akademik Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Islam liberal, gerakan Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme dan mengagungkan selebriti serta ancamannya kepada ummah.
Oleh Hasliza Hassan

ISLAM arus perdana sedang berhadapan tentangan dan cabaran daripada gerakan aliran pemikiran baru yang mengancam akidah, akhlak serta moral yang menjadikan agama kurang atau tidak berkesan dalam hidup masyarakat.

Ia menjadikan masyarakat terlalu bersifat kebendaan berlebihan hingga melihat semua perkara sebagai barangan selain berpecah-belah akibat fahaman pelbagai jenis yang bercanggah dengan pemikiran arus perdana. Hingga ada yang melihat agama sebagai pemusnah kerana kegagalan menjayakan matlamat agama sebagai penasihat yang dihuraikan dalam pemikiran arus perdana Islam ditambah pula gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar mempengaruhi NGO negara secara negatif.

Itulah antara perkara yang dibincangkan pada sesi terakhir Konvensyen Pendakwah Negara 2009 oleh tokoh akademik Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Gerakan Aliran Pemikiran Baru dan Cabarannya Kepada Umat Islam' menjelaskan cabaran gerakan membabitkan fahaman serta cara berfikir seperti Islam liberal, gerakan Syiah, Wahhabiah, pemikiran sekular, budaya konsumerisme dan mengagungkan selebriti.

Menyentuh Islam liberal, ancaman terhadap peradaban Islam aliran arus perdana datang daripada buku yang mengetengahkan beberapa tokoh liberal dalam Islam yang menentang Islam dari dalam Islam itu sendiri. Ini termasuk pendekatan yang dikehendaki kelompok itu dalam menafsirkan Islam secara teguh, mengikut konteks dan sesuai dengan peradaban manusia yang sedang serta terus berubah dengan mempertikaikan apa yang sudah ditetapkan syariah.

Antaranya, umat Islam tidak boleh melihat dirinya sebagai masyarakat atau umat yang terpisah daripada golongan lain kerana manusia adalah keluarga sejagat yang disatukan oleh kemanusiaan. Kesan daripadanya, hukum Islam yang membezakan kedudukan umat Islam dengan bukan Islam diubah berdasarkan sifat manusia yang sejagat.

Begitu juga pendekatan mengaitkan Nabi SAW dengan mistos yang dikagumi melalui pendirian Ulil Abshar dalam buku suntingannya Islam Liberal and Fundamental bahawa Rasul Muhammad SAw adalah tokoh sejarah yang harus dikaji dengan kritis kerana Baginda manusia biasa yang ada kelemahan. Sedangkan, ia bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama iaitu nabi bersifat maksum.

Dalam hubungan dengan gerakan Syiah, walaupun fatwa melarang pergerakan itu, Dr Uthman berkata, akidah yang pada pokoknya berlawanan dengan arus perdana akidah Islam itu berkembang secara senyap. Katanya, akidah itu mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW dan implikasinya boleh meruntuhkan Islam kerana sahabat adalah pemimpin umat yang menyampaikan al-Quran, sunnah serta sejarah awal Islam.

Banyak lagi unsur dalam pergerakan itu yang menyalahi akidah seperti al-Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah) yang menjadi pegangan Syiah Imamiah yang ada sekarang, mengamalkan kawin mutaah hingga ke tahap ia boleh dilakukan dengan isteri orang hanya hukumnya makruh.

"Akidah ini sedang berkembang secara senyap dan mesti berwaspada supaya Muslimin Ahlussunnah tidak terikut dengan ajaran mereka kerana ia memusnahkan agama serta menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, gerakan Wahhabiah juga mencabar Ahlussunnah dan negara dengan sikap mereka yang terkenal mudah mengkafirkan atau mensyirikkan serta membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Katanya, fesyen berfikir dan memahami agama seperti itu tidak boleh dibiarkan berkembang kerana akan menimbulkan banyak masalah termasuk menyebabkan kekeliruan seolah mereka adalah Ahlussunnah yang sebenar, sementara yang lainnya tidak.

Dr Uthman berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan ancaman lain seperti pemikiran sekular, budaya kebendaan yang secara diam turut menggugat pemikiran akibat pengaruh daripada luar tamadun Islam sendiri. Katanya, langkah menyeluruh perlu diambil termasuk mempelajari Islam arus perdana Ahlissunnah supaya ajaran yang dijamin benar dan kekal hingga hari kiamat difahami, menjadi neraca intelektual, akhlak dan rohani.

Gerakan dakwah menyeluruh perlu dilakukan semua golongan dan memasukkan fahaman Ahlussunnah dalam sistem pendidikan akidah, epistemologi dan kerangka peradaban supaya selari pendekatan Islam Hadhari. Pendedahan mengenai aliran yang mencabar Islam arus perdana juga perlu dilakukan kepada semua lapisan masyarakat Islam terutama golongan terpelajar dan NGO melalui seminar, bengkel serta bahan penerbitan.

Tuesday, June 02, 2009

Fantasia falasi - 3



Dalam melalui pergolakan rentak kehidupan insan seharian, memang tidak dinafikan, fantasi yang dimiliki insan tersebut merupakan salah suatu pemangkin buat kemunduran atau kemajuan samaada untuk induvidu atau sesuatu masyarakat.

Lihat sahaja dari peralatan yang digunakan seharian disekitar samaada didapur hingga keluar ladang, dari cita-rasa sesuatu makanan hingga ubah-suai tempat penginapan, dari bentuk-bentuk pinggan-mangkuk hingga kehujung bentuk atap dan seterusnya, segalanya terhasil dari daya fantasi seseorang atau sekumpulan yang kemudiannya berkembang samaada diikuti seratus peratus bentuk asalnya atau diubah-suai untuk seterusnya.

Dalam pada itu, fantasi juga menyajikan suatu kehidupan yang membahagiakan atau pun menderitakan samaada dari dalam diri atau dari luaran. Kekadang sesuatu bangsa itu begitu jauh maju, namun kerana terdapat suatu fantasia falasi yang dianuti samaada disedari atau tidak, membinasakan segala yang dibina seperti contohnya Firaun Ramses yang keturunannya terkenal atas ketamadunan Mesir bersama piramid-piramidnya, dan mempunyai kekuatan militar namun diatas fantasia falasinya yang menganggap dirinya terlalu mulia hingga ketaraf Tuhan, maka dia menghancurkan diri serta rakyatnya.

Dan hari ini, banyaknya terjadi pertumpahan darah, perebutan kuasa hegemoni keatas sesuatu, permusuhan tidak sudah-sudah adalah berlatarkan fantasia falasi yang dimiliki insan. Ini berlarutan terutama adanya sesuatu kuasa besar dibelakang tirai yang melakukan taktik pecah dan perintah, taktik mengadu-dombakan pihak lain buat kepentingan duniawi mereka, kerana taktik ini adalah berlandaskan menanam pra-sangka permusuhan berlatarkan fantasia falasi seperti contohnya buat sesuatu pihak yang menghasilkan senjata dan menginginkan keuntungan besar, maka diadu-dombakan dua pihak lain sehingga keperingkat berperang dalam mana pihak yang menjual senjata tersebut nanti akan meraih keuntungan besar diatas perniagaan menjual senjatanya.

Sebegitu juga dalam medan hiburan berlandaskan fantasia falasi dengan banyaknya penampilan glamour, pendedahan tubuh badan, penayangan tata-cara memenuhi nafsu atau kebendaan, kehidupan bebas-lepas dan seterusnya dalam mana objek utama penghasilannya adalah semata-mata hanya untuk mengaut keuntungan segera dan segala yang dilakukan secara drastik berulang-ulang hingga pengguna akan transendental dalam sesuatu arus penampilan atau hiburan tersebut lantas seakan terpukau dan sanggup menghabiskan masa serta kewangan untuk mengikut segala yang disajikan contohnya sesuatu band musik yang memainkan sesuatu irama biarpun hanya satu dua lagunya berirama indah, tetapi atas minat keinginan, maka penguna akan mendengar berulang-ulanag kali semua lagu didalam CD yang dibelinya sehingga peringkat dirinya transendental dalam irama yang didengari membuat dia bersedia dan menanti kedatangan segala CD-CD yang berentak irama yang sama. Samaada indah atau tidak iramanya, yang penting dirirnya telah “terpukau“ untuk mentaati irama tersebut.

Lantas dari semua fantasia falasi, perubatan utama untuk menangkisnya adalah pembersihan minda dan cita-rasa diri dan ini adalah suatu proses yang memakan masa dan metho yang benar. Sedang cara hidup Islam sendiri mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w dalam mana dakwah iaitu mengajak sekelian insan kearah kebenaran dengan cara hikmah dan berkasih-sayang adalah metho utama kearah pembersihan minda dan cita-rasa.

Dan jika usaha dakwah yang ditunjukkkan caranya oleh Nabi Muhamad s.a.w dilakukan secara berterusan dalam kehidupan seseorang, maka akan tercapailah dia tahap keikhlasan, kerahmatan, berbaik sangka, sifat pemaaf, sifat ikhram dan seterusnya yang mana membawa kealam suatu pemikiran yang penuh dengan fantasia kebenaran dan menuju kearah kebenaran.

Dari Anas ibnu Malik r.a berkata, Nabi Muhamad s.a.w bersabda kepadaku: Wahai anakku, jika kamu mampu menahan hatimu dari berpenyakit kepada insan lain dipagi hari hingga kepetang hari, maka lakukanlah. Kemudian Nabi Muhamad s.a.w bersabda lagi kepadaku: Wahai anakku, itulah sunnahku. Barang siapa menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku dan barang siapa yang mencintaiku, akan bersamaku didalam syurga. (Riwayat Tirmidzi)
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga